ABIOMED MENGUMUMKAN PENDAPATAN S1 TF 2018 SEBANYAK $132.5 JUTA, NAIK 29% BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA

DANVERS, Mass., 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Abiomed, Inc. (NASDAQ:ABMD), pembekal terkemuka teknologi sokongan hati cemerlang, hari ini melaporkan pendapatan suku pertama tahun fiskal 2018 sebanyak $132.5 juta, peningkatan sebanyak 29% berbanding dengan pendapatan sebanyak $103.0 juta bagi tempoh yang sama tahun fiskal 2017. Pendapatan bersih GAAP suku pertama fiskal 2018 adalah sebanyak $37.4 juta atau $0.82 sesaham dicairkan, berbanding pendapatan bersih GAAP tahun fiskal sebelumnya adalah sebanyak $12.9 juta atau $0.29 sesaham cair.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10258

​SDC MELANCARKAN PANDUAN PEMILIH PRODUK INTERAKTIF CLEARCHOICE™

Panduan pemilih produk interaktif memberikan pengguna teknologi salutan yang paling sesuai

IRVINE, California, 28 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — SDC Technologies, Inc. (SDC), peneraju global terkemuka dalam penyelesaian salutan tahan lelasan premium dan berprestasi tinggi, telah melancarkan alat pemilih produk interaktif baharu yang dinamakan ClearChoice Coatings bersempena dengan anak syarikatnya FSI Coating Technologies. Alat ini memudahkan jurutera produk mencari penyelesaian salutan yang terbaik untuk apa jua keperluan dengan memilih ciri-ciri produk seperti jenis salutan, substrat, ciri, kaedah dan kimia pengawetan dan penggunaan, serta menggunakan parameter seperti industri dan pasaran, dan kaedah penggunaan. Alat ini membolehkan pengguna membandingkan sehingga tiga produk pada satu masa dan menghasilkan PDF untuk rujukan masa hadapan.

Direka untuk menjadi penukar permainan untuk industri bahan kimia khusus, alat ini membolehkan pasaran yang sangat teknikal dan perindustrian untuk menikmati jenis kemudahan yang biasanya terdapat di tapak pemilihan yang bersemuka dengan pengguna. Ia membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak dengan lebih cepat, dengan nasihat digital komprehensif yang ditujukan kepada sentuhan manusia dan pemikiran kognitif. Alat ini juga mengandungi rujukan kepada halaman tapak web yang berkaitan dan fail PDF dokumentasi produk yang boleh dimuat turun seperti Lembaran Data Teknikal, sorotan produk dan brosur.

Dalam pelancaran alat tersebut, Ketua Pegawai Operasi Richard Chang berkata, “Pemilih produk ClearChoice Coatings mewakili kemajuan besar dalam industri penyediaan yang bergantung kepada kategori salutan kami. Kami telah memberikan penyelesaian salutan kepada jenama yang paling dikenali di dunia, dan alat pemilihan berpandu kami meningkatkan kemungkinan untuk mendapatkan salutan yang betul dengan cepat.”

MENGENAI SDC TECHNOLOGIES

SDC merupakan perintis salutan tahan lelasan berasaskan prestasi inovatif yang digunakan dalam pelbagai penggunaan daripada bahagian aeroangkasa dan automotif sehinggalah kepada cermin mata. SDC Technologies, Inc. diasaskan pada tahun 1986 dan beribu pejabat di Irvine, California. SDC telah diperoleh oleh Mitsui Chemicals, Inc. pada tahun 2008.

MENGENAI FSI COATING TECHNOLOGIES

FSI Coating Technologies (FSICT), sebuah anak syarikat milik penuh SDC Technologies, Inc., merupakan pembangun dan pengeluar produk salutan dan selaput perindustrian komersial inovatif yang terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 1986 dan berpangkalan di Irvine, California, FSICT menawarkan pelbagai jenis penyelesaian antikabut, penggunaan yang merangkumi cermin mata perubatan, ketenteraan, keselamatan dan sukan, serta kepingan industri dan selaput PET untuk pintu paparan penyejuk beku komersial premium dan berprestasi tinggi.

Maklumat hubungan: customercare@sdctech.com

SUMBER : SDC Technologies, Inc.

–BERNAMA

PELAYARAN SULUNG BAGI PELAYARAN PERCUMA UNTUK KAPAL LAYAR YANG BERDAFTAR DI HONG KONG DAN MACAU DI ZON PERDAGANGAN BEBAS MALIM KAPAL CHINA (GUANGDONG) DI NANSHA, GUANGZHOU

GUANGZHOU, China, 28 Julai, 2017 /Xinhua-AsiaNet/–

Pada 24 Julai, sejurus selepas ulang tahun ke-20 kepulangan Hong Kong kepada tanah besar China, pelayaran sulung bagi pelayaran percuma untuk kapal layar yang berdaftar di Hong Kong dan Macau di Zon Perdagangan Bebas Malim Kapal China (Guangdong) telah diadakan di Daerah Nansha, Guangzhou. Kapal-kapal layar dari Hong Kong dan Macau berlabuh di Marina Nansha selepas melalui tindakan masuk yang perlu dipatuhi mengikut peraturan di Terminal Feri  Nansha. Pelayaran pertama mencapai kejayaan yang sepenuhnya.

Kerajaan Wilayah Guangdong menyerahkan Pelan Pelaksanaan “Pelayaran Percuma” untuk Kapal Layar yang didaftar di Hong Kong dan Macau di Zon Perdagangan Bebas Malim Kapal China (Guangdong) (selanjutnya dirujuk sebagai “Rancangan itu”) kepada Kementerian Pengangkutan untuk menerokai dan membuat pembaharuan ke atas dasar-dasar pelepasan masuk-keluar kastam, pengawasan dan pemeriksaan, penetapan dok, pengiktirafan lesen timbal balik dan perancangan kawasan pengemudian kapal layar dari Hong Kong dan Macau. Ini bermakna sistem dasar yang mudah dikendalikan dan dikawal dengan jelas, mekanisme pengurusan dan arahan kerja bagi pengurusan kemasukan kapal layar boleh dirumuskan, yang akan membantu mengumpulkan pengalaman malim kapal yang boleh direplika dan dipromosikan untuk memudahkan “pelayaran percuma” bagi kapal layar dari Hong Kong dan Macau di Guangdong dan di seluruh negara China serta pembangunan pelancongan kapal layar. Rancangan itu mendapat sokongan besar daripada kementerian dan suruhanjaya yang berkaitan dengan kerajaan pusat. Pada 20 Jun tahun ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Keselamatan Awam, Pentadbiran Am Kastam dan Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin menghantar sepucuk surat bersama untuk meluluskan Rancangan itu pada prinsipnya. Semasa pelayaran sulung ini, kapal layar dari Hong Kong dan Macau melalui proses dan formaliti sedemikian seperti perisytiharan kemasukan, pemeriksaan bersama dan berlabuh mengikut prosedur dan keperluan bagi mod pelepasan mudah kastam yang baharu – “kedudukan berlabuh yang tetap, pemeriksaan bersama berdekatan”, yang menguji pelaksanaan Rancangan itu. Untuk langkah seterusnya, sistem dasar, mekanisme pengurusan dan arahan kerja untuk pengurusan kemasukan bagi kapal layar akan diperincikan lebih lanjut mengikut hasil daripada pelayaran sulung itu, bagi mempercepat pelaksanaan dasar itu. Pentadbiran Pelancongan bagi Wilayah Guangdong berpendapat bahawa usaha itu akan membantu mempromosikan pelancongan pantai dan pembinaan lingkaran hayat yang berkualiti tinggi yang sesuai untuk kehidupan, perniagaan dan pelancongan di “Kawasan Greater Bay Hong Kong-Macau”.

Sumber: Pentadbiran Pelancongan bagi Wilayah Guangdong

Teknologi Pertanian Tepat Jamin Bekalan Makanan

YAN, 27 Julai (Bernama) — Teknologi pertanian tepat atau ‘precision farming’ merupakan platform baharu dalam mentranformasikan sektor pertanian bagi menjamin bekalan makanan di negara ini mencukupi.

Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, pertambahan jumlah penduduk di Malaysia meningkat dengan pantas berbanding pertumbuhan pengeluaran pertanian, menjadikan jurang pergantungan kepada produk import, lebih besar.

“Cabaran menyediakan bekalan makanan kepada penduduk menjadi semakin getir dan kebergantungan kepada produk import boleh menjejaskan negara jika berlaku krisis bekalan makanan di negara pengeksport.

“Justeru, strategi baharu diperlukan bagi memastikan sumbangan sektor pertanian kepada pembangunan negara terus relevan, dan penggunaan teknologi tinggi ini merupakan asas untuk mentransformasikan sektor pertanian khususnya penanaman padi,” katanya sempena program Hari Sawah TN50 anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mada dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau Dalam, di Estet Padi Batu 17 Sungai Limau di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kuala Kedah merangkap Ahli Lembaga Pengarah Mada, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. Turut hadir Pengarah Mardi Kedah, Rashidan Ariffin dan Timbalan Pengurus Besar Pertanian Mada, Rubiah Lazim.

Sementara itu, Abdullah Hasnan pada sidang media, berkata, kerjasama antara Mardi, Mada dan PPK Sungai Limau Dalam itu dijangka dapat menarik minat dan penglibatan golongan muda terhadap  bidang pertanian.

“Ia juga dapat mewujudkan cara kerja pertanian dalam bentuk saintifik, mengurangkan penggunaan tenaga buruh, malah jangkaan faedah secara keuntungan yang optimum melalui pengurangan input ladang dan penjimatan kos operasi, serta dapat meningkatkan hasil padi.

“Usaha yang dilakukan di Estet Padi Batu 17 ini sejak 2016, ternyata berjaya membuahkan hasil memberangsangkan, yang mana hasil padi turut meningkat daripada enam metrik tan sehektar kepada lapan metrik tan sehektar,” katanya.

Katanya, teknologi sama ada dikembangkan ke semua estet padi di bawah Mada, di seluruh negara, malah petani lain turut digalakkan untuk merebut peluang ini, dengan melaksanakannya secara berkelompok.

“Pertanian tepat merangkumi sistem perataan tanah, penaburan benih secara kadar boleh ubah, sistem aplikasi baja secara kadar boleh ubah, sistem amaran awal perosak dan penyakit, serta sistem pemantauan tanaman dan hasil, banyak manfaat kepada petani sebab itu mereka kena rebut peluang ini,” katanya.

— BERNAMA

BUSAN ONE ASIA FESTIVAL, ASIAN NO.1 KOREAN WAVE FESTIVAL, TO BE HELD IN OCTOBER

“Come to Busan and meet BLACKPINK, Apink, GFRIEND and other popular K-Pop Stars”

BUSAN, South Korea, July 27 (Bernama-BUSINESS WIRE) — Best K-pop singers will meet their Hallyu (Korean Wave) fans from all over the world in Busan in October. They will come together in the 2017 Busan One Asia Festival (BOF), Asian No.1 Korean Wave Festival. The fest will be hosted by Busan Metropolitan City Government and run by Busan Tourism Organization.

The BOF is a blend of Busan-based cultural and tourism infrastructure, Hallyu content and Asian culture. One can enjoy all things about K-culture, including K-pop, K-food and K-beauty, in one place. A variety of concerts and exhibitions will be held at Busan Asiad Main Stadium, Busan Cinema Center, Gunam-ro in Haeundae Beach, and other Busan sites from Sunday, October 22, to Tuesday, October 31.

BLACKPINK, Apink, GFRIEND, B.A.P, ASTRO and SECHSKIES will excite the audience at the Opening Ceremony Concert. YURI SANGJA(Glass Box), BAEK Z YOUNG, KIM TAE WOO, Ailee and Bolbbalgan4 will send spectators into raptures at the Park Concert.

BLACKPINK is a fast rising K-pop act whose new single, “As If It’s Your Last,” notched the No. 1 spot on the Apple Music Pop’s “Best of the Week” list. The song also topped the Chinese QQ Music chart. Apink is a girl group who landed high on the Japanese Oricon chart and also received special honor at the Taiwanese KKBOX Music Awards. Also, girl group GFRIEND was named as one of “Top 5 K-Pop Artists to Watch in 2015″ by Billboard. B.A.P is a group of six boys who were crowned best Korean act of 2016 at the MTV EMAs. ASTRO was voted Hallyu Special Award winner at the Seoul Music Awards by overseas Korean Wave fans. SECHSKIES are the first-generation K-pop idols of the 1990s.

YURI SANGJA is a male duo loved by fans for singing sentimental pop-ballads. BAEK Z YOUNG captivates her fans with a raspy voice. KIM TAE WOO is the lead vocalist of popular boy band g.o.d., often referred to as ‘a national idol group.’ Ailee is a pop diva with superb singing voice. Bolbbalgan4 enjoy popularity on digital release charts.

For details on the BOF, please visit bof.or.kr or facebook.com/BusanOneAsiaFestival.

Photos/Multimedia Gallery Available: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51595235&lang=en

Contacts
Busan One Asia Festival
SHIN YOONKYUNG, +82-10-8923-7261
mars@sbs.co.kr
Source: Busan One Asia Festival 

 

CREDIT SUISSE, MORGAN STANLEY DAN UBS MENERIMA ANUGERAH KEHORMAT UTAMA DALAM KEDUDUKAN PASUKAN PERDAGANGAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR PERTAMA 2017

NEW YORK, 26 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Hari ini Institutional Investor melancarkan kedudukan Pasukan Perdagangan Seluruh Asianya, menyoroti pasukan perdagangan elektronik, sentuhan tinggi dan portfolio terkenal bersama dengan firma terbaik yang menyediakan warna pasaran tempatan kepada bahagian beli. Lebih 14,500 undi telah diberikan oleh beberapa pelabur institusi yang paling berpengaruh.

Credit Suisse adalah pilihan utama dalam kalangan pembeli dengan mendapat 17 kedudukan dan memperoleh enam kedudukan pertama – paling banyak dalam kalangan pesaing mereka. Morgan Stanley menduduki tempat kedua dengan 15 kedudukan dengan UBS mengikuti di belakang dengan 13 kedudukan.

“Di Asia, pelaksanaan perdagangan memerlukan sentuhan tempatan,” kata Howard Tang, Pengarah Produk di Institutional Investor Research. “Anda tidak boleh berdagang dengan berkesan tanpa rakan kongsi yang memahami poket kecairan yang unik di rantau ini, itulah sebabnya penyelidikan kami mendalami pasaran tertentu.”

Pedagang ekuiti tunai bahagian beli telah dikaji mengenai pembekal sentuhan tinggi, elektronik dan warna pasaran tempatan mereka yang utama di tujuh rantau yang ditakrifkan: Australia/New Zealand, China/Hong Kong, India, Jepun, Korea, Pasaran Perdagangan Sedang Membangun dan Pasaran Dagangan Sempadan. Tiada rantau tertentu yang diminta dalam perdagangan Portfolio.

Institutional Investor menemu bual 392 orang ketua perdagangan dan pedagang di seluruh 305 firma bahagian beli di Asia. Lebih daripada 43 peratus firma mengundi membayar $5 juta atau lebih dalam komisen ke Street, dan lebih daripada 47 peratus daripada firma itu menguruskan $1 bilion atau lebih dalam aset dalam portfolio mereka.

Laporan tinjauan merangkumi data mendalam untuk 23 atribut merentasi perdagangan sentuhan tinggi, elektronik dan portfolio serta warna pasaran tempatan — menyediakan pandangan kepada penyedia pelaksanaan perdagangan tentang cara mereka menyaingi pesaing mereka dan membantu mereka memahami prestasi mereka dalam pelbagai dana, geografi dan saiz dompet.

Pasukan Perdagangan Seluruh Asia 2017 – Peneraju:

Kedudukan    Nama Syarikat
1  Credit Suisse
2  Morgan Stanley
3  UBS
4  Bank of America Merrill Lynch
5  Citi
6  CLSA
6  Goldman Sachs
8  Instinet/Nomura
9  Deutsche Bank
9  Macquarie
11  Daiwa Securities Group
11  J.P. Morgan
11  Mizuho Securities
14  Auerbach Grayson & Co.
14  Decker and Co.
14  HSBC
14  Mirae Asset Daewoo Co.

Lawati kedudukan peneraju di sini.

Mengenai Institutional Investor

Institutional Investor menawarkan penyelidikan dan kedudukan proprietari yang berfungsi sebagai tanda aras industri yang dihormati. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.

Hubungan: Augusta McKie
Augusta.McKie@institutionalinvestor.com
+44 207 779 8208

SUMBER : Institutional Investor News

 

GOODPACK MEMILIH PLATFORM PERANCANGAN DAN ANALISIS RANTAIAN BEKALAN TERMAJU ANTUIT UNTUK MEMAKSIMUMKAN PULANGAN PADA ASET

NEW YORK, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Goodpack, sebuah pemimpin dunia di dalam kontena pukal perantara keluli (IBC), telah memilih platform Perancangan dan Analisis Rantaian Bekalan Termaju Antuit untuk memaksimumkan pulangan aset dengan meningkatkan ketersediaan kontena dan mengurangkan kos keseluruhan dalam menawarkan perkhidmatan.

“Kami kagum dengan kepakaran domain dan keupayaan Antuit untuk menunjukkan kesan positif pada analisis lanjutan terhadap perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Maklumat Goodpack Kenneth Hee. “Saya yakin bahawa platform Antuit akan mengubah perancangan rantaian bekalan kami untuk menjadi sebuah pemboleh pemacu data, perniagaan strategik yang berpusatkan pelanggan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10245

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL CALVIN KLEIN 205W39NYC MUSIM LURUH 2017

NEW YORK, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan kempen pengiklanan multi-media global CALVIN KLEIN 205W39NYC Musim Luruh 2017. Kempen itu menampilkan koleksi sulung CALVIN KLEIN 205W39NYC oleh Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons.

Dirakamkan oleh jurugambar Willy Vanderperre, kempen yang menarik perhatian itu menampilkan barisan 22 orang model yang dirakamkan bertentangan dengan beberapa papan iklan yang menampakkan imej daripada kempen CALVIN KLEIN: Klasik Amerika musim lalu. Papan iklan bagi kempen yang terdahulu – yang termasuk hasil karya oleh artis Andy Warhol – didirikan di padang pasir California pada hari-hari menjelang rakaman itu. Kempen itu adalah satu kajian seni dan hasil kemahiran, mengenai perkara sebenar dan yang dibayangkan, dunia yang dibuat-buat dengan gaya fesyen yang tinggi yang digabungkan dengan rasa seharian. Pada akhirnya, kempen itu meneroka pandangan sinematik dan romantis orang luar mengenai Amerika, sesuatu yang menjadi impian dunia yang menjadi konkrit bagi Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons dan Pengarah Kreatif Pieter Mulier.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10242

RANGKA TINDAKAN PEMENANG: KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAP BILL MCDERMOTT AKAN BERUCAP DI PERSIDANGAN C3 CALLIDUSCLOUD

DUBLIN, California, 20 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam penyelesaian jualanpemasaranpembelajaran, dan pengalaman pelanggan berasaskan awan, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SAP Bill McDermott akan menyampaikan ucapan dasar di C3 2017. Sebagai ketua eksekutif syarikat perisian perniagaan unggul di dunia, Bill McDermott adalah bukti kepada kemenangan dan usaha gigih bagi pencapaian sebenar. Dengan semangat pejuang dan keyakinan sebagai juara, Bill akan berkongsi dengan penonton pendekatan beraninya untuk mencapai kejayaan dan menjelaskan tujuan yang lebih besar untuk bekerja.

“Bill McDermott adalah penceramah yang tepat untuk memberikan inspirasi dan menyampaikannya kepada tetamu kami di C3,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif CallidusCloud Leslie, Stretch. “Daripada permulaan kecil kepada kejayaannya sekarang, Bill telah menunjukkan bahawa kerja keras, pertimbangan, perhatian kepada butiran, dan kepimpinan menjadikan semuanya berbeza. Menggabungkan sifat-sifat ini dengan teknologi hebat menempatkan anda pada kedudukan untuk muncul sebagai pemenang, tanpa mengira industri yang anda ceburi. ”

McDermott memperincikan kisahnya dalam buku Winners Dream pada tahun 2014, yang menggambarkan kebangkitannya daripada pemilik makanan istimewa remaja kepada Ketua Pegawai Eksekutif SAP. Pekerjaan pertama McDermott selepas tamat pengajian kolej adalah sebagai jurujual bagi Xerox; selepas 17 tahun, beliau telah bangkit untuk menjadi pegawai korporat termuda syarikat itu. Beliau kemudian berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif bagi jualan dan operasi di seluruh dunia di Siebel Systems dan sebagai presiden Gartner, Inc. dan beliau mengetuai operasi teras syarikat tersebut.

McDermott menyertai SAP pada tahun 2002 dan pada tahun 2010 telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama. Pada bulan Mei 2014, beliau merupakan satu-satunya dan orang bukan Eropah yang pertama menjadi Ketua Pegawai Eksekutif SAP. Sebagai penyedia perisian perniagaan terkemuka di dunia, aplikasi dan perkhidmatan SAP membolehkan lebih daripada 350,000 pelanggan perniagaan dan sektor awam beroperasi secara menguntungkan, menyesuaikan diri secara berterusan, dan berkembang secara mampan.

McDermott merupakan tambahan terbaru kepada senarai penceramah yang dirancang untuk C3 2017, yang dijadualkan pada 18–20 September 2017, di Wynn di Las Vegas. Acara tersebut akan menampilkan lebih daripada 80 sesi daripada kalangan pemimpin terkenal di peringkat antarabangsa, pakar teknologi perniagaan dan beberapa perniagaan terbesar dan paling berjaya di dunia.

C3 tahun ini dijangka menarik 2000 jualan, pemasaran, pembelajaran dan pemimpin pengalaman pelanggan dari seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai C3 2017, lawati laman web di www.calliduscloudconnections.com.

Mengenai CallidusCloud

Callidus Software Inc. (NASDAQ: CALD), menjalankan perniagaan sebagai CallidusCloud®, merupakan peneraju global dalam penyelesaian jualan, pemasaran, pembelajaran dan pengalaman pelanggan berasaskan awan. CallidusCloud membolehkan organisasi mempercepat dan memaksimumkan penerajuan mereka kepada prosesan wang dengan suit lengkap bagi penyelesaian yang mengesan petunjuk yang betul, memastikan pengagihan wilayah dan kuota yang sesuai, membolehkan pasukan jualan, mengautomasikan konfigurasi sebut harga, mempercepatkan rundingan kontrak dan menyelaraskan pampasan jualan yang memacu tawaran yang lebih besar dengan lebih cepat. Lebih 5,400 organisasi terkemuka, merentasi semua industri, bergantung kepada suite CallidusCloud Lead to Money untuk menjayakan lebih banyak urus niaga dan menjana lebih banyak wang dengan lebih cepat.

©2017 Callidus Software Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara. Callidus, Perisian Callidus, logo Perisian Callidus, CallidusCloud, logo CallidusCloud, Clicktools, SURVE, syncfrog, TrueComp Manager, ActekSoft, ACom3, iCentera, Webcom, Litmos, logo Litmos, LeadFormix, Rapid Intake, 6FigureJobs dan LeadRocket adalah tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau tanda dagangan berdaftar bagi Callidus Software Inc.

Hubungan Akhbar:
Venus Picart
CallidusCloud
(925) 251-2200
vpicart@calliduscloud.com

SUMBER : Callidus Software

PBS UPM Juarai 99-second Pitch Challenge Di Thailand

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Sekolah Perniagaan Putra (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai acara 99-Second Pitch Challenge pada Cabaran Pemimpin Masa Depan Siam Commercial Bank PLC (SCB) 2017 di Thailand dengan mengalahkan 280 pasukan dari 33 negara.

Dalam kenyataannya, PBS berkata pasukan sekolah itu yang diberi nama ‘The Challenger’, merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang menyertai pertandingan itu dan dianggotai empat mahasiswa – Cheah Fu Yuan, Kogillavanan Munusamy, Loh Wai Mun dan Hoo Yien Ting.

Cheah, yang bertindak sebagai ketua pasukan, ketika memberi petua kepada pelajar Malaysia yang ingin menyertai pertandingan itu berkata: “Perbezaan antara biasa dan luar biasa hanyalah sedikit ‘kelebihan’ dan anda juga boleh merupakan sedikit kelebihan itu. Jangan bimbang tentang kegagalan, tetapi bimbanglah mengenai peluang yang akan terlepas jika anda tidak langsung mencuba”.

Diadakan dari 20 hingga 24 Jun, Cabaran Kepimpinan Masa Depan SCB merupakan pertandingan antarabangsa mengenai pengurusan kes perniagaan untuk mahasiswa program sarjana. Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan dan mengamalkan kemahiran analitis dengan menyelesaikan kes perniagaan sebenar.

Menurut kenyataan itu, peserta juga akan mendapat maklum balas profesional daripada panel hakim serta peluang untuk memenangi Anugerah Diraja serta wang.

Pertandingan pada tahun ini disertai beberapa universiti Asia, termasuk Sasin Graduate Institute of Business Administration of Chulalongkorn University,Thailand; The Hong Kong University of Science and Technology, Singapore Management University, Globis University (Jepun) dan Universitas Gadjah Mada (Indonesia), kata kenyataan itu.

— BERNAMA