​LIGHTBRIDGE DAN FRAMATOME MELANCARKAN ENFISSION UNTUK MENGKOMERSIALKAN BAHAN API NUKLEAR INOVATIF

RESTON, Va., 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —  Lightbridge Corporation (NASDAQ:LTBR) (“Syarikat”), syarikat teknologi bahan api nuklear dan Framatome, peneraju dalam bahan api nuklear, komponen dan perkhidmatan reaktor, menyelesaikan dan melancarkan Enfission, kerjasama 50-50 syarikat untuk membangunkan, melesenkan dan menjual himpunan bahan api nuklear berdasarkan teknologi bahan api berlogam yang direka oleh Lightbridge dan lanjutan harta intelek bahan api nuklear yang lain. Lightbridge merupakan syarikat pembangunan bahan api A.S. dan Framatome merupakan peneraju dalam reka bentuk, pembinaan, perkhidmatan dan pembekal kumpulan reaktor masa kini dan memajukan tenaga nuklear.

Kedua-dua syarikat tersebut telah memulakan pembangunan bahan api bersama dan mengawal selia kerja pelesenan di bawah perjanjian yang ditandatangani pada awal Mac 2016. Kerjasama tersebut adalah syarikat liabiliti terhad yang berpangkalan di Delaware.

Bernard Fontana, Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Framatome, berkata, “Ini adalah masa perkembangan yang menarik untuk Framatome dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan Lightbridge untuk Enfission. Bersama-sama, kami membangunkan teknologi bahan api inovatif yang akan memberikan manfaat yang besar kepada pelanggan kami, membantu mereka menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik daripada loji kuasa nuklear mereka dan bersaing dengan lebih baik di pasaran. Framatome menyediakan reka bentuk himpunan bahan api generasi mendatangnya kepada lebih daripada 100 daripada kira-kira 260 reaktor air ringan di seluruh dunia. Melalui kerja ini, kami membantu para pelanggan kami untuk mencapai matlamat operasi mereka dengan tahap keselamatan yang tinggi. Kami yakin bahawa perkongsian strategik kami dengan Lightbridge untuk Enfission akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain antarabangsa utama dalam pasaran bahan api global. “

Seth Grae, presiden dan CEO Lightbridge, berkata, “Dengan dunia menyeru untuk kuasa beban asas yang lebih boleh dipercayai, menjimatkan dan bebas karbon, teknologi bahan api berlogam inovatif Lightbridge akan membantu kedua-dua loji nuklear sedia ada dan baru memenuhi keperluan ini. Framatome adalah rakan kongsi yang ideal dengan keupayaan pembuatan yang mantap, reputasi yang sempurna sebagai pembekal bahan api nuklear dan jejak global yang besar. Kami menghargai sokongan kuat yang telah kami terima daripada peneraju pengendali nuklear, di A.S. dan di seluruh dunia. Keperluan tenaga dan iklim dunia hanya dapat dipenuhi jika kuasa nuklear berkembang sebagai sebahagian daripada campuran penjanaan tenaga. Kami berbesar hati untuk bekerja dengan Framatome dalam projek penting ini dan percaya manfaat ekonomi dan keselamatan bahan api kami akan menggalakkan penggunaan kuasa nuklear yang lebih besar. “

Perihal Framatome

Framatome adalah pemain antarabangsa utama dalam pasaran tenaga nuklear yang diiktiraf untuk penyelesaian inovatif dan teknologi bernilai untuk mereka bentuk, membina, menyelenggara dan memajukan kumpulan nuklear global. Syarikat mereka bentuk, menghasilkan dan memasang komponen dan bahan api untuk loji tenaga nuklear dan menawarkan pelbagai perkhidmatan reaktor.

Dengan 14,000 pekerja di seluruh dunia, setiap hari pakar Framatome membantu pelanggannya meningkatkan keselamatan dan prestasi stesen jana kuasa nuklear mereka dan mencapai matlamat ekonomi dan sosial mereka.

Sertai perbualan tenaga dengan Framatome Inc di Twitter: @FramatomeUS dan Facebook: @FramatomeUS.

Framatome dimiliki oleh EDF Group (75.5%), Mitsubishi Heavy Industries (MHI – 19.5%) dan Assystem (5%).

Perihal Lightbridge Corporation

Lightbridge (NASDAQ:LTBR) merupakan syarikat pembangun teknologi bahan api nuklear yang berpangkalan di Reston, Virginia, USA. Syarikat ini membangunkan pemilikan teknologi bahan api nuklear generasi mendatang untuk reaktor sedia ada dan masa hadapan. Teknologi tersebut meningkatkan dengan ketara aspek ekonomi dan keselamatan bagi tenaga nuklear, beroperasi lebih kurang 1000° C lebih sejuk berbanding bahan api biasa. Lightbridge mencipta, melindungi dengan paten dan telah mengesahkan sendiri teknologi tersebut, termasuk kejayaan demonstrasi bahan api di dalam reaktor kajian dengan rancangan jangka masa singkat untuk mendemonstrasikan bahan api dalam suasana reaktor komersial. Syarikat telah menghimpunkan pasukan pembangun bertaraf dunia termasuk pakar berpengalaman daripada pembuat bahan api global terkemuka. Empat kemudahan elektrik besar yang menjana lebih kurang separuh kuasa nuklear di A.S. telah menasihati Lightbridge tentang pembangunan dan pengerahan bahan api. Syarikat tersebut beroperasi di bawah model pelesenan dan royalti, disahkan sendiri dan berdasarkan peningkatan kuasa yang dijana oleh bahan api yang direka oleh Lightbridge, serta ROI yang tinggi untuk operator reaktor sedia ada dan baru. Faedah ekonomi telah dipertingkatkan lagi dengan kredit karbon berjangka yang tersedia di bawah Stesen Jana Kuasa Bersih. Lightbridge juga membekalkan perkhidmatan nasihat menyeluruh untuk program nuklear yang sudah mapan atau bakal muncul berdasarkan falsafah ketelusan, ketakleluasan, keselamatan dan kejayaan operasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ltbridge.com.

Untuk menerima kemas kini tentang Lightbridge Corporation melalui e-mel, langgan di http://ir.ltbridge.com/alerts.cfm .

Lightbridge juga di Twitter. Daftar masuk untuk mengikuti @LightbridgeCorp di http://twitter.com/lightbridgecorp.

Kenyataan Masa Hadapan

Kecuali perkara sejarah, perkara yang dibincangkan dalam hebahan berita ini adalah kenyataan masa hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan tentang kerjasama dan impaknya terhadap perniagaan, pelanggan dan kedudukan setiap syarikat dalam pasaran bahan api global;  pembangunan teknologi bahan api berlogam inovatif; keperluan tenaga dan iklim dunia; dan keupayaan kuasa nuklear komersial untuk memenuhi keperluan tenaga dan iklim dunia. Kenyataan ini didasarkan pada jangkaan semasa pada tarikh hebahan berita ini dan melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan. Risiko termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, tahap penerimagunaan pasaran produk dan penawaran perkhidmatan Syarikat; persaingan pasaran;  kebergantungan pada rakan strategik; permintaan bahan api untuk reaktor nuklear; keupayaan Syarikat untuk menguruskan perniagaannya dengan berkesan dalam pasaran yang pesat berkembang; serta faktor lain yang dijelaskan dalam pemfailan Lightbridge dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Lightbridge tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak apa-apa kenyataan masa hadapan yang seumpamanya, sama ada kerana adanya pembangunan baru atau sebaliknya. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada kenyataan masa hadapan ini.

Hubungan Pelabur:
David Waldman/Natalya Rudman
Tel. +1 855-379-9900
ir@ltbridge.com

Sumber : Lightbridge Corporation

–BERNAMA

PENGARAH KORPORAT BERKUMPUL DI GENEVA UNTUK FORUM SIBER GLOBAL YANG PERTAMA DI DUNIA

NACD Bakal Menjadi Hos untuk Lembaga Pengarah Global dan Peneraju Keselamatan Siber untuk Meningkatkan Amalan Pemantauan Risiko Siber

WASHINGTON, 26 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — National Association of Corporate Directors (NACD), pihak berkuasa amalan lembaga pengarah yang mewakili lebih daripada 18,000 ahli lembaga pengarah korporat, pada hari ini mengumumkan Forum Siber Global 2018, yang akan diadakan pada 17–18 April di Geneva, Switzerland. Acara ini mengiktiraf sifat global ancaman siber dan memberikan skop antarabangsa bagi usaha NACD untuk memacu pemahaman dan peranan lembaga pengarah dengan lebih lanjut dalam pemantauan keselamatan siber.

Kumpulan elit pengarah bukan eksekutif (NED) daripada syarikat multinasional, C-suite dan eksekutif aras pengarah pengurusan, pakar keselamatan siber, pegawai dasar keselamatan siber dan penguatkuasaan undang-undang global dan peneraju lain akan menghadiri forum ini. Peserta akan meneliti amalan pemantauan risiko siber aras lembaga pengarah dan menerokai tema penting termasuk penguatkuasaan undang-undang merentasi sempadan, landskap pengawalseliaan global yang berubah, impak kemunculan teknologi dalam keselamatan siber dan amalan teratas dalam kebersihan siber. Forum ini akan melibatkan peserta dalam simulasi pelanggaran siber untuk pembelajaran interaktif.

“Ancaman baru semakin meningkat di kalangan penyepaduan dan kesinambungan global yang juga meningkat, lembaga pengarah perlu memahami sepenuhnya kelemahan syarikat mereka supaya mereka bersedia sekiranya berlaku pelanggaran siber,” Kata CEO NACD, Peter Gleason. “Matlamat utama kami ialah untuk menyediakan NED dan pemimpin syarikat dengan maklumat amalan yang boleh mereka bawa ke lembaga pengarah.”

Speaker termasuk:

  • The Right Honorable Baroness Pauline Neville-Jones, DCMG; bekas diplomat British dan Penasihat kepada Perdana Menteri David Cameron; Pengerusi Panel Keselamatan Siber Bank of England; Penasihat Senior kepada Ridge-Schmidt Cyber; dan Ahli Lembaga UK Research Council
  • Olga Botero, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber dan Teknologi untuk EVERTEC Inc. dan Bekas Ketua Pegawai Maklumat Grupo Bancolombia
  • Greg Bell, Pengetua, Perkhidmatan Penasihat, KPMG LLP
  • Anastassia Lauterbach, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Inovasi dan Teknologi untuk Dun & Bradstreet
  • Sara Grootwassink Lewis, Pengerusi Jawatankuasa Audit, Sun Life Financial, Weyerhaeuser Co. dan PS Business Parks, Pengarah, Lembaga Kepimpinan Pusat Dewan Perniagaan untuk Daya Saing Pasaran Kapital A.S dan Trustee, Brookings Institution
  • Richard Spearman, Pengarah Keselamatan Korporat Kumpulan, Vodafone Group PLC
  • Akhilesh Tuteja, Ketua Bersama Amalan Global, Rantau India, KPMG LLP
  • Jeff Brown, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Raytheon Co.
  • Maya Bundt, Ketua, Penyelesaian Siber dan Digital, Swiss Reinsurance Co. Ltd.
  • Shelley Leibowitz, Pengarah E*TRADE Financial dan Bekas Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan untuk Bank Dunia
  • Larry Clinton, Presiden dan CEO, Internet Security Alliance
  • Dani Michaux, Ketua Rantau Asia, KPMG LLP
  • Major Jeneral Koen Gijsbers (Ret.), Penasihat Senior, Network Centric Industry Operations Industry Consortium; Bekas Pengurus Besar, Agensi Komunikasi dan Maklumat NATO; dan Bekas CIO, Kementerian Pertahanan Belanda
  • John Hermans, Ketua Rantau EMA, KPMG LLP
  • William McCracken, Pengarah MDU Resources Group Inc. dan NACD, dan Bekas Pengerusi dan CEO CA Technologies
NACD berbangga menjadi rakan kongsi KPMG untuk acara ini. Rakan kongsi lain termasuk Global Network of Director Institutes (GNDI), Internet Security Alliance (ISA) dan Ridge Global.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10798

 

DAVID BINKS, PRESIDEN FEDEX EXPRESS EROPAH DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI TNT, AKAN BERSARA

Bert Nappier Akan Menggantikan Binks pada 1 Jun, 2018

MEMPHIS, Tenn., 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) — FedEx Corporation (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa David Binks, Presiden FedEx Express Eropah dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi TNT, akan bersara pada Jun.

Bert Nappier, yang kini merupakan naib presiden kanan FedEx Express bagi kewangan – antarabangsa, akan menggantikan Binks di dalam jawatan itu yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2018.

Binks, yang bermula dengan FedEx pada tahun 1983 sebagai sebahagian daripada pengambilalihan di United Kingdom, meningkat naik melalui kenaikan pangkat, dengan memimpin pasukan FedEx Express di Eropah, Timur Tengah dan Kanada. Baru-baru ini, beliau memainkan peranan penting di dalam menyiapkan pengambilalihan syarikat itu ke atas TNT.

Nappier menyertai FedEx pada tahun 2005 dan telah berkhidmat di dalam pelbagai peranan kepimpinan. Di samping memimpin organisasi kewangan antarabangsa itu, beliau berkhidmat sebagai pengerusi bersama bagi Majlis Kepimpinan Integrasi FedEx, di mana beliau memainkan satu peranan utama di dalam mengemudi usaha penyatuan TNT kita di seluruh dunia.

“Dalam sepanjang kerjaya David yang menakjubkan selama 35 tahun di FedEx, beliau telah menyumbang kepada pertumbuhan syarikat kami di seluruh dunia,” kata David L. Cunningham, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Express. “Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau di dalam persaraan beliau, dan berharap untuk meneruskan kejayaan di Eropah apabila Bert mengambil alih peranan penting ini.”

Helena Jansson, seorang veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman dengan FedEx dan anak jati Sweden, akan menggantikan Nappier sebagai naib presiden kanan FedEx Express bagi kewangan – antarabangsa.

Maklumat mengenai FedEx

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $62 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat kendalian yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan secara bersama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan mereka untuk kekal “benar-benar positif” dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan mereka dan komuniti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang ramai dan segala kemungkinan di seluruh dunia, sila layari http://about.fedex.com.

Hubungi
Perhubungan Media Global FedEx
Katie Wassmer, + 1 901-434-5593
atau
Perhubungan Media Eropah FedEx
Eline Dermaut, + 32 2 752 77 25
atau
Perhubungan Media TNT
Cyrille Gibot, + 31 65 113 31 04

Sumber: FedEx Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180126005169/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

FEDEX MENYATAKAN KESANGGUPAN UNTUK MEMPERUNTUKKAN LEBIH $3.2 BILION DALAM KENAIKAN GAJI, BONUS, PEMBIAYAAN PENCEN DAN PELABURAN MODAL AMERIKA SYARIKAT YANG DIPERLUASKAN BERIKUTAN KELULUSAN AKTA POTONGAN CUKAI DAN PEKERJAAN

MEMPHIS, Tenn., 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) — FedEx Corporation hari ini mengumumkan tiga program utama berikutan penggubalan Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat baru-baru ini:

1) Lebih $200 juta dalam peningkatan pampasan, kira-kira dua pertiga daripadanya akan disalurkan kepada anggota pasukan mengikut jam dengan mempercepatkan kenaikan gaji tahunan 2018 dengan enam bulan kepada 1 April dari tarikh biasa pada Oktober. Baki seterusnya akan membiayai peningkatan di dalam pelan insentif berasaskan prestasi bagi kakitangan bergaji.

2) Satu sumbangan sukarela sebanyak $1.5 bilion kepada pelan pencen FedEx untuk memastikan ia kekal sebagai satu daripada program persaraan pembiayaan yang terbaik di negara itu.

3) Melabur $1.5 bilion untuk memperluaskan dengan ketara hab FedEx Express Indianapolis sepanjang tujuh tahun akan datang. SuperHab Memphis akan juga dipermoden dan diperbesarkan dalam satu program utama di mana butiran lanjut akan diumumkan kemudian pada musim bunga ini.

FedEx percaya bahawa Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan itu akan berkemungkinan meningkatkan KDNK dan pelaburan di Amerika Syarikat.

Syarikat itu tidak membuat perubahan pada pendapatan fiskal 2018 atau panduan perbelanjaan modal yang dikeluarkan pada 19 Disember 2017, akibat daripada tindakan-tindakan ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10805

PEMIMPIN BUDDHA IKEDA MENGGESA AGAR TUMPUAN HAK ASASI MANUSIA DIJADIKAN KUNCI KEPADA PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL DAN PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR

TOKYO, 26 Jan (Bernama-AsiaNet) — Pada 26 Januari 2018, ahli falsafah agama Buddha Daisaku Ikeda, Presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan cadangan keamanan tahunan beliau, yang bertajuk  “Ke arah sebuah Era Hak Asasi Manusia: Membina sebuah Pergerakan Rakyat.”

Ikeda mengalu-alukan penerimaan Perjanjian berhubung Larangan Senjata Nuklear (TPNW) yang diterima pakai pada Julai 2017 sebagai satu titik perubahan di dalam sejarah dunia ke arah usaha untuk mencapai keamanan dan pelucutan senjata, dan menegaskan bahawa selagi senjata nuklear wujud, sebuah dunia yang aman dan hak asasi manusia akan tetap sukar dicapai. Beliau menggariskan strategi untuk mendapatkan sokongan bagi Perjanjian itu dari negara-negara senjata nuklear dan negara-negara yang bergantung kepada senjata nuklear.

Ikeda terutama sekali menyeru kepada Jepun bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menimbang menjadi pihak kepada TPNW: “Setelah mengalami realiti berhubung senjata nuklear, Jepun tidak boleh berpaling daripada tanggungjawab moral mereka. “Beliau meminta kami agar jangan lupa dengan semangat hibakusha – mangsa korban bom atom – yang memainkan satu peranan penting bersama-sama dengan Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN) dalam merangka dan menerima pakai Perjanjian itu, yang diiktiraf dengan penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel 2017.

Tema utama bagi perkara ini, cadangan ke-36 oleh Ikeda, adalah agar satu pendekatan tumpuan hak asasi manusia menjadi kunci kepada menyelesaikan isu-isu global, termasuk ancaman nuklear. Pada tahun ini yang menandakan ulang tahun ke-70 Deklarasi Universal bagi Hak Asasi Manusia, beliau menekankan perlunya untuk menjadikan kehidupan dan maruah bagi setiap individu sebagai tumpuan utama kami – hakikat bahawa setiap manusia adalah sememangnya bernilai dan tidak dapat diganti.

Beliau menyatakan bahawa hibakusha dan keazaman mereka bahawa tiada sesiapa pun yang harus menderita seperti apa yang mereka telah alami sebagai contoh bagi satu semangat asas untuk hak asasi manusia. “Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang ideal adalah usaha untuk melindungi kehidupan dan maruah bagi setiap individu, satu usaha di mana kegiatan berterusan senjata nuklear tidak mempunyai tempat.”

Ikeda menekankan kuasa pendidikan berhubung hak asasi manusia di dalam mengatasi pemisahan sosial, dengan menyatakan bahawa makna sebenarnya terletak di dalam menghidupkan semula keinginan kita untuk melihat kemanusiaan biasa yang berbeza daripada kita. Beliau mencadangkan agar belia dijadikan tumpuan untuk fasa keempat di dalam Program Dunia PBB bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia, bermula pada tahun 2020.

Melalui cadangan itu adalah kebimbangan terhadap kehidupan dan hak asasi manusia bagi pelarian dan pendatang dalam menghadapi diskriminasi. Ikeda menggesa agar usaha ditumpukan kepada memastikan akses kepada pendidikan bagi pelarian dan kanak-kanak migran, terutamanya mereka yang terpisah daripada keluarga mereka.

Dengan menggalakkan kemajuan yang lebih besar ke arah pencapaian 17 Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), beliau mencadangkan kerjasama yang mendalam di antara China dan Jepun di dalam bentuk sebuah rangkaian kerajaan tempatan bagi tindakan iklim.

Ikeda juga mengenal pasti kesaksamaan gender yang penting bagi SDG itu, dengan menyatakan: “Kesaksamaan dan pemerkasaan gender tidak boleh dianggap sebagai hanya satu elemen di dalam SDG, tetapi harus diperakui sebagai kunci untuk mempercepatkan kemajuan ke arah pencapaian bagi keseluruhan spektrum matlamat itu.”

Akhir sekali, beliau menyeru agar diadakan satu dekad antarabangsa PBB untuk pemerkasaan wanita dari tahun 2020 hingga 2030, tarikh sasaran untuk pencapaian SDG itu.

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian berasaskan komuniti yang mempromosikan kemanusiaan dan kedamaian Buddha dengan 12 juta ahli di seluruh dunia. Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928 – ) telah mengeluarkan cadangan-cadangan keamanan yang menawarkan perspektif dan penyelesaian agama Buddha kepada masalah global pada 26 Januari pada setiap tahun sejak tahun 1983, untuk memperingati penubuhan SGI. Lihat: http://www.sgi.org

Sumber: Soka Gakkai International

Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
E-mel: anderson[at]soka.jp

–BERNAMA

​ORGANISASI PERUBATAN TERKEMUKA MENGEMAS KINI GARIS PANDUAN UNTUK UJIAN MOLEKUL DAN TERAPI SASARAN UNTUK KANSER PARU-PARU

DENVER, 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Perkembangan pesat dalam ujian diagnostik bagi molekul kanser paru-paru telah menghasilkan rawatan baharu dan memberikan lebih harapan untuk pesakit kanser paru-paru, yang merupakan punca utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.

Untuk memastikan para klinisian mengikuti perkembangan terkini dan memberikan penjagaan pesakit yang optimum, tiga persatuan perubatan terkemuka—Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP), Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) dan Persatuan untuk Patologi Molekul (AMP)—telah mengemas kini garis panduan berdasarkan bukti 2013 mereka.

Diterbitkan pada hari ini dalam keluaran awal dalam talian, “Garis Panduan Ujian Molekul Dikemas Kini untuk Pemilihan Pesakit Kanser Paru-paru bagi Rawatan dengan Perencat Tyrosine Kinase Sasaran,” terus menjadi piawai analisis molekul bagi kanser paru-paru untuk hasil ujian yang menjadi panduan berkesan untuk terapi dan rawatan sasaran.

Terapi kanser sasaran ialah ubat atau rawatan lain yang menghalang penyebaran kanser dengan mengganggu molekul tertentu yang mendorong pertumbuhan dan perkembangan kanser tersebut. Pesakit dengan tumor yang mengandungi pengubahan molekul tertentu boleh menjadi calon untuk terapi perencat tyrosine kinase (TKI) sasaran, yang boleh meningkatkan kemandirian dan kualiti hidup.

“Kemas kini ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, yang dibuat berdasarkan garis panduan yang kami keluarkan pada tahun 2013,” kata Neal Lindeman, MD, pengarah Diagnostik Molekul di Brigham and Women’s Hospital dan Profesor Madya Patologi di Harvard Medical School di Boston, yang juga merupakan ahli AMP. “Garis panduan amalan klinikal mesti terus menilai bukti baharu yang semakin bertambah dan mempertimbangkan teknologi ujian baharu yang muncul.”

Dr. Lindeman mengetuai panel penulis pakar antarabangsa berbilang disiplin yang dilantik oleh ketiga-tiga organisasi tersebut. Panel tersebut termasuklah ahli patologi, onkologi, pulmonologi, ahli metodologi, saintis makmal dan wakil pesakit yang bekerjasama untuk membangunkan garis panduan dengan mengikuti proses berdasarkan bukti Institusi Perubatan itu.

Garis panduan yang dikemas kini tersebut mengukuhkan atau menegaskan lagi kebanyakan daripada pengesyoran 2013 untuk pesakit dengan adenokarsinoma paru, dan juga mengesyorkan ujian untuk beberapa gen baharu. Terutamanya:

  • Ujian untuk mutasi ROS1 ialah baharu dan amat disyorkan untuk semua pesakit kanser paru-paru tanpa mengira ciri klinikal.
  • Panel penjujukan genetik multipleks (cth. ujian NGS) diutamakan berbanding ujian gen tunggal berbilang untuk mengenal pasti pilihan rawatan lain selain daripada EGFRALK dan ROS1, namun asai gen tunggal masih diterima.
  • Apabila NGS dilakukan, beberapa gen lain juga dicadangkan – BRAFERBB2METRET, dan KRAS.  Namun begitu, gen-gen ini tidak diperlukan jika hanya ujian gen tunggal dilakukan. Peringatan: BRAF mempunyai bukti awal terkini, yang kami menjangkakan akan lebih disyorkan untuk dirangkumkan sebagai asai gen tunggal juga pada masa akan datang.
  • Ujian untuk relaps diperlukan bagi EGFR (T790M), tetapi tidak bagi ALK, kerana kesensitifan pembezaan untuk perencat ALK barisan kedua dalam keadaan mutasi perolehan tertentu dalam ALK belum matang sepenuhnya dan masih dalam peringkat siasatan.
  • Ujian untuk EGFR T790M dalam relaps mungkin boleh dilakukan menerusi biopsi atau DNA beredar bebas sel.  Namun begitu, DNA bebas sel tidak sesuai untuk diagnosis permulaan pada masa ini, melainkan jika sampel tisu atau sitologi tidak dapat diperolehi.
  • Selain itu, pengesyoran sebelum ini kebanyakannya diperkuatkan dengan pengukuhan bukti yang menjurus kepada pengukuhan pengesyoran asal. Perubahan yang paling penting:

    •   Rangkuman bagi IHC untuk ALK sebagai alternatif kepada FISH;

    •   Rangkuman bagi sebarang sampel sitologi dengan kandungan kanser yang mencukupi, dan bukannya mengesyorkan blok sel.

  • Pendapat diutarakan bahawa sampel juga harus diketepikan untuk asai bagi meramalkan tindak balas terhadap imunoterapi (cth. PD-L1 IHC), tetapi tiada pengesyoran khusus dibuat tentang cara meramalkan tindak balas rawatan ini. Hal ini akan menjadi subjek garis panduan yang akan datang.
Garis panduan lengkap tersedia dalam talian di Arkib Patologi & Perubatan MakmalJurnal Onkologi Toraks, dan Jurnal Diagnostik Molekul.  Tambahan lagi, CAPIASLC dan AMP  telah membangunkan sumber untuk membantu ahli patologi dan onkologi menyemak dan melaksanakan garis panduan tersebut, termasuk ringkasan pengesyoran, pembentangan pengajaran dan soalan lazim.

Perihal Kolej Ahli Patologi Amerika
Sebagai organisasi terbesar dunia untuk ahli patologi bertauliah dan peneraju pembekal bagi akreditasi makmal dan program ujian kemahiran, Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP) berkhidmat untuk pesakit, ahli patologi dan umum dengan memupuk dan menggalakkan kecemerlangan dalam amalan patologi dan perubatan makmal di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, BACA LAPORAN TAHUNAN CAP di CAP.ORG.

Perihal Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) ialah satu-satunya organisasi global yang khusus terhadap kajian kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain. Diasaskan pada tahun 1974, keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 buah negara, membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Jurnal Onkologi Toraks iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

Perihal Persatuan untuk Patologi Molekul
Persatuan untuk Patologi Molekul (AMP) ditubuhkan pada tahun 1995 untuk memberikan struktur dan kepimpinan dalam disiplin diagnostik molekul yang semakin berkembang. Seramai 2,300 lebih ahli AMP berkhidmat dalam pelbagai bidang diagnostik molekul, termasuk bioinformatik, penyakit berjangkit, penyakit keturunan dan onkologi. Mereka termasuklah individu daripada pusat perubatan akademik dan komuniti, kerajaan dan industri, termasuk ahli patologi dan pengarah makmal saintis kedoktoran, saintis asas dan translasi, ahli teknologi dan pelatih. Melalui usaha Lembaga Pengarah, Jawatankuasa, Kumpulan Kerja dan ahlinya, AMP merupakan sumber utama bagi kepakaran, pendidikan dan kerjasama dalam salah satu bidang yang paling cepat berkembang dalam penjagaan kesihatan. Ahli AMP mempengaruhi polisi dan peraturan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, lalu meningkatkan inovasi dalam bidang tersebut dan melindungi akses pesakit untuk ujian yang berkualiti tinggi dan sesuai. Untuk maklumat lanjut, lawati www.amp.org.

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA MEMBERIKAN PRAKELAYAKAN KEPADA VAKSIN ROTAVIRUS BHARAT BIOTECH, ROTAVAC®

NEW DELHI, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) — Bharat Biotech hari ini mengumumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO Geneva) telah memberikan prakelayakan kepada membangunkan vaksin rotavirus yang pertama di dunia, ROTAVAC®.

Prakelayakan WHO diperlukan untuk agensi-agensi PBB dan Gavi, Perikatan Vaksin untuk membeli vaksin itu dalam kerjasama dengan negara-negara membangun dan akan membantu mempercepatkan ketersediaan ROTAVAC® itu ke negara-negara membangun dengan beban penyakit yang paling tinggi. India telah memperkenalkan ROTAVAC® ke dalam program imunisasi negara mereka pada tahun 2016, dengan ~35 juta dos dihantar sehingga kini.

Rotavirus adalah penyebab utama bagi masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun di seluruh dunia, yang mengakibatkan ~215,000 kematian dan 2 juta dimasukkan ke hospital. Pemvaksinan adalah satu bahagian yang penting dalam usaha kesihatan awam dunia untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari UNDP.

“Kami sangat teruja dan gembira untuk menjadi vaksin rotavirus yang pertama dari dunia membangun dan India untuk menjadi Prakelayakan WHO. Kami berasa bangga untuk mendedikasikan inovasi ini di India dan vaksin Buatan India kepada dunia. Kesan sebenar vaksin itu sudah dapat dilihat, apabila pemvaksinan dilakukan di populasi yang terjejas. Kerajaan India telah memberikan rangsangan besar dengan menjadikan ROTAVAC® tersedia untuk berjuta-juta orang di India,” kata Dr. Krishna Ella, Pengerusi dan Pengarah Urusan Bharat Biotech.

“Rekod prestasi Bharat Biotech berhubung vaksin yang menyelamatkan nyawa adalah satu bukti kepada komitmen yang berpanjangan oleh syarikat itu untuk menghasilkan vaksin yang mampu dimiliki untuk negara-negara membangun. ROTAVAC® telah dibekalkan kepada negara-negara yang berpendapatan rendah pada harga $1.0 / satu dos, dengan kemungkinan untuk pengurangan harga sebanyak ~30%, berdasarkan kepada pemerolehan bagi ~100 juta dos kepada negara-negara ini,” kata Dr. Krishna Ella.

ROTAVAC® telah dibangunkan hasil daripada satu model kerjasama pelbagai negara – pelbagai rakan bagi pasukan sains selama lebih dua dekad. Perkongsian inovasi sosial awam swasta yang besar ini termasuk Jabatan Bioteknologi Kerajaan India (DBT), Majlis Penyelidikan Perubatan India, Institut Sains India (IISC), Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS), Institut Sains dan Teknologi Kesihatan Translasi (THSTI), Persatuan bagi Kajian Gunaan (SAS), Kolej Perubatan Kristian (CMC) Vellore, Hospital Memorial Raja Edwards Memorial (KEM) Pune, Sekolah Perubatan Universiti Stanford, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Universiti Johns Hopkins dan PATH. Perkongsian ROTAVAC® itu telah menghasilkan dalam lebih daripada 15 penerbitan antarabangsa, termasuk penerbitan penting fasa III di Lancet pada tahun 2014.

“Perkongsian pasukan sains yang membangunkan vaksin ini berfungsi sebagai sebuah model yang berguna bagi pihak lain untuk mengikutinya,” kata Dr. Roger I. Glass, Pengarah bagi Pusat Antarabangsa Fogarty di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, yang membantu mengemudikan proses tersebut. “Hasilnya adalah sebuah vaksin yang berkesan, namun menjimatkan, yang mempunyai potensi untuk menyelamatkan beribu-ribu nyawa kanak-kanak di Afrika dan di tempat lain.” Menurut beliau, Rotavirus bertanggungjawab untuk anggaran 36% daripada kemasukan ke hospital bagi cirit-birit kanak-kanak di seluruh dunia dan untuk anggaran 200,000 kematian di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Prakelayakan WHO untuk ROTAVAC® adalah hasil daripada satu proses pengawalseliaan yang ketat. ROTAVAC® telah dibangunkan sejak tahun 2000 yang memerlukan pelaburan di sekitar USD 200 juta ke arah pembangunan produk dan infrastruktur perkilangan yang khusus. Kemudahan di Lembah Genome mempunyai sebuah kapasiti pengeluaran yang dipasang sehingga 200 juta dos / setahun, dan merupakan sebuah model berskala yang siap untuk memenuhi permintaan dunia.

“Kepimpinan India di dalam membangun dan memperkenalkan vaksin rotavirusnya sendiri adalah dipuji dan menekankan satu komitmen kebangsaan untuk meningkatkan kesihatan bagi anak-anak mereka,” kata Duncan Steele, timbalan pengarah bagi pasukan Penyakit Cirit-Birit Enterik di Yayasan Bill & Melinda Gates. “Kemunculan sebuah vaksin yang dihasilkan di dalam negara, rotavirus Prakelayakan WHO menawarkan janji untuk melindungi kanak-kanak di India, Afrika, Amerika dan seluruh Asia daripada penyakit yang melesukan badan ini.”

Bharat Biotech telah berjaya membuatkannya dalam saiz kecil jumlah dos bagi ROTAVAC®, kepada 0.5 ml / dos dan disediakan di dalam format yang sedia untuk digunakan, yang tidak memerlukan pembancuhan semula, sama seperti vaksin polio yang diberikan secara oral. Profil produk bagi ROTAVAC® telah direka bentuk secara optimum untuk dunia membangun oleh negara membangun bagi membantu memudahkan pentadbiran, mengurangkan keperluan latihan, dan dengan jejak rantaian bekalan yang paling rendah untuk vaksin rotavirus secara oral di dunia. Jejak rantaian bekalan itu telah dikurangkan kepada ~3 sm3  / dos, yang menghasilkan di dalam penjimatan yang ketara dalam penyimpanan dan kos pengedaran rantaian bekalan. Jumlah dos ml 0.5 ml juga mengurangkan jumlah ludahan oleh bayi apabila vaksin itu diberikan.

Hubungi
Bharat Biotech
Sheela Panicker, +91 984 980 9594
enRight@enrightpr.com

Sumber: Bharat Biotech

NEURALSTEM BAKAL MENYERTAI ALAM TERAPI SEL DAN GEN

GERMANTOWN, Md., 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Neuralstem Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Karl Johe, Ph.D, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan membincangkan NSI-566, program terapi sel stem Syarikat tersebut di Alam Terapi Sel dan Gen di Hyatt Regency, Miami, FL. Pembentangan ini dijadualkan pada hari Rabu, 24 Januari 2018 pada 4:00pm ET.

Calon produk terapi sel stem Neuralstem, NSI-566 adalah titisan sel stem saraf terbitan saraf tunjang. Neuralstem baru-baru ini melengkapkan penilaian klinikal Fasa 2 NSI-566 untuk rawatan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Syarikat menerima perlantikan yatim oleh FDA untuk NSI-566 dalam ALS dan molekul itu kini sedang dinilai dalam kajian keselamatan Fasa 1 dan Fasa 2 pada 30 orang pesakit. Data menunjukkan bahawa pemindahan intraspina bagi sel adalah selamat dan diterima dengan baik.

NSI-566 juga telah dinilai untuk rawatan lumpuh daripada strok motor kronik serta kecederaan saraf tulang belakang kronik (cSCI). Subjek daripada semua tiga petanda kini dalam tempoh pemerhatian susulan jangka masa panjang untuk terus dipantau keselamatan dan manfaat terapeutik yang ada.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok. NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi “kenyataan masa hadapan” yang dibuat menurut peruntukan “safe harbor” bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti “berharap,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL MUSIM BUNGA/MUSIM PANAS 2018 PAKAIAN DALAM CALVIN KLEIN DAN JEAN CALVIN KLEIN

Kempen Diterajui oleh Kim Kardashian West, Khloé Kardashian, Kourtney Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner
 
NEW YORK, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) — Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE:PVH], hari ini mengumumkan kempen pengiklanan multimedia global PAKAIAN DALAM CALVIN KLEIN dan JEAN CALVIN KLEIN mereka yang baharu. Kempen itu melambangkan iterasi terkini bagi evolusi itu di dalam jenama CALVIN KLEIN yang dikenali di seluruh dunia bagi laungan untuk bertindak #MYCALVINS: Keluarga Kita. #MYCALVINS.

Dirakamkan oleh jurugambar Willy Vanderperre, bab terbaharu bagi kempen baharu ini menampilkan model adik-beradik perempuan Kim Kardashian WestKhloé KardashianKourtney KardashianKendall Jenner dan Kylie Jenner. Adik-beradik itu memaparkan gaya pemakaian PAKAIAN DALAM CALVIN KLEIN yang boleh didapati di kedai-kedai dan secara dalam talian sekarang, termasuk Benang Kapas Moden CALVIN KLEIN dan pelbagai rangkaian CALVIN KLEIN Body yang baharu. Di samping itu, ahli keluarga tertentu mereka dipaparkan dalam gaya teras JEAN CALVIN KLEIN serta pemandangan daripada koleksi Musim Bunga JEAN CALVIN KLEIN 2018.

Konsep #MYCALVINS yang berkembang itu menampilkan keluarga di tengah-tengah, satu paparan mengenai perpaduan di antara individu yang kuat, yang ditekankan lagi oleh simbolisme gegebar tradisional Amerika. Kempen ini merakamkan ikatan ini dan membawa kepada cara hidup yang berbeza yang kita dapat memberi inspirasi kepada keluarga – kedua-duanya yang lahir dan dibuat – untuk saling berhubungan, dan meraikan perkara-perkara yang menyatukan kita.

Pelancaran ini menandakan detik-detik terbaharu bagi Keluarga Kita yang baharu. Pelancaran kempen #MYCALVINS, dengan satu siri pelancaran kempen yang bermula pada November 2017 dengan Solange, Kelela, Dev Hynes, Caroline Polachek dan Adam Bainbridge yang menghasilkan album Kindness, serta A$AP Rocky, A$AP Ferg, A$AP Nast , A$AP Twelvyy, A$AP Ant, A$AP Lou, dan A$AP J. Scott dari A$AP Mob, dan yang terbaharu dengan Kaia dan Presley Gerber. Kempen itu akan diadakan sepanjang musim Bunga 2018, dan bakat-bakat yang ditampilkan akan mewakili penyambungan beberapa generasi dari segi gaya, muzik dan budaya. Mereka akan menghidupkan kisah mereka sebagai “Keluarga Kita” dengan keluarga dan masyarakat di tengah-tengah perbualan itu.

CALVIN KLEIN terus mendakap set minda digital yang berkuasa sosial dan pertama dalam berhubungan dengan Keluarga Kita. Kisah #MYCALVINS merentasi semua saluran sentrik pengguna. Dengan lebih 100 juta impresi di dalam ruang digital dan sosial, merentasi 12 buah negara di seluruh dunia, dengan kesan utama luar yang tinggi di beberapa pasaran utama, kempen #MYCALVINS direka untuk mewujudkan daya penarik keterlibatan pengguna merentasi spektrum pengikut jenama CALVIN KLEIN.

CALVIN KLEIN adalah sebuah jenama gaya hidup global yang menggambarkan cita-cita yang berani, progresif dan menggoda. Kami berusaha untuk menguja dan memberikan inspirasi kepada audiens kami dan pada masa yang sama menggunakan imejan yang provokatif dan reka bentuk menarik untuk merangsangkan pancaindera.

Diasaskan pada tahun 1968 oleh Calvin Klein dan rakan perniagaannya Barry Schwartz, kami telah membina reputasi kami sebagai sebuah peneraju di dalam gaya fesyen Amerika melalui reka bentuk estetik kami yang bersih dan berinovatif. Jualan runcit global bagi jenama produk CALVIN KLEIN melebihi $8 bilion pada tahun 2016 dan diedarkan di lebih 110 buah negara. CALVIN KLEIN mempunyai lebih 10,000 rakan bersekutu di seluruh dunia. Kami telah diperolehi oleh PVH Corp. pada tahun 2003.

Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH telah unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 35,000 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan tahunan. Kami memiliki jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROWSpeedo*Warner’s and Olga, dan juga jenama peribadi True & Co. yang berpusatkan digital, dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan daripada Speedo International Limited.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10787

REVEAL GROUP BERPADU TENAGA DENGAN ABBYY UNTUK MENINGKATKAN AUTOMASI PINTAR DENGAN OCR TERMAJU DAN TEKNOLOGI PENANGKAPAN PINTAR

Pakar-pakar RPA Global, Reveal Group, telah bekerjasama dengan ABBYY, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian penangkapan pintar, untuk menambahkan penyelesaian RPA tradisional.
 
SYDNEY, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) — Dalam satu kerjasama untuk meningkatkan dan mendorong kepada kemungkinan Automasi Proses Robotik (RPA), Reveal Group, pemimpin dunia di dalam transformasi operasi, hari ini mengumumkan perkongsian strategik mereka dengan vendor perisian, ABBYY. Perkongsian dengan Pengecaman Aksara Optikal (OCR) dan pembekal penyelesaian Penangkapan Pintar yang paling maju dan komprehensif di pasaran itu akan meluaskan keupayaan kognitif Reveal Group di dalam RPA untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada.

Dalam usaha untuk memperluaskan had keupayaan RPA tradisional, langkah Reveal Group untuk mengintegrasikan perisian OCR penangkapan pintar termaju ABBYY ke dalam automasi mereka akan menghapuskan satu daripada senario operasi yang paling mencabar, mahal dan memakan masa: pemprosesan manual bagi dokumen yang diimbas. Perisian penangkapan pintar ABBYY yang terbaik di dalam kelasnya membolehkan pengekstrakan data yang canggih dan automatik yang menghasilkan di dalam output tekstual yang lebih cepat, berkualiti lebih tinggi dan automasi yang lebih mantap.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10785