NTHU DAN DAICEL JEPUN BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN LOJI KIMIA MEJA REVOLUSIONER

Prof. Kitamori Takehiko telah membangunkan sebuah sistem bendalir mikro berinovatif yang membolehkan operasi mencampur dan mengekstrak yang dijalankan secara konvensional dengan peralatan berskala besar dijalankan menggunakan sebuah cip kaca sebesar sebuah kad nama. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)

HSINCHU, Taiwan, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) dan syarikat kimia Jepun yang terkenal DAICEL mengumumkan sebuah projek bersama lima tahun untuk menyepadukan sebuah sistem bendalir mikro yang berinovatif yang dibangunkan oleh sarjana Kitamori Takehiko ke dalam industri pembuatan kimia hari ini. Jumlah pelaburan di dalam projek itu ialah 450 juta yen Jepun (kira-kira NT$110 juta), dan potensinya untuk mengurangkan penggunaan tenaga sambil menurunkan pengeluaran karbon dan sisa dijangka bakal menetapkan satu piawaian baharu bagi kelestarian di dalam industri kimia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211028005388/en/

Prof. Kitamori, seorang perintis yang terkenal di dunia di dalam teknologi bendalir mikro dan bendalir nano dan bekas naib presiden di Universiti Tokyo, telah berkhidmat sebagai Profesor Pengerusi Kehormat Yushan bagi Institut Kejuruteraan Nano dan Sistem Mikro, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa di NTHU sejak tahun 2020. Membina di atas penyelidikan terdahulu beliau yang dijalankan di Universiti Tokyo, beliau telah membangunkan sebuah sistem bendalir mikro yang berinovatif yang membolehkan operasi mencampur dan mengekstrak secara konvensional dijalankan dengan peralatan berskala besar yang dijalankan dengan menggunakan sebuah cip kaca sebesar sebuah kad nama dan berupaya untuk menggabungkan beribu-ribu cip bendalir mikro secara serentak, sekali gus membolehkan untuk mencipta sebuah “loji kimia meja.”

Kitamori menjelaskan bahawa adalah agak sukar untuk mencampurkan beberapa tong besar bahan kimia dengan serta-merta dengan suhu dan kelajuan tindak balas yang berbeza, malah mungkin akan berlaku letupan jika bahan tersebut tidak dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, cara terbaik untuk mengadun bahan kimia adalah dengan melepasinya melalui sebuah saluran mikro, yang memungkinkan untuk mengawal dengan tepat jumlah bahan mentah yang digunakan, serta urutan dan keadaan pencampuran, dengan itu mengoptimumkan kualiti produk akhir.

Kitamori berkata matlamat projek itu adalah untuk mengurangkan saiz bagi peralatan pengeluaran kimia, supaya apa yang dihasilkan pada masa ini oleh sebuah kilang yang berukuran 20 x 20 meter boleh dikecilkan ke dalam sebuah sistem yang hanya bersaiz dua meter persegi. Lebih-lebih lagi, sebuah sistem sedemikian akan menggunakan tenaga dan bahan yang berkurangan, oleh itu menjadikannya lebih murah, dan juga akan menghasilkan karbon yang berkurangan.

Beberapa tahun lalu, ketika presiden DAICEL Ogawa Yoshimi terdengar tentang teknologi bendalir mikro yang dibangunkan oleh Kitamori, beliau sangat kagum, dan kini begitu gembira kerana DAICEL akan menyepadukan teknologi berinovatif ini ke dalam operasi mereka. Beliau juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan NTHU di dalam memperkenalkan proses pembuatan yang menempa sejarah ini kepada dunia, yang juga beliau melihat sebagai satu cara dalam mempromosikan kelestarian dan ekonomi kitaran.

Dr. Fan-gang Tseng, Naib Presiden dan Pengarah bagi Penyelidikan dan Pembangunan, NTHU, berkata beliau amat optimistik tentang pembangunan masa depan bagi loji kimia bendalir mikro itu. Beliau menegaskan bahawa penggunaan proses bendalir mikro ini oleh DAICEL— satu daripada syarikat kimia terbesar di Jepun—dan oleh banyak kilang kimia yang bersaiz kecil dan sederhana di Taiwan akan membentuk satu lonjakan revolusi ke hadapan, dan boleh membawa kepada proses serupa digunakan oleh industri semikonduktor dan bioperubatan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005388/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

KERJASAMA IKIM-UZBEKISTAN DIPERKUKUH DENGAN WEBINAR ‘ISLAM’TODAY’

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — IKIM dengan kerjasama Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan telah menganjurkan satu webinar secara dalam talian bertemakan ‘Islam Today’ (Islam Pada Hari Ini) pada 21 Oktober 2021. Webinar ini merupakan satu penzahiran Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani antara kedua-dua institusi  pada 4 Jun 2020.

Antara objektif webinar ini adalah: i) memahami pengaruh Islam ke atas kemajuan serta pencapaian manusia dalam tamadun Islam; ii) membincangkan bagaimana Islam menyediakan penyelesaian terbaik kepada cabaran dan masalah yang dihadapi oleh dunia hari ini dan; iii) sebagai satu usaha menghargai dan memperakui sumbangan ilmuwan-ilmuwan awal Muslim kepada bidang sains dan keilmuan serta pengaruh mereka dalam dunia moden hari ini.

Dalam siri pertama webinar ‘Islam Today’, dua orang pembentang telah dijemput untuk membentangkan tajuk-tajuk berkaitan pendekatan Islam kepada penyelesaian masalah semasa dan peranan ilmuwan Muslim dalam tamadun Islam. YBhg Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, mantan Ketua Pengarah IKIM yang juga merupakan pemegang Kursi Kelestarian UKM dan Yayasan Sime Darby serta Profesor Kehormat Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya telah membentangkan tajuk ‘Islam and Environmental Sustainability’. Pembentang kedua pula ialah Encik Otabek Mukhammadiev, Timbalan Pengarah Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan yang telah membahaskan tajuk ‘Alaudin Usmandi and His Role in Islamic Civilization’. IKIM mengharapkan agar webinar ini mampu mendatangkan kesan yang baik kepada usaha-usaha memberi kefahaman tentang Islam dan kekayaan warisan ilmu yang terdapat dalamnya bagi djadikan panduan  dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh dunia hari ini.

Unit Perhubungan Korporat
28 Oktober 2021

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 – 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 – 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

–BERNAMA

CROCUS TECHNOLOGY MENGEMBANGKAN PORTFOLIO BERKETEPATAN TINGGI BAGI PENDERIA ARUS TERPENCIL MELALUI JULAT SUHU INDUSTRI DAN AUTOMOTIF

Keluarga CT425 bagi produk TMR XtremeSense® menawarkan penderiaan arus terpencil berketepatan tinggi dengan Penolakan Medan Mod Biasa pada 1 MHz lebar jalur 

SANTA CLARA, Calif., 26 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — 
Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia XtremeSense® Magneto-Rintangan Terowong yang disruptif, hari ini mengumumkan penderia arus terpencil CT425, CT426, CT427 dan CT428 dengan jumlah ralat <1% melebihi julat suhu operasi penuh tanpa mengorbankan ketepatan atau lebar jalur. Operasi berkelajuan tinggi dan output yang tepat membolehkan pelanggan mengoptimumkan reka bentuk sistem untuk saiz yang lebih kecil dan kecekapan yang lebih tinggi.

CT42x dengan masa respons kurang daripada 300 ns meringkaskan dengan banyak penyelesaian dalam aplikasi Pengecasan EV yang menggunakan GaN (Galium Nitrida) atau SiC (Silikon Karbida) untuk meningkatkan ketumpatan kuasa. Selain itu, CT42x menawarkan peningkatan dari segi prestasi dan saiz berbanding penyelesaian deria arus terpencil klasik yang menggunakan peringtang pirau, penguat, dan pemencil digital untuk mengesan voltan dan menukarkan isyarat ini kepada ukuran arus. CT42x mengesan aliran arus secara terus melalui pakej untuk mengelakkan ralat dalam penukaran dan menyediakan ukuran yang sememangnya lebih pantas dan tepat. Dengan masa respons yang menerajui industri 300 ns, seni bina berkuasa tinggi seperti CCM Totem-Pole PFC boleh memberikan penyelesaian ketumpatan kuasa yang lebih tinggi. Frekuensi pertukaran pantas bagi peranti kuasa Jurang Jalur Lebar (WBG) memerlukan penderia arus yang boleh mengesan transient pantas untuk mengelakkan kemungkinan kegagalan lata. Penyepaduan dalam pakej SOIC-8 yang menjimatkan ruang juga mengurangkan jumlah saiz jejak PCB sehingga 8 kali lebih kecil berbanding dengan penyelesaian sedia ada.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15142

EXPEREO MENCAPAI CRADLEPOINT 5G FOR ENTERPRISE BRANCH SPECIALIZATION

AMSTERDAM, Belanda, Oct 28 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Pembekal perkhidmatan Internet Global, Pengoptimuman Akses Awan, SASE, akses Awan dan SD-WAN, Expereo, berbangga untuk mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mencapai 5G for Enterprise Branch Specialization Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian LTE dan wayarles 5G yang disampaikan awan. 5G for Enterprise Branch Specialization mengenal pasti dan mengiktiraf organisasi rakan kerjasama yang merupakan peneraju dalam menempatkan dan menjual 5G Cradlepoint untuk penyelesaian perniagaan dengan memenuhi siri kriteria jualan, teknikal dan kecekapan perniagaan.

Dengan menerima pengkhususan, Expereo akan menyokong usaha Cradlepoint untuk menjual portfolio paling menyeluruh industri bagi penyelesaian 5G untuk memenuhi keperluan ketersediaan, saling kendali, keselamatan dan kebolehkendalian perniagaan.

Dengan memanfaatkan penyelesaian Netcloud Cradlepoint, Expereo menyampaikan sambungan rangkaian mudah alih yang boleh digunakan sebagai pautan utama, sandaran atau lapik bawah. Ketiadaan medium penghantaran fizikal memudahkan pengerahan dengan hanya penghala 4G/5G yang didayakan dan sedia untuk menggunakan kad SIM data daripada Operator Mudah Alih. Ini membolehkan kemudahan sandaran atau pejabat sementara untuk menyambung kepada Internet dengan segera dan menjamin sambungan rangkaian korporat apabila operasi terganggu disebabkan bencana atau perancangan luar jangkaan. Lebar Jalur Mudah Alih juga boleh digunakan untuk meningkatkan lewahan pada SD-WAN dan mengoptimumkan prestasi aplikasi dengan menambahkan lebih banyak pilihan kepada lapik bawah, mempelbagaikan lagi MPLS dan komponen Internet semasa dalam persekitaran SD-WAN.

“Diiktiraf sebagai 5G Enterprise Branch specialization menunjukkan komitmen Expereo untuk menggunakan jenis teknologi terbaik sebagai sebahagian daripada tindanan perkhidmatannya, serta mendapatkan laluan kepada 5G untuk perniagaan untuk pelanggan kami,” jelas Catherine Lee, Pengarah Perkhidmatan Pembangunan di Expereo. “Pelanggan kami mendapat peralatan titik akhir mudah alih yang paling maju, akses kepada sokongan tambahan dan jaminan bahawa produk dan perkhidmatan yang kami sediakan secara bersama dengan Cradlepoint akan memenuhi keperluan rangkaian perusahaan,” beliau meneruskan. 

Dengan menggabungkan platform NetCloud dengan reka bentuk kertas putih untuk modem 5G dan sistem antena yang baharunya, Cradlepoint adalah yang pertama untuk menyampaikan penyelesaian 5G yang menyeluruh untuk perniagaan. Keupayaan khusus termasuklah menggabungkan LTE, LTE Kelas Gigabit, dan 5G dalam WAN wayarles tunggal; menyokong semua spektrum 5G, saling beroperasi dengan infrastruktur SD-WAN dan penghala pelanggan sedia ada; dan meringkaskan keseluruhan kitaran hayat pengurusan rangkaian.

“Cradlepoint komited untuk menerajui evolusi WAN Wayarles dan 5G serta merupakan pilihan pertama dan terbaik untuk pelanggan dalam ruang ini,” kata Eric Purcell, naib presiden kanan jualan rakan kerjasama global di Cradlepoint. “Penjual semula, pembekal perkhidmatan dan rakan kerjasama teknologi kami memainkan peranan penting dalam misi ini. Tambahan Expereo kepada program 5G for Enterprise Branch Specialization ialah satu lagi langkah penting dalam menerajui laluan kepada 5G untuk perniagaan.”

Perihal Expereo
Expereo merupakan pembekal utama bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk perkhidmatan kesambungan Internet Global, SD-WAN, SASE dan Pengoptimuman Akses Awan. Expereo merupakan rakan kerjasama dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 500 dan menguasakan syarikat perusahaan dan laman kerajaan di seluruh dunia, membantu untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum. Pada bulan Feb 2021, Vitruvian Partners sebuah firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa telah memperoleh kepentingan majoriti dalam Expereo, berserta firma ekuiti persendirian Eropah yang terkemuka Apax Partners sas, dan pengurusan syarikat.

Perihal Cradlepoint
Cradlepoint ialah pemimpin global dalam penyelesaian pinggir rangkaian wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan untuk rangkaian cawangan, mudah alih, dan IoT. NetCloud Cradlepoint, personifikasi visi Elastic Edge syarikat, ialah perkhidmatan berasaskan langganan dengan titik akhir binaan khusus yang menyampaikan pinggir WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat dan ditakrifkan perisian untuk menghubungkan orang, tempat dan objek melalui rangkaian LTE dan selular 5G. Lebih daripada 22,000 syarikat dan agensi kerajaan di seluruh dunia bergantung pada Cradlepoint untuk mengekalkan tapak kritikal, titik perdagangan, medan daya, kenderaan dan peranti IoT sentiasa terhubung dan dilindungi, termasuk 75% peruncit teratas di dunia, 50% daripada Fortune 100, dan agensi petindak pertama di 25 bagi bandar AS yang terbesar. Pembekal perkhidmatan besar menggunakan penyelesaian Cradlepoint sebagai asas perkhidmatan inovatif yang diurus. Diasaskan pada 2006, Cradlepoint ialah syarikat persendirian yang beribu pejabat di Boise, Idaho, dengan pusat pembangunan di Silicon Valley dan pejabat antarabangsa di UK dan Australia.

Maklumat Hubungan:
Conor McGee
conor@grammatikagency.com

SUMBER : Expereo

DNP MEMBANGUNKAN LEAD FRAME BAGI PAKEJ SEMIKONDUKTOR BERSAIZ KECIL, SANGAT BOLEH DIPERCAYAI QFN(QUAD FLAT TANPA PLUMBUM)

Lead frame yang baharu dibangunkan (Foto: Business Wire)

– Disahkan ranking MSL 1 paling tinggi (≤30°C/85% RH tanpa had) –

TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Dai Nippon Printing Co., Ltd. (DNP, TOKYO: 7912) telah membangunkan sebuah teknologi pembuatan yang sangat boleh dipercayai yang mengkonfigurasikan sebuah ruang bersalut perak berdefinisi tinggi bagi lead frame yang menentukan cip semikonduktor dan menyambungkannya secara luaran. Di samping itu, teknologi baharu itu menambah baik kelekatan dengan sebuah teknologi mengesatkan permukaan bagi standard industri paling tinggi yang kedapkan permukaan tembaga pada kompaun acuan itu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211027005428/en/

Dengan menyediakan lead frame berdefinisi tinggi dan sangat boleh dipercayai ini, kami menyasarkan untuk mengembangkan penggunaan pakej semikonduktor Quad Flat Tanpa plumbum (QFN) bagi kenderaan.

DNP Membangunkan Ciri-ciri Lead Frame

DNP telah mengambil kesempatan daripada teknologi pemfabrikatan mikro kami yang dibangunkan selama bertahun lamanya untuk dengan jayanya mencapai konfigurasi bagi ruang lead frame yang bersalut perak sebanyak ±25um. Ia telah juga membolehkannya untuk mengekalkan kebolehpercayaan tahap tinggi dengan menambah baik lekatan bagi kompaun acuan dan lead frame itu.

Majlis Kejuruteraan Peranti Elektron Bersama (JEDEC) itu telah mewujudkan Tahap Kepekaan Lembapan (MSL) dengan objektif untuk mencegah pelbagai fenomena daripada pengembangan isipadu disebabkan oleh penyerapan dan pengewapan bagi lembapan bawaan udara di dalam kompaun acuan itu. Dan DNP dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa produk kami yang baharu dibangunkan telah disahkan sebagai ranking MSL 1 paling tinggi.

Bergerak ke Hadapan

DNP akan mencadangkan lead frame berdefinisi tinggi yang baru dibangunkan, yang sangat dipercayai kepada pengeluar pasca pemprosesan dan mengembangkan perniagaan ini. Kami akan juga memperkukuhkan kemudahan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, dan merancang untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kami menjelang tahun fiskal 2023 berbanding dengan tahun fiskal 2020.

Maklumat mengenai DNP

Sejak tahun 1876, DNP adalah merupakan peneraju dunia di dalam penyelesaian pencetakan dan menghubungkan individu dan masyarakat, serta menyediakan nilai baharu. Sebagai sebuah rakan yang boleh dipercayai DNP memanfaatkan pada kecekapan teras di dalam pemfabrikatan mikro dan teknologi salutan kepersisan untuk menyediakan produk bagi pasaran paparan, peranti elektronik dan filem optik, dengan menguasai bahagian pasaran teratas dunia di dalam Filem Optik bagi paparan dan Photomask untuk semikonduktor. Kami membawa penyelesaian komunikasi generasi akan datang seperti Vapor Chamber dan Reflect Array untuk menyokong sebuah masyarakat bermaklumat yang selesa.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211027005428/en/

Hubungi

Hubungan media:
Yusuke Kitagawa, Bahagian Perhubungan Perindustrian dan Perhubungan Awam
+81-3-6735-0101
kitagawa-y3@mail.dnp.co.jp

Sumber : Dai Nippon Printing Co., Ltd

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

AZBIL MEMPERKENALKAN MODEM HART PINTAR MODEL AZ-1SHM DENGAN FUNGSI BEKALAN KUASA UNTUK RESOLUSI PANTAS BAGI MASALAH KOMUNIKASI DALAM PERANTI MEDAN

Modem HART Pintar model AZ-1SHM (Foto: Business Wire)

TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Azbil Corporation (TOKYO:6845) mengumumkan keluaran bagi Modem HART Pintar model AZ-1SHM (selepas ini, “1SHM”), yang memudahkan konfigurasi dan pelarasan bagi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART®*¹ di loji dan tapak pembuatan yang lain. 1SHM telah dilancarkan di Jepun dan wilayah lain*² pada 20 Oktober.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005489/en/

Sebuah modem HART ialah sebuah peranti antara muka komunikasi digital untuk menyediakan dan mengkonfigurasi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART seperti penderia dan injap (“peranti HART”), yang dipasang dalam jumlah besar di tapak pembuatan. Dalam sebuah loji baharu atau diperluaskan atau semasa penyelenggaraan penutupan, kakitangan penyelenggaraan menyambungkan sebuah peranti hos melalui modem HART kepada peranti HART untuk mengkonfigurasi pelbagai parameter. Dalam sesetengah kes, satu masalah yang berkaitan dengan pendawaian, persekitaran sambungan, keserasian peranti atau bekalan kuasa mungkin menghalang satu sambungan. Untuk menyiasat dan mengurangkan masalah itu, bekalan kuasa, osiloskop atau peralatan lain mungkin diperlukan. Selain itu, peranti medan kadangkala dipasang di tempat yang sukar untuk dicapai, sekali gus meletakkan pekerja dalam keadaan bahaya.

1SHM baharu itu menyelesaikan masalah ini. Selain fungsi antara muka komunikasi, ia dilengkapi dengan fungsi untuk mengenal pasti punca masalah komunikasi semasa konfigurasi dan persediaan. Ia juga mempunyai sambungan wayarles dan fungsi bekalan kuasa, yang membolehkan penyelenggaraan yang lebih cekap dan selamat. Memandangkan modem itu boleh digunakan dengan peranti HART Azbil dan peranti syarikat lain, pekerja penyelenggaraan boleh menangani masalah komunikasi dengan selamat dan pantas dengan menggunakan satu unit tunggal 1SHM.

Produk ini telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Baik 2020 di Jepun dan Anugerah Red Dot 2021 di Jerman.

Ciri-ciri

1. LED untuk pemahaman pantas bagi status peranti
LED hadapan membolehkan pengguna untuk melihat dengan serta merta status kuasa dan komunikasi. Kesilapan asas yang menyebabkan masalah sambungan (tiada bekalan kuasa, ketidakserasian, dll.) dapat dikesan dengan cepat.

2. Diagnosis masalah komunikasi
Satu unit tunggal 1SHM dan perisian yang disertakan menyediakan fungsi yang lazimnya memerlukan peralatan khusus (osiloskop, monitor protokol, dll.), termasuk memaparkan bentuk gelombang komunikasi, tahap bunyi dan data komunikasi. Pekerja boleh mengenal pasti punca masalah komunikasi dengan cepat dan mengurangkan masa henti.

3. Kuasa untuk peranti medan
1SHM itu boleh menghidupkan sebuah peranti HART, sekali gus memastikan persediaan dan konfigurasi yang boleh dipercayai.

4. Sambungan wayarles ke hos
Peranti medan kadangkala sukar untuk dicapai. Selain itu, persekitaran kerja mungkin bertambah buruk disebabkan oleh keadaan cuaca, dan kerja penyelenggaraan di tempat yang lebih selamat dan selesa mungkin diinginkan. 1SHM itu boleh menyambung kepada peranti hos secara wayarles melalui Bluetooth Classic, oleh itu pengguna boleh bekerja di tempat yang selamat dengan selesa tanpa dihadkan oleh jarak kabel.

5. Reka bentuk yang mudah difahami dan mudah dilihat dengan mengambil kira ergonomik
Reka bentuk ergonomik menawarkan kebolehgunaan dan penglihatan yang tinggi.

Sasaran jualan:

Tahun Fiskal 2021: 250 unit
Tahun Fiskal 2022: 1,000 unit
Tahun Fiskal 2023: 1,500 unit

Harga jualan: 100,000 yen (tidak termasuk cukai)

Maklumat produk:
https://www.azbil.com/products/factory/solution/equipment-asset-management/
hart-foundation-fieldbus/hdfs-system/smart-hmodem/index.html

Berpandukan falsafah Kumpulan azbil iaitu “automasi berpusatkan manusia” Azbil berhasrat untuk membuat sumbangan “secara bersiri” kepada sebuah masyarakat yang mapan dan menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan.

 Transduser Jarak Jauh Boleh Alamat Lebuhraya: kaedah komunikasi yang menindih sebuah isyarat digital pada satu isyarat analog 4–20 mA.
 Keluaran Oktober adalah untuk China, Asia Tenggara, Jerman, Amerika Syarikat dan lokasi lain. 1SHM akan tersedia di Korea Selatan pada pertengahan November.

* HART® ialah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Kumpulan FieldComm.
* Bluetooth® ialah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc.

Maklumat mengenai Azbil Corporation
Azbil Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, adalah sebuah syarikat yang terkemuka di dalam bidang automasi bangunan dan perindustrian, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan mereka untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian nilai tambah yang tinggi bagi menjadikan operasi mereka lebih cekap dan mapan. Ditubuhkan pada tahun 1906, Azbil memberi perkhidmatan kepada pelanggan merentasi seluruh dunia di dalam pelbagai jenis industri dan berhasrat untuk menyumbang kepada keselamatan, keselesaan dan kepuasan orang ramai, dan pemuliharaan alam sekitar dunia. Setakat akhir Mac 2021, Azbil mempunyai lebih 10,000 orang pekerja di seluruh dunia dan menjanakan pendapatan sebanyak ¥246 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005489/en/

Hubungi

Robert Jones
r.jones.j7@azbil.com
+81-(0)70-4219-9296
Bahagian Perhubungan Awam
Azbil Corporation

Sumber : Azbil Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN KOMANWEL UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA DI 54 BUAH NEGARA

Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi, Mary Kay Inc. (Grafik: WEA)

NEW YORK, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), sebuah berbilang perkongsian strategik yang merangkumi lima agensi PBB dan Mary Kay Inc., hari ini bergabung tenaga dengan Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel (CBWN) untuk memperkasa dan menyokong usahawan wanita yang terabai merentasi 54 buah negara Komanwel.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211027005291/en/

WEA direka untuk memaksimumkan impak pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita yang memupuk pertumbuhan, kelestarian dan daya ketahanan. Pada Jun 2021, WEA menyertai Forum Kesamaan Generasi di Paris dan komited untuk memperkasakan lima juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030 untuk mempercepatkan kemajuan bagi kesamaan jantina.

WEA baru-baru ini mengumumkan pelancaran satu siri inisiatif dan produk pengetahuan yang memberi impak, kesemuanya dibentuk melalui sebuah lensa gender, sebagai hasil bersama bagi kerjasama di antara Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC), PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dengan sokongan dan pembiayaan strategik dari Mary Kay. Usaha impak WEA termasuk alat dan latihan membina kapasiti digital; penyelidikan keusahawanan; dan advokasi dan latihan perolehan responsif gender (GRP).

CBWN bekerjasama dengan wanita dalam perniagaan dengan menghubungkan kerajaan dan sektor swasta untuk menggalak, memboleh dan menerapkan pemerkasaan ekonomi wanita dan wanita dalam kepimpinan. Bermula pada Mei 2021, Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel (CWEA) adalah satu perkongsian strategik pelbagai pihak daripada CBWN, Rangkaian Keusahawanan Global UK (GEN UK) dan Oxentia. Ia adalah tindak balas langsung kepada tiga perkembangan: perjanjian oleh semua Ketua Kerajaan Komanwel di London pada 2018 “untuk berusaha ke arah satu peningkatan dalam bilangan dan peningkatan kadar kejayaan bagi perniagaan yang dimiliki wanita, memecahkan halangan jantina dalam semua sektor, dan meningkatkan peluang bagi wanita untuk berdagang di peringkat antarabangsa”; pengiktirafan oleh G20 pada tahun 2020 bahawa “terdapat satu peluang yang terlepas – untuk menangani jurang yang memerlukan tindakan segera, iaitu perwakilan wanita dalam bidang baru muncul”; dan Pelan Pencepatan Global PBB untuk memajukan kesamaan jantina menjelang 2026 dan Gabungan Tindakan mengenai Keadilan dan Hak Ekonomi serta Teknologi dan Inovasi yang dilancarkan pada 2021.

Perkongsian baharu itu dengan CBWN dalam menyokong CWEA mengukuhkan lagi skop tindakan geografi WEA merentasi 54 buah negara anggota Komanwel yang pelbagai di Afrika, Asia, Amerika, Eropah dan Pasifik, dengan 32 buah negara diklasifikasikan sebagai “negara kecil.” Negara-negara kecil terutamanya amat terdedah kepada perubahan iklim dan cabaran pembangunan termasuk ketidaksamaan jantina.

Di luar perskalaan bidang kerja asas WEA dan CBWN, perkongsian itu akan juga memberi tumpuan yang signifikan kepada dasar dan advokasi untuk memajukan perubahan sistemik yang melibatkan negara anggota Komanwel dan memanfaatkan rangkaian organisasi dan pemegang kepentingan utama mereka dalam menyokong wanita di dalam perniagaan atau bakal usahawan wanita di dalam dan merentasi Komanwel.

“Kami tahu bahawa perkongsian pelbagai pihak berkepentingan dan penglibatan kolektif adalah penting untuk memacukan perubahan yang diperlukan oleh usahawan wanita merentasi sektor di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “WEA sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel dan Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel. Kerjasama kami akan memberi tumpuan kepada memperluas, memperkuat dan mempercepatkan impak. Kami lebih berkuasa bersama-sama, dan saya menantikan perjalanan tindakan kolektif kami dalam menyokong SDG.”

“Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pemecut Keusahawanan Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam inisiatif penting ini supaya kita dapat membuka kunci dan melepaskan kuasa dan potensi bagi lebih ramai wanita daripada pelbagai latar belakang,” kata Freda Miriklis, Pengerusi, Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel. “Melalui perkongsian ini, kita akan dapat memanfaatkan aset kolektif kita dengan lebih cepat – untuk wanita, komuniti mereka dan setiap gadis yang boleh dan akan mendapat inspirasi daripada kisah mereka.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita, sila layari we-accelerate.com.

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) adalah satu inisiatif pelbagai perkongsian mengenai keusahawanan wanita yang merangkumi 5 agensi PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dan Mary Kay Inc. untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang tahun 2030.

Matlamat utama bagi inisiatif itu adalah untuk memaksimumkan kesan pembangunan oleh keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu memberi contoh kekuatan transformasi bagi satu pelbagai perkongsian dengan kekuatan unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita.

Ketahui lebih lanjut di we-accelerate. Ikuti kami: Twitter (We_Accelerator), Instagram (@we_accelerator), Facebook (@womensentrepreneurshipaccelerator), LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator)

Maklumat mengenai Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel

Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel (CBWN) bekerjasama dengan wanita dalam perniagaan dengan menghubungkan Kerajaan dan sektor swasta untuk menggalak, memboleh dan menerapkan pemerkasaan ekonomi wanita. Ini dicapai melalui penyampaian aktiviti, inisiatif, produk dan perkhidmatan yang tertumpu kepada perdagangan, bakat dan latihan. Ia adalah satu-satunya organisasi bertauliah yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi wanita dan diiktiraf secara langsung oleh 54 kerajaan merentasi enam benua. Ketahui lebih lanjut di www.cbwn.org

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel

Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel adalah satu perkongsian pelbagai pihak berkepentingan strategik mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan sebagai satu keputusan daripada Sidang Kemuncak Keusahawanan Wanita Komanwel (CWES) yang pertama pada Mei 2021, acara global pertama yang memberi tumpuan kepada wanita dalam sektor teknologi baru muncul. CWES ​​telah diadakan oleh Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel; Rangkaian Keusahawanan Global; Kerajaan United Kingdom (Wanita dalam Rangkaian Inovasi, sebuah program Inovasi UK); dan rangkaian usahawan wanita terbesar di Afrika (AWEP: Program Keusahawanan Wanita Afrika). Pemecut Keusahawanan Wanita Komanwel itu adalah satu perkongsian di antara Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita Komanwel, Rangkaian Keusahawanan Global-UK dan Oxentia. Ketahui lebih lanjut di www.thecwea.org

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211027005291/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau   media@mkcorp.com

Sumber: Pemecut Keusahawanan Wanita

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

UNIQUE NETWORK MENGUMPULKAN $11.3 JUTA UNTUK INFRASTRUKTUR NFT GENERASI SETERUSNYA

Rantaian NFT pertama untuk Polkadot dan Kusama menawarkan kefleksibelan yang lebih banyak untuk sesiapa sahaja yang ingin membina galeri atau permainan video mereka sendiri

LONDON, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Unique Network, rantaian NFT pertama untuk Polkadot dan Kusama, hari ini mengumumkan mereka berjaya mengumpulkan $11.3 juta dalam pusingan kedua sebelum prajualannya, menjadikan jumlah yang dikumpulkan ialah $16J. Pusingan pelaburan diketuai oleh perintis pelaburan Web3 Outlier Ventures, yang menyertai beberapa pelabur NFT yang terkemuka, termasuk The LAOFlamingoNalu Capital dan lebih daripada 200 pelabur lain, termasuk beberapa pelaburan susulan daripada pusingan sebelumnya, pusingan pembiayaan ini, terutamanya dengan kualiti dan kuantiti pelabur yang telah terlibat, telah meletakkan Unique Network pada kedudukan yang baik untuk pelancaran Quartz yang akan datang, rantaian NFT miliknya untuk Kusama.

“Unique Network sedang mengorak laluan baharu untuk NFT dalam ekosistem Polkadot dan Kusama’ dan kami amat teruja untuk menyokong mereka dalam usaha mereka untuk meningkatkan ruang reka bentuk NFT” – Chris Cable, FlamingoDAO

“Walaupun terdapat banyak perhatian tentang NFT, masih terdapat kekangan yang besar untuk memasuki pasaran,” kata pengasas bersama dan CEO Unique Network Alexander Mitrovich. “Yuran gas, keperluan membeli kriptowang, storan, malah hakikat bahawa NFT mempunyai ciri terhad kepada artis untuk mengekspresikan visi mereka, semua merupakan kekangan kepada industri. Unique Network dan rantaian Kusama kami, Quartz, dibina untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan storan dengan NFF berasakan Ethereum dan mewujudkan tahap interaksi baharu dan kebolehtempaan yang akan membawa NFT ke peringkat seterusnya.”

Unique Network akan mengambil bahagian dalam lelongan pararantaian akan datang untuk Kusama, yang mereka menyasarkan untuk mendapatkan slot pararantaian untuk Quartz, rangkaian canary baharu mereka untuk Kusama. Mulai hari Rabu, 27hb Oktober, pihak yang berminat boleh menyertai crowdloan untuk membantu Quartz memenangi lelongan tersebut.

Quartz akan menjadi infrastruktur NFT pertama pada Kusama dan direka bentuk untuk mendayakan kefungsian NFT yang paling berkuasa dan maju pada rangkaian Kusama. Pararantaian Quartz pada Kusama akan membenarkan sesiapa sahaja untuk membina pasaran NFT dan mengalami kebolehoperasian antara rantaian blok yang berbeza, seperti Ethereum dan EVM Berdasarkan Rantaian dan rantaian blok NFT terkenal yang lain.

Dalam tempoh lima bulan sejak pusingan pelaburan pertamanya, Unique Network telah mengumumkan pelbagai kerjasama termasuk yang diterajui PBB Kempen DigitalArt4Climate dengan GloCha, RMRKArt Curators GridForever Has Fallen, dan banyak lagi. Dengan pelancaran Quartz tidak lama lagi, Unique Network akan dapat membantu lebih banyak projek dan artis membangunkan pasaran dan pengalaman NFT mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Unique Network, dan sertai kami pada Twitter dan Telegram.

Perihal Unique Network

Unique Network ialah rangka kerja untuk generasi NFT yang seterusnya. Rangkaian NFT untuk Kusama dan Polkadot, Unique Network menawarkan kebebasan daripada yuran urus niaga seluruh rangkaian dan naik taraf kepada pembangun. Pasukan Unique Network telah membina Substrapunks, NFT pertama pada Polkadot, yang memenangi Hackusama pada tahun 2020, dan mencipta palet Substrate untuk NFT. Unique Network telah dilancarkan pada bulan Julai 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15148

PROGRAM TARIKAN BAKAT SELURUH DUNIA PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN 2021 TELAH DILANCARKAN

AsiaNet 92557

Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan

HAIKOU, China, 26 Oktober, 2021 /Xinhua-AsiaNet/–

24 Oktober, dengan tujuan untuk merekrut bakat-bakat daripada lebih 1000 institusi pengajian tinggi, persatuan pelajar dan cendekiawan, kumpulan sosial, dan organisasi, di China dan di luar negara, gaji tahunan paling tinggi untuk kumpulan pertama bagi lebih 36,000 jawatan yang telah dikeluarkan adalah lebih daripada $350,000, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan.

Zhang Jinan, Ketua bagi Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial China, berkata bahawa Program Tarikan Bakat Seluruh Dunia Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan 2021, yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan, adalah untuk merekrut bakat-bakat daripada semua bidang dari seluruh dunia untuk memenuhi keperluan mendesak bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan. Pengambilan itu adalah dari Oktober 2021 sehingga Jun 2022, dengan memberi tumpuan kepada industri tonggak dengan ciri-ciri Hainan, industri strategik dan baru muncul, serta industri berteknologi tinggi dan termaju, terutamanya tiga industri utama — pelancongan, industri perkhidmatan moden dan industri berteknologi tinggi.

Sejak Pelan Induk bagi Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dikeluarkan dan mula dilaksanakan pada tahun 2020, petunjuk ekonomi utama bagi Wilayah Hainan, termasuk KDNK Hainan, pelaburan aset tetap, jumlah jualan runcit bagi barangan pengguna, telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat. Xu Qifang, Ketua Jabatan Organisasi bagi Jawatankuasa Parti Hainan, berkata bahawa Hainan telah memperkenalkan 260,000 bakat sejak Jun 2020, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 391% berbanding dengan sebelum pengeluaran Pelan Induk itu.

Xu Qifang berkata bahawa Hainan telah mengeluarkan satu siri dasar yang menggalakkan dalam percukaian, pendaftaran isi rumah, pembelian rumah, pembelian kereta, sokongan persekolahan untuk kanak-kanak dan penjagaan kesihatan sejak tahun 2018 untuk menarik bakat. Bagi memudahkan bakat dari luar negara bekerja di Hainan, Hainan telah menyediakan 38 jenis peperiksaan kelayakan profesional kepada bakat-bakat luar negara termasuk kelayakan arkitek berdaftar dan kelayakan ahli farmasi berlesen, dan telah mengiktiraf 219 kelayakan profesional yang diperoleh di luar negara. Berhubung percukaian, bakat dan bakat mewah yang diperlukan segera dalam pekerjaan Hainan di Hainan hanya akan dikenakan cukai pada kadar sehingga 15% untuk beban cukai sebenar mereka bagi cukai pendapatan individu, sekiranya kadar cukai sebenar mereka adalah lebih tinggi daripada 15%.

Dari segi penjagaan kesihatan, Hainan membelanjakan 3,000 hingga 10,000 yuan untuk membeli insurans kesihatan komersial untuk kumpulan bagi setiap bakat atasan yang bekerja sepenuh masa di Hainan. Selain itu, Hainan melaksanakan banyak program berkaitan bakat yang menarik. Pasukan-pasukan tersebut yang dinilai sebagai “Pasukan-pasukan Bakat Cemerlang Hainan” akan diberikan 10 hingga 30 juta yuan sebagai dana pembinaan.

Shen Xiaoming, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Wilayah Hainan, berkata bahawa ini adalah satu tempoh masa yang kritikal apabila Hainan mendalami program itu dan beroperasi secara menyeluruh serta membina pelabuhan perdagangan bebas itu. Hainan mempunyai sebuah persekitaran yang menggalakkan bagi bakat-bakat dan berharap dapat menerima bakat dari seluruh dunia untuk menggunakan bakat mereka dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan.

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=405141

   Kapsyen: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan

STREAM I.T. CONSULTING LTD. BERGABUNG DENGAN RANGKAIAN RAKAN ALIDA UNTUK MENGOPTIMUMKAN PENGALAMAN PELANGGAN DI ASIA

Perkongsian akan membolehkan jenama untuk menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui mendengar dan bertindak berdasarkan kepada maklumat balas pelanggan

SINGAPURA, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Alida, sebuah pemimpin di dalam Pengurusan Pengalaman Total (TXM), hari ini mengumumkan bahawa Stream akan menyertai Rangkaian Rakan mereka untuk menyampaikan pengalaman pelanggan (CX) dan wawasan yang terkemuka di dalam industri kepada organisasi di Asia Pasifik.

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Alida. Pengalaman mendalam dan platform Pengurusan Pengalaman Total canggih Alida melengkapkan kepakaran digital wawasan kami dan membolehkan kami untuk memperluaskan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan kami,” kata Pongsak Noonchoo, Naib Presiden Eksekutif Kanan di Stream. “Kami berminat untuk menawarkan Komuniti Wawasan yang moden yang dipelopori oleh Alida dan meningkatkan tumpuan kami di dalam bidang ini. Pelanggan kami boleh meraih manfaat yang besar daripada pengkhususan Alida dan rangkaian peranti yang berkembang di dalam Pengurusan Pengalaman Pelanggan.”

Stream bekerjasama dengan pelanggan mereka merentasi industri perbankan, insurans, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, peruncitan, dan pembuatan untuk menghasilkan penyelesaian strategik yang tiada tandingannya bagi meningkatkan perjalanan pelanggan digital dengan menggunakan penyelesaian CX yang terkemuka di dalam industri. Bersama dengan platform TXM Alida, Stream dapat memperkukuhkan penyelesaian dan kepakaran mereka untuk menyokong pelanggan mereka di dalam pertumbuhan mereka yang berterusan dalam meraih suara pelanggan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Kami sangat beruntung untuk mengalu-alukan Stream kepada Rangkaian Rakan kami memandangkan mereka merupakan pemimpin industri di dalam perundingan CX dan dalam menyokong organisasi untuk mengemudikan tuntutan baharu bagi ekonomi digital,” kata Steven Medeiros, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar bagi APAC. “Kami teruja kerana dapat mengembangkan perkongsian dan kehadiran kami di Thailand dan merentasi wilayah APAC melalui penyampaian teknologi berinovatif yang membantu perniagaan membina perhubungan yang bermakna dengan pelanggan mereka.”

Rangkaian Rakan Alida membolehkan pertumbuhan bagi organisasi dari semua saiz dengan menyediakan perisian, pengaktifan dan sokongan pakar yang diperlukan untuk menerapkan kebenaran pelanggan menjadi tindakan. Sebagai pihak berkuasa global di dalam membangunkan komuniti yang terlibat dan dalam talian bagi mendapatkan maklumat balas pelanggan yang berterusan, rakan-rakan mempercayai perisian Alida untuk membantu mereka menyampaikan wawasan yang berkuasa dan satu kelebihan berdaya saing untuk pelanggan mereka.

“Stream adalah satu tambahan yang sangat baik kepada Rangkaian Rakan Alida. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh Asia,” kata Gary Smith, Naib Presiden Kanan, Perikatan Saluran dan Rakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian dengan Alida, sila layari www.alida.com/partners.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15132