TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT COVID-19 YANG BAHARU

Memperluas Kit Alat Penyelidikan COVID-19 dengan Mencit hACE2 AC22 yang baharu

RENSSELAER, N.Y., 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan untuk penemuan ubat, mengumumkan pelancaran model mencit COVID-19 yang baharu. Mencit transgenik ACE2 (hACE2) manusia ini mengembangkan kit alat penyelidikan COVID-19 Taconic.

Pada Oktober 2020, Taconic melancarkan model hACE2 pertamanya. Mencit AC70 mengalami tindak balas yang membawa maut terhadap jangkitan oleh SARS-CoV-2 virus yang menyebabkan COVID-19. Sebaliknya, mencit AC22 yang baharu adalah tahan kemautan, membolehkan penyelidikan terapeutik, vaksin, dan gejala pasca-jangkitan.

Walaupun pelbagai model mencit hACE2 bagi jangkitan SARS-CoV-2 wujud, model tahan kemautan hACE2 AC22 adalah penting kerana model ini membolehkan kajian jangkitan submaut. Kebanyakan manusia yang dijangkiti SARS-CoV-2 sembuh dan model haiwan yang mereplika penyakit submaut dan pemulihan diperlukan. Mencit hACE2 AC22 menyediakan tempoh kajian yang lebih panjang untuk menilai keberkesanan ubat berbanding model jangkitan yang boleh membawa maut.

“Walaupun vaksin membawa harapan untuk menamatkan pandemik ini, penyelidikan pada COVID-19 masih diperlukan,” kongsi Dr. Michael Seiler, naib presiden model komersial di Taconic. “Terdapat ramai orang kini telah menghidap penyakit ini. Kita memerlukan model yang juga sembuh daripada penyakit ini untuk tempoh yang mencukupi bagi membantu dalam mereplika keadaan manusia tersebut. Kami tidak dapat menekankan lagi betapa pentingnya model AC22 baharu ini dalam membolehkan penyelidikan tersebut.”

Kohort yang sedia kajian tersedia untuk pesanan serta-merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencit hACE2 atau Kit Alat Koronavirus, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media: Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER: Taconic Biosciences

–BERNAMA

MENGAMBIL TINDAKAN BERSAMA-SAMA – MOHON SEKARANG

  • United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC) dan BMW Group telah mewujudkan Intercultural Innovation Award, yang menggalakkan dialog antara budaya selama sepuluh tahun
  • Untuk menandakan ulang tahunnya yang kesepuluh, organisasi di seluruh dunia telah dijemput untuk menghantar projek berinovatif untuk dipertimbangkan bagi anugerah (tarikh akhir: 27 Mei 2021)
  • Sepuluh pemenang anugerah akan menerima sejumlah USD 200,000 dalam bentuk bantuan kewangan
  • Fokus yang diberikan adalah pada projek yang didedikasikan untuk menggalakkan kepelbagaian, penyepaduan dan keterangkuman sosial

MUNICH dan NEW YORK, 28 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Sepanjang sepuluh tahun yang lepas, United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC) dan BMW Group telah menjemput organisasi di seluruh dunia untuk memohon Intercultural Innovation Award. Dua rakan kerjasama ini telah menggunakan anugerah ini untuk menyokong projek inovatif yang menggalakkan persefahaman antara budaya.

“Sambil kita meraikan sepuluh tahun kerjasama yang semakin berkembang UNAOC dan BMW Group dan kini dengan sokongan Accenture, kami akan terus bekerjasama untuk memperkuat penginovasi sosial canggih dan menggalakkan kepelbagaian dan masyarakat,” kata En. Miguel Ángel Moratinos, Perwakilan Tinggi untuk UNAOC.

“Pada tahun ulang tahun kami, kami bukan sahaja meraikan kejayaan kerjasama, tetapi juga menggunakan Intercultural Innovation Award sekali lagi untuk menarik minat masyarakat terhadap komuniti.” kata Ilka Horstmeier, ahli Lembaga Pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab untuk Sumber Manusia dan penaung Intercultural Innovation Award. Ini memberikan makna baharu dalam kita menghadapi Covid-19. Seperti dikatakan Horstmeier, “Kita hanya boleh mengurus cabaran tambahan yang disebabkan pandemik dengan mengambil tindakan bersama-sama.”

Dicari: projek untuk masyarakat yang terangkum dan berkepelbagaian

Tahun ini, fokus utama akan pada projek yang menggalakkan kesaksamaan jantina, memerangi ekstremisme ganas, kebencian dan prejudis serta menyokong seni, budaya, dan sukan sebagai kenderaan untuk kesepaduan dan kepelbagaian sosial.

Untuk memanfaatkan impak sosial bagi projek terpilih, kesemua sepuluh finalis akan menerima bantuan kewangan yang sama. Atas sebab ini, dengan sokongan Accenture, rakan kerjasama telah meningkatkan anugerah kewangan kepada USD 200,000. Selain itu, finalis akan menerima perundingan individu dan profesional serta mengambil bahagian dalam pelbagai sesi latihan dan bengkel.

Organisasi yang berminat harus menyerahkan permohonan mereka selewat-lewatnya 5:00 petang (EDT) pada Khamis, 27 Mei 2021, di www.interculturalinnovation.org.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14497

JOBDIVA MENJADIKAN PENGAMBILAN PEKERJA LEBIH CEKAP DENGAN BERSEPADU DENGAN JOBS ON FACEBOOK

NEW YORK, 28 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — JobDiva dengan bangga mengumumkan penyepaduan dengan Jobs on Facebook—penyepaduan yang pertama seumpamanya.

Jobs on Facebook memudahkan majikan dan perekurt untuk menyiarkan pekerjaan, mengurus permohonan dan berkomunikasi dengan calon yang lebih mudah. Dengan menyegerakkan jawatan kerja, penyepaduan JobDiva dengan Jobs on Facebook memperkasa perniagaan untuk mencapai calon di tempat mereka meluangkan jumlah masa yang ketara.

“Di JobDiva, kami berfokus pada mengurangkan pengangguran pada tempoh masa yang penuh dengan ketidakpastian ini, serta memadankan tenaga kerja dengan peluang yang mereka kehendaki melalui pemaksimuman keupayaan klien kami—dan melakukannya dengan pantas, demi kepentingan orang ramai,” kata Gus Samra, Ketua Pegawai Hasil JobDiva. “Penyepaduan JobDiva dengan Jobs on Facebook ialah contoh utama komitmen kami terhadap kejayaan bakat dan klien dan kami amat teruja dengan penyepaduan ini.”

Perihal JobDiva:JobDiva, ATS global utama, disampaikan kepada klien melalui awan. JobDiva berkedudukan sebagai ATS peringkat tinggi, mentakrifkan laluan inovasi dalam teknologi pengambilan kakitangan.

Maklumat Hubungan:
Bella Chen
Ketua Pemasaran, JobDiva
Bella.chen@jobdiva.com
+1 212-384-6566

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/65890c74-c25d-4a3c-a1a1-b11802201711/ms

SUMBER : JobDiva

TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN BORANG NYATA CUKAI BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2020 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan ialah seperti berikut:

http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/LHDNM14492.jpg

Sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2021 (Pindaan 1/2021) yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut:

i.    Bahasa Melayu:  
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_1.pdf

ii.   Bahasa Inggeris:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_2.pdf

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai. Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada).

Pembayar cukai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkara ini boleh menghubungi LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14492

KONVENSYEN KELUARGA SAKINAH CAPAI 15 RESOLUSI BAGI MENDEPANI CABARAN DAN ISU-ISU SEMASA KEKELUARGAAN

KOTA BHARU, 21 April (Bernama) — Ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta menghayati konsep Qawwam (kepimpinan) khususnya dalam hal ehwal kekeluargaan bagi menghadapi cabaran mendepani isu – isu semasa dalam institusi keluarga.

Pengetahuan ini penting untuk memberikan kesedaran tentang isu-isu kekeluargaan seperti cabaran akidah moden, teknologi gajet yang menuntut kebijaksanaan ibu bapa dalam mengharungi cabaran dunia langit terbuka pada masa kini.

Menurut Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam), Pusat Islam Universiti, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ustazah Ainul Kauthar Karim, setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga amat mengimpikan lahirnya sebuah keluarga yang bahagia.

Katanya, sesebuah institusi keluarga yang bahagia lahir sekiranya sebuah keluarga itu dipacu mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Namun mutakhir ini, kita sedia maklum pelbagai permasalahan dalam institusi kekeluargaan sering berlaku dalam masyarakat dan keadaan ini amat membimbangkan.

“Justeru, Program Konvensyen Keluarga Sakinah bertemakan Cabaran Mendepani Isu-Isu Semasa Kekeluargaan diadakan bagi mengupas isu-isu semasa bagi mencari solusi-solusi terbaik melalui pendekatan Islam bagi menghadapinya,” katanya.

Konvensyen Keluarga Sakinah 2021 anjuran Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu telah bersiaran secara langsung menerusi platform Facebook Live Rasmi UMK, pada 11 hingga 12 April 2021.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Tuan Mohd Suhaimi Mohamed merumuskan bahawa Konvensyen Keluarga Sakinah (KKS) telah menggariskan 15 resolusi sebagai rumusan dan saranan dalam mendepani cabaran serta isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan.

Katanya, berdasarkan kepada sembilan sesi pembentangan kertas kerja sepanjang dua hari konvensyen KSS itu berlangsung secara rasional telah merumuskan bahawa peranan dan penglibatan semua pihak dalam aspek kerohanian, kemahiran keibubapaan dan kemasyarakatan adalah penting dalam hasrat mencapai keluarga Sakinah.

“Untuk merealisasikan hasrat itu, pengukuhan akidah yang didokong elemen psikologi memainkan peranan penting mendepani cabaran dan permasalahan rumah tangga dengan Asas pendidikan kekeluargaan berdasarkan surah Luqman ayat 13-19 perlu diperkasakan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, kepentingan ibu bapa untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak secara berkesan tanpa bergantung kepada peranan gajet. Justeru, era ledakan teknologi maklumat dan aplikasi gajet menuntut kebijaksanaan ibu bapa dalam mengimbangi tuntutan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, resolusi itu juga merumuskan bahawa perkahwinan di usia muda memerlukan sokongan sewajarnya (moral dan kewangan) daripada kedua ibu bapa serta bimbingan (kursus pasca perkahwinan) daripada pihak berwajib.

“Mewujudkan dasar pendidikan seksualiti dalam menangani dan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa, ibu bapa perlu cakna dan berperanan memantau aspek pendidikan serta perkembangan seksualiti anak-anak, kempen kesedaran mengenai isu keganasan rumahtangga perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, keperluan kepada kefahaman yang jelas mengenai hak dan tanggungjawab berkaitan nafkah khususnya oleh setiap pasangan yang bercerai. Kepentingan ibu bapa mengambil tahu, memantau pergerakan dan pergaulan serta memainkan peranan untuk berbincang dengan anak-anak mengenai hal ehwal kehidupan mereka,” katanya.

Menurut Tuan Mohd Suhaimi , keupayaan suami dalam memenuhi konsep Qawwam (kepimpinan) dalam hal ehwal kekeluargaan merupakan faktor terpenting ke arah kerukunan dan keharmonian rumahtangga.

Katanya, keperluan kepada penyelidikan yang komprehensif mengenalpasti isu perceraian dan keruntuhan rumahtangga bagi menangani permasalahan dengan lebih berkesan.

“Kekuatan akidah merupakan aspek terpenting yang perlu diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat bagi menghadapi cabaran semasa berkaitan kecelaruan gender dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Platform media sosial perlu dioptimumkan dengan lebih berkesan dalam menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklum balas masyarakat berkaitan isu-isu kekeluargaan,’ katanya.

SUMBER: Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14478

DYADIC INTERNATIONAL MENGADAKAN SEMBANG SANTAI TENTANG “POTENSI TEKNOLOGI PROTEIN C1 DYADIC YANG TRANSFORMATIF DALAM MEMBANTU UNTUK MENANGANI CABARAN KESIHATAN GLOBAL”

Sembang Santai Diadakan pada Selasa, 4hb Mei @ 10 pagi Waktu Timur

JUPITER, Fla., 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Dyadic International, Inc. (“Dyadic”, “kami”, atau “Syarikat”) (NASDAQ:DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang menumpukan pada pembangunan dan pelaksanaan platform pengeluaran protein sel C1 proprietari untuk mengoptimumkan pembangunan vaksin, terapeutik dan produk berasaskan protein lain, hari ini telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sembang santai pada Selasa, 4 Mei 2021 pada pukul 10:00 pagi Waktu Timur. Sembang santai itu akan menumpukan pada potensi teknologi protein C1 Dyadic yang transformatif dalam membantu untuk menangani cabaran kesihatan global.

Perbincangan yang akan dikendalikan oleh moderator itu akan menampilkan Pemimpin Pendapat (KOL) yang berikut:

  • Alain Townsend, Ph.D. – Weatherall Institute – Universiti Oxford
  • Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. – Pusat Perubatan Erasmus
  • Cecil Nick – Parexel (Sokongan Klinikal & Kawal selia)
  • Joris Vandeputte – International Alliance for Biological Standardization

Perbincangan itu akan merangkumi:

  • Pertimbangan kawal selia dan manfaat platform C1
  • Kajian kes yang menjelaskan tentang pengeluaran antigen bernilai tinggi yang berjaya untuk kedua-dua Virus Schmallenburg dan Virus Demam Rift Valley berkaitan prestasi dalam platform pengeluaran lain
  • Usaha yang dijalankan oleh Dyadic untuk menghadapi varian SARS-CoV-2 yang memuncul termasuk usaha pembangunan Dyadic dalam memajukan calon vaksin domain pengikatan reseptor (RBD) untuk SARS-CoV-2 – DYAI-100 serta kejuruteraan titisan sel C1 untuk mengeskpres varian yang dikenali dan memuncul
  • Potensi platform C1 untuk membangunkan dan mengeluarkan COVID-19 pelbagai valen dan vaksin subunit lain termasuk vaksin pan-koronavirus yang boleh melindungi daripada kebanyakan atau semua varian
  • Membuat kejuruteraan gliko sel C1 untuk menghasilkan mAbs dan antibodi lain

Perbualan itu akan menampilkan Dr. David Bramhill sebagai moderator, seorang veteran dalam industri bioteknologi dengan pengalaman yang luas menggunakan pelbagai teknologi pengeluaran protein termasuk E. coli, Saccharomyces cerevisiae, Pichia pastoris, Tetrahymena, sel stabil Serangga SF9 (bukan bakulovirus), CHO dan HEK293.

Anda diundang untuk menyertai perbincangan penting ini. Anda akan mengetahui sebab Dyadic dan semakin ramai pemimpin pendapat dan pakar bidang percaya bahawa platform pengeluaran protein C1 oleh Dyadic memberikan penyelesaian pengeluaran yang kukuh untuk pengeluaran komersial skala fleksibel yang berkesan kos untuk terapeutik dan vaksin.

Anda boleh mendaftar untuk sembang santai ini di sini.

Alain Townsend, Ph.D. ialah seorang ahli imunologi di Weatherall Institute of Molecular Medicine, University of Oxford, yang telah menjalankan kajian tentang COVID-19 sepanjang tahun lepas.

Kebanyakan kajian Dr. Townsend adalah berkaitan dengan penyampaian antigen Influenza dengan molekul kelas I bagi kompleks Kehistoserasian Major. Sebelum ini, beliau telah mengenal pasti sasaran utama bagi sel T sebagai nukleoprotein terpelihara dan komponen protein matriks bagi virus tersebut dan telah menunjukkan bahawa sistem penyampaian antigen sitosolik yang menghasilkan peptida yang diterbitkan daripada protein ini ke dalam ER yang menjadi tempat pengikatannya kepada molekul MHC kelas I. Dengan pandemik yang berlaku baru-baru ini, minat ini diteruskan dengan pelanjutan praktikal dalam isu tentang sama ada imuniti heterotip (antara strain pandemik) boleh dicetuskan dalam manusia dengan strain influenza hidup dilemahkan. Kami telah membangunkan reka bentuk sendiri bagi virus hidup dilemahkan yang dipanggil S-FLU, yang bergantung pada mutasi dalam turutan isyarat hemaglutinin yang permisif terhadap jangkitan tetapi mencegah replikasi virus. Manfaat pendekatan ini ialah semua protein viral dinyatakan dalam konteks mereka yang sewajarnya di dalam paru-paru dan oleh itu boleh mencetuskan respons sel T dan B setempat yang penuh. Dr. Townsend sedang membangunkan kaedah untuk menyampaikan virus vaksin menggunakan aerosol dengan kerjasama Ronan Mac Loughlin di Aerogen. Keputusan awal dengan kerjasama Dr. Kanta Subbarao (NIH) menunjukkan bahawa virus vaksin kami mampu untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jenis influenza paling virulen dalam model jangkitan murin dan feret dan kami sedang mengkaji respons di dalam khinzir sebagai haiwan besar yang relevan (dengan kerjasama Elma Tchillian, Pirbright). Dr. Townsend kini sedang mengkaji mekanisme imuniti ini di dalam khinzir.

Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. pernah menjadi Ketua Jabatan Virosains di Erasmus MC Rotterdam hingga 2014, yang kini Pengarah Pusat Perubatan Jangkitan dan Penyelidikan Zoonosis dan Profesor Undangan di University of Veterinary Medicine Hannover. Beliau sudah lama berkecimpung sebagai penyelidik saintifik dan Ketua Penyiasat bagi pelbagai projek saintifik yang utama. Di Erasmus MC, Profesor Osterhaus telah menjalankan makmal virologi diagnostik dengan lebih 40 kakitangan dan makmal virologi penyelidikan dengan lebih 150 pegawai. Program penyelidikannya mengikut konsep “virosains” bersepadu yang baharu, menghimpunkan saintis terkemuka dunia dalam virologi molekul, imunologi, epidemiologi, patogenesis dan kajian intervensi tentang jangkitan manusia dan virus haiwan. Antara pencapaian besarnya ialah penemuan lebih daripada 70 virus baharu manusia dan haiwan (cth. metapneumovirus manusia, koronavirus, virus influenza), penjelasan patogenesis bagi jangkitan manusia dan virus haiwan dan pembangunan strategi intervensi baharu.

Penghargaan antarabangsa untuk Profesor Osterhaus diserlahkan lagi dengan anugerah besar, jemputan ceramah undangan, jawatan penganjur (bersama) bagi mesyuarat antarabangsa dan penyunting bagi jurnal saintifik. Profesor Osterhaus telah menjadi mentor untuk lebih 80 pelajar PhD dan memegang beberapa paten penting. Beliau juga pengarang bagi lebih 1300 kertas kerja dalam jurnal semakan rakan kesepakaran, serta dipetik lebih daripada 70,000 kali dan dengan indeks H > 116. Buat masa ini, beliau juga merupakan Pengerusi bagi European Working Group on Influenza (ESWI). Beliau telah menganjurkan pelbagai persidangan saintifik antarabangsa tentang influenza dan jangkitan lain yang memuncul, memegang beberapa jawatan penyunting kanan dan telah menerima pelbagai anugerah berprestij. Beliau ialah ahli Akademi Sains Kebangsaan Belanda dan Jerman, ahli Belgium Academia of Medicine dan Komander bagi Order of the Dutch Lion.

Cecil Nick, Naib Presiden (Teknikal), di PAREXEL telah bekerja dalam hal ehwal kawal selia dan pembangunan klinikal selama lebih 30 tahun; lebih 25 tahun beliau telah menumpukan pada perubatan biologi. En. Nick memiliki kepakaran dalam monoklon dan bioserupa, dengan pengalaman dalam lebih 20 program sedemikian, terlibat dalam lebih 50 interaksi dan mesyuarat dengan agensi kawal selia di EU, AS, Kanada, Australia, Mexico, Brazil dan menyokong 6 penyerahan di EU dan AS. Beliau juga pernah banyak menyertai mesyuarat industri dan antarabangsa berkenaan subjek tersebut. Di samping itu, En. Nick berpengalaman luas dalam ubat yatim dan dalam pelbagai bidang terapeutik termasuk tetapi tidak terhad kepada, onkologi, jangkitan keradangan, diabetes, tumbesaran dan hematologi.

En. Nick ialah Felo TOPRA dan telah menjadi pensyarah undangan di Cardiff University MSc dalam kursus Penyelidikan Klinikal dan Greenwich University MSc dalam kursus Sains Farmaseutikal dan ketua Modul Biotek untuk kursus Msc TOPRA. Beliau juga sebahagian daripada panel suntingan bagi Penyelidikan Klinikal SCRIP dan telah mengarang pelbagai artikel tentang isu kawal selia dan pembangunan klinikal.

Dr. Joris Vandeputte, Presiden IABS (International Alliance for Biological Standardization), ialah ahli pengasas IABS-EU, sekutu Eropah bagi IABS. Sejak 1955, IABS ialah platform bebas global, yang menjadi tempat pihak berkepentingan bertemu untuk perbincangan tentang sains dan isu berkaitan vaksin, terapi sel dan gen dan Bioterapeutik manusia. IABS merangsang pembinaan sepersetujuan yang akhirnya menghasilkan rangka kerja kawal selia dan pengesyoran kepada pembuat keputusan. Pada Disember 2019, IABS dan VAC2VAC telah menganjurkan persidangan tentang pengujian Haiwan untuk vaksin – Melaksanakan Penggantian, Pengurangan dan Penghalusan: Cabaran dan Keutamaan di Bangkok, Thailand, 3-4 Disember 2019

Dr. Vandeputte memperoleh sarjana kedoktoran dalam Perubatan Veterinar pada 1976 di Gent University, Fakulti Perubatan Veterinar, Belgium. Sebagai ahli virologi di universiti ini (1976-1980), Joris menemukan flu H1N1 sebagai patogen untuk khinzir, membawakan pemahaman lebih baik tentang H1N1 sebagai zoonosis. Kemudian, di Kementerian Pertanian Belgium, beliau menumpukan pada kawalan penyakit haiwan di Belgium dan Kesatuan Eropah sebelum menyertai Institut Mérieux, Rhône Mérieux, yang menjadi Merial. Dr. Vandeputte mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam sains, industri dan organisasi antarabangsa. Beliau telah terlibat dalam rantaian nilai lengkap vaksin: penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran, kawal selia dan pemasaran.

Perihal Platform Pengeluaran Protein C1

Platform pengeluaran protein C1 menyampaikan peluang signifikan untuk memanfaatkan teknologi pengeluaran protein perindustrian untuk mengatasi batasan teknologi pengeluaran protein yang lama, lalu membolehkan pengeluaran terapeutik dan vaksin berskala besar. Dalam norma vaksinasi global yang baharu, dunia ini memerlukan teknologi pengeluaran protein yang serba boleh dan boleh dipercayai yang menyediakan respons pantas dan pengeluaran yang menyeluruh dan berkesan kos. Sejak 2016, Dyadic telah sibuk menjuruterakan semula platform pengeluaran protein C1 untuk menghasilkan vaksin & terapeutik berasaskan glikoprotein rekombinan untuk kegunaan kesihatan manusia dan haiwan.

Perihal Dyadic International, Inc.

Dyadic International, Inc. ialah sebuah syarikat bioteknologi global yang membangunkan sesuatu yang dipercayai akan menjadi platform ekspresi gen biofarmaseutikal penting berasaskan fungus Thermothelomyces heterothallica (sebelum ini dikenali sebagai Myceliophthora thermophila), yang dipanggil C1. Mikroorganisma C1, yang mendayakan pembangunan dan pengeluaran berskala besar protein kos rendah, berpotensi untuk dibangunkan lebih lanjut ke dalam sistem ekspresi yang selamat dan berkesan, yang boleh membantu untuk mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan ubat pada skala komersial yang fleksibel. Dyadic menggunakan teknologi C1 dan teknologi lain untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti komersial lain untuk membangunkan dan mengeluarkan vaksin dan ubat manusia dan haiwan, contohnya virus seperti partikel (VLP) dan antigen, antibodi monoklon, fragmen antibodi Fab, protein Fc-Fusion, bioserupa dan/atau biolebih baik, dan protein terapeutik lain. Sesetengah aktiviti penyelidikan lain sedang dijalankan, termasuk penerokaan yang menggunakan C1 untuk membangunkan dan menghasilkan metabolit tertentu dan produk biologi lain. Dyadic menjalankan penyelidikan dan kerjasama pembangunan, pengurusan lesen dan peluang komersial lain dengan rakan kongsi dan rakan usaha samanya untuk memanfaatkan nilai dan manfaat teknologi ini dalam pembangunan dan pengeluaran biofarmaseutikal. Memandangkan populasi menua semakin meningkat di negara maju dan tidak maju, Dyadic percaya teknologi C1 akan dapat membantu untuk memasarkan vaksin biologi, ubat dan produk biologi lain dengan lebih cepat, lebih banyak, pada kos yang lebih rendah, dan dengan ciri baharu bagi pembangun dan pengeluar ubat, dan meningkatkan akses dan kos kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, tetapi paling penting, menyelamatkan nyawa.

Sila layari laman web Dyadic di http://www.dyadic.com untuk maklumat tambahan, termasuk butiran berkenaan rancangan Dyadic untuk perniagaan biofarmaseutikalnya.

Pelabuhan Selamat Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk penyataan berkenaan jangkaan, niat, strategi, dan kepercayaan Dyadic International berkaitan kejadian akan datang atau prestasi kewangan akan datang. Kejadian atau keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada maklumat yang terdapat dalam pernyataan prospektif kerana pelbagai faktor penting, termasuk faktor yang diterangkan dalam pemfailan paling terkini Syarikat dengan SEC. Dyadic tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara umum sebarang pernyataan prospektif, sama ada kerana maklumat baharu, kejadian akan datang atau sebaliknya. Untuk keterangan yang lebih lengkap tentang risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan semasa kita, sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam laporan tahunan Dyadic pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan pada Borang 10-Q yang difailkan dengan SEC, kerana faktor tersebut mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala Dyadic dengan SEC, yang boleh diakses di laman web SEC dan di http://www.dyadic.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14493

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KEDUDUKAN 801-1000 THE IMPACT RANKING

BACHOK,  26 April (Bernama) — Buat julung kalinya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tersenarai pada kedudukan 801-1000 daripada 1115 institusi pengajian tinggi di dunia untuk 2021 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Ranking, yang diumumkan pada 21 April 2021.

THE Impact Ranking yang diperkenalkan oleh THE mengambil kira petunjuk yang menilai pencapaian universiti berdasarkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau lebih dikenali sebagai 17 United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Prestasi UMK pada THE Impact Ranking ini dinilai berdasarkan pencapaian terbaik di dalam empat SDG dimana UMK menunjukkan prestasi memberangsangkan pada SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG 15 (Life of Land) yang berada di kedudukan ke 201–300 manakala untuk SDG 1 (No Poverty) UMK di kedudukan ke 301–400. Sementara itu, UMK dinilai pada kedudukan 401+ untuk SDG 7 (Affordable And Clean Energy) dan SDG 12 (Responsible Consumption And Production). Manakala SDG 11 (Sustainable Cities and Communities) di kedudukan 601+ dan untuk SDG 4 (Quality Education) di kedudukan 801+.

Pencapaian terbaik itu merupakan pengiktirafan global dan petanda positif kepada keberkesanan pelbagai inisiatif UMK ke arah menjadi Universiti Keusahawanan terkemuka dunia menjelang 2030. Inisiatif ini juga adalah selari dengan dasar Kementerian Pengajian Tinggi iaitu University for Society (U4S) yang menekankan bahawa fokus utama universiti juga adalah untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

SUMBER : Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pusat Komunikasi Korporat, UMK
Nama : Encik Mohd Adzwan Bin Kamaruzaman
Tel : 0199811719
E-mel : adzwan@umk.edu.my

Nama : Syarimie Wosley
Tel : 019 9681001
E-mel : syarimie@umk.edu.my 

–BERNAMA

EKSO MEMPERLUAS PENGGUNAAN RANGKA LUAR ROBOTIK MILIKNYA MERENTASI ASIA

Royal Rehab merupakan pusat pertama yang disahkan untuk membawa EksoNR ke Australia

SYDNEY, Australia, 26 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Ekso Bionics, sebuah peneraju industri dalam teknologi rangka luar dengan kehadirannya di Malaysia, Ekso Bionics mengumumkan kerjasama dengan Royal Rehab di Australia, untuk meluaskan penggunaan rangka robotik miliknya merentasi rantau Asia Pasifik.

Dengan pelan perluasan terkini oleh Ekso Bionics di Asia Pasifik, EksoNR kini berada Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Australia. Ekso merupakan rangka luar robotik yang paling kerap digunakan secara klinikal di seluruh dunia dan di Asia, serta telah membantu pesakit mengambil lebih daripada 130 juta langkah di seluruh dunia.

Royal Rehab, pembekal perkhidmatan sokongan pemulihan dan ketidakupayaan utama Australia, telah menandatangani perjanjian dengan Ekso Bionics untuk membawa teknologi rangka luar lanjutan ke Australia.

Pemerolehan tersebut menandakan permulaan pelan Royal Rehab untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pemulihan yang dipacu teknologi melalui pemerolehan teknologi bantuan.

Bukti Klinikal Mencadangkan Latihan Gaya Jalan EksoNR:

  • Meningkatkan keseimbangan fungsi di luar peranti dalam kalangan pesakit yang mengalami kecederaan korda spina (SCI) dengan pergerakan yang tidak sempurna.
  • Meningkatkan jarak berjalan di luar peranti dalam kalangan pesakit dengan penyakit strok dan SCI dengan pergerakan yang tidak sempurna semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.
  • Meningkatkan kelajuan gaya jalan pesakit di luar peranti semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.

Matt Mackay, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Rehab, menyatakan bahawa kemajuan teknologi sedang memacu hasil yang lebih baik dan lebih pantas untuk pesakit yang mengalami keadaan dan kecederaan yang boleh mengubah hidup, namun sehingga kini pilihan ini masih belum tersedia di Australia.

“Mereka yang dirawat untuk keadaan neurologi di luar negara akan sering kali mempunyai akses kepada teknologi bantuan yang akan mengubah kualiti kehidupan seseorang dengan ketara,” kata Mackay.

“Robotik, realiti maya dan rangka luar merupakan sebahagian daripada program pemulihan di negara lain kerana teknologi ini boleh mempercepat pemulihan, kekuatan dan mobiliti kepada tahap yang baharu. Pesakit di Australia kini mempunyai peluang untuk mengakses teknologi yang berpotensi mengubah hidup mereka.”

“Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam teknologi pemulihan yang akan memperkasa orang yang mengalami ketidakupayaan dengan tahap kebebasan, pilihan dan kemandirian yang tiada tandingannya,’’kata Mackay.

EksoNR buat masa ini boleh didapati melalui perkhidmatan Royal Rehab termasuklah Hospital Swasta Royal Rehab, Perkhidmatan Pemulihan Komuniti, dan unit pakar otak dan kecederaan spina, dan akan tersedia di Hospital MetroRehab tidak lama lagi. Royal Rehab juga masih dalam perbincangan dengan Ekso Bionics untuk bertindak sebagai tapak demonstrasi EksoNR, untuk pembekal pemulihan yang lain dalam pasaran Australia pada masa hadapan.

Menurut Chwee Foon, Presiden Asia Pasifik, Ekso Bionics, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Royal Rehab sebagai salah sebuah pusat pemulihan kami yang sah , untuk membawa EksoNR kepada warga Australia. Dengan reputasi mereka yang kukuh dalam pemulihan neurologi, otak dan kecederaan korda spina serta komitmen untuk memperkasa orang mencapai potensi mereka, organisasi ini ternyata sangat sesuai. Kerjasama ini telah mengukuhkan lagi matlamat kami untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi robotik kami merentasi Asia Pasifik.”

EksoNR ditetapkan untuk merevolusikan amalan pemulihan di Malaysia dan Asia dengan keupayaannya untuk membantu dalam meningkatkan pemulihan pesakit berikutan angin ahmar, kecederaan otak yang diperoleh dan kecederaan spina korda. Ekso telah diagihkan secara aktif merentasi pelbagai hospital pemulihan dan pusat pemulihan harian di komuniti merentasi negara utama Asia.

Di Malaysia, terdapat 92 kemasukan ke hospital berkaitan angin ahmar setiap hari. Angin ahmar merupakan punca utama ketidakupayaan jangka panjang dan kehilangan mobiliti, terutamanya dalam kalangan warga emas. Lebih daripada 65% pesakit strok mempunyai keupayaan yang terjejas untuk berjalan kaki dan 30% mempunyai kecacatan motor jangka panjang.

Perihal Royal Rehab
Royal Rehab ialah peneraju pembekal sokongan pemulihan dan ketidakupayaan serta organisasi bukan keuntungan yang berdaftar. Ditubuhkan pada tahun 1899, Royal Rehab dikenali secara meluas sebagai pakar pemulihan kecederaan otak dan korda spina di seluruh dunia. Perkhidmatan ini juga menggabungkan penginapan yang disokong, dua hospital persendirian (Royal Rehab Private dan Hospital MetroRehab), pusat peranginan yang dibina untuk pesakit dengan kecederaan korda spina dan perkhidmatan komuniti yang memberi klien kami penjagaan kualiti yang menyeluruh. Royal Rehab diuruskan oleh pasukan yang berpengalaman dan khusus untuk memaksimumkan kemahiran hidup, keupayaan dan kebebasan. Kami menyediakan pendekatan yang terbaik dalam kelasnya melalui komitmen kami terhadap kecemerlangan klinikal, program inovatif dan perkhidmatan berpusatkan individu.

Untuk maklumat lanjut tentang Royal Rehab, lawati www.royalrehab.com.au

Perihal Ekso Bionics®
Ekso Bionics® ialah peneraju kepada penyelesaian rangka luar yang meningkatkan potensi manusia dengan menyokong atau meningkatkan kekuatan, ketahanan dan mobiliti pada seluruh aplikasi perubatan dan industri. Ditubuhkan pada tahun 2005, Syarikat terus meningkatkan kepakaran peneraju industri untuk mereka bentuk beberapa robot canggih dan inovatif yang boleh digunakan dan tersedia di pasaran. Ekso Bionics ialah satu-satunya syarikat rangka luar yang menawarkan teknologi yang terdiri daripada membantu pesakit yang lumpuh untuk berdiri dan berjalan kepada meningkatkan keupayaan manusia di tapak kerja di seluruh dunia. Syarikat ini yang beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan disenaraikan pada Nasdaq Capital Market di bawah simbol “EKSO.” Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: www.eksobionics.com atau ikuti @EksoBionics pada Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14489

PRA HEALTH SCIENCES DIPILIH OLEH MARYLAND STATE MEDICAL SOCIETY UNTUK MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN PEMANTAUAN PESAKIT DARI JAUH DAN TELEKESIHATAN

Doktor yang berpangkalan di Maryland boleh mengerahkan pilihan jagaan dari jauh untuk pesakit dengan teknologi kesihatan digital PRA

RALEIGH, N.C. dan BALTIMORE, 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) dan Maryland State Medical Society (MedChi) hari ini mengumumkan bahawa Care Innovations, sebuah syarikat PRA Health Sciences, telah dipilih oleh MedChi untuk menjadi pembekal pilihan bagi pemantauan pesakit, telekesihatan dan perkhidmatan kesihatan digital untuk rangkaiannya yang sebanyak 22,000+ doktor berlesen merentasi 50+ kepakaran perubatan. Doktor di Maryland kini mempunyai pembekal dipercayai untuk menggunakan sistem yang selamat dan mematuhi privasi dengan cepat untuk mengekalkan penjagaan pesakit dari jauh, termasuklah lawatan rutin dan pengurusan penyakit kronik.

“Inilah masa untuk menggunakan RPM bagi mengurus jagaan pesakit,” kata Gene Ransom, Ketua Pegawai Eksekutif, MedChi. “Wabak ini telah membuktikan manfaat klinikal dan ekonomi pemantauan pesakit dari jauh dan doktor sedang mencari vendor yang betul untuk menyokong model maya jangka panjang ini. MedChi berbesar hati untuk membantu doktor memilih pembekal yang menyeluruh dan mengembangkan akses pesakit kepada perkhidmatan penting ini dengan cepat.”

Pemantauan pesakit jauh ialah komponen penting jagaan kesihatan yang menyumbang kepada hasil pesakit yang lebih baik dan kepuasan pesakit yang lebih tinggi. Dengan merekodkan maklumat perubatan secara automatik dan dari jauh, RPM menawarkan jagaan yang menyeluruh dan mengutamakan pesakit, terutamanya untuk warga emas dan pesakit yang berisiko tinggi. Dalam persekitaran pandemik hari ini, RPM dapat membantu pesakit mengelakkan pendedahan kepada COVID-19 dan mengurangkan lawatan ke jabatan kecemasan dan kemasukan ke hospital dengan menilai maklumat kesihatan pesakit dari keselesaan rumah mereka.

Dengan memilih Care Innovations, doktor akan menerima teknologi doktor dan menghadap pesakit, termasuk platform pemantauan pesakit dari jauh, aplikasi mudah alih Health Harmony, pusat penyelarasan diterajui jururawat, dan peranti disambungkan kepada Internet, seperti kaf tekanan darah, oksimeter nadi, dan meter glukosa. Pesakit boleh menggunakan peranti perubatan dan aplikasi mudah alih ini untuk mengurus jagaan mereka di rumah, manakala doktor mereka memantau data dari jauh. Selain itu, doktor boleh memilih untuk pengurusan jagaan bulanan, yang membenarkan pengebilan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan kod RPM CPT Medicare untuk pesakit yang memenuhi keperluan.

“Pemantauan pesakit dari jauh dan telekesihatan menawarkan cara inovatif untuk doktor memantau kesihatan pesakit mereka dalam masa hampir nyata tanpa sekatan perjalanan atau masa,” kata Randy Swanson, Naib Presiden Kanan di PRA Health Sciences dan Presiden Care Innovations. “Penyelesaian kesihatan digital PRA menyediakan infrastruktur, teknologi dan pelan pembayaran balik pembayar untuk menyokong keperluan klinik doktor dan keperluan jagaan kesihatan pesakit.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar diri bagi perkhidmatan ini hari ini, doktor Maryland boleh melawati CareInnovations.com atau halaman MedChi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14485

SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH OLEH TELKOMSIGMA UNTUK PENYEPADUAN DALAM UNIVERSITI DI INDONESIA

Kerjasama ini akan membawa awan peribadi kepada pasaran bagi lebih daripada 25 universiti dan lapan juta pelajar dalam tiga tahun yang akan datang

BRIDGEWATER, N.J., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Telkomsigma, bahagian IT Telkom Indonesia Group, untuk menyampaikan Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud® ke universiti di Indonesia. Telkom Community Cloud akan ditawarkan kepada pelajar di 25 universiti sebagai alat untuk menyimpan, berkongsi dan memindahkan dokumen akademik bersama-sama profesor, kumpulan sekolah dan rakan sebaya mereka dengan selamat.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud label putih akan dijalankan di samping FLOU, platform berbilang awan Telkomsigma. Pelajar tahun pertama di universiti terpilih akan dapat menyertai penyelesaian awan baharu pada permulaan September, dengan ribuan pelajar tambahan akan disertakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pada penghujung proses pendaftaran selama tiga tahun, 450,000 pelajar dijangkakan akan mempunyai akses kepada penyelesaian awan peribadi dikuasakan Synchronoss yang baharu. Pelajar juga akan mempunyai pilihan untuk terus menggunakan versi berbayar bagi penyelesaian yang sama selepas mereka menamatkan pengajian, memberikan mereka keupayaan untuk mencapai, menyimpan dan berkongsi fail akademik, foto, video dan kandungan peribadi yang lain lama selepas mereka meninggalkan institusi pendidikan mereka.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss untuk menawarkan universiti di Indonesia penyelesaian awan peribadi yang memenuhi keperluan kedua-dua pelajar dan fakulti,” kata M Hassan Salman, EVP Telkomsigma. “Sama ada mereka menghadiri kelas bersemuka atau memanfaatkan pembelajaran jarak jauh, pelajar sedang menjana dan berkongsi jumlah data yang besar dengan rakan sebaya dan profesor mereka, dan mesti yakin bahawa kandungan mereka dilindungi dan juga tersedia apabila diperlukan. Telkomsigma Community Cloud dan keupayaannya untuk memastikan fail tersebut boleh diakses dan selamat akan memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada pelajar hari ini serta pada masa hadapan setelah mereka menamatkan pengajian.”

Selain memberi pengguna universiti akses kepada kandungan mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa serta keupayaan untuk berkongsi kandungan tersebut secara mudah dengan orang lain, keupayaan sandaran automatik Telkomsigma Community Cloud juga melindungi pelajar daripada kehilangan data yang disebabkan oleh kegagalan perkakasan. Tidak seperti penyelesaian awan lain di pasaran, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss membenarkan data pelajar disimpan dalam negara, keperluan kritikal untuk Telkomsigma mematuhi undang-undang Indonesia.

Anthony Socci, Presiden dan GM APAC, mengatakan nilai kerjasama baharu dengan Telkomsigma ini menjangkaui kepentingan untuk menyediakan awan peribadi yang mudah diakses, disampaikan universiti kepada jutaan pelajar universiti. “Institusi akademik semakin kerap mencari jalan untuk menyediakan penyelesaian awan peribadi kepada pelajar dan kakitangan mereka tatkala magnitud kandungan digital yang dicipta dan dikongsi meningkat secara mendadak. Seperti yang Telkomsigma dapati, Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud dapat memenuhi keperluan yang kadangkala unik bagi sektor akademik dengan sepenuhnya – sama ada keperluan tersebut berkemungkinan ialah kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan baharu dengan pantas atau kapasiti untuk mematuhi peraturan privasi data tempatan. Kami teruja untuk melihat cara kerjasama kami dengan Telkomsigma akan membuka pintu untuk kerjasama tambahan dengan organisasi pendidikan lain.”

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain, termasuk pembekal insurans, di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

Perihal Synchronoss

Synchronoss mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan penyelesaian awan, pemesejan, dan digital yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai, dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14486