OGFICE MENYEDIAKAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA INDONESIA, MALAYSIA, DAN TIMOR TIMUR MELALUI PROGRAM TAHUN KEWANGAN 2015 MEREKA

Bantuan diberikan kepada Asia Tenggara dan wilayah lain dalam bidang pendidikan,  ahli akademik, sains dan teknologi melebihi 457 juta yen untuk tempoh 24 tahun
OSAKA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE) telah mengumumkan peruntukannya bagi bantuan pelajaran kepada Indonesia, Malaysia, dan Timor Timur melalui program bantuan yang dilengkapkan pada tahun kewangan 2015. Termasuk jumlah bantuan fiskal tahun ini sebanyak 26.77 juta yen, yayasan itu telah menyediakan sejumlah 457 juta yen dalam bentuk bantuan untuk sepanjang tempoh 24 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1992.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8842

AGROBANK TERUS MENYOKONG MAHA 2016 DENGAN TAWARAN HADIAH KERETA PACUAN EMPAT RODA

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Agrobank hari ini menyatakan komitmen dan sokongannya dengan menyertai pameran “Malaysian Horticulture and Agriculture” (MAHA) 2016 yang akan  berlangsung pada 24 November – 4 Disember 2016 di MAEPS, Serdang.
Seperti penyertaan Agrobank di MAHA tahun lalu, kempen-kempen anjuran Agrobank menawarkan hadiah menarik sebagai daya tarikan  kepada pengunjung untuk datang ke ruang pameran Agrobank serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui manfaat berkenaan  produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8829

“KER1M” MENERBITKAN BULETIN NOSTALGIA YAB DATO’ SRI NAJIB 40 TAHUN

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Pencapaian YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam arena politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan dan disenangi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M), YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat (R) Datuk Ranjith, hari ini mengumumkan bahawa KER1M bakal menerbitkan sebuah buletin bertajuk Nostalgia YAB Dato’ Sri Najib 40 Tahun. Buletin ini merupakan satu usaha menaskahkan pengalaman, pencapaian yang telah dilaksanakan dan mengimbau suka duka 40 tahun yang telah beliau lalui.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8830

FIRST ADVANTAGE KELUARKAN TREND PENYARINGAN LATAR BELAKANG 2016 DI RANTAU ASIA PASIFIK

SINGAPURA & SYDNEY & HONG KONG & KUALA LUMPUR, Malaysia & MANILA, Filipina, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — First Advantage, sebuah syarikat  milik Symphony Technology Group (STG) dan pembekal terkemuka dunia bagi analisis penyaringan dan penyelesaian identiti, hari ini mengumumkan mengenai keluaran Laporan First Advantage berhubung Trend Penyaringan Latar Belakang 2016 bagi Asia Pasifik.
Kajian terkini itu oleh First Advantage mendedahkan makro utama dan trend mikro dan juga memberikan pencerahan kepada organisasi untuk menanda aras program semasa mereka dan membuat pelarasan halus kepada amalan penyaringan mereka yang sedia ada.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8828

PILIHANRAYA KAMPUS( MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2016/2017 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

KUALA LUMPUR 22 Mac (Bernama) — Setiap tahun sesebuah universiti di Malaysia pasti akan melalui senario pilihanraya kampus bagi pemilihan dan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Peranan pilihanraya kampus adalah bagi memilih barisan kepimpinan mewakili mahasiswa-mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga tidak terlepas dari senario tersebut yang telah berlangsung pada 15 Februari 2016, Isnin, bermula seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang. Proses pilihanraya berjalan dengan lancar dan pengiraan undi tamat jam 9.15 malam, diikuti dengan pengumuman keputusan pilihanraya tepat jam 9.40 malam oleh Ybhg. Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni), Dr. Mokmin bin Basri.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8814

 

KUIS PILIHAN UTAMA PELAJAR LEPASAN SPM, STAM DAN STPM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam di Malaysia yang telah bertapak di Selangor selama 21 tahun. KUIS sentiasa komited untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pusat penyelidikan terbaik yang menekankan Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen).
Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat sehenti (one-stop-centre) perkhidmatan pengajian tinggi di rantau Asia, KUIS mengorak langkah dengan penuh yakin untuk menjadi pilihan utama bagi calon pelajar tempatan dan antarabangsa. Pelbagai persiapan telah dan sedang dilaksanakan oleh KUIS melibatkan proses memperkasakan falsafah pendidikannya, memperbanyakkan program akademik berkualiti tinggi, meningkatkan kepakaran pensyarah serta menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mencukupi dalam menuju sebuah universiti pada masa terdekat.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8813

 

LEMBAGA PENGARAH SEYCHELLE MENGUMUMKAN BAHAWA IA TELAH MELUCUTKAN ENCIK CARL PALMER DARIPADA SEMUA TUGAS OPERASI BELIAU DAN TELAH MENYUSUN SEMULA OPERASI SYARIKAT ITU, BERKUAT KUASA SERTA MERTA

SAN JUAN CAPISTRANO, Calif. 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Seychelle Water Filtration Products, sebuah DBA bagi Seychelle Environmental Technologies, Inc. (Seychelle atau Syarikat itu) (OTCQB: SYEV), sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan, pemasangan dan penjualan proprietari botol penapisan air mudah alih telah membuat beberapa pengumuman hari ini. Pertama, Lembaga Pengarah Seychelle telah melucutkan Encik Carl Palmer daripada semua tugas operasi beliau dengan Syarikat itu, berkuatkuasa serta merta. Walau bagaimanapun, Encik Palmer kekal sebagai seorang Pengarah. Keputusan oleh Lembaga ini adalah hasil daripada rasa tidak puas hati mereka dengan prestasi masa lampau Encik Palmer berhubung operasi  berterusan dan hubungan dengan pelanggan dan pekerja.

Kedua, berkuatkuasa serta merta, Seychelle telah membuat perubahan operasi seperti berikut. Encik James Place telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, serta terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan sebagai Pengarah. Cik Elise Eggett mengekalkan kedua-dua jawatan beliau sebagai Pengawal Korporat dan Pengarah serta kekal sebagai Pengurus Perhubungan Manusia. Di samping itu, Seychelle akan mendapatkan seorang eksekutif kanan baharu untuk menjalankan tugas operasi pengeluaran harian serta seorang individu tambahan untuk membantu dalam usaha itu. Kedua-dua eksekutif kanan yang baharu itu dan Cik Eggett akan melaporkan kepada Encik Place, sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seychelle. Di samping itu mungkin terdapat juga perubahan operasi tambahan pada masa hadapan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8811

PH MINERS INC. TAWAR BITCOIN BARU, MINER MATA WANG SIBER LITECOIN

NEW YORK, 16 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — pH Miners Inc. telah melancarkan secara rasmi dua miner mata wang sibernya untuk Bitcoin dan Litecoin, dan menawarkan tawaran istimewa untuk pelanggan yang membuat pembelian sekarang.

Syarikat ini yang berpangkalan di New York City, memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima empat  miner kripto-mata wang pada harga tigaminer—satu nilai hebat dengan mengambil kira produk tersebut telah pun lebih mampu dimiliki berbanding miner paling berkualiti lain dalam pasaran. Pelanggan perlu merujuk kepada pasukan pH Miners untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran tersebut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8799

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA) NAFI TERLIBAT DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK APRIL 2016

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerima beberapa aduan berhubung surat panggilan temuduga bagi kemasukan ke Program Pendidikan bagi Kalendar Akademik 2016 yang didakwa ditawarkan oleh MQA.

 

Untuk makluman, MQA tidak terlibat dalam penawaran program ini dan tidak pernah berurusan dengan mana-mana ejen bagi tujuan tersebut.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8793

 

 

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PROGRAM BAHASA JEPUN DALAM TALIAN UNTUK MENGAJAR PERBUALAN BAHASA JEPUN SECARA PRAKTIKAL KEPADA KAKITANGAN DI PEJABAT-PEJABAT LUAR NEGARA DENGAN MENGGUNAKAN PANGGILAN VIDEO

Tempoh pengajian selama 45 minit boleh diperolehi dari serendah 1,250 JPY dengan menggunakan perkhidmatan persidangan berkualiti tinggi yang memanfaatkan kelebihan NTT Com

TOKYO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah perniagaan penyelesaian ICT dan perhubungan antarabangsa di dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan, berkuatkuasa serta merta, VLJ Online Japanese Conversation atau Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ, iaitu satu perkhidmatan pembelajaran perbualan Bahasa Jepun melalui panggilan video, sebagai satu produk baharu Pembelajaran secara Pandangan Bahasa Jepun atau Visual Learning .Japanese (VLJ), perkhidmatan mempelajari Bahasa Jepun berasaskan awan dengan menggunakan aplikasi pembelajaran laman sesawang dan telefon pintar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8794