BFM BEKERJASAMA DENGAN TRITON DIGITAL UNTUK PENYAMPAIAN, PENGEWANGAN DAN PENGUKURAN PENSTRIMAN KANDUNGAN AUDIO DAN PODCAST.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Nov (Bernama-BUSINESSWIRE) — Triton Digital®, penyedia perkhidmatan dan teknologi global kepada industri podcast dan audio digital, mengumumkan hari ini bahawa BFM, satu-satunya stesen radio berdikari Malaysia, telah memilih Triton Digital untuk menguasai penyampaian, kewangan, dan pengukuran kandungan podcast dan audio penstriman mereka.

Menerusi perkongsian ini, BFM akan memanfaatkan rangkaian penstriman audio Triton untuk menyampaikan berita ekoniaga dan hal ehwal semasa bermutu tinggi di dalam talian, dan Tap Ad Server untuk memuat naik iklan-iklan audio yang disasarkan secara dinamik ke dalam aliran mereka. Untuk menyokong matlamat pengewangan mereka, BFM akan memanfaatkan pasaran audio programatik Triton dan audio SSP untuk membuat inventori podcast dan audio dalam talian mereka sedia ada kepada pembeli media di seluruh dunia melalui tawaran pasaran terbuka dan swasta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12836

RICK AND MORTY BERSUKA RIA DI DALAM PERMAINAN POPULAR ZYNGA, MERGE DRAGONS!

Table

Rick and Morty Bersuka ria dalam Permainan Popular Zynga, Merge Dragons! (Grafik: Businses Wire)
 

Watak-watak Dari Rancangan Yang Memenangi Anugerah Mengambil Alih Permainan Dalam Siri Acara Terhad

SAN FRANCISCO, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan satu perjanjian lesen dalam permainan dengan Adult Swim untuk membawa watak-watak dari siri TV yang memenangi Anugerah Emmy, Rick and Morty, ke Merge Dragons! keluaran Gram Games. Rick and Morty muncul dalam permainan pengembaraan teka-teki dalam satu acara langsung khas yang berlangsung pada 22 November, 2019. Bersiap sedialah untuk menyerang beberapa naga, broh!

Kerjasama itu membawa Rick and Morty ke acara-acara khas Merge Dragons! yang memberi ganjaran kepada pemain kerana menyembuhkan tanah dan mengumpulkan mata. Di dalam permainan itu, Rick and Morty sedang bermain Merge Dragons! dan mencantas jalan mereka ke dalam permainan itu untuk mendapatkan Stone of Reckoning, satu barangan yang berkuasa yang membuka portal ke dunia yang terlarang. Ini menyebabkan pasangan itu membuat pendaratan kecemasan di Dragonia, dunia bagi Merge Dragons!, di mana peminat boleh mengharapkan banyak kacau-bilau super saintifik akan menyusul.

“Kami suka-a-wubba-dub-dub mengenai idea Rick and Morty menyertai kami di Dragonia memandangkan jadual antara galaksi mereka yang padat,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Sebagai peminat hebat bagi rancangan itu, kami amat berbesar hati kerana mempunyai mereka untuk berinteraksi dengan pemain-pemain kami dalam satu cara di mana kedua-dua peminat bagi rancangan itu, dan Merge Dragons!, akan menikmatinya. Siapa yang tidak mahu melihat Dragon Rick berevolusi?!”

Merge Dragons! tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store untuk iPhone dan iPad, serta Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai Merge Dragons!, sila lawati saluran-saluran komuniti permainan itu di TwitterFacebookInstagram, dan YouTube.

Nota Editor:
Untuk melihat aset sokongan bagi Merge Dragons!, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.

Maklumat mengenai Gram Games

Gram Games adalah sebuah studio pembangunan permainan mudah alih, yang komited untuk menyampaikan permainan sosial yang berkualiti tinggi yang mewujudkan bon sebenar melalui permainan. Diasaskan pada tahun 2012, dan baru-baru ini diperolehi oleh Zynga pada tahun 2018, Gram Games telah membina sebuah pasukan profesional industri yang memberi tumpuan kepada mewujudkan permainan yang menarik bagi platform mudah alih di studio mereka di London dan Istanbul – termasuk Merge Dragons! dan 1010! Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.gram.gs.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52133809/en

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Jonathan Lopera // Iga Kowacka
jlopera@zynga.com // ikowacka@zynga.com

Atau

Kjell Vistad // Jeffrey Fong
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) // zynga@oneprstudio.com // (510) 893-3271

Sumber : Zynga

MESEJ KASIH SAYANG LHDNM DALAM PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyantuni masyarakat menerusi Program Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility) Pejabat Pengarah Negeri Johor (PPNJ) yang dianjurkan pada 17 November 2019 semalam. Program SR tersebut yang dirasmikan oleh Puan Rozina binti Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM) merupakan kesinambungan program-program SR yang telah dilaksanakan oleh LHDNM sejak tahun 2017 sehinggalah ke hari ini.

Puan Rozina dalam ucapan beliau berkata “LHDNM merupakan organisasi prihatin dan sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan negara, justeru LHDNM sekali lagi memilih untuk memberikan perhatian kepada keperluan sekolah sejajar dengan  pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21. LHDNM sedar bahawa perkembangan pembelajaran dan pengajaran masa kini telah berubah dan penggunaan projektor LCD adalah merupakan pilihan utama untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan, dan ia juga dapat menjadikan guru-guru lebih kreatif  dan pelajar lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan”.

Program ini menyaksikan sebanyak 3 buah projektor LCD telah disumbangkan kepada tiga buah sekolah yang terpilih iaitu:

I.  Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting;
II. Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir; dan
III. Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka

Selain daripada sumbangan projektor LCD, seramai 150 orang pelajar terpilih daripada kategori asnaf dari sekolah-sekolah tersebut telah menerima sumbangan berupa wang tunai, beg sekolah dan juga alat tulis.

Untuk rekod, sebanyak 5 buah projektor LCD telah diserahkan kepada 5 buah sekolah pilihan LHDNM di Negeri Johor pada tahun 2018 bersempena dengan Program Jalan Kaki Terjauh oleh 3 orang pegawai LHDNM di mana usaha tersebut telah mendapat pengiktirafan oleh “Malaysia Book of Records”. Ini menjadikan sebanyak 60 buah projektor LCD yang telah berjaya disumbangkan oleh LHDNM kepada 60 buah sekolah yang dipilih oleh 12 Pejabat Pengarah Negeri LHDNM pada tahun 2018.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Md Kamal bin Johan (Pengarah Pejabat Pengarah Negeri Johor), Puan Lilis Saslinda binti Pornomo (Ketua Penolong Pengarah Kanan [Pengurusan]) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shuhaimi bin Salleh (Pengarah Cawangan Siasatan Johor Bahru), Encik Mohd Zamari bin Ngah, (Pengarah Cawangan Johor Bahru [Penggajian]), Encik Ab Aziz bin Muhamad Esop (Pengarah Seksyen PPNJ), guru-guru dan seterusnya pegawai LHDNM.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 18 November 2019

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 

LEDDARTECH DIIKTIRAF SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH INOVASI CES 2020 UNTUK THE LEDDAR PIXELL, SEBUAH LIDAR KOKUN YANG DIKELUARKAN BARU-BARU INI UNTUK PASARAN KENDERAAN BERAUTONOMI

CES mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi pada 7hb November, 2019 di New York. LeddarTech akan mempamerkan Leddar Pixell di beberapa lokasi pada CES 2020

QUEBEC CITY, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, terus mengagumkan dengan pengumuman baru-baru ini tentang anugerah di Anugerah Inovasi CES 2020 dalam Kategori Kecerdasan Kenderaan & Pengangkutan yang berprestij.

The LeddarTM Pixell ialah produk yang menjadi contoh komitmen yang dimiliki pasukan di LeddarTech ke arah menangani permintaan daripada pasaran untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang boleh diharap untuk memenuhi keperluan aplikasi mobiliti mereka. Kami yakin keselamatan adalah penting dalam pembangunan pemanduan berautonomi dan ketersediaan penyelesaian LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell yang meningkatkan suit penderia kenderaan, membawa kita semakin dekat kepada zaman kenderaan berautonomi, besar mahu pun kecil, merata di atas jalan raya,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk LeddarTech 

Manfaat Leddar™ Pixell Utama

·   Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
·   Medan pandangan 180° mendatar yang luas
·   Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
·   Ketahanan yang luar biasa
·   Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
·   Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif

Tonton video Leddar Pixel

Leddar Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang terbenam dalam LCA2 LeddarEngineTM yang canggih, yang terdiri daripada perisian pemprosesan isyarat digital LeddarCore™ SoC dan LeddarSP yang amat bersepadu. LeddarTech juga menawarkan LeddarEngine kepada pembangun automotif LiDAR dan pembuat LiDAR yang lain, mempercepat ketersediaan penyelesaian LiDAR berkualiti tinggi, diperibadikan kepada pelbagai aplikasi dan pasaran LiDAR yang luas dan semakin berkembang.

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia. Dalam beberapa bulan akan datang, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Tech-AD Detroit, 21hb-22hb November, CES di Las Vegas, 7hb-10hb Januari dan di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15hb-17hb Januari serta lokasi lain sepanjang 2020.

Leddar Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam sekeliling kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dimaksudkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pengguna jalan rentan (VRU). Leddar Pixell telah pun digunakan oleh penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Tentang LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

SUMBER: LeddarTech inc.

–BERNAMA

 

FUSIONEX MEMPEROLEHI KONTRAK UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN ALIRAN KERJA BAGI INSTITUSI KEWANGAN UTAMA

SINGAPURA, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pakar teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah memperolehi sebuah kontrak berbilang tahun di mana mereka akan menggunakan teknologi pengurusan data, kerjasama dan integrasi terkini mereka untuk meningkatkan perkongsian maklumat dan menjanakan wawasan perniagaan yang lebih baik bagi sebuah penyedia perkhidmatan  kewangan yang utama.

Pelanggan itu adalah sebuah institusi kewangan yang sudah wujud beberapa dekad lamanya dengan lebih daripada 50 cawangan dan mempunyai lebih 1,500 orang pekerja. Sebuah penyedia bagi perkhidmatan perbankan penting kepada pelanggan individu dan korporat, pelanggan itu bersungguh-sungguh meneruskan penyatuan teknologi di dalam operasi mereka dan telah meminta Fusionex untuk memacukan perjalanan transformasi digital mereka.

Fusionex akan menyediakan sebuah platform kerjasama yang didorong oleh data untuk membantu meningkatkan aliran kerja, pengurusan dokumen, dan aktiviti usaha sama bagi kakitangan pelanggan. Platform itu akan dapat dengan pantas dan selamat menyebarkan pandangan perniagaan dan operasi, data berasaskan prestasi, jumlah jualan dan kemas kini korporat kepada kakitangan di semua cawangan. Ia akan juga dapat mengelakkan penyebaran maklumat yang ketinggalan zaman atau mengelirukan di seluruh organisasi itu. Ini akan membolehkan pekerja untuk bekerja dengan mempunyai wawasan yang paling relevan dan terkini, meningkatkan kecekapan, membantu dalam membuat keputusan dan meminimumkan gangguan operasi.

Ketelusan, keselamatan dan kebolehlihatan maklumat juga diutamakan memandangkan platform itu dapat mengesan siapa yang mengakses maklumat apa pada masa tertentu. Dengan menggunakan Kecerdasan Buatan dan Mesin Pembelajaran, penyelesaian itu juga dapat memahami penerimaan kakitangan terhadap maklumat tertentu dan menentukan sama ada sentimen mereka dilihat secara positif.

Begitu juga, penerbitan dan penyebaran maklumat adalah lebih mudah kerana sesiapa sahaja dari pasukan-pasukan perniagaan akan dapat melakukannya hasil daripada antara muka dan automasi penyelesaian itu yang mesra pengguna. Penerbitan dan perkongsian pandangan dan kandungan, yang lazimnya mengambil masa beberapa hari memandangkan kelulusan berasaskan kertas diperlukan, kini boleh dicapai dalam masa kurang dari satu jam atau hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pelanggan untuk membantu meningkatkan aliran kerja, automasi dan platform data mereka melalui penggunaan teknologi digital secara efektif. Dalam dunia yang hiper bersambung ini yang tidak pernah tidur, adalah penting untuk melaksanakan sesuatu pada tahap kecekapan yang paling tinggi. Kami di Fusionex percaya bahawa dengan sistem ini, pelanggan akan dapat menemui dan memanfaatkan peluang-peluang baharu, mengenal pasti aliran pendapatan baharu dan berikutan itu meningkatkan keupayaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan dan penawaran yang lebih besar kepada pelanggan mereka.”

Maklumat mengenai Fusionex            

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling ssyarikat-syarikat Fortune 500, syarikat-syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari http://www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191121005437/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com

Sumber: Fusionex

EPIQ MENGEMBANGKAN INISIATIF SELURUH SYARIKAT UNTUK MEMPERCEPAT PELAKSANAAN KECERDASAN BUATAN UNTUK KLIEN SECARA GLOBAL

Pelaburan terselaras dalam teknologi, kerjasama, dan bakat memastikan klien yang bekerja di seluruh dunia boleh menggunakan kecerdasan buatan untuk mencapai hasil terbaik untuk perniagaan mereka

NEW YORK, 21 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan, hari ini mengumumkan pengembangan perkhidmatan ePenemuan dan semakan dokumen yang didayakan kecerdasan buatannya (AI) melalui gabungan kerjasama, teknologi proprietari, dan ketersediaan perkhidmatan ditingkatkan secara global.

“AI memberi klien kita kunci untuk mendedahkan nilai yang berkemungkinan, dan mengurangkan risiko dan kos, yang ketara dalam volum yang besar dan berkembang bagi data perniagaan.” kata Roger Pilc, presiden dan pengurus besar, penyelesaian perundangan Epiq. “Sudah pun merupakan pengamal industri peneraju bagi perkhidmatan semakan dibantu teknologi didayakan AI, Epiq telah mengembangkan capaian global bagi perkhidmatan AI dan kakitangan terlatih.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif AI, hari ini Epiq mengumumkan bahawa Epiq akan melancarkan versi terkini bagi NexLP, Brainspace, dan Relativity Analytics secara global, merentasi pusat data global peneraju industrinya. Selain bekerja dengan peneraju teknologi AI industri terpilih secara rapat, Epiq juga memanfaatkan saintis data dan algoritma proprietari untuk membangunkan produk baharu dengan keupayaan transformatif untuk kliennya.

Untuk mendayakan penggunaannya AI dalam perkhidmatan Epiq sepenuhnya, Epiq sedang mensijilkan lebih daripada 300 semakan dokumen, perkhidmatan klien, arkitek penyelesaian dan ahli pasukan operasi melalui program latihan terperinci dan proprietari.

Dengan pengembangan keupayaan ini, Epiq boleh memberikan perkhidmatan kepada pangkalan klien globalnya dengan berkesan, termasuklah pengurusan bagi projek berbilang bidang kuasa. Kini Epiq boleh menjamin keupayaan konsisten untuk mengurus aliran kerja disokong AI merentasi bahasa seperti Mandarin, Kantonis, Korea dan Jepun.

“Epiq membawakan pengetahuan manusia terdalam kepada seni dan sains semakan data, bekerja dengan pengamal analitis peneraju industri secara rapat,” kata Eric Crawley, naib presiden semakan dan analitis. “Melombong data sensitif secara berkesan, termasuklah maklumat khas, memerlukan gabungan kecerdasan manusia dan mesin yang teguh. Kami teruja bahawa kecekapan AI kami juga menyediakan kelebihan dalam bahagian pentadbiran maklumat dan pelanggaran data, membenarkan Epiq untuk menyediakan nilai yang lebih luas kepada klien kami.”

Epiq mempunyai pengalaman mendalam dalam menggunakan analitis lanjutan pada hal ePenemuan untuk manfaat kepada kliennya, menggunakan AI dalam lebih 1,000 hal sepanjang tahun lepas, merangkumi pelbagai hal berlitigasi, semakan pengawalseliaan, dan penyiasatan dalaman. Penglibatan klien baru-baru ini merangkumi memanfaatkan AI untuk bank antarabangsa terkemuka, pembekal penjagaan kesihatan kebangsaan, dan salah satu bandar terbesar di Amerika. Jenis hal dan saiz projek berbeza-beza dengan ketara dalam setiap kes, tetapi klien tersebut inginkan manfaat kos, masa dan kualiti yang hanya boleh ditawarkan oleh Epiq.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12827

KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) — “Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama’ diangkat sebagai tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2019. Ia selari dengan tema Hari Kanak-Kanak Antarabangsa iaitu ‘For Every Child A Childhood’, yang akan disambut pada 20 November ini, dengan menekankan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia.

Sehubungan itu, masyarakat perlu memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan demi masa depan kanak-kanak kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Ini termasuk memastikan kanak-kanak sihat dan cerdas selain mematuhi empat perkara dalam Convention on the Right of Children iaitu Hak kepada Kehidupan, Perlindungan, Perkembangan dan Penyertaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM memandang serius isu penderaan, pengabaian, pembuangan bayi serta eksploitasi kanak-kanak yang menyaksikan kanak-kanak sering menjadi mangsa keadaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12822

YILI LANCAR “LEMBAH KECERDASAN DAN KESIHATAN MASA HADAPAN YILI” UNTUK MEMPROMOSIKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KESIHATAN

BEIJING, 13 Nov (Bernama) — Gergasi tenusu China Inner Mongolia Yili Industrial Group pada Ahad telah melancarkan projek “Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Hadapan Yili” di Hohhot, ibu negeri bagi Wilayah Berautonomi Inner Mongolia di utara China, dengan berusaha untuk meningkatkan industri kesihatan di rantau itu.

Lembah kecerdasan yang baharu dilancarkan itu adalah sebuah projek kompleks berskala besar yang mengintegrasikan industri, bandar, dan pelancongan, dengan bertujuan untuk membina sebuah kawasan yang boleh didiami di mana alam sekitar dilindungi dengan baik.

Sementara itu, kawasan permulaan teras bagi lembah itu meliputi sebuah kawasan seluas 15,000 mu (15 mu bersamaan dengan satu hektar), berdasarkan kepada industri tenusu, dan ia akan bersinergi dengan perancangan keseluruhan bagi pembangunan serantau, untuk mewujudkan sebuah sistem industri yang komprehensif yang mengintegrasikan pengeluaran, kolej, penyelidikan, budaya, pelancongan, perniagaan, dan kediaman.

Menurut sebuah pelan pembangunan, pelaburan di kawasan permulaan teras bagi projek itu dijangka dapat memacukan sekurang-kurangnya 240 bilion yuan sumbangan ekonomi kepada rantaian perindustrian dan mewujudkan kira-kira 60,000 peluang pekerjaan, yang akan memudahkan pengurangan kemiskinan yang disasarkan di rantau itu.

Ai Lihua, naib pengerusi bagi Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Berautonomi Inner Mongolia, memuji projek itu, dengan mengatakan bahawa ia telah mengambil satu langkah besar ke hadapan dalam mempromosikan peningkatan komprehensif bagi industri itu untuk membina perusahaan demonstrasi pembangunan yang berkualiti tinggi merentasi rantau itu.

Pan Gang, pengerusi bagi Kumpulan Yili, mendedahkan bahawa Yili akan bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa dan memanfaatkan kesan bagi kluster industri untuk membina sebuah lembah kesihatan yang hijau, pintar, berdigital, dan antarabangsa di rantau itu, mencergaskan semula industri tenusu China, serta menggalakkan pembangunan yang cergas dalam usaha kesihatan global.

Pada majlis pelancaran projek itu, Kumpulan Yili telah menandatangani satu perjanjian kerjasama mengenai perkongsian rantaian industri dengan rakan-rakan global mereka, yang akan menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan ekonomi berkualiti tinggi bagi Inner Mongolia.

Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Hadapan Yili  akan membina sebuah “Lembah Silikon” yang baharu bagi industri kesihatan global, untuk menggalakkan pencergasan semula bagi industri tenusu China, menjana pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi di wilayah berautonomi itu, dan memimpin pembangunan bagi industri kesihatan global.

Sumber: Kumpulan Yili

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=350555

–BERNAMA

PENCIPTA BERSAMA BLOK RANTAI ABEY DR. CIPRIAN PUNGILA MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA PADA HARI PEMBUKAAN SIDANG KEMUNCAK BLOK RANTAI MALTA 2019

VADUZ, Lichtenstein, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Yayasan aBey hari ini mengeluarkan teks lengkap dan video berhubung ucap utama Dr. Ciprian Pungila semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. Dr. Pungila adalah pencipta bersama bagi teknologi blok rantai aBey dan bertindak sebagai ketua saintis bagi Yayasan aBey, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan. Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta berlangsung pada 7 dan 8 November.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005464/en/

Ucapan Dr. Pungila menyentuh mengenai kekuasaan teknologi melalui blok rantai yang berprestasi tinggi. Memperkenalkan cara-cara yang berinovatif untuk memberi kuasa kepada blok rantai melalui seni bina heterogen dan pengiraan yang berprestasi tinggi, satu topik penting di dalam perbincangan yang diliputi oleh Dr. Pungila dalam apa yang beliau nyatakan sebagai “urus niaga runcit berasaskan prestasi.”

Dr. Pungila mengkaji semula fakta-fakta utama mengenai blok rantai aBey, dengan mengatakan “aBey mula diketahui umum pada Julai 2018, dan menjelang ulang tahun pertama blok rantai itu telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif.” Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan faktor lebih daripada lapan kali ganda.

Dr. Pungila meneruskan, “Ciri-ciri blok rantai aBey termasuk sokongan untuk mempercepatkan volum urus niaga yang sangat tinggi, urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman serta-merta dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantaian dan satu pendekatan berbilang lapisan untuk e-dagang, sekali gus menjadikan aBey sebuah blok rantai hibrid yang kompleks dari segi saling boleh kendali. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti dengan blok rantai yang lain, dan ini meningkatkan penemuan pengguna dengan ketara bagi pengguna tanpa izin yang lain di dalam rangkaian mereka.”

Satu plugin WordPress yang kaya, aBeyWPP, akan dikeluarkan pada tahun 2020, dengan membawa kefungsian status klik-untuk-beli dan urus niaga kepada lebih daripada 75 juta laman web. Selain itu, Yayasan aBey mengesahkan dan menawarkan bantuan untuk usaha penyelidikan yang aktif dan berterusan yang menyokong pembangunan blok rantai aBey, dengan beberapa daripada penyelidikan itu telah diterbitkan oleh penerbit antarabangsa berprestij seperti Springer International.

Sebagai sebuah pengguna awal dan pemegang lesen, pemproses pembayaran dalam talian yang bervolum tinggi aPay Systems dari Malta mempunyai bahagian-bahagian bersepadu bagi komponen teras aBey sebagai penyokong bawah teknikal aPay. Ketua Pegawai Eksekutif aPay, Philipp Sauerborn berkata, “Sebagai sebuah pemproses pembayaran yang bertumpukan blok rantai yang mengendalikan jumlah urus niaga yang sangat tinggi bagi setiap saat, pengguna B2B dan B2C kami menuntut penyelesaian urus niaga yang pantas. Menggunakan teknologi aBey kami dapat memenuhi dan melebihi jangkaan mereka. Sebelum kami melesenkan dan menggabungkan teknologi aBey ke dalam sistem kami sendiri, urus niaga yang ditulis kepada blok rantai yang lain memerlukan beberapa minit, bahkan sehingga beberapa jam untuk disiapkan. Kini, dengan memaksimumkan blok rantai aBey, kami biasanya dapat melengkapkan setiap urus niaga dalam tempoh masa beberapa milisaat sahaja. Tidak ada blok rantai yang lain yang dapat menyampaikan kelajuan dan kelenturan seperti itu, yang sangat dituntut oleh perniagaan dan pengguna.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12784

LAPORAN GPCI 2019 YAYASAN MORI MEMORIAL: LONDON HILANG MOMENTUM, TOKYO AGAK PERLAHAN DAN PARIS MENIKMATI TREND KE ATAS

MORI12819

48 daripada bandar raya utama dunia sebagaimana disenaraikan oleh Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/

Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.

Sejumlah besar peristiwa yang mencabar berlaku atau terus berlaku pada tahun 2019, seperti pergeseran perdagangan Amerika Syarikat-China, cadangan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah dan bantahan di Hong Kong. Kesan yang ketara pada markah GPCI 2019 termasuk kelembapan “Kadar Pertumbuhan KDNK” Beijing dan Shanghai dan penurunan jumlah bagi “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia” di London. Hong Kong akan berkemungkinan merasakan kesan daripada pergolakan politik mereka dalam GPCI 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12819