EKSPO PERALATAN PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN YANG PERTAMA TELAH DIADAKAN DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN

Table

Autogiro di pameran itu

HAIKOU, China, 27 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/–

Tarif sifar, kadar cukai yang rendah, sistem cukai dipermudahkan…Sejak pengeluaran Pelan Keseluruhan bagi Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, sebilangan besar dasar-dasar keutamaan telah dilaksanakan untuk menggerakkan pembangunan bagi pelabuhan perdagangan bebas global, menyediakan peluang-peluang pembangunan baharu bagi Hainan, dan menggalakkan pembangunan industri pelancongan yang berkualiti tinggi, satu tonggak industri bagi Wilayah Hainan.

Kemunculan bagi produk pelancongan berformat baharu seperti perjalanan darat, pelancongan tepi laut, pelancongan lawatan di paras rendah, dan sukan luar telah meningkatkan permintaan pasaran bagi peralatan pelancongan kelas atasan seperti kenderaan rekreasi, kapal layar, pesawat terbang rendah, kereta kabel, dan kemudahan rekreasi. Dengan latar belakang ini, Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 telah dilahirkan tepat pada masanya. Ia telah dimasukkan ke dalam aktiviti utama bagi Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan ketika ia pertama kali diadakan, dengan menyediakan sebuah platform bagi penduduk dan pengunjung untuk mengalami pelancongan “darat, laut dan udara” yang mengikut perkembangan itu.

Pada 20 November, Haikou telah menyaksikan pembukaan Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 selama tiga hari. Pelbagai peralatan baharu telah menarik perhatian ramai dari pelancong dan penduduk, termasuk mesin terbang berautonomi yang dikendalikan secara pintar, rumah lutsinar yang merenung bintang 360 darjah, kenderaan bersiar-siar tanpa pemandu, autogiro, pesawat sayap tetap, dll.

Rumah lutsinar yang merenung bintang itu terutamanya sangat digemari oleh pelancong dan penduduk. Rumah berbentuk bulat ini terdiri daripada sebuah bilik tidur utama dan sebuah bilik mandi. Ia mempunyai katil yang selesa dengan diameter 1.8 meter di dalam bilik tidur dan cahaya merah jambu yang menarik. Rumah itu dapat memenuhi keperluan pelbagai senario penggunaan termasuk kawasan pemandangan, perkhemahan, dan resort.

Menurut jawatankuasa penganjur, pameran peralatan pelancongan tahun ini mengambil tema “Pelancongan Baharu, Peralatan Baharu, Pembangunan Baharu”. Ia menetapkan tiga ruang pameran utama untuk peralatan pengangkutan pelancongan mewah, peralatan infrastruktur pelancongan, dan peralatan sukan untuk pengembaraan luar. Terdapat juga lapan kawasan pameran, yang meliputi perjalanan pintar, kenderaan rekreasi dan peralatan perkhemahan, kemudahan pelancongan luar, kemudahan rekreasi, peralatan sukan luar, peralatan pelancongan laut, peralatan terbang paras rendah, dan destinasi pelancongan nasional.

“Ekspo peralatan pelancongan China di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan itu menyediakan pelbagai perkara yang indah.” Kakitangan yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Penganjur itu menunjukkan bahawa Ekspo itu sangat penting kepada mengantarabangsakan industri pelancongan.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=378202

   Kapsyen: Autogiro di pameran itu

BARCO MELANTIK NEXT VISUAL SEBAGAI RAKAN PENGEDARAN UNTUK PERSIDANGAN CLICKSHARE

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Barco, sebuah peneraju dunia di dalam visualisasi profesional dan teknologi rangkaian, hari ini mengumumkan pelantikan Next Visual, sebuah rakan pengedar terkemuka di Malaysia. Next Visual memberikan akses penuh kepada ‘ClickShare Conference’, produk Barco yang canggih di mana ia membolehkan sidang hibrid Penyelesaian Komunikasi & Kerjasama Bersatu (UC&C).

Sebagai sebuah pelopor di dalam teknologi kolaborasi, Barco berhasrat untuk menyampaikan perkongsian yang mensasarkan pengguna akhir mereka untuk memastikan penglibatan sepenuhnya, jangkauan dan perkhidmatan.

Menurut Ta Loong Gan, Pengarah Urusan, Barco Asia Tenggara, “Barco berhasrat untuk membolehkan pencapaian yang optimum bagi pelanggan mereka dan kerjasama kami dengan Next Visual adalah satu usaha untuk memperkukuhkan rangkaian saluran kami di Malaysia, terutamanya di dalam domain UC&C dan AV. Dengan ruang kerja hibrid menjadi norma di dalam masa depan pasca-COVID, Barco memberi tumpuan pada menawarkan penyelesaian persidangan yang membolehkan kerjasama yang lancar di antara pejabat dan tempat kerja jarak jauh. ‘ClickShare Conference’ membolehkan pihak korporat menggabungkan teknologi kolaborasi dalam bilik dengan keupayaan untuk berhubung dengan rakan sekerja di mana sahaja di dunia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14036

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TERSENARAI SEBAGAI SALAH SATU UNIVERSITI TERBAIK QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2021

BACHOK, 26 Nov (Bernama) — Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang merupakan salah satu universiti awam dalam Rangkaian Universiti Berfokus (MFUN) iaitu Universiti yang Berteraskan Keusahawanan mencatat sejarah apabila tersenarai antara universiti terbaik di Asia dalam QS World University Rankings: Asia 2021 yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.
 
Sebagai universiti yang menerajui bidang keusahawanan, UMK terus mencatat pencapaian terbaik sebagai universiti keusahawanan no. 1 di Malaysia apabila berada dalam kelompok 551-600 terbaik Asia. Ini merupakan pencapaian julung-julung kali UMK di dalam QS World University Rankings: Asia 2021.
 
Penilaian ini dibuat berdasarkan sebelas kriteria penilaian iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, staf dengan PhD, nisbah sitatsi kepada artikel, nisbah artikel kepada fakulti, jaringan penyelidikan antarabangsa, staf akademik antarabangsa, pelajar antarabangsa, dan pelajar pertukaran inbound serta outbound.  Merujuk kepada pencapaian dalam QS World University Rankings: Asia 2021, kriteria penilaian bagi staf akademik antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UMK apabila berjaya menduduki tempat ke-224 manakala kriteria penilaian bagi staf dengan PhD pula berada pada kedudukan 279 di Asia.
 
Menurut Naib Canselor UMK, Profesor Dato’ Dr Noor Azizi Ismail, pencapaian ini membuktikan bahawa UMK mempunyai staf yang kompeten dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang sentiasa memberi fokus kepada pelbagai aspek teknikal, teknologi dan keusahawanan.
 
“Pencapaian ini merupakan petunjuk yang baik dan meletakkan universiti di atas landasan yang tepat di dalam menyediakan sebuah universiti yang berkualiti, sejajar dengan perubahan di dalam pendidikan negara yang menuju ke arah revolusi industri 4.0 dan melahirkan graduan yang kompeten menepati kehendak industri serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.  Ianya juga, secara tidak langsung menjadikan UMK sebagai sebuah institusi pilihan untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar antarabangsa.” Katanya.
 
Selain itu, instrumen penanda aras ini membolehkan UMK mengkaji dan memperbaiki pencapaian universiti dari pelbagai perspektif. UMK akan terus bergerak maju sebagai pemain global bagi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan serta berada pada landasan terbaik sebagai universiti berfokus dalam memperkasa bidang keusahawanan di negara ini.
 
UMK akan terus meningkatkan prestasi dan amalan terbaik bagi memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem teknologi dan keusahawanan dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini. Selain itu juga, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, UMK percaya banyak lagi ruang-ruang penambahbaikan boleh diwujudkan agar kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan. UMK akan meneruskan pelbagai inisiatif dengan memberikan fokus utama kepada kualiti dan impak penyelidikan di dalam bidang tujahan utama melalui kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, industri dan rakan antarabangsa di samping inisiatif penjenamaan dan visibiliti universiti melalui pelbagai platform.
 
Sumber : Pusat Komunikasi Korporat, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 
 

BITCOIN LATINUM DILANCARKAN UNTUK MENJADI MATA WANG KRIPTO DIINSURANSKAN YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN SOKONGAN DARI TOKOH-TOKOH DALAM INDUSTRI

Bitcoin Latinum (Foto: Business Wire)

PALO ALTO, Calif., 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Bitcoin Latinum, cabang Bitcoin bagi generasi akan datang yang mampu memperoleh jumlah urus niaga yang besar, pengurusan aset digital, keselamatan siber, dan kapasiti mengumumkan pelancaran prajualan rasmi mereka. Bitcoin Latinum akan didagangkan di bawah simbol LTNM dengan satu jumlah bekalan 888,888,888 LTNM [disahkan oleh LTNM].

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201124005585/en/

Bitcoin Latinum kini tersedia untuk prajualan di bitcoinlatinum.com  dan akan tersedia di bursa-bursa pada tahun 2021.

Bitcoin Latinum adalah satu cabang Bitcoin yang dipertingkatkan. Algoritma dan infrastruktur Bitcoin Latinum memecahkan halangan dan had kelajuan yang telah menghalang sebilangan mata wang maya daripada mencapai penggunaan praktikal dan tepat masa. Bitcoin Latinum memanfaatkan ke dalam gelombang baharu kripto DeFi — kewangan nyahpusat — untuk peranan mereka di dalam urus niaga digital bebas. Menurut Nasdaq, jumlah pasaran mata wang kripto yang berkaitan dengan DeFi baru-baru ini melepasi $14 bilion, meningkat dari $1 bilion pada Februari 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14028

MILLA GROUP MEMILIH LEDDAR PIXELL DARIPADA LEDDARTECH UNTUK KENDERAAN ULANG-ALIK BERAUTONOMI MILLA POD

QUEBEC CITY, 25 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan AD dan ADAS Tahap 1-5, berbangga kerana dipilih oleh MILLA Group sebagai pembekal penderia LiDAR kokun mereka. MILLA Group telah memilih Leddar™ Pixell yang telah memenangi anugerah sebagai LiDAR hujung depan untuk kenderaan ulang-alik berautonomi MILLA POD miliknya.

Leddar Pixell merupakan LiDAR berkeadaan pepejal yang paling kukuh dalam pasaran. Penderia ini memberikan medan penglihatan (FoV) mengufuk 180 darjah dan boleh menawarkan perlindungan 360 darjah pada kenderaan apabila empat modul digunakan. Leddar Pixell menawarkan rintangan kejutan dan getaran yang terbaik dalam kelasnya, memenuhi keperluan ISO 16750-3 dan mematuhi standard SAE J1455 untuk penerobosan debu tebal dan menempatkan Leddar Pixell untuk digunakan dalam pasaran kenderaan industri yang memerlukan keteguhan dan ketahanan. Selain itu, Leddar Pixell juga diperakui IP67 dan memberikan MTBF lebih daripada 148,000 jam, yang setara dengan sepuluh kali penyelesaian imbasan. Leddar Pixell sesuai untuk kenderaan ulang-alik, teksi robot, ADV dan kenderaan luar jalan lain yang digunakan dalam pembinaan, pertanian dan perlombongan.

“MILLA telah mendapatkan perkhidmatan LeddarTech pada Leddar Pixell yang kukuh untuk MILLA POD kami. POD ini merupakan kenderaan berautonomi inovatif yang telah dikerahkan di seluruh Eropah dan Amerika Utara,” kata Éric Gendarme, Pengarah urusan MILLA Group. “Perubahan radikal yang kami laksanakan dalam POD berkaitan reka bentuk dapat disesuaikan dengan baik kepada Leddar Pixell; LiDAR ini membolehkan kami mempunyai pandangan medan 180 darjah, yang meningkatkan keselamatan dan kebolehharapan keseluruhan kenderaan ulang-alik berautonomi kami. En. Gendarme meneruskan: “MILLA POD yang dilengkapi Leddar Pixell berserta komponen teknologi berautonomi lain yang membentuk sistem pengendalian kita, telah diserahkan kepada RATP Group, pengendali pengangkutan awam milik Negara yang beroperasi di 13 negara dan di empat benua, ditugaskan untuk menilai dan melayakkan kenderaan pengangkutan awam berautonomi. RATP melaporkan bahawa sistem pengendalian MILLA POD, yang disertakan Leddar Pixell, memenuhi keperluan kelayakan yang ketat,” simpul En. Gendarme.

“Kami berbesar hati untuk menjadi pembekal terpilih kepada MILLA Group untuk teknologi penderiaan kami,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO dari LeddarTech. “MILLA Group mewakili organisasi memandang ke hadapan yang menangani teknologi kenderaan ulang-alik berautonomi dengan pendekatan baharu dan inovatif; kami berbangga bahawa Leddar Pixell kita telah menyumbang kepada pensijilan teknikal MILLA dengan RATP Group,” simpul En. Saintellemy.

Perihal MILLA Group

MILLA Group ialah syarikat jurutera Perancis bebas terkemuka yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan percubaan produk dan perkhidmatan mobiliti baharu. Konsep mobiliti baharu MILLA adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mampan, modular, boleh diskalakan dan boleh diakses kepada semua orang. Sejak tahun 2019, kenderaan ulang-alik MILLA bergerak setiap hari di jalan terbuka pada kelajuan 30 km/j dalam mod berautonomi,perkhidmatan unik di dunia. MILLA kini ialah satu-satunya pembekal mobiliti yang mencadangkan penyelesaian pengangkutan atas permintaan dan berbilang modal (orang dan barangan) untuk zon luar bandar dan persisian bandar. Teknologi yang dilaksanakan oleh MILLA Group juga mempunyai kesan yang ketara terhadap industri automotif. Syarikat peneraju utama dunia menggunakan perkhidmatan MILLA, seperti robotisasi dan automasi kenderaan dan percubaan mereka pada jalan terbuka.

Hubungi Éric Gendarme di eric.g@milla.net

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala, dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c4ce9937-f7fa-4d83-8c7d-a7106c467340

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/64706fa3-751d-4a2d-b9eb-336c4a7f8d6f

SUMBER : LeddarTech inc.

MOTAC JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KERAJAAN NEGERI BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT SEKTOR PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan yang kedua secara telesidang pada 24 November 2020. 

Mesyuarat ini melibatkan penyertaan daripada Exco-exco Pelancongan dan Kebudayaan setiap negeri dan wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC. Ia merupakan satu platform kerjasama di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri yang membincangkan isu dan perkongsian maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan. 

Mesyuarat pada kali ini membentangkan perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan program dan projek yang berkaitan dengan :-

1. Belanjawan 2021 bagi sektor pelancongan dan kebudayaan;
2. Gelembung Perjalanan Domestik dari kawasan zon hijau ke zon hijau; dan
3. Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM200 juta tahun 2021 merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta penyemarakan seni dan budaya.

MOTAC akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan industri pelancongan negara terus rancak berkembang.

Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/
1UBQzE4Wj7WpNAA0jz7UXeAMXG5VY99xa?usp=sharing

​Dikeluarkan oleh: 
PEJABAT MENTERI 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

HUMANIGEN AUSTRALIA PROPRIETARY LIMITED DITUBUHKAN UNTUK MEMUDAHKAN RANCANGAN PERTUMBUHAN ASIA-PASIFIK

· Entiti Humanigen baharu di Australia mencipta peluang tertumpu untuk perkongsian, ujian klinikal serantau dan akses pasaran
· Struktur membolehkan insentif kewangan menarik yang disokong oleh kerajaan Australia

BURLINGAME, Calif., 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Humanigen, Inc(NASDAQ: HGEN) (“Humanigen”), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan rawatan satu tindak balas hiper imun yang dipanggil ‘lampau sitokin’ dengan calon ubat utamanya, lenzilumab™, hari ini mengumumkan penubuhan Humanigen Australia Proprietary Limited (“Humanigen Australia Pty Ltd”), di mana Humanigen berhasrat untuk menilai peluang-peluang perkongsian yang berpotensi, memudahkan program pembangunan klinikal, dan menjalankan aktiviti pengembangan korporat dan perniagaan yang lain di rantau Asia-Pasifik. Yang pertama daripadanya diumumkan pada 3 November, dengan pelaksanaan satu perjanjian pelesenan untuk lenzilumab bagi Korea Selatan dan Filipina.

Ujian klinikal yang sedang berjalan, atau dalam perancangan lanjutan di Australia adalah:

Lenzilumab dalam pesakit barah yang positif COVID-19 dan mengalami radang paru-paru sebagai sebahagian daripada C-SMART (Pencegahan dan Rawatan COVID-19 dalam Kanser; satu Ujian Rawak Tugasan Pelbagai Urutan)

Kajian C-SMART itu diketuai oleh Pusat Kebangsaan bagi Jangkitan di dalam Kanser di Pusat Kanser Peter MacCallum dan akan dilakukan di lima lokasi di Australia di Melbourne dan Sydney. Kajian ini akan merangkumi lebih 1,000 pesakit barah yang berisiko, atau diketahui positif bagi, jangkitan COVID-19, dengan subset pesakit di lengan lenzilumab. Kajian itu disokong oleh sebuah geran dari Dana Masa Depan Penyelidikan Perubatan Kerajaan Australia.

Lenzilumab di dalam leukemia mielomonositik kronik refraktori (CMML) sebagai sebahagian daripada Pendekatan PREcision untuk ujian Leukemia MielomonositikKronik (PREACH-M)

Humanigen dalam perancangan lanjutan bagi satu kajian Fasa 2 bagi lenzilumab dalam kombinasi dengan azacitidine pada pesakit CMML yang baru didiagnosis yang menyatakan mutasi NRAS/KRAS/CBL, yang diketahui sebagai hipersensitif terhadap faktor perangsang koloni granulosit makrofaj (GM-CSF) dan oleh itu boleh memberi respons kepada rawatan lenzilumab. CMML adalah satu bentuk barah hematologi yang jarang berlaku dengan tiada pilihan rawatan yang diluluskan oleh FDA dan kadar kelangsungan hidup keseluruhan selama tiga tahun bagi 20% dan kelangsungan hidup keseluruhan median 20 bulan.1,2  Kajian itu dibiayai oleh geran dari Dana Masa Depan Penyelidikan Perubatan Kerajaan Australia dan dijangka bermula pada tahun 2021.

Ifabotuzumab di dalam glioblastoma multiforme (GBM)

Ujian Fasa 1 ini telah mendaftarkan 11 daripada 12 pesakit yang disasarkan untuk pendaftaran penuh. Hasil dijangka tersedia pada separuh pertama tahun 2021.

Profesor Andrew Scott, Ketua, Makmal Penyasaran Tumor, Institut Penyelidikan Kanser Olivia Newton-John, dan Profesor, Sekolah Perubatan Kanser, Universiti La Trobe, yang telah berperanan penting di dalam penyelidikan dan pengembangan bagi kedua-dua lenzilumab dan ifabotuzumab, berkata, “Penubuhan Humanigen Australia Pty Ltd jelas menunjukkan pentingnya dan kemuncak bagi penyelidikan selama 20 tahun bagi kedua-dua antibodi baharu ini, yang kami bantu temui dan kembangkan di Australia. Kami berharap agar lenzilumab akan memberi impak yang besar di dalam rawatan pesakit COVID-19. Ifabotuzumab berpotensi untuk berjaya pada masa akan datang sebagai satu pendekatan baharu untuk mensasarkan persekitaran mikro tumor dalam pelbagai tumor pepejal.”

Bob Atwill, Ketua bagi Wilayah Asia-Pasifik di Humanigen berkata, “Strategi pengembangan Humanigen di dalam COVID-19 termasuk melakukan ujian klinikal serantau, pembuatan tempatan, perkongsian dan berpotensi memasuki pasaran awal. Sebahagian daripada peluang ini memungkinkan Humanigen Australia Pty Ltd untuk mendapat keuntungan daripada insentif kewangan dan cukai tertentu yang ditawarkan oleh kerajaan Australia, termasuk potensi rebat 43.5% bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang layak. Ini adalah satu detik yang kritikal untuk kemajuan penting di dalam bioteknologi dan penjagaan kesihatan, dan saya berharap lenzilumab akan terus maju dan seluruh saluran Syarikat itu di rantau Asia-Pasifik ketika kita mengembangkan Humanigen Australia Pty Ltd.”

Maklumat mengenai Humanigen, Inc.

Humanigen, Inc. sedang mengembangkan portfolio terapi klinikal dan pra-klinikal mereka untuk rawatan barah dan penyakit berjangkit melalui platform peneutralan GM-CSF mereka yang baharu, canggih dan platform knockout gen. Kami percaya bahawa teknologi peneutralan GM-CSF dan penyuntingan gen kami berpotensi untuk mengurangkan lata keradangan yang berkaitan dengan jangkitan koronavirus. Fokus utama syarikat itu adalah untuk mencegah atau meminimumkan sindrom pelepasan sitokin yang mendahului disfungsi paru-paru yang teruk dan ARDS dalam kes serius bagi jangkitan SARS-CoV-2. Syarikat itu juga memberi tumpuan untuk mencipta terapi CAR-T yang disunting gen gabungan generasi berikutnya yang menggunakan strategi untuk meningkatkan keberkesanan sambil menggunakan teknologi knockout gen GM-CSF untuk mengawal ketoksikan. Di samping itu, syarikat itu mengembangkan portfolio mereka sendiri bagi proprietari kelas pertama EphA3-CAR-T bagi pelbagai kanser pepejal dan EMR1-CAR-T untuk pelbagai gangguan eosinofilik. Syarikat itu juga menerokai keberkesanan bagi teknologi peneutralan GM-CSF (sama ada melalui penggunaan lenzilumab sebagai sebuah antibodi peneutralan atau melalui knockout gen GM-CSF) dalam kombinasi dengan sel CAR-T yang lain, bispesifik atau pembunuh semula jadi (NK) sel T yang melakukan rawatan imunoterapi untuk memutuskan hubungan keberkesanan/ketoksikan, termasuk untuk mencegah dan/atau merawat penyakit cantuman-lawan-hos (GvHD) di dalam pesakit yang menjalani pemindahan sel stem hematopoietik allogeneik (HSCT). Selain itu, Humanigen dan Kite, sebuah Syarikat Gilead, sedang menilai lenzilumab dalam kombinasi dengan Yescarta® (axicabtagene ciloleucel) di dalam pesakit dengan limfoma sel B besar yang kambuh atau refraktori dalam satu kerjasama klinikal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.humanigen.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan  yang berpandangan ke hadapan menggambarkan pengetahuan, andaian, pertimbangan dan harapan semasa pengurusan mengenai prestasi atau peristiwa masa depan. Walaupun pihak pengurusan percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah wajar, mereka tidak memberi jaminan bahawa jangkaan tersebut akan terbukti betul dan anda harus sedar bahawa peristiwa atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang terdapat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Perkataan seperti “akan,” “mengharapkan,” “bermaksud,” “merancang,” “berpotensi,” “mungkin,” “tujuan,” “mempercepat,” “teruskan,” dan ungkapan serupa yang mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk, tanpa had, kenyataan mengenai jangkaan kami mengenai aktiviti operasi, penyelidikan, pengembangan atau pengkomersialan kami di rantau Asia Pasifik, dan keupayaan kami untuk mengurangkan impak COVID-19, untuk mengembangkan terapi barah pepejal atau CAR-T atau untuk mencegah atau merawat GvHD melalui mana-mana teknologi di dalam perancangan kami sekarang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko yang wujud dalam kekurangan keuntungan kami dan memerlukan modal tambahan untuk menjalankan kajian Fasa III dan mengembangkan perniagaan kami; penggantungan kami kepada rakan-rakan untuk memajukan perkembangan calon produk kami; ketidakpastian yang wujud di dalam pembangunan, pencapaian kelulusan kawal selia yang diperlukan dan pelancaran bagi mana-mana produk farmaseutikal yang baharu; hasil proses litigasi yang belum selesai atau yang akan datang; dan pelbagai risiko dan ketidakpastian yang dijelaskan dalam bahagian “Faktor Risiko” dan di tempat lain di dalam pemfailan berkala dan fail lain oleh Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan jelas dinyatakan secara keseluruhan oleh notis amaran ini. Anda tidak boleh meletakkan penggantungan yang tidak wajar pada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang tepat pada tarikh siaran ini. Kami tidak berkewajiban untuk menyemak atau mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan setelah tarikh tersebut atau untuk menggambarkan maklumat baharu atau kejadian yang tidak dijangka, kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang.

1. Patnaik MM, Tefferi A. Leukemia MielomonositikKronik: Kemas kini 2020 mengenai diagnosis, stratifikasi risiko dan pengurusan. Am J Hematol. Jan 2020; 95(1):97-115. doi:10.1002/ajh.25684

2. Coston T, Pophali P, Vallapureddy R, et al. Kadar tindak balas suboptimum terhadap terapi agen hipometilasi dalam leukemia mielomonositik kronik; satu kajian institusi tunggal terhadap 121 pesakit. Am J Hematol. Jul 2019; 94(7):767-779. doi:10.1002/ajh.25488

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201123006238/en/

Hubungi

Media
Cammy Duong
Westwicke, sebuah syarikat ICR
Cammy.duong@westwicke.com
203-682-8380

Pelabur
Alan Lada
Solebury Trout
ALada@SoleburyTrout.com
617-221-8006

Sumber : Humanigen, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


–BERNAMA

‘POP-UP BTS : MAP OF THE SOUL’ MEMBUKA PINTU MEREKA DI ASIA

PAJU, Korea Selatan, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — Kedai pop up baharu BTS ‘BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL’  telah dimulakan mulai 14 November merentasi tujuh buah negara dan wilayah di ONLINE STORE ASIA (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20201122005100/en/

Big Hit IP, sebuah perbadanan bebas yang menerajui perniagaan IP Big Hit Entertainment, yang sebelum ini mengendalikan satu bentuk baharu bagi pengalaman kompleks ruang di bawah nama ‘BTS POP-UP: HOUSE OF BTS’ pada Oktober 2019. Pada kali ini, kedai pop up baharu itu yang mengambil konsep daripada album studio keempat BTS MAP OF THE SOUL: 7 yang dikeluarkan pada Februari telah tiba dekat sangat dengan tempat tinggal peminat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14017

OKEX AKAN MENYAMBUNG SEMULA PENGELUARAN SELEPAS PENGGANTUNGAN SEMENTARA

VALLETTA, Malta, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — OKEx (www.okex.com), yang merupakan pertukaran lani dan terbitan kriptowang yang terkemuka di dunia, berbesar hati ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan pengeluaran bagi semua aset digital akan disambung semula pada atau sebelum 27 Nov. Sebagai langkah keselamatan untuk melindungi dana pengguna, pengeluaran daripada pertukaran telah digantung secara sementara pada 16 Okt, tetapi semua fungsi yang lain pada platform tidak terjejas dengan isu ini. Masalah yang menyebabkan OKEx mengerahkan langkah keselamatan yang besar ini telah diselesaikan. 

Walaupun OKEx menjamin keselamatan aset pengguna sepanjang tempoh penggantungan dan memastikan kesinambungan perkhidmatan di seluruh fungsi pertukaran yang lain, tetapi OKEx sedar bahawa penggantungan sementara pengeluaran ini telah mendatangkan kesulitan kepada penggunanya. Sejak penubuhan, OKEx sentiasa bertegas dalam mengekalkan 100% rizab, yang bermakna semua dana pengguna boleh dikeluarkan tanpa sekatan selepas pengeluaran dibuka semula.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya atas sokongan berterusan daripada mereka dan untuk meminta maaf atas gangguan perkhidmatan, OKEx akan melancarkan kempen ganjaran kesetiaan pengguna secara besar-besaran, seiring dengan pembukaan semula pengeluaran. Butiran ini akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengumumkan kepulangan perkhidmatan penuh dan kami ingin berterima kasih kepada pengguna kami atas sokongan berterusan mereka sepanjang waktu yang sukar ini. Kami meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi. Selain menawarkan ganjaran kesetiaan, kami mengakui bahawa kami mesti terus bekerja keras untuk memulihkan keyakinan mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif OKEx, Jay Hao.

Sebagai salah satu pertukaran kriptowang yang terbesar di dunia, OKEx telah berkembang daripada segi saiz dan kaliber sejak penubuhannya dan kerap diiktiraf sebagai pertukaran terbitan kriptowang nombor satu di dunia oleh pelbagai sumber yang bertauliah, termasuklah CoinDesk Research dan CryptoCompare. Atas usaha OKEx yang berterusan untuk inovasi dan komitmen buat penggunanya, pedagang di OKEx boleh melaksanakan strategi perdagangan yang berkepelbagaian untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko. Mereka juga boleh menerima pendapatan pasif dengan mempertaruhkan token berbeza melalui pelbagai inisiatif seperti OKEx Earn dan OKEx Jumpstart Mining.

Perihal OKEx

OKEx menawarkan pasaran yang paling berkepelbagaian bagi pedagang kripto global, pelombong dan pelabur berinstitusi yang ingin mengurus aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan dan mengurangkan risiko. Kami menyediakan perdagangan lani dan terbitan kriptowang utama, termasuklah dagangan hadapan, pertukaran berterusan serta pilihan yang menawarkan kefleksibelan kepada pelabur daripada segi merumuskan strategi mereka untuk memaksimumkan perolehan dan mengurangkan risiko.

Orang hubungan media

Vivien Choi / Andrea Leung
media@okex.com

SUMBER: OKEx

–BERNAMA

1 JUTA+ PESERTA SEDUNIA DIJANGKA MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAPAN KETIGA DALAM TALIAN

Sabtu, 21 November 2020 (7:30 ptg. EST/4:30 ptg. PST)

Pemimpin dan warga sedunia berhimpun untuk keamanan berdasarkan ideal kesalingbergantungan, kemakmuran bersama dan nilai sejagat

Persembahan Khas untuk menghormati veteran Perang Korea dan memperingati ulang tahun ke-70 Perang Korea

WASHINGTON, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Persekutuan Keamanan Sejagat (UPF) mengumumkan bahawa Perhimpunan Harapan global yang ketiga akan diadakan pada hujung minggu ini, dengan menampilkan para pemimpin dunia yang melihat peluang baharu dalam membina keamanan dalam semua sektor masyarakat.

Perhimpunan dalam talian ini akan diadakan secara serentak di seluruh dunia, pada hari Sabtu 21 November 2020, jam 7:30 mlm (Waktu Standard Timur) dan pada jam 4:30 ptg. (Waktu Standard Pasifik) di Amerika Syarikat. Program ini akan diterbitkan dan disiarkan dari Seoul, Korea pada hari Ahad 22 November 2020 pada jam 9:30 pg. (Waktu Standard Korea).

Dr. Hak Ja Han Moon, Pengasas bersama Persekutuan Keamanan Sejagat akan menjadi penceramah ucaptama. Penceramah lain termasuk T.Y.T. Sahle-Work Zewde, Presiden Ethiopia; T.Y.T. Uhuru Kenyatta, Presiden Kenya; T.Y.T. Salva Kiir Mayardit, Presiden Sudan Selatan; T.Y.T. Mahinda Rajapaksa, Perdana Menteri Sri Lanka; Y.B. German Alcides Blanco Alvarez, Speaker Parlimen Colombia; T.Y.T. Yves Leterme, Perdana Menteri Belgium (2009-2011); Y.T. Stephen Harper, Perdana Menteri Kanada (2006 – 2015): Y.B. Christopher Hill, (Duta A.S. ke Republik Korea (2004-2005) dan Y.B. Charles Rangel, Dewan Rakyat A.S. (1971-2017) dan Veteran Perang Korea.

Perhimpunan Harapan ketiga ini memperingati ulang tahun ke-70 Perang Korea, yang bermula pada tahun 1950 dengan pencerobohan Korea Utara di Korea Selatan dan berakhir dengan perjanjian gencatan senjata pada tahun 1953 selepas 3 juta orang dianggarkan terkorban. Yang tragisnya, banyak keluarga Korea yang tetap terpisah oleh Zon Bebas Tentera di garisan selari ke-38 yang masih membahagikan Korea Utara dan Selatan.

Balet Rakyat Pari-pari Kecil Korea yang terkemuka akan membuat persembahan penghormatan yang istimewa di Perhimpunan Harapan untuk memperingati para veteran dari 16 buah negara yang menghantar tentera dan sokongan kepada Republik Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada pasukan keamanan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perhimpunan Harapan akan disiarkan daripada Pusat Dunia Keamanan Cheongshim di Korea Selatan. Pautan khusus untuk siaran media akan tersedia di https://www.peacelink.live/bc mulai hari Jumaat, 20 November 2020.

Acara Perhimpunan Harapan ini bertujuan untuk membina “kesatuan dunia bagi keamanan berpanjangan di sekitar idea teras kesalingbergantungan, kemakmuran bersama dan nilai sejagat,” ujar Pengerusi UPF, Dr. Thomas G. Walsh.

Perhimpunan Harapan pertama yang diadakan pada bulan Ogos “berjaya menarik beberapa juta penonton dalam talian dari seluruh dunia dengan tumpuan pada pandemik COVID-19, kemerosotan alam sekitar, kemiskinan dan perhubungan kaum,” ulas Dr. Walsh.

Perhimpunan Harapan kedua yang diadakan pada bulan September dan juga Perhimpunan Harapan ketiga pada hujung minggu ini, membayangkan dunia yang aman dan bersatu yang menerima nilai kebebasan, keamanan, kesatuan dan kegembiraan.

Para penceramah perhimpunan sebelum ini, “dalam cara dan kata-kata mereka yang tersendiri, semuanya menyatakan harapan agar manusia, sebagai sebuah keluarga di bawah Tuhan, sangat berpotensi untuk menyelesaikan semua isu ini dengan bekerjasama” ujar Dr. Walsh.

Tambahnya lagi, “Perhimpunan Harapan ini merupakan sebahagian daripada usaha global UPF untuk mengatasi halangan yang memisahkan kita dan membina keamanan di Semenanjung Korea.”

UPF yang ditubuhkan oleh Rev. Sun Myung Moon dan Dr. Hak Ja Han Moon pada tahun 2005 ini, sedang membina gabungan pihak berkepentingan dan pendamai di seluruh dunia di sekitar prinsip teras kesalingbergantungan (saling menghormati, kerjasama dan kesedaran kemanusiaan yang lazim), kemakmuran bersama (pengurangan kemiskinan melampau dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama) dan nilai sejagat (nilai kongsian bersama dengan kesedaran bahawa ciri yang menyatukan kita lebih kuat berbanding dengan ciri yang memisahkan kita).

Laluan ke arah dunia sebegitu dibentuk di sekitar pergerakan keamanan di seluruh dunia yang termasuk ketua negara dan wanita pertama, ahli parlimen, ketua agama, ahli profesional media, sarjana dan pakar perniagaan serta kewangan dalam sektor ekonomi.

Siri Perhimpunan Harapan ini menampilkan para pemimpin daripada enam persatuan UPF: Majlis Sidang Kemuncak Antarabangsa untuk Keamanan (ISCP), Persatuan Ahli Parlimen Antarabangsa untuk Keamanan (IAPP), Persatuan Antara Agama untuk Keamanan dan Pembangunan (IAPD), Persatuan Media Antarabangsa untuk Keamanan (IMAP), Persatuan Antarabangsa untuk Keamanan dan Pembangunan Ekonomi (IAED) dan Persatuan Antarabangsa Ahli Akademi untuk Keamanan (IAAP).

Perhimpunan Harapan yang keempat dirancang untuk diadakan pada bulan Disember.

Universal Peace www.upf.org

Larry Moffitt
Persekutuan Keamanan Sejagat
(202) 669-0387
lmoffitt@us.upf.org

Laura Ortiz
Washington Times
Global Media Group
lauraortiz@twtglobalmediagroup.com

SUMBER : Universal Peace Federation