VISTAJET MEMBUKA PINTU KEPADA DUNIA PERSENDIRIANNYA

Gerbang ke hartanah dan destinasi yang paling dikagumi di seluruh dunia untuk memudahkan perjalanan persendirian

LONDON, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Apabila privasi dan keselamatan menjadi semakin penting buat pelancong global12 VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal mengumumkan Private World serta membuka pintu eksklusif kepada rakan niaga, hotel, tempat kediaman, pulau peribadi, kapal pesiar dan destinasi ski yang diutamakan VistaJet di seluruh dunia. Private World VistaJet merupakan program global untuk perjalanan persendirian, suatu perkhidmatan untuk berasa selesa bagaikan di rumah sendiri merentasi seluruh benua.

Sentimen tentang pelancongan sedang berubah. Keluarga dan perniagaan mahu membuat perjalanan semula, walaupun sebelum vaksin COVID-19 tersedia secara besar-besaran3. Apabila harga dianggap sebagai faktor paling tidak penting semasa membuat tempahan4, maka 79% daripada UHNWI lebih cenderung untuk melancong menggunakan jet peribadi5 berbanding sebelum ini, memandangkan ini merupakan penyelesaian penerbangan yang lebih selamat dan lebih diyakini. Namun, sehingga kini, kerumitan membuat tempahan di destinasi kekal menjadi kebimbangan buat kebanyakan pelancong.

Private World mengekalkan makna sebenar hospitaliti, dengan memberikan manfaat pasukan bersepadu yang bersedia untuk menyokong mereka pada mana-mana langkah kepada setiap Ahli, tidak kira sama ada mereka membuat perjalanan untuk tujuan perniagaan, pengembaraan atau bersantai. Ahli VistaJet merupakan komuniti unik yang terdiri daripada pemimpin perniagaan global, usahawan, orang berwawasan, pengasas, orang kenamaan, golongan diraja dan keluarga. Private World akan menawarkan mereka akses yang lancar kepada suite, estet bersejarah, tempat mencari ketenangan persendirian, kapal pesiar dan lereng ski — melalui perkhidmatan pintu ke pintu yang paling ringkas. Ahli tidak perlu mendaftar masuk, privasi dijamin dan pelbagai perkhidmatan peribadi untuk menjadikan perjalanan ini semudah yang mungkin.

Private World termasuklah rakan niaga yang hebat di seluruh suite, kepulauan, lereng ski, estet dan kapal pesiar. Bermula daripada suite terbaik di bandar yang paling disinggahi pelanggan VistaJet untuk tujuan perniagaan, seperti London, New York, Hong Kong, Los Angeles, Dubai, Milan, Nice, Beijing, Shanghai dan Moscow; sehinggalah resort di laut dan gunung yang paling popular seperti Courchevel, Maldives, The Bahamas, Aspen, Fiji serta destinasi yang luar biasa, serta destinasi yang luar biasa, untuk mengembara di luar grid; dengan tempah semua sebagai kategori memuncul baharu untuk pelancongan persendirian, berkembang kepada estet, pulau dan kapal pesiar bagi memastikan privasi sepenuhnya.

Selain itu, ini merupakan pengalaman pintu ke pintu yang paling lancar, yang disediakan dan dilayani oleh jenama peneraju yang paling berpengalaman dalam hospitaliti. Pejabat Persendirian VistaJet yang mengurus setiap permintaan secara peribadi, akan memperkenalkan Ahli kepada rakan niaga terbaik untuk mula mewujudkan pengalaman perjalanan persendirian mereka, memperibadikan segala-galanya mengikut keutamaan Ahli sebelum mereka meninggalkan rumah untuk menaiki jet persendirian mereka. Buat pertama kalinya, ruang penyambut tetamu di destinasi hanya akan terbuka untuk anda sahaja. Setelah menaiki penerbangan yang unik, Ahli akan meneruskan perjalanan mereka dengan sambutan alu-aluan peribadi daripada Pengurus Besar, akses pantas kepada penginapan mereka tanpa perlu mendaftar masuk, dengan semua perkhidmatan diutamakan mereka sudah tersedia.

Bermula dengan lebih 50 rakan niaga dan hartanah di seluruh serta terus berkembang di lebih banyak lokasi di seluruh dunia, portal Private World VistaJet di vistajet.com/privateworld, menyediakan perkhidmatan portfolio yang lengkap secara eksklusif kepada Ahli. Kategori seperti VistaJet ke Suite, VistaJet ke Kapal Pesiar, VistaJet ke Lereng Ski, VistaJet ke Estet dan VistaJet ke Pulau memudahkan Ahli untuk melayari kandungan dan fungsi carian intuitif membantu Ahli menavigasi melalui peluang dengan cara yang mudah. Untuk menginspirasi klien kami, idea baharu akan dikirim dengan kerap di Instagram @VistaJetWorld.

Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan Inovasi VistaJet, Matteo Atti yang memperkenalkan program baharu ini berkata, “Private World menandakan permulaan transformasi radikal pada bahagian teratas industri pelancongan. Peralihan dalam model perniagaan tidak ditadbir oleh jumlah tempahan, tetapi diterajui oleh kualiti, kepercayaan dan nilai yang dikongsi. Pemilihan rakan niaga kami diinspirasi oleh keinginan untuk melindungi, memelihara dan mempromosikan pihak paling berpengalaman dalam memberikan perkhidmatan hospitaliti yang terbaik. Kami bekerja setiap hari untuk memastikan pelanggan boleh mengakses tawaran terbaik di dunia ini. Ahli kami tahu bahawa apabila mereka memasuki Private World VistaJet, mereka memasuki tempat yang tenang, selamat dan cemerlang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13927

ISG INDEX: PERKHIDMATAN TERURUS MENGALAMI PRESTASI TERENDAH DALAM TEMPOH 14 TAHUN DI ASIA PASIFIK

Pasaran ITO, BPO merosot disebabkan kebimbangan COVID-19 sementara syarikat beralih kepada perkhidmatan berasaskan awan

SYDNEY, Australia, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Dibebani kebimbangan pandemik, pasaran perkhidmatan terurus di Asia Pasifik jatuh pada suku tahun ketiga kepada tahap yang paling rendah dalam tempoh 14 tahun, menurut laporan daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

Asia Pacific ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) yang bernilai US $5 juta atau lebih, menunjukkan pasaran perkhidmatan terurus menjunam 48 peratus pada suku tahun ketiga kepada US $338 juta, prestasi terburuknya sejak 2006. Dalam perkhidmatan terurus, penyumberan teknologi maklumat (ITO) telah menurun 50 peratus, kepada US $277 juta dan penyumberan proses perniagaan (BPO), menurun 32 peratus kepada US $61 juta.

Sementara itu, ACV untuk perkhidmatan berasaskan awan, kuasa yang dianggap dominan secara tradisional kejayaan penyumberan rantau itu, meningkat 6 peratus dalam suku tahun ketiga kepada US $1.6 bilion. Angka tersebut termasuk infrastruktur sebagai perkhidmatan (IaaS), meningkat 8 peratus, kepada US $1.4 bilion dan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), menurun 8 peratus, kepada US $222 juta—salah satu suku tahun paling ringan dalam tiga tahun lepas.

Pasaran tergabung Asia Pasifik (kedua-dua perkhidmatan terurus dan sebagai perkhidmatan) telah menurun 10 peratus, kepada US $1.97 bilion, walaupun terdapat pertumbuhan dalam segmen sebagai perkhidmatan.

“Asia Pasifik memulakan tahun ini dengan suku tahun rekod untuk perkhidmatan berasaskan awan, tetapi pasaran sebagai perkhidmatan telah menurun dua suku tahun yang lepas, menggambarkan pelaburan yang semakin perlahan disebabkan pandemik” kata Scott Bertsch, rakan kongsi dan ketua rantau, ISG Asia Pasifik. “Suku tahun ini, pertumbuhan perkhidmatan berasaskan awan tidak mencukupi untuk meningkatkan pasaran tergabung dalam Asia Pasifik.”

Persaingan bahagian pasaran infrastruktur awan terus sengit merentasi rantau tersebut, terutamanya di India, apabila persaingan semakin meningkat dalam pasaran telekomunikasi, Internet jalur lebar dan awan awam, kata Bertsch. Sebagai contoh, AWS telah menandatangani perjanjian dengan Bharti Airtel untuk membawa lebih banyak perkhidmatan awan kepada syarikat di India, sementara Microsoft membentuk perkongsian dengan Jio.

Dalam arena perkhidmatan terurus, Bertsch menyatakan bahawa volum kontrak merosot kembali ke tahap yang lebih lazim dalam suku tahun ketiga selepas kenaikan dalam aktiviti kontrak pada suku sebelumnya. “Hampir semua urus niaga adalah di bawah US $20 juta,” kata Bertsch. “Urus niaga bernilai besar, dari segi sejarah merupakan cabaran bagi Asia Pasifik, telah kehabisan sejak permulaan COVID-19, dan laluan untuk mendapatkan urus niaga itu kini lebih panjang.”

Bertsch berkata, beberapa urus niaga yang wajar disebut ialah Accenture yang memenangi urus niaga yang agak besar dengan pengeluar besar di Asia dan IBM yang berjaya mendapatkan urus niaga dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong.

Prestasi Permulaan Tahun Ini sehingga Kini

Dalam sembilan bulan pertama, pasaran tergabung Asia Pasifik menurun 7% kepada US $6.4 bilion. Perkhidmatan terurus menurun 41 peratus, kepada US $1.4 bilion, kerana kekurangan urus niaga yang besar, dengan ITO (menurun 40 peratus, kepada US $1.2 bilion) dan BPO (menurun 49 peratus, kepada US $197 juta) dan kedua-duanya menyumbang kepada prestasi lemah. Kebanyakan pasaran geografi di rantau telah menurun secara ketara, kecuali Australia-New Zealand (ANZ), yang menunjukkan peningkatan permulaan tahun ini sehingga kini sebanyak 3 peratus bagi ACV.

Sementara itu, sebagai-perkhidmatan, meningkat 11 peratus, kepada US $5 bilion, walaupun segmen ini berkembang lebih perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya. IaaS meningkat 14 peratus, kepada US $4.3 bilion, walaupun SaaS menurun 6 peratus, kepada US $695 juta.

Ramalan Global

ISG meramalkan pasaran perkhidmatan terurus global akan menurun 6 peratus untuk tahun penuh, 150 mata dasar lebih baik daripada ramalan pada bulan Julai. Firma tersebut mengunjurkan pasaran global seperti sebagai-perkhidmatan akan meningkat sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2020, iaitu meningkat daripada ramalan 11 peratus pada bulan Julai.

Perihal ISG Index™

ISG Index™ dikenali sebagai sumber berwibawa bagi penyelidikan pasaran industri teknologi global dan perkhidmatan perniagaan. Bagi 72 suku tahun berturut-turut, ISG Index™ telah memperincikan data dan aliran industri terkini untuk penganalisis kewangan, pembeli perniagaan, pembekal perisian dan perkhidmatan, firma guaman, universiti dan media. Pada tahun 2016, ISG Index telah dikembangkan untuk merangkumi liputan pasaran sebagai-perkhidmatan yang berkembang pantas dan mengukur kesan signifikan perkhidmatan berdasarkan awan terhadap transformasi perniagaan digital. ISG juga menyediakan analisis berterusan automasi dan teknologi digital lain dalam pembentangan suku tahun ISG Index. Untuk maklumat lanjut. lawati laman web ini.

Perihal ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global. Sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai bagi lebih 700 pelanggan, termasuk lebih 75 daripada 100 perniagaan teratas di seluruh dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan pembekal perkhidmatan dan teknologi untuk mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma ini mengkhusus dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, analitis awan dan data, penasihat penyumberan; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; penyelidikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 profesional berkemahiran digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran inovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam dan keupayaan penyelidikan dan analitis bertaraf dunia, berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.isg-one.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:

Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Jim Baptiste, Matter Communications untuk ISG
+1 978 518 4527
jbaptiste@matternow.com

SUMBER : Information Services Group, Inc. 

FASTLY MENGAKTIFKAN INOVASI PEMAJU DI COMPUTE@EDGE DENGAN PERKAKASAN, SKALA DAN PRESTASI YANG LUAS

Pelanggan Fastly dan Ketua Pegawai Teknologi Vox Media, Pablo Mercado, memberi komen mengenai Compute@Edge. (Grafik: Business Wire)


Compute@Edge meningkatkan pengalaman pemaju dengan penambahan Sokongan API Terraform, sebuah CLI yang mantap, sokongan bahasa yang diperluaskan, dan banyak lagi

SAN FRANCISCO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), penyedia bagi sebuah platform awan tepi global, mengumumkan peningkatan besar kepada penyelesaian Compute@Edge mereka, dengan menambahkan perkakasan dan fungsian pemaju baharu. Pelanggan pada masa ini melakukan trafik penerbitan di Compute@Edge, termasuk sebilangan besar kes penggunaan inovatif seperti token ruang menunggu, pemperibadian tepi yang dinamik, pengesahan di tepi, aplikasi tanpa pelayan penuh, dan banyak lagi. Perkakasan Compute@Edge yang dipertingkatkan memberi kuasa kepada pemaju untuk membina tahap trafik internet yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan harapan yang tinggi mengenai pengalaman digital, dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi, kecekapan, dan keselamatan di barisan hadapan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201028006222/en/

“Kami telah memilih Fastly sebagai platform kami disebabkan oleh produk Fastly yang ditumpukan kepada prestasi dan dipacu oleh API yang jelas menjadi tumpuan pelanggan dan kejuruteraan, dan tujuh tahun kemudian ia sangat menggembirakan untuk melihat dedikasi yang dikekalkan dengan Compute@Edge,” kata Pablo Mercado, Ketua Pegawai Teknologi di Vox Media. “Pendekatan yang diambil oleh Fastly dengan pelaburan mereka di Compute@Edge membuahkan hasil kepada janji mereka mengenai tanpa pelayan, ia memperluaskan apa yang dapat dilakukan oleh pemaju kami dan pada masa yang sama memberikan kami keyakinan mengenai prestasi dan kestabilan yang kukuh. Ini digabungkan dengan perkhidmatan pelanggan jurutera-ke-jurutera Fastly benar-benar menjadikan Fastly sebuah rakan yang hebat untuk menyampaikan pengalaman digital yang luar biasa kepada pembaca dan penonton kami, dan untuk digunakan untuk membina masa depan Vox Media.”

Bagi pemaju yang ingin membina dan melaksanakan kod yang lebih hampir dengan pengguna akhir mereka, Compute@Edge adalah sebuah persekitaran pengkomputeran tanpa pelayan yang hebat dan berprestasi yang berfungsi di platform awan tepi yang diedarkan secara global di Fastly. Penyelesaian tanpa pelayan Fastly memberikan kelebihan pengkomputeran tanpa pelayan tanpa cabaran yang lazimnya wujud dengan infrastruktur penyumberan luar, yang membolehkan bagi prestasi yang lebih baik, penglihatan yang dipertingkatkan, dan pengurangan kependaman. Dengan membangunkan aplikasi termaju dan logik khusus di tepi, organisasi dapat mengurangkan kos infrastruktur dan skala dengan serta-merta.

Compute@Edge mengutamakan pengalaman pemaju di dalam persekitaran komputer tanpa pelayan, dan Fastly terus memberikan keperluan ini dengan penambahan terbaharu mereka, termasuk:

  • Sokongan API Terraform: Sokongan Terraform baharu membolehkan pemaju untuk memperlakukan infrastruktur Fastly sebagai kod dan bertindak sebagai satu bahagian yang bersepadu bagi susunan teknologi yang sedia ada bagi sebuah organisasi. Melalui penyatuan ini, pemaju dapat memprogram, mengkonfigurasi, dan menyediakan infrastruktur dengan pantas.
  • Antara muka Baris Arahan (CLI): Compute@Edge CLI membawa kepada pemaju dengan satu pengalaman baharu yang diperkemas untuk memprogram, membangun, dan menggerakkan aplikasi pada skala.
  • Sokongan bahasa yang diperluaskan: Direka untuk memberi pemaju dengan keupayaan untuk memprogram dalam bahasa yang paling mereka biasa, Compute@Edge kini menawarkan AssemblyScript dalam versi beta.
  • Pemerhatian di hujung jari anda: Meningkatkan keperluan penglihatan misi kritikal pemaju di dalam sebuah persekitaran tanpa pelayan, statistik dan kesalahan kini tersedia di antara muka pengguna dan dikendalikan melalui API. Ini membolehkan pemaju untuk menggabungkan pemerhatian dengan lancar ke dalam aliran kerja mereka.

“Perkongsian kami dengan Fastly dibangunkan di atas satu komitmen bersama untuk menyediakan pengalaman CI/CD yang lancar dan berkualiti tinggi dan perkakasan yang luar biasa untuk pemaju,” kata Asvin Ramesh, pengarah bagi pakatan teknologi di HashiCorp. “Kami amat teruja untuk berkongsinya setelah Compute@Edge keluaran Fastly kini diintegrasikan dengan HashiCorp Terraform, yang membolehkan pemerkasaan pemaju berskala besar dan lebih banyak kelenturan di dalam menguruskan infrastruktur — kesemuanya di satu tempat.”

“Tanpa server adalah masa depan bagi pengembangan aplikasi dan peluang yang ia wujudkan untuk inovasi tiada kesudahannya,” kata Ketua Pegawai Teknologi Fastly, Tyler McMullen. “Walaupun teknologi ini masih agak baharu, ada peningkatan kesedaran di kalangan pemaju dan pemimpin perniagaan mengenai apa yang dimaksudkan dengan peralihan kepada tanpa pelayan bagi keupayaan mereka untuk mempercepatkan inovasi dan skala. Dan memandangkan teknologi di sebalik Compute@Edge menjadikan tidak berkesan permulaan yang dingin dan ancaman keselamatan siber yang seringkali ditawarkan oleh tanpa pelayan yang lain, tanpa pelayan kini juga bermaksud prestasi dan keselamatan yang lebih baik. Kami berasa sangat rendah hati untuk melihat kes penggunaan utama di industri yang sedang dibina oleh pelanggan kami seperti penstriman langsung kependaman rendah, pengesahan keselamatan tepat masa, peralihan perkhidmatan mikro, gelungan kandungan, dan banyak lagi. Kemajuan terbaharu ini dengan Compute@Edge meningkatkan kelenturan dan kebergantungan pasukan kejuruteraan pada masa ini.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Compute@Edge, baca blog terbaharu mereka, atau layari Hab Pemaju Fastly. Dengan kit permulaan Fastly dan satu Perpustakaan Penyelesaian, tutorial bahasa, lebih 25 resipi Rust, dan banyak lagi, Hub Pemaju itu adalah satu sumber yang teguh untuk membantu pemaju bangun dan berlari dengan pantas, mempercepatkan keupayaan untuk membina dan menggerakkan kes penggunaan baharu yang berinovatif. Pemaju dan perniagaan boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Compute@Edge dengan melayari: https://www.fastly.com/products/edge-compute/serverless.

Maklumat mengenai Fastly

Fastly membantu orang ramai dengan kekal berhubungan dengan perkara-perkara yang mereka gemari dengan lebih baik. Platform awan tepi Fastly membolehkan pelanggan untuk mewujudkan pengalaman digital yang hebat dengan pantas, selamat, dan boleh dipercayai dengan memproses, melayani, dan menjamin aplikasi pelanggan kami sehampir yang mungkin dengan pengguna akhir mereka — di tepi internet. Platform Fastly direka untuk memanfaatkan internet moden, dapat diprogramkan, dan untuk menyokong pengembangan perisian yang tangkas dengan jarak penglihatan yang tidak dapat ditandingi dan kependaman minimum, yang memberi kuasa kepada pemaju untuk berinovasi dengan kedua-dua prestasi dan keselamatan. Pelanggan Fastly termasuk banyak syarikat terkemuka di dunia, termasuk Vimeo, Pinterest, The New York Times, dan GitHub.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang “berpandangan ke hadapan” yang didasarkan kepada kepercayaan dan andaian Fastly dan maklumat yang tersedia pada masa ini pada Fastly pada tarikh siaran akhbar ini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mungkin melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi, atau pencapaian sebenar mereka adalah berbeza daripada yang dizahirkan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai manfaat dan fungsi yang diharapkan dari Compute@Edge, termasuk membolehkan pemaju  untuk membina bagi tahap trafik internet yang belum pernah dilakukan sebelumnya dan jangkaan yang dipertingkatkan mengenai pengalaman digital dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi, kecekapan, dan keselamatan di barisan hadapan, prestasi yang lebih baik, penglihatan yang dipertingkatkan, dan pengurangan kependaman, penghapusan permulaan yang sejuk dan ancaman keselamatan siber yang dihadapi dengan penawaran tanpa pelayan lain, dan peningkatan inovasi dan skala. Kecuali seperti yang disyaratkan oleh undang-undang, Fastly tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini secara terbuka, atau untuk mengemas kini alasan mengenai keputusan sebenarnya boleh berbeza secara material dari yang dijangkakan di dalam kenyataan berpandangan ke hadapan itu, walaupun jika maklumat baharu tersedia di masa hadapan. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar Fastly untuk berbeza dari segi material diperincikan dari semasa ke semasa di dalam laporan Fastly yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), termasuk dalam Laporan Tahunan Fastly pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2019, dan Laporan Suku Tahunan kami pada Borang 10-Q. Salinan laporan yang diserahkan kepada SEC itu disiarkan di laman web Fastly dan tersedia dari Fastly tanpa bayaran.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201028006222/en/

Hubungi

Hubungan Media:
press@fastly.com

Hubungan Pelabur:
ir@fastly.com

Sumber : Fastly, Inc.

LeddarTech Mengumumkan Penyertaan Di Tiga Acara Digital Utama Yang Berfokus Pada ADAS Dan AD Dalam Bulan November 2020

QUEBEC CITY, Quebec, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1-5, berbesar hati untuk membuat pembentangan dan mempamerkan pelbagai penyelesaian untuk pelanggan automotif dan mobiliti di beberapa acara digital global pada bulan November 2020. LeddarTech telah menyertai dan membuat pembentangan di lebih daripada 20 acara industri setakat ini pada tahun 2020 dan tidak sabar untuk bertemu dan berinteraksi dengan banyak peneraju industri dalam acara seterusnya ini.

“Kami menanti-nantikan kesinambungan strategi kami untuk berhubung dengan pelanggan kami dan organisasi lain melalui acara digital ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global. “Acara akan datang ini pasti akan sangat menarik. Pembentangan daripada pengucap LeddarTech kami akan memberikan wawasan yang menarik terhadap topik yang terdiri daripada pengenalan kenderaan ulang-alik berautonomi dalam persekitaran bandar sehinggalah konsep yang berkaitan dengan pelbagai modaliti penderia, penggabungan penderia dan persepsi untuk mendayakan kenderaan berautonomi kepada peranan teknologi pergabungan penderia mentah. Saya mengundang anda untuk mendaftar diri bagi acara-acara ini dan memanfaatkan semua pengucap yang akan membuat pembentangan di acara-acara ini,” simpul Mr. Aitken.

Autonomous Vehicles Online – Acara Digital Percuma

Acara ini akan memberikan wawasan terhadap aliran masa hadapan yang akan membentuk industri kereta pandu sendiri dan menawarkan peluang kepada hadirin untuk meningkatkan pengetahuan tentang cabaran keselamatan dan perlindungan serta berhubung dengan rakan-rakan profesional yang membangunkan teknologi pandu sendiri generasi seterusnya.

Pembentangan LeddarTech: 4 November, 2020 – 10:00 a.m. EST

Pembentang: Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi di LeddarTech

Topik: Sensing Modalities, Sensor Fusion, and Perception for Automated Driving

Daftar secara percuma:https://www.automotive-iq.com/events-autonomous-vehicles-online-november/

Smart Cities Experience – Acara Digital

Dianggap sebagai lebih daripada sekadar persidangan dalam talian, Smart Cities Experience ialah acara komuniti e-pembelajaran yang akan memberikan pemimpin sivik pengetahuan yang diperlukan untuk mengkonsepsikan dan merancang pelaksanaan projek Smart City. Presiden LeddarTech dan COO Frantz Saintellemy akan membentangkan: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities yang akan meneliti kes untuk pengangkutan ulang-alik berautonomi di bandar dan kawasan perbandaran. Pembentangan ini akan dibuat dalam bahasa Perancis.

Masa pembentangan LeddarTech: 5 November, 2020 – 3:10 p.m. EST

Pembentang: Frantz Saintellemy, Presiden dan COO di LeddarTech

Topik: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities

Daftar:https://www.eventbrite.com/o/smart-city-experience-27683031179

Persidangan & Pameran AutoSens – Acara Digital

Tahun ini, 500 jurutera dan ahli teknologi menyertai AutoSens untuk membincangkan subjek seperti pembelajaran mendalam, pergabungan penderia, pemantauan dalam kabin dan pembangunan dalam radar, LiDAR dan terma. Hadirin akan menghargai cara cabaran kualiti imej dan AEB sedang ditangani dan cara ini memberikan impak terhadap keselamatan kenderaan berautonomi. Persidangann ini akan menampilkan pembentangan daripada pakar di Siemens, FCA, GM, Woodside Capital Partners, Mercedes-Benz, NVIDIA, Cruise, Pony.ai, Mitsubishi, Zoox, Zenuity, EY Americas, GRIMM, dan banyak lagi, serta pakar akademik dari Carnegie Mellon University, Rochester Institute of Technology, dan Mississippi State University.

Pembentangan LeddarTech: 18 November, 2020 – 11:00 a.m. EST

Pembentang: Ronny Cohen, Pengarah Kanan – Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pergabungan Penderia dan Platform LeddarTech

Topik: Raw Sensor Fusion: Creating a Robust Environmental Model to Address Functional Safety and Enable Autonomous Driving

Daftar:https://auto-sens.com/registration/

Untuk senarai penuh acara secara bersemuka dan maya yang akan datang, sila lawati halaman acara kami, https://leddartech.com/events

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13908

MARY KAY LANTIK WENDY WANG SEBAGAI KETUA PEGAWAI KOMERSIAL UNTUK RANTAU ASIA PASIFIK

Pelantikan Wang adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. selama beberapa dekad untuk memperkasakan wanita bagi berkhidmat dalam jawatan kepimpinan. (Foto: Mary Kay Inc.)

Jenama Kecantikan Global dan Penyokong bagi Pemerkasaan Wanita Mengumumkan Peranan Kepimpinan Baharu untuk Menyokong Operasi Perniagaan Asia Pasifik

DALLAS, Okt 27 (Bernama-BUSINESS WIRE) — Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka untuk pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengukuhkan komitmen mereka ke arah memajukan kepimpinan wanita di seluruh dunia dengan pelantikan Wendy Wang sebagai Ketua Pegawai Komersial di rantau Asia Pasifik di ibu pejabat global syarikat itu di Addison, Texas, Amerika Syarikat.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201026005152/en/

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Wendy Wang ke jawatan kepimpinan kanan ini,” kata KK Chua, Presiden bagi Mary Kay Rantau Asia Pasifik. “Kesungguhan beliau untuk melihat kehidupan wanita diperkayakan di seluruh Asia dan kepakaran akan sangat berharga ketika kami meneruskan misi gigih kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di Rantau Asia Pasifik. Wendy adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang memiliki ketajaman perniagaan global yang strategik dan rekod prestasi yang terbukti untuk mengemudikan landskap industri kecantikan yang sentiasa berubah pada hari ini dengan berkesan. Sebagai sebuah jenama kecantikan global yang komited untuk memperkasakan wanita, kami menyedari bahawa wanita di dalam kedudukan kepimpinan di Mary Kay adalah pendorong di sebalik kejayaan berterusan syarikat kami di seluruh dunia.”

Sebagai Ketua Pegawai Komersial, Wang akan membangun dan memacukan pelaksanaan strategi komersial untuk rantau Asia Pasifik. Beliau akan bekerjasama  dengan kepimpinan serantau untuk memastikan penyelarasan bagi objektif korporat secara keseluruhan dan memimpin pasukan serantau untuk menyokong jualan, pemasaran, teknologi perniagaan dan operasi di setiap anak syarikat di Asia Pasifik. Wang menyertai Mary Kay China pada tahun 2002 sebagai penasihat untuk rantau Asia Pasifik di Jabatan Undang-undang Korporat. Dalam kedudukan beliau yang terbaharu sebagai Naib Presiden dan Penasihat Umum Bersekutu untuk Mary Kay Inc., Wang telah mengetuai pasukan profesional undang-undang yang bertanggungjawab menangani semua isu undang-undang bagi Mary Kay untuk rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara. Di samping itu, beliau mengetuai pengembangan dan peningkatan berterusan bagi program anti-rasuah Mary Kay di peringkat global dan merupakan ketua bagi fungsi pengurusan risiko strategik syarikat itu.

“Saya amat teruja kerana dapat terus menyokong wanita dan keluarga mereka di rantau Asia Pasifik,” kata Wang. “Ia adalah satu keistimewaan besar untuk bekerja di sebuah syarikat yang berdedikasi untuk memperkayakan kehidupan wanita dan saya komited untuk melakukan segala usaha bagi memastikan peluang perniagaan yang berdaya maju bagi perunding kecantikan bebas. Kami memberi tumpuan yang tinggi untuk menyampaikan peluang perniagaan terbaik, membina di atas nilai-nilai yang didukung oleh Mary Kay sebagai tonggak bagi budaya dan misi korporat kami. Selama beberapa dekad, syarikat kami telah berperanan dalam mengatasi halangan konvensional untuk memperkasakan wanita bagi mencapai potensi mereka yang sepenuhnya di dalam perniagaan dan juga kehidupan peribadi, dan saya amat berbesar hati untuk terus melaksanakan misi ini.”

Pelantikan Wang adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. selama beberapa dekad untuk memberi kuasa kepada wanita bagi berkhidmat dalam jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Mary Kay adalah sebuah syarikat yang dibina oleh wanita untuk wanita, dan nilai teras tersebut digambarkan dalam data kepelbagaian jantina tenaga kerja global dan serantau Mary Kay (setakat September 2020):

· 61% tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita
· 59% Pengarah dan ke atas adalah wanita
· 51% Naib Presiden Global dan ke atas adalah wanita
· 50% pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita

Di rantau Asia Pasifik, wanita juga merupakan majoriti di setiap peringkat kepimpinan. Pada Ogos 2019, Katherine Weng telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi Mary Kay China untuk menjadikan 100% daripada Pengurus Besar Mary Kay di rantau Asia Pasifik terdiri daripada kalangan wanita. Beberapa data kepelbagaian jantina tenaga kerja serantau termasuk (setakat September 2020):

· 57% tenaga kerja rantau Asia Pasifik Mary Kay adalah wanita
· 69% jawatan kepimpinan serantau (Pengarah & ke atas) adalah wanita
· 100% kepimpinan pasaran di rantau Asia Pasifik adalah wanita

Sebagai penyokong global bagi pemerkasaan wanita dan untuk ulang tahun ke-57 mereka, syarikat itu telah mengumumkan pelancaran kempen Kuasa Merah Jambu Mary Kay di rantau Asia Pasifik. Mengakui tentangan cabaran yang dicetuskan oleh pandemik itu kepada dunia, kempen itu merupakan satu penghormatan kepada pemerkasaan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat di peringkat korporat dan juga di luar dengan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay. Sekarang lebih daripada sebelumnya, adalah penting bagi wanita untuk bersama-sama menggalak, memperkuat, dan mengangkat satu sama lain untuk mencapai potensi terbesar mereka. Dalam beberapa bulan akan datang, kempen itu akan memberi tumpuan kepada pengasas ikonik syarikat itu, Mary Kay Ash, yang memaparkan kisah-kisah pemerkasaan pemimpin wanita dari semua latar belakang dan pada semua fasa kehidupan di bawah hashtag #MKPinkPower.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201026005152/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

MENARA HASIL BANGI DAN HASIL CARE LINE (HCL) DITUTUP SEMENTARA MULAI 27 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama)  — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) akan ditutup sementara mulai 27 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Berikutan itu talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.

Dalam tempoh ini, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c)         Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 26 Oktober 2020


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Brightcove, Pemimpin Yang Mendefinisikan Industri Dan Global Di Dalam Video, Memperkenalkan Jenama Baharu Yang Berani

Kuasa yang Dipercayai dan Inovatif di dalam Video untuk Memimpin Organisasi Mencergaskan Semula Platform Jenama dengan Reka Bentuk Semula Visual secara Total

BOSTON, 23 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV) peneraju dunia di dalam video untuk perniagaan, hari ini mengumumkan satu imaginasi semula yang sepenuhnya bagi jenama mereka, termasuk kedudukan dan suara yang serba baharu, serta satu identiti grafik baharu yang berani. Penjenamaan semula itu muncul pada saat video diterima sepenuhnya oleh pengguna dan perniagaan merentasi semua sektor. Ini memantapkan misi syarikat itu untuk memiliki perbualan platform video di seluruh dunia sebagai suara yang muktamad mengenai bagaimana video dihoskan, dikongsi, mengewangkan dan dialami, dan pada masa yang sama mencapai matlamat pelanggan melalui teknologi terkemuka mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201022005373/en/

Brightcove telah menjadi sebahagian daripada industri video selama lebih 15 tahun, dengan mempelopori inovasi dan mencipta teknologi dan perkhidmatan yang telah memenangi anugerah yang digunakan oleh organisasi media dan perusahaan di seluruh dunia. Kini, pada ketika pergantungan video telah dengan pantas dipercepatkan dan menyaksikan pertumbuhan pesat, identiti baharu yang bersemangat ini mencerminkan usaha tanpa henti Brightcove untuk mendorong batasan yang termampu di dalam video, mewujudkan dedikasi mereka yang berterusan bagi memperkasakan pelanggan mereka untuk menceritakan kisah mereka.

“Ini adalah satu masa yang penting bagi industri kita, dan keperluan untuk video akan tetap menjadi satu pengukuh bagi jenama yang memahami kuasa yang ia dapat berikan untuk menyatukan, melibatkan, dan berkomunikasi,” kata Jeff Ray, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Brightcove. “Pelanggan kami mewakili sebahagian daripada syarikat yang paling berinovatif di dunia, dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka untuk memiliki detik yang penting itu. Evolusi jenama ini menggambarkan siapa kita pada hari ini, cita-cita kita untuk masa hadapan, dan komitmen kita kepada syarikat-syarikat yang meletakkan video di tengah-tengah perniagaan mereka.”

Dengan lebih 50 paten yang menentukan industri diperolehi mereka, Brightcove menumpukan segala usaha dan perhatian kepada video – satu mesej penting yang dengan jelas menerangi menerusi evolusi jenama ini. Sama ada penyelesaian mereka untuk penyiaran atau penerbitan, pemasaran, komunikasi perusahaan, acara maya atau penstriman secara langsung – pasukan Brightcove dengan bangga menjadikan video lebih mudah untuk rakan-rakan mereka, dan masih belum menghadapi satu cabaran video yang tidak dapat ditangani dan diinovasi.

Brightcove menyediakan penyelesaian video mereka yang mengubah permainan kepada lebih 3,381 pelanggan di seluruh dunia. Jadual ini termasuk pemimpin industri yang merangkumi bidang menegak, dari kuasa media seperti SXSW dan AMC Networks, gergasi makanan dan minuman, Chick-Fil-A dan Dunkin Brands, pihak berkuasa di dalam hiburan seperti Academy of Motion Picture Arts and Sciences dan Tribeca Film Festival, syarikat pendidikan maya MasterClass, bersama-sama dengan rakan sukan seperti USGA US Open, dan banyak lagi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13894

Alphawave IP Menerima Anugerah OIP Partner Of The Year TSMC 2020 Untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi

TORONTO, 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Alphawave berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf oleh TSMC sebagai penerima OIP Partner of the Year 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi. Anugerah OIP Partner of the Year mengiktiraf rakan kongsi ekosistem Open Innovation Platform® (OIP) TSMC seperti Alphawave yang mempamerkan kecemerlangan dalam sistem pada cip (SoC) generasi seterusnya dan pendayaan reka bentuk 3DIC sepanjang tahun lepas.

Alphawave menyertai program IP Alliance TSMC pada bulan Mac 2019, sebagai sebahagian daripada Open Innovation Platform® (OIP) TSMC, yang mempercepat inovasi dalam komuniti reka bentuk semikonduktor. Anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 dianugerahkan kepada Alphawave berdasarkan teknologi Pensiri-Penyahsiri berbilang standard (MSS) Alphawave yang tersedia kepada pelanggan pada teknologi proses 7nm dan 5nm TSMC.

“Anugerah OIP Partner of the Year TSMC untuk IP SerDes ialah pengiktirafan yang berprestij buat saya secara peribadi dan seluruh pasukan Alphawave. Dalam masa hanya tiga tahun yang singkat sejak Alphawave ditubuhkan, kami telah membina portfolio IP antara muka berkelajuan tinggi yang menarik bagi proses TSMC dan pelanggan mereka. Anugerah OIP Partner of the Year mengesahkan kejayaan pelanggan besar yang kami telah alami dalam kedua-dua proses 7nm dan 5nm TSMC,” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave. “Sementara kami menginovasi dan mengembangkan portfolio kami dengan TSMC dalam 5nm dan seterusnya, kami tidak sabar untuk terus mendayakan pelanggan bersama kami di seluruh dunia. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan silikon.”

“Saya berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Alphawave sebagai pemenang anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi,” kata Suk Lee, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Infrastruktur Reka Bentuk di TSMC. “Kami menanti-nantikan kerjasama kami yang berterusan untuk menangani cabaran reka bentuk pelanggan dan melanjutkan pembangunan platform reka bentuk dioptimumkan PPA untuk aplikasi HPC, automotif, dan AI/ML.”

Gelaran OIP Partner of the Year dianugerahkan kepada syarikat kerjasama yang mencapai standard tertinggi bagi reka bentuk, pembangunan, dan pelaksanaan teknologi untuk mempercepat inovasi silikon. Alphawave akan terus bekerja dengan TSMC untuk mendayakan reka bentuk SoC dan 3DIC generasi seterusnya dengan penyelesaian dan perkhidmatan telah diperakui menggunakan teknologi terkini TSMC.

Maklumat tambahan tersedia di Pusat Akhbar TSMC 
https://www.tsmc.com/tsmcdotcom/PRListingNewsAction.do?action=detail&language=E&newsid=PGGOISPGTH.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13890

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR DWI PENGHUBUNG-H DENGAN KAWALAN PWM UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DAN PERALATAN RUMAH

Toshiba: sebuah pemacu motor penghubung-H TC78H660FNG (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah pemacu motor penghubung-H, “TC78H660FNG,” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TSSOP16 dengan satu penugasan pin yang banyak digunakan. Ini adalah tambahan terbaharu Toshiba kepada barisan pemacu mereka untuk motor DC berus dan stepping motor untuk penggunaan yang termasuk peranti mudah alih dan peralatan rumah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201021006141/en/

Proses DMOS generasi baharu Toshiba membolehkan TC78H660FNG untuk mencapai satu ON rintangan rendah 0.48Ω pada penarafan maksimum mereka 18V/2.0A,[¹] dan mengurangkan penjanaan haba berbanding dengan produk semasa Toshiba.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13892

​SRIJAN MEMENANGI ANUGERAH ACQUIA ENGAGE 2020 YANG SANGAT DIIDAMKAN BAGI EZCONTENT

NEW DELHI, India, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Srijan sangat gembira untuk menjadi sebuah pemenang besar sumber terbuka di dalam kategori Pembina bagi Acquia Engage 2020 untuk pengedaran EzContent Drupal. Anugerah Acquia Engage itu, yang disampaikan pada persidangan Acquia Engage tahunan untuk pemimpin perniagaan, profesional pemasaran, dan pemaju, mengiktiraf pengalaman digital yang luar biasa yang dibina di atas Platform Pengalaman Digital Terbuka Acquia.

EzContent adalah sebuah pengedaran Drupal “pintar” untuk penerbit & pemasar. EzContent menangani pelbagai kes penggunaan perusahaan merentasi perkhidmatan digandingkan, tidak berketua, nyahganding, kandungan sebagai satu perkhidmatan, dan pada masa yang sama mengintegrasikan keupayaan SEO utama industri, pemodelan kandungan fleksibel, dan keupayaan AI/ML bersepadu untuk pandangan kandungan.

“Komitmen dan semangat pasukan kami yang tidak goyah bagi memberikan kembali kepada komuniti Drupal telah mendorong kami untuk membina EzContent,” kata Ashish Goyal, Ketua Pegawai Eksekutif Srijan. “Perusahaan kini dapat menyampaikan suatu pengalaman digital yang dioptimumkan & menarik kepada penonton yang sesuai pada waktu yang tepat merentasi mana-mana saluran. Ini juga memberikan pengesahan kepada pelanggan Srijan yang telah memilih pengedaran EzContent melalui satu analisis ciri yang mendalam & tinjauan luas bagi CMS lain.”

Pemenang anugerah dipilih oleh sebuah panel hakim terkemuka yang menilai penyerahan berdasarkan kepada fungsian, integrasi, prestasi, dan keseluruhan pengalaman pengguna.

“Rakan-rakan dan pelanggan Acquia terus membuat kemajuan yang berinovatif dalam pengalaman pelanggan,” kata Lynne Capozzi, ketua pegawai pemasaran di Acquia. “Penerima anugerah itu menunjukkan ketinggian keupayaan inovasi dengan platform pengalaman digital terbuka Acquia. Kami merasa terhormat untuk menampilkan satu kumpulan rakan dan pelanggan berbakat yang luar biasa, dan dengan senang hati mempamerkan pemenang bagi Anugerah Acquia Engage tahun ini.”

Sama ada melalui penajaan acara mereka, pembentangan pakar, sumbangan kod, bimbingan komuniti, atau keunggulan teknikal, Srijan akan terus menyokong Drupal dan komuniti itu untuk menjadikan penggunaan Drupal lebih mudah bagi pencipta kandungan, pentadbir, editor, pembangun & pelanggan mereka.

Maklumat mengenai Srijan

Srijan Technologies adalah sebuah firma kejuruteraan global dan syarikat Drupal terbesar di Asia lebih 350 orang jurutera Drupal dan lebih 80 pemaju Drupal yang disahkan Acquia. Dari syarikat permulaan sehingga kepada syarikat Fortune 500, Srijan membantu dalam membina laluan digital transformatif kepada masa hadapan yang lebih baik. Srijan telah memperjuangkan teknologi sumber terbuka selama lebih dua dekad yang lalu, dengan membawa keupayaan  kejuruteraan termaju dan amalan tangkas kepada beberapa nama terbesar di seluruh dunia merentasi Industri.

Srijan adalah sebuah Rakan Pilihan Acquia, Rakan Perundingan Lanjutan AWS, dan Rakan Perundingan Apigee. Beribu pejabat di India, Srijan beroperasi di 9 buah negara, termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Hong Kong, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan Jepun.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201021006163/en/

Hubungi

Rajat Lal
rajat.lal@srijan.net
9818643521

Sumber : Srijan Technologies