INVNT® MENGUMUMKAN PERTUMBUHAN PASUKAN KREATIF DAN PENERBITAN DI SINGAPURA DAN SYDNEY

Portfolio klien yang semakin berkembang membawa kepada enam penggajian baharu merentasi APAC

SYDNEY, Australia, 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —INVNT. The global live brand storytelling agency® telah mengembangkan operasi APAC dengan pelantikan bakat kreatif dan penerbitan baharu di Singapura dan Sydney. 

Berpangkalan di Singapura, Sarah Bailey menyertai INVNT sebagai Pengarah Kreatif, beliau akan bertanggungjawab untuk merancang idea kempen yang menarik untuk klien di seluruh rantau APAC. Bailey membawa lebih sepuluh tahun pengalaman kepada peranan ini, beliau pernah bekerja dalam peranan agensi dan pihak klien di syarikat termasuklah Freeman dan Publicis Singapore. Beliau menyertai Karen Ho dalam pasukan kreatif, yang menyertai syarikat sebagai Pereka Junior di Sydney.

Agensi ini telah membina lagi kepakaran penerbitan berikutan permintaan berterusan daripada klien untuk pengalaman maya dan hibrid tahap tinggi. Berpangkalan di Sydney, Ema Wakeford telah dilantik untuk peranan Penerbit Eksekutif dan menyertai dari George P. Johnson. Beliau pernah terlibat dalam acara termasuklah Light, Music & Ideas Festival yang terkenal, Vivid Sydney dan dengan jenama seperti Cadbury dan Johnson & Johnson.

Pasukan ini juga mengalu-alukan Caroline Bubb sebagai Penerbit Kanan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam terlibat dalam acara di Australia dan UK, Penerbit Rebecca Wheatley yang berpengalaman dalam festival dan acara menghadap pengguna termasuklah Margaret River Gourmet Escape, Taste Festivals Australia, Mercedes-Benz Fashion Week Australia dan ARIA Awards, dan Penyelaras Penerbitan, Lauren Moorhouse yang menyertai dari CWT Meetings & Events.

Laura Roberts, Pengarah Pengurusan, INVNT APAC berkata: “Pertumbuhan INVNT di Singapura dan Sydney merupakan bukti kepada pasukan kami, yang telah berjaya menyesuaikan dan menjangkaui sempadan kreatif untuk menyampaikan pengalaman menarik kepada klien kami sepanjang perubahan besar untuk industri.   

“Sebagai agensi strategi dan diterajui kekreatifan, saya amat teruja untuk Sarah dan Karen menyertai pasukan kami bagi memastikan kami terus mengejutkan dan memuaskan klien dengan pemikiran yang luar jangkaan dan reka bentuk yang menonjol, serta sepasukan penerbit iaitu Ema, Caroline, Rebecca dan Lauren yang berbakat, yang akan merealisasikan pemikiran ini merentasi pengalaman maya,hibrid, secara berkembang tatkala pandemik berubah-ubah merentasi rantau APAC.”

Klik di sini untuk visual.

Perihal INVNT

Diasaskan pada 2008 oleh Scott Cullather dan Kristina McCoobery, INVNT menggunakan seni penceritaan jenama langsung untuk mencipta dan menghasilkan pengalaman langsung yang menarik minat dan menyatukan khalayak fizikal dan maya secara global. Pernyataan pendekatan ‘challenge everything’ syarikat membantu pelanggan termasuk General Motors, Grant Thornton, Merck, PepsiCo dan Samsung untuk berkongsi kisah mereka dengan setiap khalayak yang penting. Sebahagian daripada [INVNT GROUP], THE GLOBAL BRANDSTORY PROJECT™, pejabat INVNT terletak secara strategik di New York, London, Sydney, Detroit, San Francisco, Washington D.C., Stockholm dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.invnt.com

Maklumat Hubungan:
Brea Carter
INVNT
bcarter@invnt.com
+61(0)431407006 

SUMBER : [INVNT GROUP]™

RIPPLE MEMPEROLEHI 40% KEPENTINGAN DALAM TRANGLO PAKAR PEMBAYARAN RENTAS SEMPADAN TERKEMUKA DI ASIA

Memperkukuhkan perkongsian yang sedang berjalan untuk memperluaskan Kecairan Atas Permintaan RippleNet di pasaran-pasaran utama bermula di Asia Tenggara

SINGAPURA, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Ripple, penyedia terkemuka bagi penyelesaian blok rantai perusahaan untuk pembayaran global, mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk memperolehi 40% dalam Tranglo, pakar pembayaran rentas sempadan terkemuka di Asia. Perkongsian ini akan membolehkan Ripple untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di rantau itu dan memperluaskan jangkauan Kecairan Atas Permintaan (ODL), yang menggunakan aset digital XRP untuk mengirim wang dengan serta-merta dan mengurangkan keperluan modal kerja.

Sebagai perintis untuk perkhidmatan pembayaran rentas sempadan, Tranglo akan memainkan satu peranan penting di dalam menyokong koridor sedia ada, seperti Filipina, dan memperkenalkan koridor ODL baharu di dalam rangkaian mereka yang ada sekarang. Ketika Ripple memperluaskan kehadiran ODL mereka di rantau itu, pelanggan RippleNet yang menggunakan ODL akan juga dapat memanfaatkan Kemudahan Kredit Ripple untuk membebaskan modal kerja dan menskalakan pembayaran rentas sempadan ke dalam lebih banyak pasaran berbanding sebelum ini. Tranglo akan terus menyedia dan memperluaskan perkhidmatan pembayaran semasa mereka untuk membuat urus niaga rentas sempadan lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat bagi pelanggan mereka.

Landskap pembayaran di Asia Tenggara sangat berpecah belah. Setiap negara dilengkapi dengan proses dan infrastruktur pembayaran mereka sendiri yang unik – kurangnya satu penyepaduan standard bagi pembayaran rentas sempadan serantau pada masa ini memerlukan penyelesaian yang mahal. Perkongsian ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat menggabungkan kepakaran tempatan mereka yang mendalam untuk menangani cabaran yang berkaitan dengan pembayaran rentas sempadan.

Pelaburan Ripple di dalam Tranglo adalah satu gambaran mengenai komitmen syarikat itu yang lebih mendalam untuk memperkayakan ekosistem pembayaran di Asia Tenggara, rantau yang paling cepat berkembang untuk penerimaan RippleNet. Minggu lalu, syarikat itu telah mengumumkan Brooks Entwistle sebagai Pengarah Urusan bagi Asia Tenggara untuk mengetuai dan meningkatkan operasi mereka di Asia Tenggara.

Jacky Lee, Ketua Pegawai Eksekutif di Tranglo, berkata: “Tranglo selalu membanggakan diri dalam menjadikan urus niaga rentas sempadan lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat. Dengan bekerjasama rapat dengan Ripple dan memperkenalkan Kecairan Atas Permintaan ke pasaran baharu, kami berhasrat untuk meningkatkan cita-cita bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses dan adil kepada orang ramai.”

Asheesh Birla, Pengurus Besar RippleNet di Ripple, berkata: “Infrastruktur pembayaran Tranglo yang teguh ditambah dengan perkhidmatan dan kualiti pelanggan mereka yang tiada tandingan menjadikan mereka sebuah rakan yang ideal untuk menyokong pengembangan Kecairan Atas Permintaan kami bermula dengan rantau Asia Tenggara. Kami teruja untuk meneruskan dan melaksanakan misi bersama kami untuk mengubah urus niaga  rentas sempadan menjadi lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat dengan teknologi blok rantai dan aset digital.”

Penyiapan bagi urus niaga ini adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan biasa dan dijangka akan berlaku pada tahun 2021. Apabila siap nanti, Amir Sarhangi, Naib Presiden bagi Produk dan Penghantaran di Ripple, dan Brooks Entwistle akan bergabung dengan lembaga pengarah Tranglo. Kumpulan TNG Fintech akan kekal sebagai pemegang saham majoriti di Tranglo dan akan bekerjasama dengan Ripple untuk mengembangkan lagi rangkaian pengiriman wang global Tranglo.

RippleNet memanfaatkan teknologi lejar yang diedarkan untuk menyampaikan penyelesaian kewangan – daripada pesanan dwi hala, penyelesaian, pengurusan kecairan dan kemudahan kredit – kepada satu rangkaian rakan global. Tahun lalu, Ripple mengumumkan Kemudahan Kredit, satu perkhidmatan di RippleNet yang membolehkan pelanggan menggunakan Kecairan Atas Permintaan (ODL) untuk mendapatkan sumber modal atas permintaan bagi memulakan pembayaran rentas sempadan pada skala dengan menggunakan aset digital XRP.

Maklumat mengenai Ripple

Ripple membolehkan pembayaran di mana sahaja, dengan segala cara, untuk semua orang menggunakan kuasa blok rantai. Dengan menyertai rangkaian global Ripple (RippleNet)  yang berkembang, institusi kewangan boleh memproses pembayaran pelanggan mereka di mana saja di dunia dengan serta-merta, dengan pasti dan menjimatkan kos. Bank dan penyedia pembayaran boleh menggunakan aset digital XRP untuk mengurangkan lagi kos mereka dan mengakses pasaran baharu. Dengan mempunyai pejabat di San Francisco, Washington D.C., New York, London, Mumbai, Singapura, São Paulo, Reykjavik dan Dubai, Ripple mempunyai ratusan pelanggan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Tranglo

Tranglo adalah sebuah hab pembayaran rentas sempadan dengan rekod prestasi yang terbukti di dalam pembayaran perniagaan, pengiriman wang asing dan penyelesaian pembayaran mudah alih. Ditubuhkan pada tahun 2008, kami mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Dubai dan London. Rangkaian global kami merangkumi lebih 100 buah negara, 2,500 operator mudah alih, 1,300 bank/dompet dan 130,000 titik pengambilan wang tunai.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005796/en/

Hubungi

Stacey Ngo
press@ripple.com

Sumber : Ripple

VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) —

TOW Co., Ltd.:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

[https://tow.co.jp/certification/]
Ikuti pautan ini untuk satu dokumentari yang menunjukkan nilai bagi sistem pensijilan itu melalui kisah-kisah oleh cef-cef luar negeri yang mencuba ujian untuk Pensijilan Emas, standard tertinggi yang digariskan oleh sistem itu.

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan telah menetapkan Garis Panduan untuk Pensijilan bagi Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Asing mulai April 2016.

Sistem ini menetapkan standard khusus yang boleh digunakan oleh badan swasta untuk mengiktiraf cef-cef luar negeri yang telah memperolehi tahap pengetahuan dan kemahiran memasak yang diperlukan untuk penyediaan masakan Jepun, untuk membantu memastikan bahawa tarikan budaya makanan dan pemakanan Jepun, serta produk pertanian dan marin Jepun, disampaikan dengan betul dan berkesan ke seluruh pelusuk dunia.*

Dan melaluinya, sektor swasta dapat menempatkan diri mereka sebagai satu daya penggerak di dalam mempromosikan usaha untuk mengesahkan kemahiran memasak masakan Jepun, meningkatkan jumlah individu yang diperakui, dan memupuk pertumbuhan seterusnya di dalam cef-cef luar negeri yang telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk penyediaan masakan Jepun, kesemuanya dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan lagi reputasi global bagi budaya makanan dan pemakanan Jepun dan memperluaskan penggunaan produk pertanian dan marin Jepun.

Untuk tujuan itu, TOW Co., Ltd. bergerak aktif sebagai Badan Permohonan/Pengurusan bagi Sistem Pensijilan itu. Setakat Mac 2021, ia telah meluluskan 11 badan perakuan, yang seterusnya memperakui 14 cef individu sebagai memenuhi standard Pensijilan Emas, 187 memenuhi standard Perak, dan 389 memenuhi standard Gangsa.

Walaupun pandemik COVID-19 telah memberikan tamparan hebat kepada industri perkhidmatan makanan di seluruh dunia, TOW Co., Ltd. tetap komited untuk melaksanakan misi mereka, dan untuk menggalakkan semua cef luar negeri yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan masakan Jepun dengan betul. Adalah menjadi harapan kami bahawa penciptaan dan perkongsian video ini yang memperkenalkan Sistem Pensijilan bagi Kemahiran Memasak untuk Masakan Jepun akan membantu memenuhi matlamat tersebut.

*Standard Pensijilan

Emas
Mereka yang mempunyai kira-kira dua tahun pengalaman praktikal di sebuah restoran Jepun yang terletak di Jepun di mana ketua chefnya adalah warga Jepun dan dianggap telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang khusus.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun, makanan Jepun, gaya makan, sake dan teh Jepun.
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Jenis dan pencegahan bagi keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan bagi perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, tahap panas/mekanisme bagi penggunaan haba, cara untuk membuat dashi (stok sup Jepun), nisbah pengadunan perasa, persembahan, kaedah pemeliharaan, penyediaan menu.
· Omotenashi
Kata-kata, ucapan salam, pertimbangan, adab, cara untuk meletakkan makanan.

Perak
Mereka yang mengikuti pelajaran dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran berhubung masakan Jepun yang khusus kira-kira satu tahun di mana-mana sekolah memasak yang terletak di dalam dan di luar negara mereka sendiri dan kemudian lulus dari sekolah tersebut.
ATAU
Mereka yang mempunyai pengalaman praktikal selama kira-kira satu tahun di sebuah restoran Jepun yang terletak di Jepun di mana ketua chefnya adalah warga Jepun dan dianggap telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang khusus.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun, makanan Jepun, gaya makan
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Jenis dan pencegahan bagi keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan bagi perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, nisbah pengadunan perasa, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, tahap panas/mekanisme bagi penggunaan haba, cara untuk membuat dashi (stok sup Jepun), persembahan, kaedah pemeliharaan.
· Omotenashi
Adab, cara untuk meletakkan makanan

Gangsa
Mereka yang menerima latihan berhubung pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam sesi jangka pendek dll. yang dianjurkan oleh mana-mana sekolah memasak Jepun dan/atau badan swasta yang terletak di dalam dan luar negeri mereka sendiri dan kemudian lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Badan Pensijilan.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Perlu Diperolehi

· Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
Pengetahuan berhubung budaya pemakanan Jepun
· Pengetahuan berhubung pengurusan kebersihan
Pencegahan keracunan makanan, pakaian, pengendalian bahan makanan, pembersihan dan pensterilan perkakas dan peralatan memasak, bahan makanan dan makanan yang memerlukan rawatan pemanasan.
· Teknik
Cara untuk menggunakan perkakas dan peralatan memasak Jepun, cara untuk memilih bahan makanan, cara untuk memotong dan mengupas bahan makanan, nisbah campuran perasa, prosedur dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak, persembahan, kaedah pemeliharaan.
· Omotenashi
Adab

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

Hubungi

Badan Permohonan/Pengurusan Pensijilan Kemahiran Memasak Masakan Jepun: Urus Setia TOW Co., Ltd.
Aya Hamasuna
E-mel: nihonshoku.ginou@tow.co.jp

Sumber : TOW Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

UVD ROBOTS MENGGERAKKAN ARMADA TERBESAR BAGI ROBOT PEMBASMIAN KUMAN BERAUTONOMI KE SEBUAH DAERAH SEKOLAH AMERIKA SYARIKAT

Pelajar-pelajar dari Sekolah Twin Lakes GMCS mengambil bahagian di dalam satu pertandingan menamakan robot untuk membantu dengan pemasyarakatan dan semangat. Robot sekolah itu kini akan dikenali sebagai Encik Fox. UVD Robots pada asalnya dibangunkan untuk memerangi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI) dan kini dikerahkan di lebih 60 buah negara di seluruh dunia di sektor penjagaan kesihatan, industri perhotelan, kompleks pejabat dan kemudahan pendidikan, untuk memenuhi harapan baharu dan lebih tinggi untuk keselamatan dan kebersihan. (Foto: Business Wire)

37 robot memainkan peranan penting di dalam membawa pelajar di sekolah-sekolah di New Mexico yang dilanda teruk dengan COVID kembali ke dalam bilik darjah

ODENSE, Denmark & GALLUP, N.M., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Blue Ocean Robotics, pengeluar bagi UVD Robots robot pembasmian kuman berautonomi yang dilengkapi dengan cahaya UV-C, telah dipilih oleh Gallup McKinley County Schools (GMCS) di New Mexico untuk membekalkan 37 UVD Robots ke sekolah-sekolah daerah itu bagi membantu memerangi Koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain.

“COVID telah memberi kesan luar biasa kepada komuniti kami. Keselamatan pelajar dan kakitangan kami, membangunkan satu perancangan untuk membawa mereka semua kembali ke sekolah dengan cara yang paling selamat mungkin adalah merupakan perhatian utama kami,” kata Penguasa Gallup McKinley Michael Hyatt. “Kami mahukan satu penyelesaian pembasmian kuman jangka panjang yang lebih besar, dengan menambahkan satu lapisan perlindungan yang akan menyahjangkit permukaan dan udara di bangunan-bangunan kami dan membantu memerangi COVID, selesema, demam selesema dan penyakit berjangkit untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang.”

GMCS meliputi sebuah komuniti dengan banyak kawasan luar bandar yang menghadapi isu-isu infrastruktur yang menjadikan pembelajaran maya sebagai satu cabaran, kira-kira 1,500 orang pelajar tidak mempunyai internet di rumah. Daerah itu juga mendidik banyak pelajar pendidikan khas yang belajar dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14402

SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

Majoriti Pembelian Bateri adalah Dirancang untuk Amerika Syarikat susulan Pembiayaan Ekuiti AS$42 juta yang Diraih bagi SEA Electric

LOS ANGELES, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Syarikat teknologi automotif global SEA Electric, berserta dengan teknologi SEA-Drive® proprietari miliknya– ramuan rahsia di sebalik kepimpinan syarikat itu dalam pengelektrikan kenderaan komersial – telah memperluas capaian globalnya menerusi pembelian 1,000 bateri kenderaan elektrik daripada Soundon New Energy Technology Co. yang telah lama menjadi rakan kongsi teknologinya. Pengaturan yang baru dibentuk ini susulan berita pembiayaan ekuiti sebanyak AS$42 juta kepada SEA Electric yang diumumkan baru-baru ini. (Latar belakang penuh dan foto: https://www.dropbox.com/sh/dulvd9izcotdfsm/AACe1q0VJpjuGHNfaWgbFPBpa?dl=0)

Soundon, satu-satunya pembekal bateri SEA Electric sejak tahun 2012, telah membangunkan tujuh penyelesaian bateri SEA-Drive®  semasa dua syarikat itu bekerjasama dalam ruang kenderaan komersial elektrik. Melalui hubungan baharu ini, SEA Electric merealisasikan manfaat kos bagi bateri dan kepakaran teknikal elektronik kuasa Soundon serta kecekapan pengeluaran mereka. Hasilnya, pengeluaran bateri sudah dijalankan dengan pemenuhan yang dijangka siap sekitar suku ke-2 pada tahun 2021. Perjanjian ini juga membolehkan SEA Electric merealisasikan pengurangan signifikan sebanyak 36 peratus dalam kos unit kilowatt jam (kWh).

Menurut Tony Fairweather, presiden dan pengasas SEA Electric, Soundon bukan sahaja pemimpin bertaraf dunia dalam inovasi dan teknologi bateri tetapi juga dipandang tinggi atas kualiti produk, penghantaran yang tepat pada masa dan harga yang berdaya saing. “Hubungan jangka panjang kami dengan Soundon merupakan perjalanan komersial yang sangat berjaya dan kami mengharapkan untuk terus berkongsi kejayaan global dengan mereka.” Walaupun majoriti bagi 1,000 unit bateri awal dirancang untuk Amerika Syarikat, bakinya akan diletakkan dalam inventori SEA Electric di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara serta kemasukan pertama syarikat tersebut dalam pasaran Eropah.

Teknologi proprietari dan eksklusif SEA Electric bersesuaian dengan ratusan platform OEM dengan pesanan besar yang dikongsi merentasi tiga model sistem kuasa utama:
· SEA-Drive® 70 – mengandungi 88 kilowatt jam (kWh)
· SEA-Drive® 100 – mengandungi 101 kilowatt jam (kWh)
· SEA-Drive® 120 – mengandungi 138 kilowatt jam (kWh)

Operasi pengilangan Soundon yang bertaraf dunia terletak di sebuah tapak berukuran lapan batu persegi di Wilayah Hunan di China dan menggunakan gabungan robotik, kecerdasan tinggi, pendigitalan tinggi dan automasi tinggi untuk menyepadukan penyelesaian kilang pintar yang menyeluruh. Daripada pengeluaran yang terkawal dan pengurusan persekitaran sehingga jaminan kualiti, kemudahan ini sangat baik dan merupakan pemimpin dalam industri tenaga baharu.
 Wu Peng, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Soundon mengulas bahawa “ini merupakan perkembangan signifikan dalam kerjasama kita dengan SEA Electric. Menerima pesanan 1,000 unit ini bukan sahaja membantu pertumbuhan global SEA Electric yang penting tetapi juga meletakkan Soundon sebagai peneraju dalam pasaran eksport untuk kenderaan elektrik komersial. Perkara ini menguntungkan semua pihak.”

Susulan pertumbuhan yang besar dalam pasaran baharu, SEA Electric baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pihaknya telah meraih pembiayaan ekuiti tawaran persendirian awal untuk jumlah hasil kutipan yang dianggarkan sebanyak AS$42 juta. Hasil bersih daripada pelaburan ini akan membolehkan SEA Electric memantapkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial sambil membiayai lantukan yang agak banyak dan menganjurkan lebih banyak program perintis dengan pengendali.

Dengan ibu pejabat global dan kepimpinan utama di Los Angeles, SEA Electric buat masa ini mempunyai operasi di lima buah negara dan lebih daripada satu juta batu pengujian dan operasi dalam perkhidmatan Pengilang Peralatan Asli (OEM) bebas dalam semua pasaran.

Buat masa ini, SEA Electric bekerjasama dengan OEM, pengedar, operator, dan pemasang kenderaan komersial untuk menyampaikan rangkaian trak sifar pelepasan yang baharu dan berada pada landasan untuk menyampaikan lebih daripada 1,000 kenderaan komersial elektrik tahun ini. Syarikat ini meramalkan akan meletakkan lebih daripada 15,000 kenderaan di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2023.

Perihal SEA Electric

Syarikat teknologi automotif global SEA Electric telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2012, mencipta teknologi sistem kuasa elektrik proprietarinya (dikenali sebagai SEA-Drive®) untuk penghantaran bandar dan flit pengagihan dunia.

Diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial pada asas global, SEA Electric menerajui kehadiran global, mengerahkan produk di tujuh negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan dengan lebih daripada satu juta batu operasi antarabangsa diuji OEM secara bebas dan dalam perkhidmatan secara kolektif.

Jualan global, khidmat selepas jualan, dan kejuruteraan diwakili dalam semua subsidiari, sementara Amerika Utara mempunyai kapasiti pemasangan terbesar untuk SEA Electric pada lebih daripada 30,000 unit setahun.

Perihal Soundon New Energy Technology Co.

Soundon New Energy Technology Co., Ltd. dimiliki secara majoriti oleh Sound Group, peneraju perusahaan industri perlindungan alam sekitar di China. Soundon ialah pembekal perkhidmatan menyeluruh yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan tenaga bateri litium dan penyelesaian bersepadu. Terletak di Xiangtan, Hunan, China, Soundon New Energy komited dalam penyelidikan dan pengeluaran tenaga bateri litium dan penyelesaian sistem kuasa.

Maklumat Hubungan: Deb Pollack/Strategic Communications
(t) 805.320.9248 (e) deb@debpollack.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/acb07b92-7f95-4d0d-b452-e83784b8e1f2/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/156f694e-1090-48df-ad48-4122d3550912/ms

SUMBER: Sea Electric LLC

–BERNAMA

KIRA-KIRA 4,000 PENCARI KERJA WARGA TEMPATAN ‘SERBU’ KARNIVAL KERJAYA AGRIKOMODITI 2021, TEMPOH TEMUDUGA DILANJUTKAN SEBULAN

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara maya baru-baru ini berjaya menarik hampir 4,000 pencari kerja warga tempatan bagi di sektor perladangan dan industri komoditi. Sebanyak 8,694 kekosongan jawatan daripada lebih 26 majikan di sektor berkenaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berminat.

Karnival kerjaya yang julung-julung kali dianjurkan membabitkan sektor perladangan dan komoditi itu diadakan selama dua hari mulai 9 Mac lalu dengan pelbagai pengisian bagi menarik lebih ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 memperoleh pekerjaan. Ia dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan.

Antara pengisian lain karnival berkenaan ialah sesi taklimat berhubung PenjanaKerjaya 2.0 dan Portal MYFutureJobs serta Webinar ‘Peluang Kerjaya di Sektor Agrikomoditi’. Acara kemuncaknya adalah sesi temuduga secara dalam talian yang diadakan pada hari kedua karnival. 

Hasil daripada sesi temuduga secara dalam talian tersebut, sehingga kini seramai 76 peserta berjaya ditawarkan pekerjaan di syarikat perladangan terkenal di negara ini. Seramai 44 calon bakal bekerja di Sime Darby Plantation, Felcra Berhad (19 orang), TH Plantation Berhad (9) dan masing-masing dua dengan BOH Plantation Berhad dan United Malacca Berhad. 

KPPK mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya memperoleh pekerjaan menerusi karnival kerjaya ini. Bagi yang tidak berjaya diharapkan akan terus memohon melalui portal MyFutureJobs yang terus menawarkan banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor termasuklah di sektor agrikomoditi. Penganjuran karnival seumpama ini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi memastikan lebih ramai rakyat tempatan terlibat dalam pekerjaan dalam sektor agrikomoditi. 

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Putrajaya
26 Mac 2021

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

BELIA BERKEMAHIRAN TINGGI MELALUI PENGAJIAN KRAF

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Institut Kraf Negara (di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia) mempelawa golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Institut Kraf Negara menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri. Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baru iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

Program yang ditawarkan :

· Program Diploma – 3 Tahun
( Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil – 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak)

Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara

1. Kursus yang ditawarkan:
– Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan

2. Syarat Kemasukan:
– Berumur 18 hingga 30 tahun, Lepasan SPM/STPM, Wajib Lulus Bahasa Melayu dan SEJARAH, Minimum 3 kredit (Diploma), Minimum 1 kredit (Sijil) dan minat dalam seni kraf.

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

1. Kursus yang ditawarkan:
– Institut Kraf Negara :
· Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam semua bidang iaitu Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan

– Kampus Satelit Sabah :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam –
· Jurukraf Rotan Kanan – Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Inanam, Sabah
· Penyelia Songket & Dastar – Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Kota Belud, Sabah

– Kampus Satelit Sarawak :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam –
· Penyelia Tenun Pua – Tahap 3 bertempat di Betong, Sarawak
· Penyelia Songket & Dastar – Tahap 1-3 bertempat di Kuching, Sarawak

2. Syarat Kemasukan :
– Berumur 18 hingga 35 tahun, boleh menulis dan membaca dan minat dalam seni kraf.

Kemudahan
Kelebihan bagi kedua-dua program ialah para pelajar menerima kemudahan seperti kemudahan asrama, alatan dan bahan bengkel disediakan, elaun sara hidup bulanan, makan dan minum serta insuran perlindungan pelajar.

Permohonan
Permohonan kini dibuka dan dibuat secara dalam talian dari 1 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021.

Pertanyaan dan bantuan teknikal sila hubungi ;

Unit Hal Ehwal Pelajar
Institut Kraf Negara
(Encik Syahrul Nizam / Puan Mariam / Puan Suraya)

Telefon : 03 – 6091 5322
Emel : hep.ikn@kraftangan.gov.my
WhatsApp : www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn

Selain itu bagi pemohon yang berada di Negeri Sabah boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah) di ;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah)
Blok A, 1 & 2 Lorong Buah Salak,
Hiong Tiong Industrial Centre,
KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam
88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088 433 461

Atau

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
No. 66, Kampung Pirasan, Jalan Ranau,
89150 Kota Belud, Sabah
Tel : 089 977 718

Manakala bagi pemohon yang berada di Negeri Sarawak boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak) di ;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak)
Lot 3057, Blok 18, Daerah Salak
Jalan Stadium, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-444 205

Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Hamidah Rosli
Unit Komunikasi Korporat IKN
Tel: 012-2720295

Nama: Encik Haironi bin Haji Bohari
Kraftangan Malaysia Sarawak
Tel:  016-5780262

–BERNAMA

PUSAT UNTUK PENYAKIT JARANG JUMPA PRA MELANCARKAN KIT ALAT UNTUK MENGENAL PASTI DAN MENGURANGKAN RISIKO KEPADA PROGRAM KLINIKAL PENYAKIT JARANG JUMPA

Kit peralatan empat bahagian yang berfokuskan pesakit tersedia untuk dimuat turun secara percuma dan membolehkan penaja mengenal pasti risiko kepada kecekapan dan kejayaan percubaan mereka

RALEIGH, N.C., 25 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) mengumumkan pelancaran Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit hari ini, kini tersedia untuk penaja pembangunan klinikal yang berfokus pada penyakit jarang jumpa. Dibangunkan oleh Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa PRA dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihat Penyakit Jarang Jumpa (RDAC) PRA dan pihak berkepentingan pesakit lain, kit alat ini merangkumi empat sumber digital yang direka bentuk untuk mengurangkan risiko yang sering berlaku dalam percubaan klinikal penyakit jarang jumpa. Kit peralatan ini juga memperkenalkan dan mengukuhkan amalan baharu yang mengutamakan pesakit yang menggalakkan penyertaan percubaan.

Kit Alat Pembangunan Mengutamakan Pesakit tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun pada https://prahs.com/insights/patient-centric-trial-development-toolkit.

“Tujuan utama kit alat ini adalah untuk memberikan panduan kepada penaja untuk mengambil pendekatan yang lebih mengutamakan pesakit dalam membangunkan percubaan klinikal,” kata Scott Schliebner, MPH, Naib Presiden Kanan, Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa di PRA Health Sciences. “Contohnya, kit alat ini merangkumi alat penilaian risiko yang boleh digunakan oleh pasukan pembangunan klinikal untuk mengenal pasti kecekapan sesebuah program klinikal. Risiko yang dikenal pasti biasanya merupakan beban dunia sebenar bagi peserta dan alat ini menyediakan strategi pengurangan risiko dan penyelesaian untuk dipertimbangkan oleh penaja.”

Pakar penyakit jarang jumpa PRA dan ahli RDAC mengenal pasti satu jurang dalam ketersediaan peralatan berstruktur untuk melaksanakan pendekatan mengutamakan pesakit dalam pembangunan klinikal penyakit jarang jumpa. Pesakit, penyokong dan pemimpin industri dalam penyakit jarang jumpa bekerjasama dan berunding dengan PRA untuk membangunkan empat bahagian Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit:

  • Alat Penilaian Risiko Protokol Mengutamakan Pesakit: Alat interaktif berasaskan hamparan yang membolehkan penaja untuk mengenal pasti kemungkinan risiko, menjejak evolusi penilaian risiko melalui peringkat proses pembangunan dan mengenal pasti strategi pengurangan yang mungkin berlaku.
  • Alat Tinjauan Beban Penyertaan Pantas: Panduan pembangunan soal selidik yang mudah digunakan yang membantu penaja dan penyokong pesakit untuk membangunkan tinjauan pantas untuk pesakit dan penjaga yang disuaikan dengan konteks khusus percubaan klinikal mereka. Tujuan alat ini adalah untuk membantu penaja untuk menyatakan kuantiti risiko kepada program klinikal tersebut melalui penglibatan pesakit secara langsung.
  • Dosir Nilai Penglibatan Pesakit: Alat ini menggariskan bukti penglibatan ROI/manfaat dalam proses pembangunan percubaan bermula daripada bahan bertulis yang masih wujud dan menyediakan kajian kes berilustrasi daripada Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa PRA.
  • “Perkara untuk ditanya apabila anda berminat dalam percubaan klinikal: Panduan untuk Pesakit dan Penjaga Penyakit Jarang Jumpa”: Membantu peserta prospektif untuk mengenal pasti halangan kepada penyertaan yang mungkin dialami mereka dan meminta sokongan yang diperlukan mereka untuk mendaftarkan diri dan kekal dalam percubaan.

“Pesakit dan percubaan penyakit jarang jumpa menghadapi cabaran unik berbanding mereka yang berada dalam kumpulan indikasi yang lebih umum,” kata Tracy Dixon-Salazar, PhD, Pengarah Penyelidikan & Strategi di Yayasan LSG, ahli RDAC. “Sebagai penyokong pesakit jarang jumpa, saya menghargai perhatian ikhlas yang diberikan PRA kepada pesakit dan penjaga keluarganya. Dalam berkongsi sumber ini dengan penjaga dan komuniti penyakit jarang jumpa, PRA mengambil satu lagi langkah dalam menjadikan penyelidikan klinikal lebih mudah diakses dan memastikan pesakit dan keluarga mereka ialah keutamaan semasa membangunkan program percubaan klinikal.”

“PRA sangat berdedikasi untuk mendahulukan pengalaman pesakit,” kata Terry Jo Bichell, Pengasas & Pengarah COMBINEDBrain, Ahli RDAC. Bercakap kosong dan memberikan janji manis kepada pesakit adalah sesuatu yang mudah, tetapi PRA, kami benar-benar berusaha memahami perkara yang dilalui pesakit dan keluarga mereka dalam menjadi sebahagian daripada percubaan klinikal. Walaupun semasa pesakit menginginkan rawatan baharu, menyertai percubaan tetap memberikan tekanan, menakutkan dan mengambil masa. PRA sedang mencuba untuk memahami dan menambah baik perkara itu.”

Walaupun Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit sememangnya menumpukan pada pengurangan beban terhadap pesakit untuk menyertai penyelidikan klinikal, terdapat juga beberapa manfaat penting untuk penaja seperti mengelakkan kos signifikan yang berkaitan dengan ketidakcekapan, kadar ciciran percubaan yang tinggi, pemindaan protokol dan tidak berkemampuan untuk menyiapkan percubaan pada masanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan pendekatan mengutamakan pesakit dalam pembangunan klinikal atau memuat turun kit alat ini, lawati https://prahs.com/centers/center-for-rare-disease/trial-development-toolkit.

Untuk maklumat lanjut tentang Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa, sila lawati https://prahs.com/centers/center-for-rare-disease.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan kira-kira 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Sr. Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

ASIA BROADBAND MULA BEROPERASI HARI INI DENGAN JUALAN TOKEN MATA WANG KRIPTO DISOKONG EMAS

LAS VEGAS, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — menerusi InvestorWire – Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) (“AABB” atau “Syarikat”) berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran jualan hari ini bagi token mata wang kripto AABB Gold (AABBG) Syarikat yang dibangunkan oleh Core State Holdings, Corp. (CSHC). Untuk membuat pembelian token, pengguna AABB Wallet mesti mengemas kini aplikasi atau memuat turun versi aplikasi terbaru dan melepasi proses Know Your Client (KYC). Dalam versi AABB Wallet yang baharu ini, token ini hanya akan tersedia untuk pembelian dalam bentuk mata wang kripto utama lain seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin.

Oleh itu, pembeli perlu meletakkan mata wang kripto sedia ada dalam sebarang dompet pihak ketiga seperti Coinbase atau Binance. Kemudian, pembeli akan mendepositkan mata wang kripto daripada dompet pihak ketiga mereka ke dalam AABB Wallet untuk menukarkan dan membeli token AABB Gold (AABBG) untuk harga semasa bagi 0.1 gram emas (kira-kira $5.60 USD) serta sejumlah kecil yuran transaksi. Sokongan untuk pengguna AABB Wallet tersedia pada laman web www.AABBGoldToken.com dan melalui e-mel kepada AABBWallet@gmail.com.

Pengeluaran token awal disokong oleh $30 juta emas fizikal yang berada dalam pegangan Syarikat sekarang. Pada harga pasaran emas hari ini, pengeluaran token awal yang tersedia untuk dibeli ini ialah 5.4 juta token pada satu persepuluh (0.1) gram harga emas (kira-kira $5.60 USD) untuk setiap token AABBG. Harga token ini terikat kepada dan disokong oleh Syarikat pada harga pasaran emas pada minimum. Semasa turun naik harga emas, harga minimum yang disokong bagi token AABBG akan menaik atau menurun tetapi kemungkinan harga turun naik bagi token itu akan dipacu oleh permintaan pasaran.

Token AABB Gold (AABBG) 100% disokong oleh emas fizikal yang dipegang oleh Syarikat dan pengeluaran token tambahan akan terus disokong secara 100% oleh emas fizikal tambahan yang diperoleh daripada penghasilan perlombongan masa hadapan, emas yang dibeli daripada rizab wang tunai atau kredit.

AABB Wallet versi pelancaran akan membolehkan pembeli untuk memindahkan token AABBG kepada orang lain yang juga mempunyai AABB Wallet tetapi pada permulaannya token tidak boleh ditukarkan dalam AABB Wallet untuk mata wang kripto lain. AABB Wallet versi sulung ini akan membolehkan Syarikat untuk meningkatkan peredaran token dan mengumpulkan hasil untuk digunakan bagi sokongan dan penstabilan harga token apabila AABBG boleh ditukarkan secara bebas dalam pasaran terbuka.

Syarikat ini, bersama-sama CSHC, sedang membangunkan Tukaran mata wang kripto proprietari miliknya yang akan membolehkan pengguna AABB Wallet untuk menukarkan token AABB Gold mereka dengan cepat untuk mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Litecoin. AABB mendukung falsafah perintis dengan pendekatan operasi penyepaduan vertikalnya yang sangat unik iaitu Mine-to-Token yang berusaha menuju kebebasan sepenuhnya daripada mata wang FIAT.

Matlamat utama AABB untuk token ini adalah untuk menjadi standard pertukaran yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, dengan memperluas peredaran token yang menyasarkan populasi besar dan pasaran yang pesat secara progresif di peringkat global termasuk China dan Asia Timur. Syarikat ini bekerjasama dengan CSHC untuk melancarkan kempen pemasaran bagi token AABB Gold, AABB Wallet dan pembangunan jenama korporat. Usaha pemasarannya bertujuan untuk menyebarkan pendedahan jenama dan reputasi secara pesat, meningkatkan penggunaan token AABB Gold dan AABB Wallet dan memperluas kesedaran orang awam dan komuniti pelaburan tentang Syarikat ini.

Perihal Asia Broadband

Asia Broadband Inc. (OTC: AABB) merupakan syarikat sumber yang memfokuskan pada pengeluaran, bekalan dan jualan logam berharga dan asas terutamanya pada pasaran Asia. Syarikat ini menggunakan kepakaran geografi khusus, pengalaman dan kenalan industri yang luas untuk memudahkan proses pengagihan inovatifnya daripada pengeluaran dan bekalan logam berharga dan asas di Mexico sehingga rangkaian jualan klien di Asia. Pendekatan penyepaduan vertikal ini dalam urus niaga jualan merupakan kekuatan unik AABB yang membezakan Syarikat ini dan mewujudkan nilai tersendiri untuk pemegang sahamnya. Syarikat ini baru mengeluarkan kripto wang disokong emas mine-to-token yang baru ditempa iaitu token AABB Gold (AABBG) dan bermatlamat untuk menjadi standard pertukaran sedunia yang dilindungi dan dipercayai dengan sokongan emas, kualiti yang hebat berbanding mata wang kripto lain.

Lawati www.AsiaBroadbandInc.com dan www.AABBGoldToken.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14391

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL, SEBUAH JENAMA TERKEMUKA DI DALAM KUMPULAN DAR, MENGAMBIL TIM RISBRIDGER UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN DI DALAM SEKTOR PENERBANGAN DAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

Tim Risbridger, Kumpulan T.Y. Lin International, Sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi, Rantau Asia Pasifik (Foto: Business Wire)

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Kumpulan T.Y. Lin International (Kumpulan TYLI), sebuah firma perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Tim Risbridger, yang telah diambil untuk mempercepatkan pertumbuhan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami di Rantau Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Singapura, Risbridger akan menyokong aktiviti pembangunan perniagaan dan pengurusan akaun di dua sektor pasaran yang pesat berkembang ini memandangkan pengalaman beliau yang mendalam dan kejayaan merentasi Infrastruktur dan Bangunan. Sebagai menyokong Kumpulan Dar, syarikat induk Kumpulan TYLI, beliau akan membangunkan dan mengetuai program pelanggan yang memanfaatkan pelbagai keupayaan dan portfolio lengkap bagi jenama-jenama Kumpulan Dar, termasuk Currie & Brown, Kumpulan Integral, Landrum & Brown, Penspen, Perkins&Will, dan T.Y. Lin International untuk mewujudkan penyelesaian yang unggul dan berbeza bagi kepentingan pelanggan di rantau APAC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210322005299/en/

Risbridger akan melapor kepada Niek Niëns, Ketua Pegawai Operasi bagi Kumpulan TYLI, Rantau APAC. Risbridger akan juga menjadi sebahagian daripada pasukan pembangunan perniagaan global bagi Kumpulan Dar, yang diketuai oleh Catherine Tobiasinsky, Ketua Pegawai Pertumbuhan bagi Kumpulan Dar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14384