JILIN DI CHINA MENGUBAH SUMBER SEJUK SEPERTI AIS KEPADA INDUSTRI PUSAT TARIKAN

CHANGCHUN, China, 31 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/–

Dengan matlamat untuk membina sebuah destinasi pelancongan ais dan salji yang bertaraf dunia, Wilayah Jilin di timur laut China berhasrat untuk membina sebuah industri pelancongan salji dan ais yang berkualiti tinggi, menggalakkan pembangunan bersepadu bagi industri yang berkaitan salji dan ais, membina sebuah ekonomi salji dan ais yang teguh, dan merealisasikan peralihan daripada industri ais dan salji kepada ekonomi, dengan mengubah “sumber sejuk” bagi ais dan salji kepada sebuah “industri yang panas”, menurut Jabatan Wilayah Jilin bagi Kebudayaan dan Pelancongan.

Dengan memanfaatkan peluang-peluang yang dibawa oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Jilin telah secara aktif mempromosikan pembinaan jenama bagi “Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, Pengalaman di Jilin”, seterusnya menggalakkan usaha mempopularkan sukan ais dan salji, dan mengukuhkan pengaruh bagi satu siri aktiviti ais dan salji seperti Festival Bermain Ski Antarabangsa Vasaloppet China, kejohanan jemputan berenang musim sejuk kebangsaan, Perlumbaan Perahu Naga Musim Sejuk Antarabangsa Sungai Songhua, festival memancing musim sejuk Tasik Chagan, dan sebagainya. Wilayah itu telah melancarkan hampir 300 acara budaya, pelancongan, sukan, perdagangan, pendidikan dan acara lain yang berkaitan dengan salji dan ais.

Jilin telah secara komprehensif mempromosikan pembangunan dan peningkatan sukan ais dan salji, pembuatan peralatan, perkhidmatan pelancongan ais dan salji dan industri lain, mewujudkan “ais dan salji pintar” dan mempromosikan penyebaran elemen ais dan salji yang pelbagai di Jilin. Sebagai satu-satunya ekspo yang bertemakan salji di China, Ekspo Industri Salji dan Ais Antarabangsa Jilin telah diadakan sebanyak lima kali, dengan mengumpulkan lebih daripada 1,500 jenama yang mengambil bahagian, 466,000 orang pengunjung dan jumlah perolehan di lokasi bernilai 852 juta yuan.

Pada musim salji yang baharu itu, Jilin telah merancang 32 laluan butik pelancongan ais dan salji, dan melancarkan 28 dasar pilihan seperti pengeluaran baucar penggunaan ais dan salji, yang telah mendorong kadar penginapan hotel di sekitar kawasan pemandangan ais dan salji yang indah kepada lebih 85% , aliran penumpang di sekitar pusat beli-belah meningkat sebanyak 12%, dan perolehan meningkat sebanyak 9.5%.

Wilayah Jilin, yang terletak di antara 41 dan 46 darjah garisan lintang utara, adalah satu daripada “tiga pangkalan salji serbuk dunia”, yang memusatkan kesemua kelebihan semula jadi bagi salji serbuk, tasik beku, rime dan mata air panas di dalam membangunkan ekonomi salji dan ais. Setelah berusaha selama beberapa tahun, wilayah itu telah membangunkan satu laluan pembangunan baharu yang berdasarkan kepada pelancongan ais dan salji, sukan dan budaya, dan membentuk satu rantaian industri penuh “3+X” yang disokong oleh pembuatan peralatan ais dan salji, perdagangan, pengangkutan, perisikan, bakat, dll.

Sementara itu, Jilin telah secara aktif menggalakkan pembinaan bagi “Jalan Sutera Ais dan Salji”, dengan Jilin sebagai terasnya, yang berpusat di timur laut China dan menghadap ke Timur Laut Asia, dan telah mengukuhkan kerjasama dan pertukaran dengan negara-negara ais dan salji di sepanjang Belt dan Road, dengan satu hasrat untuk membina wilayah timur laut China menjadi sebuah dataran tinggi bagi ekonomi ais dan salji China dan membina sebuah ekonomi ais dan salji bertaraf dunia yang setanding dengan Eropah dan Amerika Utara.

Jumlah denai salji bagi Jilin meliputi sebuah kawasan seluas 1,050 hektar, yang menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah negara itu, dengan menduduki tempat pertama di China. Tempat peranginannya mempunyai keadaan semula jadi yang terbaik dan kualiti kompetitif di Asia. Ia juga mempunyai kursus latihan bermain ski terpiawai serba cuaca yang pertama di Asia dan keempat di dunia. Pada musim salji 2018-2019, wilayah itu telah menerima 84.3 juta orang pelancong dan pendapatan sebanyak 169.8 bilion yuan (26.2 bilion dolar A.S.) dalam pelancongan ais dan salji, masing-masing meningkat 62% dan 86% dari lima tahun yang lalu, untuk meraih pengiktirafan pasaran untuk “Jilin memimpin pembangunan bagi industri ais dan salji China”.

SUMBER: Jabatan Wilayah Jilin bagi Kebudayaan dan Pelancongan

–BERNAMA

JPMorgan Chase Memperoleh Sebuah Perniagaan Perjalanan Dan Kesetiaan Terkemuka

JPMorgan Chase bakal mengubah keupayaan perjalanan dari hujung ke hujung mereka dengan memperoleh platform teknologi moden dan berskala cxLoyalty

NEW YORK, 29 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — JPMorgan Chase & Co. (NYSE: JPM) dan cxLoyalty Group Holdings hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian bagi JPMorgan Chase untuk memperoleh perniagaan Kesetiaan Global bagi cxLoyalty Group Holdings. Perjanjian itu termasuk platform teknologi terkemuka cxLoyalty, agensi pelancongan perkhidmatan penuh, kad hadiah, barang dagangan, dan perniagaan bank mata.

“Pelaburan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan manfaat perjalanan yang luar biasa pada skala kepada pangkalan pelanggan kami yang besar dan yang pesat berkembang. Orang ramai di seluruh dunia mahu bercuti dan melancong lagi, dan adalah menjadi harapan agar ia akan menjadi satu kenyataan bagi kebanyakan orang dalam masa terdekat. Memperolehi perniagaan perjalanan dan ganjaran bagi cxLoyalty akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada berjuta-juta pelanggan Chase kami apabila mereka sudah bersedia, selesa dan yakin untuk melakukan perjalanan,” kata Marianne Lake, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pinjaman Pengguna di JPMorgan Chase.

cxLoyalty adalah sebuah syarikat penyelesaian kesetiaan dan teknologi terkemuka dengan pengalaman lebih dari 40 tahun. Kepakaran mereka di dalam mereka, mentadbir dan memenuhi program kesetiaan melengkapkan reputasi JPMorgan Chase dalam menyediakan nilai yang tinggi dan berbeza kepada pelanggan. Urus janji itu dijangka dapat mempercepatkan asas yang mantap yang dibina di dalam kesetiaan, termasuk untuk platform Ultimate Rewards Chase dan klien cxLoyalty yang sedia ada, bagi membolehkan satu perjalanan melancong yang lebih holistik dari hujung ke hujung untuk semua pelanggan. Jenama cxLoyalty dan perhubungan pelanggan yang sedia ada akan terus dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif cxLoyalty Group Todd Siegel.

“JPMorgan Chase adalah rakan yang tepat untuk melabur lebih jauh di dalam perniagaan kesetiaan terkemuka kami,” kata Todd Siegel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi cxLoyalty. “Perkongsian ini membolehkan kami untuk mengukuh dan memperluaskan penyelesaian teknologi kami, kandungan ganjaran dan pengalaman pelanggan diperibadikan yang bertaraf dunia untuk pelanggan Fortune 500 kami dan berjuta-juta pelanggan mereka, di seluruh dunia.”

Cik Lake menambah, “Kami mengalu-alukan Todd dan cxLoyalty ke JPMorgan Chase, dan menanti-nantikan untuk mencipta lebih banyak nilai bagi pelanggan dan klien kita yang dikongsi bersama.”

Pelanggan kad kredit JPMorgan Chase akan terus menggunakan Ultimate Rewards seperti biasa dan dari semasa ke semasa, akan mendapat akses kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14142

PENYELESAIAN HYTERA POC MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN UNTUK INDUSTRI KESELAMATAN PERSENDIRIAN

Penyelesaian Komunikasi Hytera PoC untuk Keselamatan Persendirian (Grafik: Business Wire)

SHENZHEN, China, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)– Penyelesaian Hytera PoC direka untuk membantu industri keselamatan persendirian dalam memastikan keselamatan dan perlindungan bangunan, barang berharga dan orang ramai dengan melakukan rondaan, keselamatan dan pemantauan premis, mengawal wang tunai atau barangan berharga yang lain dalam perjalanan, dan melindungi orang kenamaan.

Keselamatan adalah keutamaan. Pengawal keselamatan harus bertindak balas dengan cepat terhadap ancaman dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan tanpa menjejaskan keselamatan harta benda atau kakitangan. Oleh itu, komunikasi yang pantas dan cekap adalah sangat penting.

Bagaimana penyelesaian PoC memenuhi keperluan bagi industri keselamatan persendirian

Banyak pengawal keselamatan bekerja di lokasi tetap seperti hab pengangkutan, stesen janakuasa, pejabat, pusat pendidikan, hospital, pusat beli-belah, kedai runcit dan bangunan kediaman. Bagi pengawal keselamatan ini, rangkaian Radio Bergerak Profesional (PMR) yang khusus atau penyelesaian Tekan untuk Cakap melalui Selular (PoC) menyediakan komunikasi kumpulan yang serta merta dan boleh dipercayai untuk memastikan satu tindak balas pantas terhadap sebarang ancaman.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14141

10 SYARIKAT KORPORAT BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM5 JUTA

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM5,075,979.47 daripada 10 buah syarikat korporat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 

Berikut adalah 10 buah syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada majlis hari ini:

  1. Edotco Malaysia Sdn Bhd – RM540.000.00
  2. Edgenta Propel Berhad – RM1,089,151.55
  3. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur – RM300,000.00
  4. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn Bhd (PICOMS) – RM100,000.00
  5. Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad – RM111,647.04
  6. Koperasi Tenaga Nasional Berhad – RM287,959.11
  7. KPJ Healthcare Berhad & KPJ Tawakkal Kuala Lumpur – RM450,000.00
  8. MIDF Berhad – RM273,070.20
  9. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – RM1,500.000.00
  10. Sirim QAS International Sdn Bhd – RM424,151.57

Penganjuran Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 ini bertujuan sebagai galakan kepada syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka bagi membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik Covid-19 kini. Dalam tempoh Januari hingga November  2020, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM94,051,832.48 berbanding tahun lepas RM88,244,972.60 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 7 peratus.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14139

Lithium Werks Menjual Unit Perniagaan Modular Kepada Lithion Power Group

Lithium Werks memisahkan perniagaan modul Valence™ untuk memberikan fokus kepada pengeluaran Sel terkemuka dunia, portfolio paten LFP, penyelesaian tersuai, dan R&D baharu.

AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.

Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.

Permintaan yang semakin meningkat wujud untuk teknologi eksklusif Lithium Werks daripada pelbagai sektor industri pada peringkat global.Urus niaga ini akan memudahkan fokus berterusan Lithium Werks dalam memenuhi permintaan ini.

T. Joseph Fisher, III, CEO dan Pengasas Bersama Lithium Werks, B.V., berkata:

“Tindakan ini akan menajamkan fokus kami untuk dapat menyampaikan kepada pelanggan semasa dan masa depan kami serbuk dan sel Nanophosphate™ kami yang paling berkuasa dan tahan lama, bukan sahaja untuk vertikal sedia ada kami seperti perindustrian, perubatan dan sokongan UPS, tetapi juga dengan kejelasan strategi baharu untuk aplikasi yang kritikal untuk misi termasuk penyimpanan tenaga dan vertikal pengangkutan dengan penyelesaian tersuai.Kami tidak sabar menantikan pertumbuhan dan perkembangan berterusan sebagai pembekal sel berbentuk silinder Nanophosphate™ termaju, serta memperkenalkan faktor bentuk dan saiz baharu yang lain untuk aplikasi yang memerlukan Power.Safety.Life.™ bagi bahan katod Nanophosphate™ yang dibangunkan MIT kami.”

Lithium Werks memiliki portfolio paling menyeluruh di dunia bagi bahan, sel, paten LFP Harta Intelektual dan produk Ferum Fosfat Litium.Lithium Werks beroperasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.lithiumwerks.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14137

LEDDARTECH MENGEMBANGKAN KERJASAMANYA DENGAN RENESAS UNTUK MEMPERCEPAT PEMANDUAN BERAUTONOMI DAN PEMBANGUNAN ADAS

QUEBEC CITY, 21 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Tahap 1-5 dan pemanduan automatik (AD) mengumumkan kerjasama yang diperkukuh bersama Renesas dengan menyertai RCarConsortium, dan kerjasama baharu pada pembangunan dan promosi platform rujukan ADAS automotif. Platform ini menggabungkan tindanan pergabungan penderia data mentah utama industri LeddarTech dan teknologi LiDAR dengan R-Car V3U yang baru sahaja dilancarkan oleh Renesas – cip pada sistem (SoC) ASIL D untuk sistem ADAS dan AD yang terbaik dalam kelasnya.


Renesas sudah pun melabur dalam pembangunan dan pengeluaran SoC LeddarTech untuk LeddarEngine™, yang terdiri daripada SoC LiDAR paling maju dan bersepadu, LCA2 dan LCA3, serta perisian ukuran LiDAR yang disertakan. SoC ini menguasakan pengerahan besar-besaran didayakan LiDAR yang paling mesra kos bagi penggunaan ADAS kereta penumpang tahap 2 dan 3 serta pelbagai jenis penggunaan mobiliti dan industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14125

PERINTIS LOGISTIK ASIA TENGGARA ZEEK MENGUMPULKAN PEMBIAYAAN AS$10 JUTA WALAUPUN MENGHADAPI KESUSAHAN PASARAN

Transformasi bagi Penyampaian Ekosistem sedang Dijalankan

HONG KONG, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Zeek, syarikat permulaan teknologi logistik yang bertumpukan di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kira-kira AS$10 juta dalam pembiayaan Siri Pra-A dari pelabur strategik dan dana pelaburan serantau. Pembiayaan baharu itu akan digunakan oleh Zeek untuk pengembangan seterusnya di pasaran Asia Tenggara, peningkatan dan penyempurnaan bagi teknologi pengurusan logistik dan aplikasi analisis data. Pusingan terbaharu bagi pembiayaan itu membawa jumlah pendanaan Zeek yang dikumpulkan kepada kira-kira AS$15 juta sehingga kini dari pelabur yang termasuk: SF Holding (SZSE: 002352), Kumpulan Chinachem, keluarga Kumpulan KHO Filipina, Dr. Lee Ka Kit, Pengerusi dan Pengarah Urusan bagi Henderson Land (SEHK: 0012) dalam pelaburan persendirian, Perbadanan Dana Teroka Inovasi dan Teknologi bagi Kerajaan SAR Hong Kong, HKSTP Ventures, Elite Time Limited, Radiant Tech Venture Fund LP, Caelus Asset Management, SQ Capital Ventures dll. SQ Capital Partners bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Zeek untuk pusingan pembiayaan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201217006219/en/

KK Chiu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zeek berkata, “Pandemik itu telah membawa perubahan drastik di dalam tingkah laku pengguna. Banyak peniaga konvensional ingin mempercepatkan transformasi digital untuk mengatasi perubahan tersebut. Pada tiga suku pertama tahun 2020, Zeek telah menangani lebih tiga juta pesanan penghantaran, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 100% tahun-ke-tahun. Sumber tenaga manusia telah meningkat sebanyak 50% untuk menangani pesanan yang melonjak. Adalah dianggarkan bahawa menjelang tahun 2023, saiz pasaran bagi sektor Makanan & Minuman dan barangan isirumah akan mencapai 2.6 bilion, dengan kadar pertumbuhan tahunan tidak kurang dari 10% dan pendapatan kasar meningkat kepada AS$100 bilion. Pusingan pembiayaan ini akan membantu peluasan kami bagi aplikasi logistik pintar kepada lebih banyak industri dan menjanakan pengembangan kami di Asia Tenggara di mana penerobosan Internet dan pengguna muda sangat besar dan pertumbuhan pesat bagi penggunaan dalam talian sedang berjalan.”

Memanfaatkan data besar dan teknologi untuk memberi nafas baharu kepada industri logistik

Ditubuhkan oleh Kin Shun Information Technology Limited pada tahun 2017, Zeek telah memberi tumpuan kepada penyediaan teknologi logistik pintar yang dipacu oleh data kepada pedagang Asia Tenggara dengan penyelesaian yang merangkumi pengurusan pesanan dalam talian, pengurusan kapasiti penghantaran, analisis data besar dan peningkatan operasi O2O untuk pelbagai industri: “Penghantaran Makanan & Minuman Zeek” untuk penghantaran makanan segera, “ZeekDash” untuk penghantaran O2O Titik-ke-Titik, dan “Zeek2Door” untuk penghantaran Bungkusan e-Dagang. Pelanggan Zeek terdiri daripada jenama Makanan & Minuman lima teratas di dunia dan rantaian makanan segera, pasar raya dan gedung serbaneka terkemuka, rangkaian kedai serbaneka, platform dalam talian, dll. Ditubuhkan di Hong Kong, Zeek telah dengan cepat mengembangkan kehadiran perniagaan mereka di Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia dan merancang untuk membuka perniagaan di Taiwan, Filipina dan Indonesia pada tahun 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14121

DAERAH NANSHA DI CHINA: BERSEDIA UNTUK BAKAT-BAKAT ANTARABANGSA

GUANGZHOU, China, 16 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/–

Pembangunan yang berkualiti tinggi di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau di  China sedang menarik bakat-bakat utama dunia untuk datang. Sebagai pusat geografi dan geometrik bagi Kawasan itu, daerah Nansha, yang terletak di Guangzhou, telah menjadi sebuah tempat berkumpulnya bakat, inovasi dan teknologi, yang menyediakan kutub pertumbuhan dan sumber kuasa untuk kerjasama global. Di sini pembentukan bagi sebuah lingkaran berbudi pekerti dan pembangunan lestari bagi persekitaran pengembangan bakat tidak hanya menjadi dasar yang tertulis, tetapi juga konsensus bagi semua sektor masyarakat.

Pada 14 Disember, 2020, Persidangan Bakat-bakat Antarabangsa Nansha telah bermula. Dalam persidangan itu, 69 orang telah dikenal pasti sebagai bakat-bakat terkemuka atasan di Daerah Nansha. Menurut rancangan pengenalan yang dilaksanakan oleh Daerah Nansha, setiap bakat ini boleh menerima subsidi penempatan semula minimum sebanyak RMB 2 juta atau sebuah pangsapuri bakat seluas 100 meter persegi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14109

PHOENIX SOFTWARE INTERNATIONAL® MEMPERLUAS PERJANJIAN PELESENAN KOD SUMBER IBM® Z/OS® JES3

Terbitan baharu berfungsi untuk membawakan kefungsian tambahan kepada JES3plus®, JES3 dan JES2

EL SEGUNDO, Calif., 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Phoenix Software International, Inc., hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperluas perjanjian pelesenan kod sumber dengan IBM untuk IBM z/OS® JES3. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Phoenix Software International merancang untuk mengembangkan lesen kod sumber JES3 yang awal untuk menambahkan komponen tambahan dalam ruang Pemindahan Data Pukal. Perkara ini membolehkan Phoenix Software International untuk membawakan set penawaran produk baharu kepada pasaran, termasuk komponen Pemindahan Data Pukal (BDT) terbitan, Fail kepada Fail untuk persekitaran JES2, JES3 dan JES3plus® dan Masukkan Kerja Rangkaian (NJE) Seni Bina Rangkaian Sistem (SNA) untuk persekitaran JES3 dan JES3plusyang dirancang untuk tahun 2021.

Elemen Fail kepada Fail BDT membolehkan pengguna satu sistem z/OS menyalin atau mengalihkan Data Berjujukan dan Berpetak MVS kepada atau daripada sistem z/OS lain melalui rangkaian SNA tradisional atau rangkaian yang dibawakan melalui infrastruktur IP yang menggunakan teknologi Pemanjang Perusahaan (EE). Fail kepada Fail menyokong jadual yang berstruktur untuk operasi menyalin/mengalih dan berfungsi dengan sebarang sistem z/OS tanpa mengira JES yang digunakan. Elemen SNA/NJE BDT membolehkan sistem z/OS menggunakan JES3 atau JES3plus untuk memindahkan kerja dan output kerja dengan rangkaian berasaskan SNA yang sama.

JES3plus® V1R0, produk terbitan JES3 keluaran pertama oleh Phoenix Software, tersedia pada awal tahun ini menawarkan penyelesaian untuk pelanggan z/OS yang masih menginginkan kefungsian berasaskan JES3. Peningkatan fungsi sedang diuji di lapangan sekarang dan dijangka tersedia secara umum kepada pengguna pada suku pertama tahun 2021.

Untuk membaca kandungan penuh, lihat kiriman Blog Phoenix Software International: https://phoenixsoftware.com/article.php?20201210

Untuk maklumat lanjut tentang JES3plus, lawati https://phoenixsoftware.com/jes3plus.htm.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14101

LEDDARTECH MENYERTAI PROGRAM RAKAN KONGSI STMICROELECTRONICS UNTUK MEMPERCEPAT MASA KEPADA PASARAN PELANGGAN

QUEBEC CITY, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Program Rakan Kongsi STMicroelectronics untuk bekerjasama dengan STMicroelectronics melalui pembangunan bersama dan promosi penyelesaian LiDAR berdasarkan penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS oleh STMicroelectronics dan komponen penderiaan dan produk perisian LeddarTech.

LeddarTech percaya bahawa kerjasama industri membawa kepada nilai pengguna akhir yang lebih besar dan perkara itu diperlukan secara khusus untuk menyelesaikan cabaran untuk menyampaikan sistem ADAS dan pelaksanaan pemanduan berautonomi. Kepercayaan ini membawa LeddarTech untuk mewujudkan dan merancang Leddar™ Ecosystem yang terdiri daripada pembekal terkenal dalam industri yang menyokong pembangunan pelanggan dalam penyelesaian penderiaan automotif untuk aplikasi ADAS dan AD.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14099