​PENCAPAIAN PROJEK LOJI JANAKUASA MAYA CHINA-MALAYSIA DIKELUARKAN MELALUI FORUM DALAM TALIAN

AsiaNet 99356

Persidangan Pencapaian Projek Loji Janakuasa Maya China-Malaysia telah diadakan secara dalam talian pada 30 Dis.

SHANGHAI, 30 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/–

Pada 30 Disember, “Persidangan Pencapaian Projek Loji Janakuasa Maya China-Malaysia dan Forum Awan Pembangunan Loji Janakuasa Maya China-Malaysia” telah diadakan secara dalam talian oleh SPIC Shanghai Energy Technology Development Co., Ltd. (kemudian daripada ini sebagai SETD) untuk bersama-sama menerokai trend pembangunan bagi loji janakuasa maya di bawah transformasi hijau dan rendah karbon di seluruh dunia.

Shanghai Energy Technology Development Co., Ltd. (SETD) ialah sebuah anak syarikat State Power Investment Corporation Limited, China yang merupakan satu daripada lima kumpulan penjanaan kuasa terbesar. Acara ini amat penting bagi China dan Malaysia di dalam kerjasama bagi perniagaan loji janakuasa maya dan menggalakkan transformasi tenaga hijau dan rendah karbon.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai satu konfigurasi penting di dalam transformasi bagi sistem kuasa baharu, loji janakuasa maya telah menjadi semakin matang di dalam sokongan dasar, pengesahan teknikal dan model perniagaan, dsb.

Pada tahun 2022, SETD, bersama-sama dengan universiti dan rakan sejawat tempatan dan dari Malaysia, mengetuai penyediaan bagi laporan penyelidikan Analisis Potensi Pembangunan dan Prospek Kerjasama bagi VPP di China dan Malaysia dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Laporan itu menawarkan satu analisis yang mendalam tentang status pembangunan tenaga dan kuasa bagi China dan Malaysia serta potensi pembangunan bagi loji janakuasa maya di kedua-dua buah negara. Ia juga mengemukakan satu reka bentuk awal bagi skim operasi untuk loji janakuasa maya di Malaysia, serta cadangan bagi kerjasama dua hala di dalam bidang ini.

Pada forum itu, ahli panel bertukar-tukar pandangan dan memberi cadangan mengenai status pembangunan dan trend bagi tenaga baharu dan penyimpanan tenaga di Malaysia, dan potensi pembangunan, penyelidikan teknikal, pembinaan dan operasi serta model perniagaan bagi loji janakuasa maya.

Di dalam gelombang baharu bagi revolusi tenaga yang dicirikan oleh pembangunan berskala besar dan penggunaan tenaga baharu, loji janakuasa maya telah memainkan satu peranan yang semakin penting di dalam transformasi tenaga dan pembangunan sistem kuasa.

Melihat ke hadapan, China dan Malaysia akan bekerjasama untuk menggalakkan peralihan tenaga hijau, rendah karbon dan pintar serta membuat sumbangan baharu bagi menangani perubahan iklim dan mencapai pembangunan mapan untuk manusia sejagat.

Sumber: Shanghai Energy Technology Development Co., Ltd.

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=436765

  Kapsyen: Persidangan Pencapaian Projek Loji Janakuasa Maya China-Malaysia telah diadakan secara dalam talian pada 30 Dis.

ICIF KE-18 DIBUKA DI SHENZHEN UNTUK MENDAPATKAN KERJASAMA KEBUDAYAAN GLOBAL

SHENZHEN, China, 30 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/–

Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) China (Shenzhen) ke-18 bermula pada 28 Disember, 2022. ICIF tahun ini diadakan terutamanya secara di luar talian, dengan dilengkapi dengan pameran dalam talian yang disegerakkan. Adalah dianggarkan lebih 2,500 delegasi kerajaan, institusi kebudayaan dan perniagaan akan menghadiri pameran itu di tapak, manakala 800 institut dan perusahaan akan menyediakan gerai secara dalam talian.

ICIF itu adalah pameran kebudayaan yang pertama di China yang diiktiraf oleh Persatuan Global bagi Industri Pameran (UFI). Sejak penubuhannya di Shenzhen pada tahun 2004, pameran itu telah menyaksikan peningkatan yang berterusan di dalam skala pameran, penonton dan tahap pengantarabangsaan. Ia kini telah berkembang menjadi sebuah enjin utama untuk pertumbuhan perindustrian kebudayaan China, serta sebuah platform dan jendela yang penting untuk menyebarkan budaya China ke seluruh dunia, menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen.

Menurut statistik, setiap tahun, ICIF mengumpulkan lebih 100,000 barang pameran daripada industri kebudayaan dan kreatif di dalam dan luar negara, dan lebih daripada 4,000 projek pelaburan dan pembiayaan kebudayaan dipamerkan dan diperdagangkan di pameran itu. Dengan mengambil bahagian di dalam acara itu, pelbagai perniagaan dan institusi luar negara yang cemerlang telah berjaya mengembangkan pasaran mereka dan menemui peluang baharu untuk kerjasama dan pembangunan.

Terutama sekali, sebuah Dewan Pameran Antarabangsa telah diwujudkan di ICIF Awan pada tahun ini. Sebanyak 300 institusi dan perniagaan kebudayaan luar negara dari 30 buah negara dan wilayah merentasi seluruh dunia telah dijemput ke pameran dalam talian itu. Produk dan projek kebudayaan dari dalam dan luar negara sedang dipaparkan pada platform dalam talian, dengan satu penekanan yang kuat kepada menggalakkan pertukaran kebudayaan dan perdagangan di antara China dan negara-negara lain di sepanjang Belt and Road, dan mengembangkan rangkaian antarabangsa untuk perdagangan kebudayaan.

Miao Song, pengasas dan pengarah bagi Canada China Art-Tech (CCAT), membawa bersama rakan Kanada mereka Telefilm Canada, Universiti Concordia dan The 7 Fingers. Beliau berkata, “Ini adalah kali ke-4 kami mengambil bahagian di dalam ICIF itu. Pada tahun ini kami melihat lebih banyak negara yang mengambil bahagian dan lebih banyak pameran yang pelbagai. Terutamanya, produk budaya teknologi tidak pernah gagal untuk menarik perhatian saya.”

Sebagai tindak balas kepada satu soalan tentang kenapa CCAT mengambil bahagian di dalam pameran itu, Pengarah Song percaya bahawa CCAT berkongsi banyak nilai-nilai teras dengan ICIF di dalam menyokong pertumbuhan industri kebudayaan China dan membantu produk kebudayaan China di dalam mencapai khalayak di peringkat global. Beliau berkata: “Pameran CCAT itu adalah pelbagai, merangkumi sains dan teknologi, seni, akademik dan kemanusiaan, dan sektor lain, oleh itu ia sesuai dengan mod paparan ICIF yang berkualiti tinggi, pelbagai dan komprehensif.”

Selain itu, pameran ini telah membuka ruang baharu untuk menarik pelaburan dan pempamer asing, agar dapat melibatkan lebih banyak institusi dan perniagaan kebudayaan domestik dan antarabangsa, dan membantu pempamer mempercepatkan penyepaduan mereka ke dalam corak pembangunan “dwi peredaran” China dan membangunkan pasaran baharu. Ia akan membina dirinya menjadi sebuah platform kebudayaan yang penting untuk pemerolehan antarabangsa, mempromosikan pelaburan, pertukaran rakyat dengan rakyat, dan kerjasama terbuka. Sejumlah 10,931 pembeli dari 108 buah negara dan wilayah, seperti Perancis, Jerman dan Pakistan, telah mendaftar untuk pameran dalam talian.

Duta Besar JUDYTH NSABABERA dari Konsulat Jeneral bagi Republik Uganda di Guangzhou berkata: “Tahun ini, kami berbesar hati untuk mengambil bahagian di dalam ICIF ke-18 secara dalam talian dan luar talian. Kami berharap melalui pertukaran ini, kami dapat menunjukkan budaya, produk dan projek Afrika kami pada sebuah platform yang sangat baik seperti ICIF, dan kami juga berharap melalui ICIF ini kami dapat membantu pembangunan industri kebudayaan di China dan Uganda mencapai tahap yang lebih tinggi.”

Sebagai sebuah pameran peringkat negeri, antarabangsa dan komprehensif untuk industri kebudayaan, ICIF telah meraikan 17 sesi setakat ini. Ia telah menggalakkan pembangunan industri kebudayaan di seluruh negara itu serta di Bandar Raya Shenzhen. Pameran itu telah menjadi satu acara penting untuk mempamerkan pencapaian Shenzhen di dalam pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta sebuah jendela yang penting ke dalam metropolis yang semakin berkembang ini. Pada masa ini, nilai tambah bagi industri kebudayaan Shenzhen telah melebihi 25 juta yuan, yang menyumbang lebih 8% bagi KDNK bandar raya itu.

Pengarah Song Miao berkata, “Shenzhen ialah sebuah bandar raya antarabangsa dengan keterangkuman yang tinggi dan sebuah pendahulu di dalam pembukaan. Dengan mempunyai sejumlah besar perusahaan berteknologi tinggi dan sebuah pasaran yang besar, ia telah mengekalkan satu momentum pertumbuhan yang teguh di dalam pelaburan asing dan terus menyaksikan satu peningkatan dari segi jumlah dan skala perniagaan yang menjadi global. CCAT ingin terus bekerjasama dengan perniagaan dan institusi Shenzhen di dalam pembikinan filem, aktiviti yang berkaitan dengan filem, pembangunan teknologi dan pelaburan modal teroka projek untuk mencapai keputusan yang menguntungkan semua pihak. Di samping itu, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dan keyakinan penuh kami terhadap peranan positif ICIF di dalam meningkatkan kerjasama itu.”

Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen

–BERNAMA

HILLSTONE NETWORKS SEKALI LAGI DIIKTIRAF SEBAGAI SYARIKAT BERWAWASAN DALAM GARTNER MAGIC QUADRANT FOR NETWORK FIREWALLS

Hillstone Networks berada pada kedudukan sebagai syarikat bervisi berdasarkan Kesempurnaan Wawasannya dan Keupayaannya untuk Melaksana

SANTA CLARA, Calif., 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) —Hillstone Networks, sebuah syarikat penyedia yang menerajui penyelesaian keselamatan siber inovatif dan mudah akses, mengumumkan bahawa Hillstone Networks telah diiktiraf sekali lagi dalam  2022 Gartner® Magic Quadrant™ for Network Firewalls untuk tahun ke-9 secara berturut-turut dan dinamakan sebagai Syarikat Berwawasan buat kali kedua.

Penyelesaian Hillstone Networks telah berkembang daripada platform keselamatan rangkaian kepada portfolio keselamatan siber mantap yang mengukuhkan sistem keselamatan siber, daripada pinggir hingga awan, dan semua antaranya. Daripada SMB hingga syarat rangkaian kelas pembawa, merentasi semua rangkaian menegak utama di seluruh dunia, portfolio hari ini memanfaatkan asas Tembok Api Generasi Seterusnya (NGFW) untuk merangkumi penyelesaian berikut:

• Penyelesaian Hillstone Secure SD-WAN untuk perusahan yang diedarkan.
• Penyelesaian Hillstone ZTNA , mendayakan akses Kepercayaan Sifar daripada mana-mana peranti, di mana sahaja.
• Penyelesaian Hillstone CloudArmour memberikan perlindungan beban kerja awan.
• Penyelesaian pensegmenan mikro Hillstone CloudHive untuk pusat data maya.
• Perlindungan pelayan bersepadu Hillstone sBDS dengan pengesanan rangkaian dan penyelesaian respons (NDR) terhadap ancaman berbilang peringkat dan berbilang lapisan yang menyasarkan pelayan dan hos kritikal.
• Hillstone iSource, platform Pengesanan dan Respons (XDR) lanjutan berkuasakan Kecerdasan Buatan yang merangkumi ciri-ciri NDR dan input daripada platform pihak ke-3 .

“Kami gembira untuk kembali dengan pengiktirafan tahun ke-9 atas kesempurnaan wawasan kami dan keupayaan kami untuk melaksana,” kata Tim Liu, CTO dan pengasas bersama, Hillstone Networks. “Dalam dunia berbilang awan hibrid hari ini, strategi awan pertama kami memenuhi keperluan pelanggan dan juga rakan kongsi. Kami terus menggunakan sebaiknya platform NGFW yang memenangi anugerah dan peneraju industri dan menyepadukan ciri-ciri tercanggih untuk memanfaatkan keupayaan SD-WAN dan ZTNA dan memberikan penyelesaian tambahan yang merapatkan jurang dalam pasaran serta menangani keperluan kumpulan pelanggan kami yang semakin berkembang.”

Pendekatan awan pertama adalah mandat untuk memberikan penyelesaian pemantapan siber berkesan yang melindungi aset dan infrastruktur kritikal perusahan. Selain daripada persekitaran di premis, persendirian dan awan hibrid, rangiaian penyelesaian Hillstone Networks merangkumi keselamatan IoT yang membantu sektor IoT untuk mengesan, melindungi dan menguruskan risiko secara proaktif merentasi semua peranti IoT.

Muat turun salinan Gartner Magic Quadrant for Network Firewalls di sini.

Gartner, Gartner Magic Quadrant for Network Firewalls, Rajpreet Kaur, Adam Hils, Thomas Lintemuth, 19 Disember 2022

Gartner tidak menyokong sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendpat penarafan tertinggi atau pelantikan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti atau kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner Inc. dan/atau syarikat gabungannya di A.S. dan di seluruh dunia dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Tentang Hillstone Networks

Penyelesaian keselamatan siber inovatif dan boleh akses Hillstone Networks membentuk semula keselamatan siber, mendayakan kemantapan siber serta merendahkan TCO. Dengan memberikan keterlihatan menyeluruh, kecerdasan yang lebih baik, dan perlindungan pantas untuk melihat, memahami dan bertindak terhadap ancaman siber berbilang lapisan dan berbilang peringkat, Hillstone mendapat penarafan positif daripada penganalisa terkemuka dan dipercayaioleh syarikat global. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati www.hillstonenet.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan

Perhubungan Media 
Zeyao Hu 
+1 4085086750 
inquiry@hillstonenet.com

Sumber: Hillstone Networks

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16669

SATU TAHUN LAGI DALAM BUKU: MARY KAY MELABUR DALAM MASA HADAPAN WANITA MUDA MELALUI PROGRAM DAN BIASISWA YANG MEMBERIKAN PELUANG PENDIDIKAN BERIMPAK TINGGI

Mary Kay Inc. bekerjasama dengan organisasi tempatan dan global untuk meneruskan misi mereka untuk memperkayakan kehidupan wanita dan memberikan peluang pendidikankepada wanita muda di seluruh dunia.

DALLAS, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Mary Kay baru-baru ini mengumumkan strategi lestarinya – Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Kelestarian Masa Hadapan ­– yang merangkumi lima tonggak, 15 komitmen, dan tindakan lebih sedekad. Strategi ini dibangunkan dengan pihak berkepentingan utama Mary Kay dan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-bangsa Bersatu, yang menjadikan Mary Kay sebahagian penting daripada kerjasama global untuk memastikan masa hadapan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh dan untuk meneruskan sokongan selama sedekad untuk pemerkasaan, pendidikan dan keusahawanan wanita, Mary Kay komited untuk memberikan peluang pendidikan kepada 250,000 wanita muda menjelang 2030. Untuk meneruskan misinya untuk memperkayakan kehidupan wanita, perkongsian dan biasiswa dengan organisasi tempatan dan global pada tahun 2022 memastikan wanita muda di seluruh dunia diberikan peluang pendidikan yang menyeluruh untuk mengejar impian mereka.

Perkongsian/Program Mary Kay Inc. 2022 merangkumi:

• Wanita Muda dalam Geran STEAM – Enam penerima telah menerima geran yang dicipta untuk meningkatkan wanita muda dalam bidang STEAM dan menggalakkan mereka untuk meneruskan minat dan impian kerjaya mereka. Penerima tahun 2022 adalah daripada N.Macedonia, Jerman, Filipina, China dan Australia yang ingin menceburi kerjaya dalam segala-galanya daripada pembangunan aplikasi dan seni bina hingga fizik dan ciptaan geotermal.

• Wanita Muda dalam STEAM yang Meneruskan Geran Pendidikan – Sebagai lanjutan kepada kempen geran dan sosial Wanita Muda dalam STEAM Mary Kay, Ivanna Hernandez, penerima geran 2021, telah dikurniakan geran kedua untuk membantu beliau terus mengejar impiannya untuk menjadi angkasawan wanita Amerika Latin pertama untuk pergi ke Mars. Beliau ditampilkan dalam sebuah dokumentari yang dicipta untuk memberi inspirasi kepada wanita muda untuk mencapai bintang – atau Mars, dalam kes ini!

• Biasiswa Madam C. J. Walker Persatuan Ahli Kimia Kosmetik – Diwujudkan untuk menghormati Walker, wanita pertama yang menjadi jutawan atas usaha sendiri dengan membangunkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan rambut untuk wanita Kulit Hitam. Pada mesyuarat Tahunan SCC ke-75, Ms. A’Lelia Bundles, cicit Madam C.J. Walker, dan Michelle Hines, Ph.D., Pengarah Formulasi Produk di Mary Kay, membentangkan Biasiswa Madam C. J. Walker untuk pelajar minoriti kurang diwakili yang beraspirasi untuk mengikuti pendidikan tinggi dalam disiplin STEM yang berkaitan dengan industri kosmetik dan penjagaan diri. Anugerah ini disokong oleh Persatuan Ahli Kimia Kosmetik dan bekerjasama dengan dan dibiayai oleh Mary Kay. Penerima yang berjaya termasuk: Joy Rutherford, pelajar PhD tahun ke-5. dan Felo Penyelidikan NIH; dan Imani Elaine Porter, Hampton University, pelajar sarjana muda tahun kedua dalaam biokimia.

• Rangkaian untuk Keusahawanan Pengajaran – Bekerjasama untuk memberikan kurikulum keusahawanan dan peluang pemikiran inovatif kepada 47,000 belia di seluruh dunia. Melalui sokongan 1) program teras Program Usahawan Beraspirasi (A.S.); 2) Siri Dunia Inovasi; dan 3) Siri Dunia Cabaran Inovasi Hari Inovasi, Mary Kay membantu untuk memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian keusawanan mereka. Pada tahun persekolahan 2021-2022, Mary Kay telah menaja Siri Dunia Inovasi (WSI) NFTE yang menyaksikan 21 pasukan usahawan sosial yang sedang meningkat naik memenangi sejumlah $16,800 untuk cadangan penyelesaian mereka bagi tujuh cabaran, setiap satunya memfokuskan kepada Matlamat Pembangunan Lestari. Penaja tujuh cabaran inovasi termasuk: Bank of the West, Citi Foundation, Mary Kay, Saint-Gobain North America, Ernst & Young, LLP (EY), Maxar Technologies, dan PIMCO. Siri Dunia Cabaran Inovasi 2022 telah dilancarkan pada bulan September 2022 dan Mary Kay akan mengambil bahagian untuk tahun ketiga dengan tumpuan kepadai SDG 14. Kehidupan Dalam Air.

• Bandaraya Lewisville, IncubatorEDU – Dengan kerjasama Daerah Sekolah Bebas Lewisville (LISD), IncubatorEDU menawarkan kurikulum keusahawanan yang mantap kepada pelajar Sekolah Tinggi Lewisville. Mentor komuniti dan acara padang hujung tahun memberikan kepada pelajar pengalaman keusahawanan sebenar dan peluang pendidikan.

• Akademi Sains Pemasaran – Selama lebih 25 tahun, Mary Kay telah menyokong Disertasi Mary Kay dan Anugerah Cadangan Disertasi di persidangan Akademi Sains Pemasaran (AMS) yang menyaksikan pelajar kedoktoran yang mengambil bahagian mempamerkan disertasi mereka yang berjaya dipertahankan dan menerima anugerah wang dan maklum balas rakan sebaya yang kritikal untuk meningkatkan peluang mereka untuk menerbitkan hasil kerja mereka dalam jurnal akademik pada masa hadapan.

• Akademi Dallas Ursuline – Biasiswa Pembiayaan Mary Kay Ash – Biasiswa diberikan setiap tahun untuk membantu wanita muda mendapatkan pendidikan yang melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keyakinan yang diperlukan untuk melakukan perkara yang luar biasa.

• Yayasan Biasiswa Tentera – Biasiswa Honorari Korporat Mary Kay – Biasiswa diberikan setiap tahun kepada anak lelaki dan anak perempuan askar Tentera AS dan veteran tentera, dan kepada pasangan askar tersenarai yang bertugas secara aktif.

• Dana Biasiswa Hispanic – Biasiswa diberikan setiap tahun untuk menyokong dan memperkasakan pelajar dan ibu bapa mereka dengan pengetahun dan sumber untuk berjaya mengikuti pendidikan tinggi hingga selesai, serta memberikan perkhidmatan sokongan dan biasiswa kepada sebanyak mungkin pelajar cemerlang, pemegang biasiswa dan Alumni HSF.

Tentang Mary Kay

Salah satu pemecah siling kaca asal, Mary Kay Ash menubuhkan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian tersebut berkembang menjadi sebuah syarikat multibilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam kehidupan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan produk penjagaan kulit tercanggih, makanan tambahan berkhasiat, dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk kelestarian masa hadapan dengan organisasi daripada seluruh dunia memfokuskan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesamaan gender, melindungi pemandiri keganasan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn, atau ikut kami di Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53119638/en

Maklumat Perhubungan

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. 
marykay.com/newsroom 
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay

SSM BIZDAY 2022 MENAWARKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN PROGRAM MENARIK BUAT KOMUNITI USAHAWAN

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 17 Disember 2022 menganjurkan program SSM BizDay 2022, bertempat di AEON Mall, Taman Maluri dengan penyertaan lebih 250 orang.

Program yang membawa tema “Pelanggan Kami, Keutamaan Kami” ini, dirasmikan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

SSM BizDay 2022 dianjurkan bertujuan memperkenalkan keperluan pendaftaran serta formalisasi entiti perniagaan, memberi penjelasan tentang produk, perkhidmatan dan inisiatif yang ditawarkan oleh SSM kepada komuniti usahawan di samping memberi kesedaran berhubung manfaat kepada usahawan mendaftar perniagaan. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16652

PASUKAN NTHU MEMENANGI KEJOHANAN DI SCC

Penasihat pasukan NTHU, Jerry Chou (dua dari kanan) bersama ahli pasukan (kanan ke kiri) Tsai, Wu, Kuo, Ting, Chang, Huang dan Mou (berkerusi roda). (Foto: Universiti Kebangsaan Tsing Hua)

HSINCHU, Taiwan, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pasukan pelajar daripada Jabatan Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Tsing Hua (NTHU) di Taiwan telah memenangi kejohanan dalam Pertandingan Kluster Pelajar Superkomputer Dunia (SCC) yang diadakan di Dallas, Amerika Syarikat. Ini ialah kejohanan kelima yang dimenangi oleh pasukan NTHU di dua pertandingan superkomputer terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penasihat pasukan itu ialah Profesor Jerry Chou. Enam ahli pasukan terdiri daripada peringkat senior Jabatan Sains Komputer iaitu Mou Chan-yu, Chang Fu-chiang dan Ting Hsu-tzu, manakala peringkat junior Jabatan Sains Komputer pula ialah Huang En-ming, Kuo Pin-yi dan Wu Pang-ning. Jurulatih pasukan itu ialah Tsai Kuo-Guang, pelajar siswazah daripada Jabatan Sains Komputer dengan pengalaman luas dalam pertandingan komputer.

SCC memberikan peluang kepada pelajar kolej untuk menguji kemahiran mereka dalam tiga bidang: integrasi perisian dan perkakasan, prestasi pengaturcaraan dan pengetahuan silang disiplin. Memandangkan pertandingan berlangsung selama 56 jam tanpa gangguan, keadaan ini juga memberikan cabaran yang ketara kepada stamina dan keupayaan peserta bekerja di bawah tekanan. Apabila keputusan diumumkan, Chou dan pasukannya bersorak dengan amat gembira.

Chou berkata bahawa beliau telah memimpin pasukan itu selama sepuluh tahun dan pada tahun ini mereka menghadapi banyak kejadian yang tidak diingini. Ketua pasukan, Mou Chan-yu, patah kaki akibat kemalangan jalan raya seminggu sebelum pertandingan dan beliau hampir-hampir terpaksa dikeluarkan. Lebih-lebih lagi, beberapa jam sebelum pertandingan bermula, mereka mendapati bahawa beberapa kelengkapan komputer mereka rosak semasa penghantaran, tetapi mereka berjaya mengatasi masalah tersebut dengan melaraskan konfigurasi komputer dan strategi pertandingan mereka. Namun akhirnya, pasukan itu berjaya mengatasi situasi tersebut dan menamatkan pertandingan dengan cemerlang.

Semasa menjalani pembedahan, kapten pasukan, Mou terpaksa menyerahkan kerja membina sistem kepada Kuo Pin-yi buat sementara waktu. Beliau bernasib baik kerana doktor memberikan kebenaran kepada Mou untuk menyertai pertandingan dengan bantuan kerusi roda. Meskipun mengalami kesakitan yang teruk, beliau berjaya memimpin pasukan mengharungi pelbagai situasi sepanjang pertandingan 3 hari itu berlangsung, termasuk usaha mereka mencari penyelesaian kepada Aplikasi Misteri.

Bahagian yang diuji dalam pertandingan pada tahun ini ialah analisis keretakan bahan, simulasi dinamik bendalir dan dinamik gempa bumi, yang kesemuanya memerlukan pengetahuan yang kuat tentang pelbagai bidang ini. Ting Hsu-tzu bertanggungjawab ke atas simulasi dinamik bendalir dan beliau menghabiskan banyak masa membiasakan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut semasa membuat persediaan untuk pertandingan itu. Chang Fu-chiang dan Huang En-ming memikul tanggungjawab berat menyelaraskan pasukan dan mengesahkan keputusan.

Chou mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengkomputeran Berprestasi Tinggi Kebangsaan kerana menyediakan pembiayaan dan latihan, serta kepada Teknologi Awan Quanta kerana menyumbangkan kelengkapan penting dan perbelanjaan perjalanan sepanjang tempoh sepuluh tahun yang lepas. Pasukan itu juga berterima kasih kepada NTHU kerana menyediakan ruang, kelengkapan dan yang paling penting, persekitaran pembelajaran antara disiplin.

Sebelum ini, pasukan NTHU pernah memenangi SCC pada tahun 2010 dan 2011, serta memenangi Cabaran Superkomputer Pelajar pada tahun 2019 dan 2021.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber: Universiti Kebangsaan Tsing Hua

–BERNAMA

“HUMY BERSAMA CHARLIE PUTH” — PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERASASKAN LANGGANAN AKAN DIPERKENALKAN PADA 2 DISEMBER

TOKYO, 12 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ —

MIXI, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran humy, sebuah platform berasaskan langganan yang membuat pengkhususan di dalam komunikasi di antara artis dan peminat, pada 2 Disember, 2022.

Logo bagi humy:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI2fl_82m4YWqc.jpg


 
MIXI ialah sebuah syarikat teknologi Jepun di Tokyo. Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, syarikat itu komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi global yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Dengan menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada perkhidmatan komunikasi ini, syarikat itu telah membangunkan sebuah perniagaan baharu di dalam industri muzik untuk mewujudkan hubungan baharu dan bermakna di antara peminat dan artis.

MIXI tidak bersendirian di dalam visi mereka mengenai humy dan berusaha ke arah inovasi. Adalah satu penghormatan buat MIXI untuk mengumumkan satu perkongsian global dengan Charlie Puth, penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang mendapat pencalonan GRAMMY dan meraih pelbagai platinum, sebagai artis pertama di humy. Perkhidmatan komunikasi peminat rasmi “humy bersama Charlie Puth” akan dilancarkan serentak di seluruh dunia pada 2 Disember. (Tidak tersedia di sesetengah negara dan wilayah.)

Laman web rasmi: https://charlieputh.humy.me/

Gambar mengenai humy bersama Charlie Puth:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI1fl_650jsFk1.jpg

humy ialah sebuah platform di mana pengguna membayar satu yuran tahunan untuk menjadi pelanggan Premium bagi perkhidmatan komunikasi peminat rasmi artis kegemaran mereka. Pelanggan premium bukan sahaja boleh melihat kandungan yang memberi ruang ke dalam kerja  dan kehidupan peribadi artis itu, tetapi juga mengambil bahagian di dalam konsert dan acara-acara peminat dalam talian yang boleh diakses oleh pelanggan sahaja. Faedah pelanggan termasuk akses kepada satu rangkaian sosial yang eksklusif di mana peminat boleh berkomunikasi secara langsung dengan artis dan melihat paparan yang hanya boleh dinikmati di sini. Pelanggan juga menerima kad ucapan digital untuk acara-acara dan boleh menyertai cabutan untuk tiket konsert sebelum ia mula dijual.

Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan
– Nama: humy bersama Charlie Puth
– Laman web: https://charlieputh.humy.me/
– Kandungan untuk Pelanggan sahaja:
1) Konsert Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
2) Pertemuan Peminat Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
3) Akses Keutamaan kepada Cabutan Jualan Tiket*
4) Rangkaian Sosial Eksklusif
5) Video Khas
6) Kad Keahlian Digital
7) Kad Ucapan Digital

*Tidak terpakai untuk semua persembahan Charlie Puth. Persembahan yang layak akan diumumkan di laman web rasmi setelah tarikh disahkan.

– Pelan: Pelan premium: $100.00 (USD) setahun
– Kaedah Pembayaran: Kad kredit, PayPal
– Tarikh dan Masa Siaran yang Dirancang:
1 Disember, 2022: Mexico 9:00 malam (CST)
2 Disember, 2022: Brazil 12:00 tengah malam (BRT), Afrika Selatan 5:00 pagi (SAST),
Arab Saudi 6:00 pagi (AST), India 8:30 pagi (IST), Indonesia 10:00 pagi (WIB),
Jepun 12:00 tengah hari (JST), Australia 2:00 petang (AEDT)
(Sesetengah negara mungkin tidak dimasukkan.)

Mesej dari Charlie Puth
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan MIXI sebagai artis pertama yang dipaparkan di humy! Ia bukan satu rahsia bahawa saya suka membiarkan peminat untuk menyertai proses kreatif dan kehidupan seharian saya, tetapi saya lebih teruja kerana mempunyai satu lagi platform lain untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Charlie Puth
Charlie Puth telah terbukti sebagai seorang daripada artis yang berjaya dan paling konsisten di dalam industri muzik dan rakan usaha sama yang dicari. Puth telah memperoleh lapan single pelbagai platinum, empat pencalonan GRAMMY, tiga Anugerah Muzik Billboard, sebuah Anugerah Pilihan Pengkritik dan satu pencalonan Golden Globe. LP beliau pada 2018 yang dicalonkan untuk GRAMMY, Voicenotes, telah diperakui Emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) hanya empat hari selepas ia dikeluarkan dan telah mencatatkan lebih 5.6 bilion penstriman di seluruh dunia. Kerjasama Puth pada tahun 2020 dengan Gabby Barrett pada adunan semula mereka “I Hope” membolehkan beliau memperoleh lagu 10 teratas beliau keempat di Billboard Hot 100, mencapai nombor satu di carta “Lagu Pop Dewasa” Billboard dan memenangi sebuah Anugerah Muzik Billboard 2021 untuk “Kolaborasi Utama.” Puth juga telah menulis bersama dan menghasilkan The Kid Laroi dan single oleh Justin Bieber yang telah memecahkan rekod bertajuk “STAY,” yang dengan cepat menjadi satu daripada lagu terbesar untuk tahun 2021 dan memegang gelaran untuk lagu paling lama di tangga No. 1 di carta Billboard Global 200 dan yang pertama untuk mendahuluinya untuk dua digit — menghabiskan tempoh selama 11 minggu di bahagian atas carta itu. Puth baru-baru ini telah mengeluarkan album studio ketiga beliau yang dinanti-nantikan CHARLIE melalui Atlantic Records. Dengan menampilkan hit single “Left and Right (yang menampilkan Jung Kook dari BTS),” “That’s Hilarious” dan “Light Switch,” “koleksi yang dibuat dengan mahir” (dari majalah Rolling Stone) telah melepasi 1 bilion penstriman global dan menerima pujian pengkritik. Puth baru-baru ini memulakan jelajah “One Night Only” beliau, mengalu-alukan peminat dari seluruh dunia secara dekat dan peribadi sambil berkongsi album terbaharu beliau dan lagu hit terhebat beliau.
Untuk maklumat lanjut dan tarikh lawatan akan datang, sila layari:
https://www.charlieputh.com/tour/

Maklumat mengenai MIXI, Inc.
Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, MIXI komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Syarikat itu meletakkan “Kejutan Pengguna Didahulukan” sebagai teras mereka dan memberi tumpuan kepada menggalakkan hubungan yang mendalam dan penuh bermakna daripada hanya meningkatkan kuantiti dan kekerapan berkomunikasi. Melalui usaha ini, syarikat itu percaya ia memberi inspirasi kepada komunikasi yang lebih mendalam dan lebih kaya di dunia.

Laman web Rasmi MIXI: https://mixi.co.jp/en/

Sumber: MIXI, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16621

BRANDSTARS MENGUMUMKAN ‘JENAMA GELOMBANG KOREA 2022 (KWB)’

SEOUL, Korea Selatan, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Wakil jenama untuk setiap kategori ‘Jenama Gelombang Korea 2022 (KWB)’ dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah diumumkan.

Bagi menandakan ulang tahun kelima pada tahun ini, acara ini akan memilih dan mengumumkan wakil jenama Gelombang Korea serentak melalui saluran media utama di China dan Asia Tenggara bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik dengan memberikan maklumat tepat kepada pengguna luar negara.

Memandangkan jenama ini mewakili setiap industri,  Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 Samsung Electronics, IONIQ5 Syarikat Hyundai Motor, TV OLED LG Electronics dan TROMMBacchus Dong-A Pharm berjaya terpilih.

Dalam kategori membeli-belah, Gedung Serbaneka Lotte dan Kedai Bebas Cukai The Shilla berjaya terpilih sekali lagi tahun ini. Dalam kategori hiburan, BTS dan Extraordinary Attorney Woo, yang masing-masing paling popular dalam kategori K-pop dan K-drama , berjaya terpilih. Dalam kategori pelancongan dan persembahan, Wilayah Pemerintahan Sendiri Khas Jeju dan Pertunjukan Air Langit Jeju masing-masing berada dalam senarai.

Sulwhasoo Amorepacific dan Sejarah Whoo Isi Rumah dan Penjagaan Kesihatan LG berjaya terpilih dalam kategori kosmetik K-kecantikan dan OLIVE YOUNG berjaya terpilih untuk kategori kedai kesihatan dan kecantikan. Dalam kategori kosmetik fungsian, kosmetik organik dan pek pupur muka, Skin79, Coszone Make9 dan Scanco Ballon Blanc masing-masing berjaya terpilih.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, CheongKwanJang, jenama makanan fungsian kesihatan terkemuka dengan kepakaran dalam ginseng merah dan FromBIO, syarikat makanan fungsian, berjaya terpilih. Dalam kategori pemeriksaan kesihatan, Pusat Perubatan Samsung berjaya terpilih.

Jenama K-makanan yang paling popular ialah Bibigo CJ CheilJedang, Susu Berperisa Pisang Binggrae, Chapaghetti Nongshim, Jin Ramen Ottogi, Baguette Paris dan ISSAC TOASTSinjeon Tteok-bokki dan Ramen Berperisa Ayam Pedas Buldak Samyang Foods juga berjaya terpilih sebagai jenama yang mewakili perisa pedas. Dalam kategori K-fesyen, NOS7, jenama yang dilancarkan oleh Son Heung-min dan Gentle Monster, jenama cermin mata gelap, berjaya terpilih.

Dalam kategori Jenama K, gabungan jenama yang mewakili Korea, Funshine Optatum, jenama pewangi fabrik dan Rokkiss, jenama kosmetik organik, berjaya terpilih.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk dihubungi

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS
KJ.Kim
+82-2-544-0153
brandstars@daum.net

Sumber: Jawatankuasa Pemilhan BRANDSTARS

–BERNAMA

HARI BELIA SELAT KE-10 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

Pemandangan pada Hari Belia Selat ke-10

FUZHOU, China, 7 Dis, 2022 /Xinhua-AsiaNet/–

Pada 2 Disember, Hari Belia Selat ke-10, yang ditaja bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Persekutuan Belia Seluruh China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian, dan menarik kehadiran 350 orang tetamu dari semua lapisan masyarakat di kedua-dua belah Selat itu.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 bagi Hari Belia Selat. Dengan bertemakan “Bekerja Bersama untuk Peremajaan Negara China”, acara tahun ini telah memaparkan kisah-kisah mengenai anak muda di seluruh Selat itu yang telah menjalin ikatan dengan usaha bersepadu. Dengan orang ramai mengambil bahagian secara sendiri dan dalam talian, dialog-dialog utama telah dijalankan di antara Fuzhou dan Taipei melalui pautan video, menurut Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat.

Qiu Xinyi, seorang penghibur bagi Orkestra Simfoni Selat Fuzhou, Wang Tingwei, “pengurus pangsapuri” Taiwan yang pertama di Wilayah Fujian dan anak muda Taiwan yang lain telah berkongsi pengalaman mereka dan bertukar-tukar idea pada acara itu. Mereka juga membincangkan tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh belia Taiwan dan peranan yang akan dimainkan oleh mereka di dalam proses ke arah pemodenan China, dan menekankan pembelajaran bersama di antara anak muda di seluruh Selat untuk masa depan yang lebih baik.

Hari Belia Selat itu akan juga menganjurkan satu siri aktiviti yang termasuk Minggu Pertukaran Kebudayaan Belia Selat, “CPPCC dalam Sudut Pandangan Belia Taiwan” dan dialog rentas Selat mengenai kerjasama meteorologi.

Sumber: Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=435575

Kapsyen: Pemandangan pada Hari Belia Selat ke-10

–BERNAMA

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PELANCARAN GABUNGAN LEDDARVISION FRONT-VIEW DAN PRODUK PERISIAN PERSEPSI YANG DIREKA BENTUK UNTUK APLIKASI ADAS TAHAP 2/2+ AUTOMOTIF

QUEBEC CITY, 7 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, sebuah peneraju global dalam menyediakan teknologi perisian ADAS dan AD yang paling fleksibel, teguh dan tepat, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran LeddarVision™ Front-View-E (LVF-E) dan LeddarVision™ Front-View-H (LVF-H), dua susunan perisian gabungan dan persepsi peringkat rendah komprehensif berbeza yang menggabungkan modus sensor secara optimum untuk aplikasi ADAS Tahap 2/2+ yang mencapai pengadaran 5* NCAP 2025/GSR 2022.

LeddarTech menangani cabaran yang dihadapi oleh pembekal Tahap 1-2 dan OEM ketika membangunkan aplikasi ADAS Tahap 2/2+, seperti menyelesaikan isu keselamatan dan mencari perisian gabungan dan persepsi boleh skala yang menawarkan prestasi tinggi pada kos yang rendah. Keluarga produk perisian automotif LeddarVision Front-View (LVF), yang dibangunkan oleh LeddarTech menangani cabaran ini.

LVF-E (LeddarVision Front-Entry): Dicipta untuk pelanggan yang ingin membangunkan aplikasi keselamatan ADAS dan bantuan lebuh raya peringkat permulaan L2/L2+, LVF-E adalah gabungan pandangan hadapan dan timbunan persepsi yang komprehensif untuk bantuan lebuh raya ADAS L2/L2+ peringkat permulaan dan NCAP 2025/GSR 5 bintang 2022. Teknologi gabungan tahap rendah (LLF) LeddarTech mendorong sampul prestasi, menggandakan julat berkesan bagi sensor dan membolehkan buat kali pertama penyelesaian dengan hanya satu kamera hadapan 1.2 megapiksel 120 darjah dan dua radar sudut hadapan jarak dekat dalam konfigurasi 1V2R. Penderiaan kos rendah bersama pelaksanaan yang cekap pada platform TDA4L, mencapai kos sistem terendah untuk ADAS peringkat permulaan L2/L2+. Sampel B dirancang untuk S2 2023, menyasarkan SOP kenderaan pada 2025/6.

LVF-H (LeddarVision Front-High): Gabungan pendamping premium dan timbunan persepsi dalam keluarga produk pandangan hadapan. Dengan konfigurasi sensor dilanjutkan kepada 1V5R berdasarkan kamera 120 darjah 3 megapiksel tunggal, radar jarak sederhana hadapan tunggal dan empat radar sudut jarak dekat, timbunan memanjangkan sokongan persepsi kepada aplikasi bantuan lebuh raya, termasuk kawalan pelayaran adaptif 160 km/j, jarak 200 meter dan pertukaran lorong separa automatik. Konfigurasi ini turut meningkatkan sokongan NCAP 2025 untuk senario memotong/berundur/pelanggaran pintu. Tambahan pula, dengan pelaksanaan yang cekap pada platform TDA4L dan pemecut kajian mendalam Hailo-8 tunggal, penderiaan kos rendah mencapai ADAS premium L2/L2+ pandangan hadapan ekonomi. Sampel B dirancang untuk Q3 2023, menyasarkan SOP kenderaan pada 2026.

Keluarga produk LeddarVision Front-View (LVF) direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka:

Berprestasi Tinggi dan Berkesan Kos

· Teknologi gabungan tahap rendah (LLF) LeddarVision mendorong sampul prestasi, menggandakan julat berkesan bagi sensor.
· Ciri penderiaan kos terendah produk dan pelaksanaan yang cekap pada platform TDA4L mencapai kos sistem terendah.
· Ketepatan unggul dalam pengasingan objek dan pengukuran kedudukan membujur di lebuh raya membolehkan pelaksanaan kawalan pelayaran boleh suai berprestasi lebih tinggi.

Keselamatan

· Produk LVF menangani aplikasi keselamatan 5* NCAP 2025/GSR 2022.
· Termasuk ciri kelewahan terbina dalam untuk menampung kegagalan sensor, kemerosotan dan konflik.
· Menyediakan ciri keselamatan yang dipertingkatkan disebabkan ketepatan yang unggul dalam pengasingan objek dan pengukuran kedudukan membujur.

Fleksibel dan Boleh Skala

· Gabungan pandangan hadapan dan timbunan persepsi yang menyokong tahap permulaan kepada aplikasi bantuan lebuh raya ADAS premium Tahap 2/2+.

Pelanggan yang berminat boleh menghubungi LeddarTech untuk sampel “A” bagi produk LVF-E dan LVF-H.

“Saya teruja untuk mengumumkan produk gabungan sensor dan persepsi kami yang terbaharu untuk menyokong aplikasi peringkat permulaan kepada aplikasi bantuan lebuh raya ADAS premium Tahap 2/2+,” kata Encik Charles Boulanger, Ketua Pegawai Eksekutif LeddarTech. “Keperluan pasaran untuk produk gabungan dan persepsi sensor berprestasi tinggi di samping berkesan kos, fleksibel dan boleh skala serta tidak pernah menjadi lebih besar, keluarga produk LVF kami menangani keperluan itu,” En. Boulanger meneruskan. “Misi kami di LeddarTech adalah untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti hidup dengan membolehkan aplikasi ADAS dan AD, ini dicapai dengan pelancaran kedua-dua produk ini yang mencapai 5* penarafan NCAP 2025/GSR 2022.” Encik Boulanger menyimpulkan: “Saya tidak sabar untuk mengumumkan produk tambahan pada 2023 yang akan terus memenuhi keperluan industri dan meningkatkan kualiti kehidupan manusia.”

Produk perisian LeddarVision LVF-E dan LVF-H LeddarTech akan dipamerkan di CES 2023, 5-8 Januari di Las Vegas, di reruai # 5475 LeddarTech, LVCC West Hall.

Perihal LeddarTech

LeddarTech adalah sebuah syarikat perisian global yang diasaskan pada tahun 2007, membangun dan menyediakan penyelesaian persepsi komprehensif yang membolehkan penggunaan ADAS dan aplikasi pemanduan autonomi. Perisian gred automotif LeddarTech menggunakan AI dan algoritma penglihatan komputer untuk menjana model 3D bagi persekitaran yang sangat tepat, membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan navigasi yang lebih selamat. Teknologi yang berprestasi tinggi, boleh skala, kos efektif ini dimanfaatkan oleh OEM dan pembekal Tahap 1-2 untuk pelaksanaan yang cekap bagi penyelesaian kenderaan automotif dan luar jalan.

LeddarTech bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi penderiaan jauh, dengan lebih 140 paten diberikan atau digunakan untuk meningkatkan keupayaan ADAS dan AD. Persepsi yang boleh dipercayai adalah penting dalam menjadikan mobiliti global lebih selamat, lebih cekap, mampan dan mampu milik: inilah yang mendorong LeddarTech untuk menjadi penyelesaian perisian gabungan sensor dan persepsi yang paling banyak diterima pakai.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Hubungan Pelabur, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 daniel.aitken@leddartech.com

Maklumat hubungan dan laman web pelaburInvestorRelations@leddartech.com
https://investors.leddartech.com/

Leddar, LeddarTech, LeddarSteer, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, LeddarEcho, VAYADrive, VayaVision, XLRator dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LeddarTech Inc. dan anak syarikatnya. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Sumber: LeddarTech inc.

–BERNAMA