EKSPO ANTARABANGSA JALAN SUTERA MARITIM ABAD KE-21 GUANGDONG 2016 BERAKHIR DENGAN REKOD TINGGI KERJASAMA ANTARA GUANGDONG DAN NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG JALURAN DAN JALAN

DONGGUAN, China, 31 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/–
 
Pada 30 Okt 2016, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong ditutup dengan jayanya dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangdong dan negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan mencapai rekod tinggi. Mengikut Jawatankuasa Penganjur, 700 projek telah dikontrak pada Ekspo dengan jumlah kira-kira 206.8 bilion yuan, peningkatan 2.5% berbanding tahun lepas.

Laporan menunjukkan bahawa berdasarkan kedua-dua Expo yang berjaya pada tahun-tahun yang lalu, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong telah meraih reputasi yang meningkat di seluruh dunia dan meningkatkan kesan jenama. Tahun ini Ekspo ini menarik 73 negara (wilayah) dalam acara itu dan 52 negara (wilayah) untuk pameran, antaranya 39 buah negara (wilayah) membina astaka bebas, bilangan yang semuanya semakin meningkat berbanding tahun lepas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9460

NTT COMMUNICATIONS LANCAR RANGKAIAN KABEL DASAR LAUT OPTIK BERKAPASITI-TINGGI YANG MEMBERI KHIDMAT KEPADA RANTAU ASIA PASIFIK

TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Get Laluan Asia Pasifik (APG), satu rangkaian kabel dasar laut optik jalur lebar tinggi yang menghubungkan rantau-rantau dan negara-negara di Asia. NTT Com telah melaksanakan perkhidmatan baru dengan kerjasama pengendali telekomunikasi utama di setiap negara.

APG akan meningkatkan kapasiti penghantaran data di rantau Asia, meningkatkan kesalinghubungan antara pelbagai rantau dan negara dan meningkatkan lebihan melalui pelbagai laluan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9459

EKSPO IOT DUNIA DIBUKA DI WUXI PADA 30 OKTOBER

WUXI, China, 31 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/–

Eksposisi Perkara Dunia Internet 2016 dibuka di Wuxi pada 30 Oktober. Ia memaparkan banyak produk “Teknologi Hitam”, seperti tempat letak kereta yang boleh secara automatik memanggil kenderaan, penutup lurang yang secara automatik akan menjana penggera apabila dicuri, dan selimut tidur yang boleh mendiagnosis penyakit.

Ekspo Dunia IOT dianjurkan bersama oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Kementerian Sains dan Teknologi China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu. Ia telah menarik 489 peserta pameran, termasuk banyak syarikat terkenal di dalam dan di luar negara, seperti Microsoft, IBM, Siemens, Alibaba, Huawei dan China Mobile.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9458

BOOKOFF CORPORATION LIMITED AKAN MEMBUKA KEDAI TERPAKAI ‘LOVED IN JAPAN’ YANG TERBESAR DI ASIA TENGGARA YANG DINAMAKAN ‘JALAN JALAN JAPAN’ DEKAT KUALA LUMPUR PADA 18 NOVEMBER (JUMAAT)

KANAGAWA, Jepun, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — BOK MARKETING SDN.BHD. (Pengarah Urusan: Toru Inoue), sebuah anak syarikat milik BOOKOFF CORPORATION LIMITED (TOKYO: 3313) (IBU PEJABAT: Kanagawa-ken Jepun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Nobuyuki Matsushita) akan membuka kedai ‘Loved in Japan’ (Preloved in Japan) yang pertama yang dinamakan ‘Jalan Jalan Japan’ pada 18 November (Jumaat), 2016, dekat Kuala Lumpur di Malaysia.

‘BOOKOFF’ adalah merupakan rantaian kedai terpakai yang paling terkenal, dan antara yang terbesar di Jepun.

BOK MARKETING SDN.BHD. ialah sebuah syarikat usaha sama yang dikongsi oleh BOOKOFF CORPORATION, KOIKE CORPORATION LIMITED (IBU PEJABAT: Shinagawa-ku Tokyo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Eiichi Koike), dan KOIKE MALAYSIA SDN.BHD. (IBU PEJABAT: Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia, Pengarah Urusan: Eiichi Koike).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9453

FESTIVAL ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU KE-3 2016 DIBUKA 3 HINGGA 6 NOVEMBER

CHITOSE, Jepun, 28 Okt (Bernama) — 

Sebuah festival filem animasi antarabangsa yang dijalankan secara menyeluruh di dalam kawasan sebuah lapangan terbang, Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose 2016, yang ketiga dalam siri itu, akan diadakan pada 3 hingga 6 November 2016. Ia adalah benar-benar sebuah festival antarabangsa bagi penulis animasi, baik tempatan mahupun luar negara, dan peminat yang akan berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menggunakan animasi, satu budaya yang lazim di peringkat antarabangsa, yang ditunjukkan di teater di tiga lapangan terbang.

Sebuah tunggak utama di dalam festival animasi, pertandingan antarabangsanya akan menayangkan 45 hasil karya dari 22 buah negara, yang melepasi pusingan penyingkiran daripada 1,232 hasil karya dari 66 buah negara, iaitu satu peningkatan kira-kira 130 hasil karya  berbanding pertandingan tahun lepas.

Selain penayangan pertandingan itu, program-program khas juga akan dipaparkan. Sebagai pembuka tirai festival 2016 itu, “In This Corner of the World” oleh pengarah Sunao Katabuchi, yang akan hadir pada penayangan itu, akan dipaparkan dalam satu pratonton. Selepas itu, “KING OF PRISM” oleh Pretty Rhythm akan ditayangkan dengan kerjasama “Bakuon (extremely loud) Screening” yang memaparkan bunyi dinamik yang sangat kuat yang dihasilkan oleh gear konsert, sebagaimana yang digunakan dalam setiap festival sebelum ini. Ia adalah percubaan pertama oleh “Ouen (cheering up) screening” untuk mencetuskan keghairahan orang ramai dengan mewujudkan suatu suasana kebersamaan “Cosplay? OK! Cheering? OK! Live dubbing? OK!”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9455

 

EKSPO ANTARABANGSA LALUAN SUTERA MARITIM ABAD KE-21 GUANGDONG MENARIK KHAZANAH DARIPADA PELBAGAI ISTANAWAN BERSAMA-SAMA DENGAN 25,000 PEMBELI ANTARABANGSA

DONGGUAN, China, 28 Okt (Bernama) — 

Minyak zaitun dari Itali, buah-buahan dari Thailand, makanan laut dari Brunei, seni kraf dari India …

Pada 27 Oktober, lebih 1,000 syarikat dari 52 buah negara dan wilayah mempamerkan produk-produk mereka yang disukai ramai di Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong yang diadakan di Dongguan di Guangdong dalam mencari peluang-peluang perniagaan dan pengembangan kerjasama.

Sebagai satu platform yang penting bagi Inisiatif Belt and Road (B&R) yang diperkenalkan pada tahun 2014, Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong  menggalakkan kerjasama semua pihak di antara China, terutama Guangdong, dan negara-negara dan wilayah di sepanjang Laluan Sutera Maritim.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9454

 

FLURRY ANALYTICS MENGUMUMKAN PENCAPAIAN KEPADA SUIT PEMAJU MUDAH ALIH YAHOO

SUNNYVALE, Calif., 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Flurry Analytics hari ini mengumumkan ketersediaan dua pencapaian kepada Suit Pemaju Mudah Alih Yahoo, Crash Analytics 2.0 dan Revenue Analytics. Dengan penambahan dua ciri-ciri ini, Flurry Analytics kini merupakan suit analisis yang paling menyeluruh yang disediakan kepada pemaju di seluruh dunia, pada mana-mana skala.

“Di Flurry, kami memberikan tumpuan kepada mewujudkan produk-produk yang membantu pemaju di seluruh dunia membina aplikasi yang lebih baik untuk berkembang dan menskala perniagaan mereka dengan jayanya,” kata James Kelm, Pengarah Kanan bagi Pengurusan Produk di Yahoo. “Pelancaran keupayaan analisis kerosakan dan analisis pendapatan di Flurry menyediakan pemaju dengan satu suit peranti semua dalam satu untuk memberikan mereka pandangan 360 darjah berhubung prestasi aplikasi mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9452

SHEN HAIXIONG MENEMUI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BERITA BLOOMBERG JUSTIN SMITH

GUANGZHOU, China, 27 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/–

Pada petang 26 Oktober, Shen Haixiong, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Guangdong Parti Komunis China dan Ketua Pengarah bagi Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong, telah menemui rombongan yang diketuai oleh Justin Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berita Bloomberg, di Guangzhou.

Encik Shen pada permulaannya melahirkan hasrat beliau untuk kejayaan kerjasama di antara Bloomberg dan Guangdong Southern Finance and Economics Omnimedia yang bakal dilancarkan dan mengalu-alukan kehadiran Encik Justin Smith dan rombongan itu. Beliau kemudian memperkenalkan pembangunan ekonomi dan sosial mutakhir ini di Guangdong. Encik Shen berkata bahawa sebagai ekonomi yang terbesar di China, Guangdong mempunyai potensi pasaran yang besar, kelebihan geografi yang jelas dan hubungan rapat dengan pasaran Asia Tenggara seperti Hong Kong dan Singapura. Bloomberg memperlihatkan pengalaman yang luas di dalam bidang-bidang termasuk maklumat kewangan, perisian perdagangan dan pengurusan dan operasi dengan penuh bertenaga dan kecergasan, yang menetapkan satu contoh yang sesuai untuk Guangdong Southern Finance dan Economics Omnimedia. Beliau berharap agar kerjasama yang lebih mantap di antara kedua-dua pihak bagi pengukuhan bersama dan keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9451

CP KELCO MERANGSANG KEUPAYAAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN TIMUR TENGAH, AFRIKA DAN TURKI DENGAN PENGEMBANGAN PEJABAT DAN MAKMAL BARU DUBAI

DUBAI, U.A.E., 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — CP Kelco, sebuah pengeluar penyelesaian hidrokoloid khusus global telah mengukuhkan komitmennya bagi menyediakan keupayaan teknikal dan perkhidmatan pelanggan terulung ke seluruh Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan pengembangan pejabat Dubai termasuklah makmal baru bagi aplikasi makanan dan minuman.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/823ad73b-635e-4345-bbe8-3c354d9d8f5d

Pada Selasa, 11 Oktober, 2016, CP Kelco secara rasminya meraikan pengembangan kemudahannya di Dubai Science Park dengan majlis memotong riben dan lawatan tapak bagi pelanggan serta pengedar, dianjurkan oleh pengurusan kanan syarikat termasuk Don Rubright, Presiden CP Kelco.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9437

NTT COMMUNICATIONS SEKALI LAGI MENGAMBIL TEMPAT SEBAGAI SEBUAH PEMIMPIN DALAM GARTNER MAGIC QUADRANT 2016 BAGI HOS TERURUS YANG DIBOLEHKAN OLEH AWAN, ASIA/PASIFIK

TOKYO, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah pemimpin data, awan dan perhubungan antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diletakkan di dalam kuadran Pemimpin dalam laporan*1 “Magic Quadrant untuk Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awam, Asia/Pasifik” yang diterbitkan oleh Gartner Inc. pada Oktober 2016 bagi tahun kedua berturut-turut, berdasarkan kepada keupayaan untuk melaksanakan dan kesempurnaan visi.

Gartner mentakrifkan hos terurus yang dibolehkan oleh awan (CEMH) sebagai penawaran hos yang membangunkan produk yang standard yang menggabungkan platform infrastruktur sistem yang dibolehkan oleh awan, yang terdiri daripada pengiraan, rangkaian dan perkakasan penyimpanan dengan perisian platform pengurusan awan bagi memudahkan layan diri dan peruntukan pantas dengan perkhidmatan terurus. Menurut Gartner, “Pembekal memerlukan satu strategi yang mantap untuk menjadi sebuah Pemimpin di Asia/Pasifik. Mereka perlu melabur di dalam produk mereka, liputan geografi dan keupayaan penghantaran ke tahap di mana mereka boleh menjadi pemain serantau yang kukuh. Untuk membina kedudukan pasaran mereka, mereka mesti mempunyai keupayaan dan kesediaan bagi melabur untuk masa hadapan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9445