AGROBANK SERAH KUTIPAN DANA WAKAF TUNAI RM206,313.45 KEPADA PICOMS BAGI INISIATIF WAKAF TUNAI MESIN DIALISIS AGROBANK & PICOMS-MAIWP

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kanan sekali) menyerahkan kutipan dana wakaf tunai berjumlah RM206,313.45 kepada kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (dua dari kiri) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini. Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP dilancarkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk membantu menangani masalah kekurangan mesin dialisis bagi pesakit-pesakit dari kalangan orang awam

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Selaras dengan matlamat untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk beramal jariah dengan berwakaf, Agrobank, sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 2015, telah menggerakkan 140 cawangannya di seluruh Malaysia dengan menggunakan fasiliti perbankan internetnya, Agronet sebagai medium bagi mencapai sasaran kutipan dana wakaf tunai sebanyak RM200,000 bagi Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP.

Setelah lebih dua tahun sejak ia dilancarkan pada tahun 2020, Agrobank bukan sahaja telah berjaya mencapai sasaran kutipan, malah telah berjaya mengumpul kutipan dana wakaf tunai keseluruhan berjumlah RM206,313.45.

Penyerahan kutipan dana wakaf tunai terkumpul ini telah disempurnakan oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman dalam satu majlis yang telah berlangsung pada Rabu.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, “Kita sedia maklum akan kepentingan wakaf dalam pembangunan sosial dan kebajikan umat Islam dan bagaimana golongan yang berkemampuan turut dapat membantu mereka yang serba kekurangan. Agrobank amat berbesar hati dengan kolaborasi ini dalam menjadi agen kepada masyarakat untuk menyalurkan dana wakaf bagi memenuhi keperluan kesihatan dengan pembelian mesin hemodialisis ini. Fokus kesihatan merupakan salah satu fokus AgroWakaf di Agrobank, selain usaha memperkasakan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan komuniti.”

“Semoga usaha ini akan terus meningkatkan lagi kesedaran umat Islam mengenai kepentingan wakaf dalam pembangunan ummah,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP ini merupakan kerjasama di antara Agrobank dan PICOMS,anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah dilancarkan pada tahun 2020 bagi membantu menangani masalah kekurangan mesin dialisis bagi pesakit-pesakit dari kalangan orang awam.

Program ini menyasarkan jumlah kutipan wakaf tunai sebanyak RM600,000.00 termasuklah dana berjumlah RM400,000.00 yang telah disalurkan daripada dana khairat produk Agrobank kepada PICOMS pada Disember 2020 sebagai suntikan dan pemangkin kepada program wakaf tunai ini.

Mesin-mesin dialysis tersebut akan digunakan untuk rawatan hemodialisis atau pembersihan darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang terutamanya daripada golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan yang dikenalpasti dan mendapat pembiayaan dari pihak MAIWP.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 207 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 140 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217 
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +60 19-272 9907  
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my 

–BERNAMA

“HERBAROMATRADE” – TEMPAT PASARAN B2B GLOBAL YANG EKSKLUSIF UNTUK PRODUK HERBA DAN AROMATERAPI – DILANCARKAN SECARA RASMI PADA 22 JULAI

YOKOHAMA, Jepun, 28 Julai, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ —

Herbal Square Ltd. (kemudian daripada ini “Herbal Square”), beribu pejabat di Yokohama, Wilayah Kanagawa, telah melancarkan “HerbaromaTrade” secara rasmi – tempat pasaran B2B dalam talian yang khusus untuk produk herba dan aromaterapi — pada 22 Julai (Jumaat), 2022.

URL HerbaromaTrade: https://herbaroma-trade.com/

Video Pengenalan HerbaromaTrade:
https://www.youtube.com/watch?v=65aNiTurxFU

Sejak bermulanya satu perkhidmatan prapelancaran pada 11 Jun (Sabtu), pembekal global daripada 21 buah negara telah mendaftarkan kira-kira 500 produk, dan permintaan kukuh untuk perkhidmatan ini telah disahkan melalui pelbagai pendengaran. Oleh itu, Herbal Square membuat keputusan untuk melancarkan HerbaromaTrade secara rasmi seperti yang dirancang pada asalnya.

Dalam beberapa bulan akan datang, HerbaromaTrade merancang untuk meningkatkan perkhidmatan itu mengikut jadual berikut.
– Setakat 22 Julai, 2022: Kira-kira 500 produk telah didaftarkan oleh pembekal dari 21 buah negara di seluruh dunia.
– Pada penghujung September 2022: HerbaromaTrade berhasrat untuk mendapatkan pendaftaran bagi 4,000-5,000 produk.
– Dari Oktober hingga Disember 2022: HerbaromaTrade akan memberi tumpuan kepada menarik pembeli.
– Pada separuh pertama tahun 2023: Versi peningkatan bagi fungsi HerbaromaTrade

Ciri-ciri Utama bagi HerbaromaTrade
1. Penawaran tempat pasaran B2B global dalam talian khusus untuk produk herba dan aromaterapi
2. Fungsi asas tersedia secara percuma. Ahli berbayar layak untuk fungsi yang dinaik taraf (termasuk mempamerkan lebih banyak produk dan penandaan produk kegemaran, dsb.).
3. Pembekal boleh mempamerkan produk mereka kepada pembeli global.
4. Pembeli boleh mengepos keperluan untuk produk yang dikehendaki kepada pembekal global.

Sumber: Herbal Square Ltd.

–BERNAMA

MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN GENERASI MUDA YANG INKLUSIF DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

SHAH ALAM, 27 Julai (Bernama) — Kemahiran kritikal, khususnya komunikasi dan digital haruslah dikuasai oleh golongan belia untuk melahirkan bakat masa depan yang lebih berdaya tahan kearah meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara.

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, YBrs. Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar berkata komunikasi mampu menjadi elemen membentuk produktiviti dan kesejahteraan generasi muda sekiranya ia dimanfaatkan ke dalam industri dan menjadi nilai tambah kepada kemajuan ekonomi.

“Pendidikan dan kemahiran yang holistik haruslah seiring dengan ilmu dan bimbingan oleh tenaga pengajar,” katanya semasa Forum Produktiviti & Daya Saing: “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan“ yang diadakan baru-baru ini.

Isu silibus pendidikan yang lapuk sering kali juga turut dibangkitkan dibangkitkan oleh barisan panelis semasa Forum dijalankan. Mereka percaya dengan pengukuhan latihan industri, generasi muda lebih yakin dan kompeten untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata untuk mencapai pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi, negara perlu menyasarkan empat pemacu produktiviti utama iaitu bakat, teknologi, persekitaran perniagaan dan subsidi.

“Di antara inisiatif utama peningkatan produktiviti yang dilaksanakan oleh MPC berdasarkan pemacu utama adalah menangani cabaran dalam tenaga kerja dengan mengatasi isu kekurangan pekerja, prestasi pencapaian pendidikan dan pampasan pekerja,” katanya.

Forum atas talian anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama pelajar tahun akhir Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan baru-baru ini bertemakan Produktiviti & Daya Saing: “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan“. Ia menekankan kepentingan memperkukuh pembangunan generasi muda yang inklusif demi kesejahteraan negara ke arah pertumbuhan masa hadapan yang lebih maju dan holistik.

Seramai 650 orang peserta dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara telah mengikut Forum secara atas talian dalam menyahut usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti. Inisiatif ini sekaligus berjaya meraih hampir 3000 tontonan yang disiarkan di Astro dan laman rasmi Facebook Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Antara pengisian aktiviti sepanjang penganjuran Forum adalah quiz Kahoot yang dilangsungkan setelah perbincangan panelis selesai. Dengan penyertaan aktif daripada para peserta, terbukti bahawa program ini memberi impak kepada generasi muda untuk menerapkan budaya produktiviti dalam aktiviti kehidupan seharian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16140

CIIE KELIMA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG INISIATIF JALUR DAN LALUAN (BELT AND ROAD)

Ekspo Import Antarabangsa China ke-5 akan diadakan dari 5 Nov. hingga 10 Nov. 2022. (Gambar/IC)

SHANGHAI, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Platform terbesar untuk pemerolehan antarabangsa, promosi pelaburan, pertukaran budaya dan kerjasama terbuka, Ekspo Import Antarabangsa China (China International Import Expo, CIIE) telah diadakan dengan jayanya selama empat tahun berturut-turut, dan dianggap secara meluas sebagai sistem perdagangan barangan awam antarabangsa dan multinasional, yang juga merupakan pembawa utama dalam membina ekonomi dunia terbuka dan komuniti dengan perkongsian masa depan kepada seluruh manusia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220726005590/en/

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, CIIE telah berkembang dari segi skala dan pengaruh. Bidang pameran perniagaannya telah meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021. Pempamer dalam empat CIIE yang lalu telah melancarkan lebih daripada 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu, serta mencapai penyelesaian urus niaga tentatif bernilai lebih $270 bilion.

Memandangkan CIIE memasuki tahun kelimanya, semakin banyak negara di sepanjang Jalur dan Laluan telah mula menumpukan perhatian mereka ke arah pasaran China dan mengeksport produk mereka ke China.

Pada CIIE pertama, Ma Yuxia, seorang ahli perniagaan wanita Cina yang berpangkalan di Amerika Selatan, telah memperkenalkan patung mainan plush alpaka ke pasaran China.

Ma dan rakan kongsinya dari Peru telah menyewa gerai kecil berukuran 9 meter persegi untuk mempamerkan dan mempromosikan patung mainan ini dan kraf tangan tradisional lain di Peru. Mereka juga telah menubuhkan jenama mereka sendiri yang dipanggil Warmpaca.

Penyertaan mereka dalam ekspo tersebut ternyata membuahkan hasil. Setelah mengambil bahagian dalam CIIE selama empat tahun berturut-turut, kini Warmpaca boleh didapati di lebih 20 buah pusat membeli-belah di China.

Setakat ini, lebih 80 peratus kawasan pameran perniagaan yang dirancang untuk CIIE kelima telah ditempah. Lebih daripada 260 syarikat Fortune Global 500 dan pemimpin industri akan menghadiri ekspo ini pada tahun ini.

Banyak negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pameran negara, Laporan Keterbukaan Dunia dan Indeks Keterbukaan Dunia baharu pula akan dikeluarkan di Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao, bahagian utama ekspo ini.

Begitu ramai pihak menunjukkan minat, ruang di ekspo ini pasti akan terisi dengan cepat. Pastikan anda mendaftar untuk menyertai edisi kelima sebelum kehabisan! Klik di sini untuk mendaftar: https://www.ciie.org/exhibition/f/book/register?locale=en.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/ 52791673/en

Hubungi: Nie Qingxin
Tel.: 0086-21-67008870/67008988

Sumber: CIIE

–BERNAMA

ESSILORLUXOTTICA MEMODENKAN PEMPROSESAN PESANAN DENGAN PLATFORM PENYEPADUAN PINTAR BOOMI

Perintis cermin mata memanfaatkan kelenturan Boomi untuk mengubah dan mempercepatkan operasi untuk memenuhi permintaan pelanggan global

CHESTERBROOK, Pa., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa EssilorLuxottica, sebuah peneraju dunia di dalam pasaran cermin mata, telah melaksanakan platform penyepaduan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) untuk mempercepatkan pemprosesan pesanan bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi bagi produk mereka merentasi ASEAN, Timur Tengah, Turki, Afrika, India, dan Australia dan New Zealand (AMERA). Dengan menggunakan Platform Boomi AtomSphereTM, EssilorLuxottica menyepadukan aplikasi dalaman dan pesanan pelanggan dengan pantas dan mudah daripada pelbagai saluran dalam masa nyata, sekali gus membuka kecekapan dan penjimatan yang ketara.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220725005004/en/

Sebagai sebuah perintis di dalam teknologi kanta termaju dan ketukangan bagi cermin mata ikonik, EssilorLuxottica lahir daripada satu penggabungan di antara pembuat kaca mata Itali Luxottica, yang diasaskan pada tahun 1961, dan pengeluar kanta Perancis Essilor, yang ditubuhkan hampir dua abad yang lalu. Hari ini, EssilorLuxottica mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan kanta oftalmik, bingkai dan cermin mata hitam.

Setelah memanfaatkan platform Boomi untuk mengintegrasikan dengan jayanya kira-kira 10,000 pelanggan luaran kepada sistem perniagaan-ke-perniagaan (B2B) mereka pada tahun 2019, EssilorLuxottica AMERA sekali lagi mendapatkan penyelesaian berasaskan awan Boomi pada akhir tahun 2020 di tengah-tengah kesesakan yang berpunca daripada gabungan gangguan rantaian bekalan dan permintaan yang lebih tinggi. Menyatukan format data dan menambah baik penyepaduan data di antara semua aplikasi dalaman menjadi satu keperluan perniagaan yang mendesak, yang mendorong EssilorLuxottica AMERA untuk menggunakan Platform Boomi AtomSphere, termasuk pertukaran data elektronik (EDI) Boomi, dan peranti Pengurusan API.

Dengan menjalankan pelbagai sistem perancangan sumber perusahaan (ERP), EssilorLuxottica berminat untuk mencapai pemodenan ERP dan memacukan kecekapan bagi platform pemprosesan Pesanan kepada Tunai Generasi Seterusnya (NG) mereka, yang mengendalikan kira-kira 70,000 hingga 80,000 pesanan setiap hari.

“Cabaran itu adalah untuk menggantikan semua perisian tengah yang sedia ada, perkhidmatan mikro tersuai dan perisian tengah pihak ketiga bagi membolehkan kapasiti dan prestasi perkongsian data yang lebih besar untuk memenuhi jangkaan pelanggan,” kata Mel Yuson, Pengarah bagi Seni Bina Perusahaan di EssilorLuxottica AMERA. “Kami memerlukan satu perjanjian peringkat perkhidmatan (SLA) yang boleh mengawasi penyepaduan segera dengan berkesan, bukan melalui penyepaduan data kelompok atau segerak, tetapi satu yang dalam masa nyata dan tak segerak.”

Yuson berkata EssilorLuxottica AMERA mendapatkan perkhidmatan Boomi untuk mengatur muatan data yang lebih tinggi dan mempertingkatkan prestasi pemprosesan pesanan, daya tahan dan kebolehskalaan supaya pemprosesan pesanan hujung ke hujung akan mengambil masa kurang daripada satu minit — dan yang paling sesuai pada sekitar 30 saat — menyerlahkan bahawa sebarang kelewatan akan menyebabkan satu tunggakan yang serius di dalam proses pembuatan.

“Kami pada mulanya menghadapi pelbagai cabaran kerana ini adalah kali pertama kami menguruskan masa sebenar, penyepaduan tak segerak bagi platform pemprosesan pesanan EssilorLuxottica dan ERP dengan menggunakan platform Boomi,” jelas Yuson.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan daripada pasukan Kejayaan dan Sokongan Pelanggan Boomi, EssilorLuxottica AMERA menyiasat dan mengenal pasti faktor penurunan prestasi termasuk protokol sistem fail rangkaian (NFS). Di sebalik cadangan Boomi, EssilorLuxottica AMERA menggunakan penyelesaian untuk memudahkan perkongsian fail dan meningkatkan kecekapan operasi sebanyak empat kali ganda. Pendekatan perkongsian Boomi membolehkan EssilorLuxottica AMERA untuk menangani sekatan pelaksanaan dan mencapai sasaran SLA iaitu 30 saat.

Di samping mencapai SLA pemprosesan pesanan hujung ke hujung iaitu 30 saat, EssilorLuxottica AMERA mengurangkan kos dan mengoptimumkan infrastruktur penyepaduan data mereka, yang sebelum ini dikendalikan oleh pihak luar. Melalui Platform Boomi AtomSphere, EssilorLuxottica memperoleh kepakaran dan memudahkan proses mereka sambil menjimatkan masa dan mengurangkan keperluan untuk sumber khusus. Syarikat itu juga menyatukan pemantauan aplikasi ke dalam satu peranti tunggal, mengurangkan kos dengan ketara, meningkatkan ketangkasan operasi dan mempercepatkan penggunaan projek. EssilorLuxottica AMERA mempamerkan ketangkasan Boomi di dalam menyiasat cabaran dan menyediakan sokongan di seluruh organisasi yang lebih luas bagi projek penyepaduan yang serupa, pada masa akan datang.

“Organisasi bagi semua saiz dalam pelbagai sektor berada di bawah tekanan untuk mempercepatkan transformasi bagi mencapai matlamat perniagaan. Platform dan perkhidmatan Boomi bukan sahaja menyokong sistem global yang kompleks, menjadikannya lebih mudah dan lebih kos efektif untuk operasi berkala, tetapi juga memberikan kelenturan perniagaan untuk menyepadukan peranti tambahan, seperti yang dilakukan dengan EssilorLuxottica AMERA,” kata Ajit Melarkode, Naib Presiden bagi Pembangunan Perniagaan, APJ di Boomi. “Menyepadukan teknologi baharu dan sedia ada memudahkan tahap kelenturan dan ketangkasan yang diperlukan oleh perusahaan yang menghadapi pelanggan pada hari ini, membolehkan penyatuan sumber data untuk mencapai kecekapan prestasi, menjanakan aliran hasil dan memacukan transformasi digital.”

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat terkemuka bagi kategori perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dengan lebih daripada 20,000 pelanggan, Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan lebih 100,000 ahli, satu rangkaian di seluruh dunia yang mempunyai lebih daripada 800 rakan, dan satu daripada tatasusunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS, yang termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake, serta tiga penyedia awan terbesar, Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lain.

Syarikat itu baru-baru ini telah menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT. Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan

Penafian Gartner:

Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16133

DARWIN ABORIGINAL ART FAIR DITETAPKAN UNTUK MEMPAMERKAN KARYA DARIPADA LEBIH 1,500 ARTIS FIRST NATIONS, YANG DIWAKILI OLEH REKOD 76 PUSAT SENI KOMUNITI DARI SELURUH AUSTRALIA

DARWIN, Australia, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Kreatif Orang Asli dan Orang Kepulauan Selat Torres akan diraikan di Darwin, Australia, dari 2-7 Ogos dalam pameran seni, reka bentuk dan budaya yang tidak boleh dilepaskan di siri acara ikonik Yayasan Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF).

Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF) merupakan acara seni visual First Nations yang terbesar dan paling terkenal di Australia, yang akan kembali bagi tahun ke-16 untuk dijalankan dalam talian dan secara peribadi pada 5-7 Ogos ini.

Pameran seni yang diraikan di peringkat antarabangsa berlangsung bersama dua acara Indigenous Fashion ProjectsCountry to Couture pada 2 Ogos dan National Indigenous Fashion Awards pada 3 Ogos, membawa artis dan pereka First Nations yang paling terkenal dan bersemangat ke peringkat nasional dan global.

Sebagai satu-satunya acara rakyat Australia yang seumpamanya, DAAF telah memperoleh reputasi sebagai salah satu acara seni yang paling penting dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, mewujudkan peluang unik untuk berhubung dan secara beretika membeli karya terus dari Pusat Seni, serta bertemu dengan artis dan belajar secara langsung tentang warisan budaya, cerita, sejarah dan amalan seni tradisional mereka melalui pelbagai kelas induk, ceramah dan demonstrasi.

DAAF 2022 berada di landasan untuk menjadi yang paling berjaya dan mencapai sasaran yang paling luas, dengan rekod 76 Pusat Seni yang mengambil bahagian dalam penyampaian hibrid sulung Yayasan bagi acara itu. Pada 2021, Pameran itu mencapai rekod jualan $3.12 juta AUD dengan 100 peratus keuntungan akan kembali kepada Pusat Seni dan komunitinya. Pameran itu sendiri tidak mengambil komisen daripada karya seni yang dijual.

Yayasan DAAF berbangga menjadi sebahagian daripada kolektif organisasi yang memperjuangkan muzik, seni dan idea daripada budaya hidup tertua di dunia. Berlangsung di Top End Australia setiap Julai-Ogos bersama acara Pameran dan fesyen Yayasan DAAF yang terkenal ialah:

  • Pesta Garma | Yothu Yindi Foundation | 29 Julai – 1 Ogos
  • Salon des Refusés | Salon Art Projects | 3-13 Ogos
  • Telstra National Aboriginal and Torres Strait Islander Art Awards | Museum and Art Gallery of the Northern Territory | 5 Ogos 2022 – Januari 2023
  • National Indigenous Music Awards | Music NT | 6 Ogos

Minggu pertama bulan Ogos diramalkan akan menjadi salah satu pameran terbesar bagi bakat First Nations di dunia. Muzik, seni dan budaya akan bertembung apabila The Collective bersatu untuk memberikan orang ramai pengalaman unik merentasi industri kreatif di Northern Territory.

Untuk maklumat lanjut tentang Darwin Aboriginal Art Fair ke-16 dan untuk akses keutamaan kepada Pameran Seni digital, lawati daaf.com.au/register.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16123

NIELSENIQ MENGELUARKAN SATU LAPORAN BAHARU YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA KESAN INFLASI TERHADAP JENAMA KECIL DAN SEDERHANA

NielsenIQ membuat previu satu rangka kerja baharu untuk membantu jenama kecil dan sederhana menskalakan pertumbuhan di dalam kajian global mereka yang terbaharu

CHICAGO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — NielsenIQ membuat previu penemuan daripada Akta Pengimbangan Jenama, satu kajian global yang memberikan satu perspektif tentang cara bagaimana pengguna melihat jenama kecil dan sederhana di dalam tempat pasaran aliran inflasi baharu. Di tengah-tengah cabaran rantaian bekalan, tekanan inflasi dan hasrat berbelanja pengguna yang berhati-hati, jenama kecil menghadapi satu medan permainan yang mencabar. Dengan memberi tumpuan kepada keutamaan jenama pengguna, penanda aras prestasi, pemasaan kitaran arah aliran dan pembezaan yang bermakna, jenama kecil dan sederhana boleh memanfaatkan tindak balas pengguna terhadap ekonomi yang tidak menentu itu demi faedah mereka.

“Inflasi telah melebihkan kepentingan bagi setiap pelaburan dan usaha strategik yang dibuat oleh jenama yang lebih kecil. Apabila kos produk meningkat, begitu juga dengan kos bagi kehilangan tanda dengan jangkaan pengguna,” kata Lauren Fernandes, Pengarah Global bagi Kepimpinan Pemikiran. “Berita baik bagi perniagaan kecil & sederhana ialah walaupun banyak PKS yang sebahagian besarnya ‘tidak dikenali’ dari segi kemasyhuran menurut kajian kami baru-baru ini, pengguna sedang mempertimbangkan pelbagai jenis jenama apabila membuat keputusan untuk membeli.”

Syarikat-syarikat besar mempunyai pengaruh terhadap inflasi dan masalah rantaian bekalan yang sering dihadapi oleh perusahaan kecil, sekali gus menjadikan tindakan mengimbangi untuk perniagaan kecil dan sederhana sebagai penting, tetapi menjadi satu usaha yang berpotensi untuk memberikan ganjaran pada masa tertentu ini. Akta Pengimbangan Jenama menyediakan satu perspektif tentang cara bagaimana tekanan inflasi memberi kesan kepada jenama kecil dan sederhana dan strategi yang boleh mereka gunakan untuk mempamerkan nilai mereka dan kekal sejajar dengan nilai teras yang dicari oleh pengguna. Analisis itu juga menyerlahkan:

• 56% pengguna global lebih suka untuk membeli produk buatan tempatan daripada perniagaan kecil di kawasan mereka
• 57% berusaha untuk menyokong jenama kecil di mana mungkin, tetapi mendapati lebih sukar untuk mencarinya di rak
• 51% merasakan bahawa jenama kecil adalah lebih tulen dan boleh dipercayai berbanding dengan jenama besar
• 47% berpendapat bahawa jenama kecil biasanya lebih mahal tetapi bersedia untuk membayar lebih sedikit
• 86% pengguna global berpendapat bahawa sebab-sebab fungsian seperti ketersediaan, kualiti dan nilai untuk wang adalah sangat penting ketika membuat keputusan mereka untuk membeli

“Persekitaran makroekonomi hari ini telah mencipta sebuah gelombang ribut yang sempurna bagi perniagaan kecil dan sederhana untuk berhubung dengan pengguna. Namun ribut yang sama itu boleh membayangi jenama yang lebih kecil sebelum ia dapat mencapai skala. Kuncinya ialah mencari tuas yang betul, berdasarkan kepada data pengguna yang betul, untuk melakukan inovasi dalam cara yang bermakna,” kata Fernandes. “Dengan 48% responden global menyatakan bahawa mereka merancang untuk membeli lebih banyak daripada jenama yang lebih kecil pada masa hadapan, perniagaan kecil dan sederhana yang dapat memahami pendorong untuk pembelian dalam landskap baharu ini kemungkinan besar akan mendapat manfaat daripada pilihan pengguna yang telah dikemas kini.”

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, menyampaikan standard emas di dalam pengukuran pengguna dan peruncitan, melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan mengenai pengguna global, saluran pelbagai arah yang berkembang. NielsenIQ ialah sumber keyakinan bagi industri yang kami layani dan sebagai perintis yang menentukan abad seterusnya bagi pengukuran pengguna dan peruncitan. Data kami, pandangan yang berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi CPG dan syarikat-syarikat peruncitan, dengan membawa mereka lebih dekat lagi kepada komuniti yang mereka layani dan membantu untuk memperkasakan pertumbuhan mereka.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di lebih 90 buah ​​pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220720005285/en/

Hubungi

Media
Gillian Mosher
Gillian.mosher@nielseniq.com

Sumber : NielsenIQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16114

OAG MENYAMPAIKAN AKSES KEPADA KESELURUHAN KITARAN HAYAT PENERBANGAN MELALUI PLATFORM DATA SERBA BOLEH

Data Penerbangan dan Perjalanan Holistik Mewujudkan Pandangan bagi Keseluruhan Pengalaman Penumpang, Menyediakan Pandangan yang Tidak Dapat Ditandingi untuk Pelanggan dalam sebuah Zaman Ketaktentuan

LONDON, 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — OAG, penyedia terkemuka dunia bagi data perjalanan dan pandangan, mengumumkan pengeluaran Data Status Penerbangan ke dalam penyelesaian Flight Info Direct atau Maklumat Terus Penerbangan mereka, menyampaikan akses segera kepada kitaran hayat lengkap bagi sesebuah penerbangan. Dikuasakan oleh platform data yang didayakan oleh Snowflake mereka OAG Metis, Flight Info Direct pada masa ini menyediakan akses segera kepada pangkalan data bernilai tinggi OAG, termasuk Data Jadual Penerbangan Global, Data Pelepasan dan Data Sambungan. Bermula hari ini, pengeluaran Data Status Penerbangan akan memberikan pelanggan dengan satu gambaran yang lancar tentang sesuatu penerbangan – daripada jadual yang dirancang sehingga apabila ia mendarat di destinasinya.

Ketika permintaan bagi pandangan yang bernilai tinggi dan data operasi meningkat, kebolehan untuk melihat data penerbangan sebagai satu dengan mengakses, menyepadu dan menggabungkannya ke dalam sumber lain akan menyampaikan faedah dan kecekapan perniagaan yang berharga kepada pelanggan, seperti menghapuskan silo bagi sistem legasi, menyampaikan data perjalanan hujung ke hujung, dan membaiki isu penyelasaran dan kualiti.

“Penyelesaian kami yang dipercepatkan dan perkongsian dengan platform teknologi terkemuka Snowflake dan Microsoft Azure menjadikan kami sebagai rakan kongsi yang sempurna untuk membantu pelanggan kami mengatasi sebuah landskap teknologi legasi yang kompleks,” kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif di OAG. “Skala bagi peluang-peluang yang didorong oleh data merentasi keseluruhan ekosistem perjalanan – pencarian dan tempahan, hospitaliti, pembayaran dan peruncitan, dan banyak lagi – adalah sangat besar. Platform data kami yang serba boleh dan berasaskan awan menghubungkan dengan lancar ekosistem secara bersama, dan semuanya dalam satu pandangan, untuk membantu pelanggan kami berkembang, menyelaraskan operasi mereka dan bekerja secara fleksibel pada skala.”

Pengeluaran data baru-baru ini ke platform itu merupakan evolusi terkini bagi perjalanan pertumbuhan yang diterajui produk OAG untuk menghubungkan ekosistem dan pasaran dengan data yang memperkasakan pembuatan keputusan dan inovasi yang lebih baik.

Callow menambah, “Kami sedang menggerakkan industri itu ke hadapan dengan menyediakan akses tanpa geseran kepada data perjalanan berkualiti tinggi. Keupayaan untuk melihat maklumat data penerbangan secara holistik dengan teknologi terbaik yang tersedia adalah satu perubahan yang besar daripada jadual lama dan status silo pada masa lalu.”

OAG mempunyai pelanggan merentasi keseluruhan ekosistem perjalanan dan ditanamkan di dalam enjin tempahan, aplikasi perjalanan dan hospitaliti, aplikasi syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian, metasearch, enjin pencarian dan aplikasi penjejakan penerbangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Data Status Penerbangan, sila layari https://www.oag.com/status-direct

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah platform data terkemuka bagi industri pelancongan global, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, China dan Lithuania. Layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220719005065/en/

Hubungi

Media:
Glenn Simpson – Harvard bagi pihak OAG
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

ANUGERAH DISERTASI KEDOKTORAN MARY KAY AKADEMI SAINS PEMASARAN DISAMPAIKAN PADA PERSIDANGAN TAHUNAN 2022

Pelajar-pelajar kedoktoran menerima geran sebagai sebahagian daripada Anugerah Disertasi Kedoktoran Tajaan Mary Kay untuk meneruskan matlamat profesional dan pendidikan mereka di dalam bidang berkaitan pemasaran

DALLAS, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Mary Kay Inc. sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi pendidikan dan penyelidikan akademik dengan pengumuman bagi pemenang Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay di Persidangan Tahunan Akademi Sains Pemasaran (AMS) yang diadakan pada 25 – 27 Mei di Monterey, California. Selama hampir 30 tahun, syarikat kecantikan global itu telah menganugerahkan geran tahunan ini kepada calon-calon kedoktoran di dalam bidang pemasaran, untuk memberi mereka peluang mempamerkan disertasi mereka yang berjaya dipertahankan di hadapan rakan sebaya mereka. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada pembentangan akhir mereka di Persidangan Tahunan AMS.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/

Penyerahan dibuka kepada pelajar kedoktoran yang meliputi mana-mana topik yang berkaitan dengan pemasaran, metodologi dan minat penyelidikan di seluruh dunia. Finalis bagi Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022 adalah:

Finalis Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay

  • Pemenang – Ali Anwar, Calon PhD, Universiti Wilfrid Laurier (Kanada) – “Kebolehan Jualan dalam Usaha Niaga Awal: Esei tentang Peranan Kebingkasan dan Modal Sosial Dalaman dalam menghadapi Gangguan Buruk
  • Naib Johan Pertama – Alexander Fulmer, Calon PhD, Universiti Yale – “Mempersoalkan mengenai Keutamaan Intuitif bagi Kesengajaan
  • Naib Johan Kedua – Jen Riley, Calon PhD, Universiti Negeri Kennesaw – “Menilai Kesan Teknologi Jualan terhadap Jualan Profesional: Satu Analisis Mengenai Keberkesanan Jualan Sosial” 

Finalis Anugerah Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022

  • Pemenang – Ishita Chakraborty, PhD, Universiti Yale – “Pemarkahan Atribut Sentimen dengan Ulasan Teks Dalam Talian: Perakaunan untuk Struktur Bahasa dan Atribut Yang Hilang” 

“Anugerah Disertasi dan Cadangan Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran menyediakan peluang-peluang yang unik untuk profesional pemasaran bagi  mempamerkan hasil kerja mereka dan menerima maklumat balas yang membina daripada rakan sebaya mereka, yang penting bagi pertumbuhan profesional mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran di Mary Kay Inc. “Di Mary Kay, kami kekal komited untuk menyediakan platform bagi kemajuan pendidikan dan kerjaya, serta pembangunan profesional. Kami berbangga untuk menyokong profesional pemasaran berbakat ini dan sumbangan mereka kepada bidang pemasaran.”

“Ia adalah menjadi semakin kompetitif untuk membolehkan hasil kerja anda diterbitkan di dalam jurnal Pemasaran yang utama, dan bagi mempunyai peluang untuk mendapatkan maklumat balas daripada golongan terpelajar di dalam Pemasaran terkemuka sebelum penyerahan adalah sesuati yang tidak ternilai,” kata Julie Moulard, Presiden Terdahulu (setakat 1 Jun) bagi Akademi Sains Pemasaran. “Anugerah Disertasi Mary Kay menyediakan sebuah platform kritikal bagi profesional pemasaran ini untuk menyemak kerja mereka dan diperhalusi untuk meningkatkan peluang mereka dalam menerbitkan penemuan penyelidikan di dalam jurnal Pemasaran yang boleh dipercayai, yang akhirnya memberi manfaat kepada reputasi dan kredibiliti akademik mereka secara keseluruhan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran, klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Maklumat mengenai Akademi Sains Pemasaran

Akademi Sains Pemasaran ialah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan, bersifat antarabangsa, ilmiah, profesional. Ia berdedikasi untuk menggalakkan standard yang tinggi dan kecemerlangan di dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan pemasaran dan pelanjutan bagi amalan pemasaran melalui satu peranan kepimpinan di dalam disiplin pemasaran di seluruh dunia. Akademi itu komited kepada standard etika dan kekolejan yang paling tinggi dalam usaha mencapai misi ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau
media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16108

PEOPLECARE MEMILIH BOOMI DAN ATTURRA UNTUK MENGHUBUNGKAN DATA AHLI BAGI PENGALAMAN DANA KESIHATAN YANG DIPERIBADIKAN

Penanggung Insurans Kesihatan Australia Memilih Boomi dan Atturra Untuk Menyediakan Pengalaman Kesihatan Yang Diperibadikan (Grafik: Business Wire)

Penanggung insurans kesihatan Australia mempertingkatkan pemperibadian, meningkatkan nilai ahli dan menyokong pematuhan perniagaan dengan rangka kerja data yang berhubungan

CHESTERBROOK, Pa., 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Peoplecare, sebuah dana bersama insurans kesihatan Australia, telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ untuk menyampaikan pengalaman ahli yang lebih baik dan insurans kesihatan yang diperibadikan dengan data yang berhubungan, tepat dan boleh diakses.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005014/en/

“Kami bangga untuk menjadikan insurans kesihatan mudah dan mengutamakan nilai bagi memastikan ahli kami dapat memaksimumkan perlindungan mereka. Kaedah komunikasi legasi kami tertumpu kepada ahli yang menghubungi pusat hubungan kami, namun rakyat Australia pada hari ini adalah celik teknologi dan menuntut pengalaman pelbagai saluran merentasi platform dan peranti,” kata Joanne Williams, peneraju penyelesaian perusahaan, Peoplecare. “Kami memilih Boomi untuk membantu membolehkan layan diri digital yang baharu, di samping mengukuhkan pusat hubungan kami yang sedia ada bagi mereka yang masih mahu bercakap dengan seseorang. Boomi membantu kami membuka titik buta kami, memperkasakan kami untuk menyediakan komunikasi yang lebih diperibadikan dan proaktif kepada ahli kami mengenai dasar-dasar mereka.”

Peoplecare, sebuah organisasi milik ahli dan yang tidak mencari keuntungan (NFP) sejak tahun 1952, menyediakan perkhidmatan insurans kesihatan persendirian kepada rakyat Australia. Pada asalnya dana kesihatan untuk John Lysaght Australia, syarikat itu kemudian berkembang ke dalam insurans kesihatan sebagai sebuah dana terbuka pada tahun 2006. Pada tahun lepas, Peoplecare distruktur semula, dengan memulakan satu inisiatif pemodenan untuk memudahkan seni bina IT mereka yang kompleks dan memenuhi keperluan 33,000 ahli mereka dengan lebih baik.

Untuk memusatkan data mereka dan mewujudkan persekitaran IT yang mampu menyediakan pengalaman yang diperibadikan, termasuk memastikan ahli mendapat nilai terbaik dengan dasar yang betul, Peoplecare memilih platform penyepaduan natif awan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) untuk menyepadukan sistem kritikal perniagaan dan pelbagai legasi dan aplikasi awan merentasi perniagaan itu.

Dengan semua data kritikal boleh diakses melalui sebuah platform yang disatukan, Peoplecare kini dapat menjadikan lebih banyak data ahli boleh dilihat dan tersedia pada aplikasi mudah alih ahli mereka, dan kepada 140 ejen pusat hubungan mereka, dalam masa nyata. Faedahnya juga meliputi tadbir urus dan pematuhan terhadap penyelesaian yang membantu Peoplecare mengekalkan pematuhan dengan standard CPS 234 Pihak Berkuasa Peraturan Prudential Australia (APRA).

Williams berkata Peoplecare akhirnya memilih Boomi disebabkan oleh keupayaan mereka untuk memecahkan silo data dengan senang dengan satu antara muka pengguna tarik dan lepas yang mudah yang menggambarkan aliran proses. Memandangkan skop IT syarikat yang terhad, Peoplecare mahu satu penyelesaian yang akan menyokong penyepadu warga di dalam organisasi dan mencari sebuah rakan untuk pelaksanaan itu.

Boomi memperkenalkan Peoplecare kepada penyedia perkhidmatan IT yang dipercayai Atturra untuk menyokong pelaksanaan Platform Boomi AtomSphere dan mewujudkan piawaian untuk amalan penyepaduan mereka.

“Peoplecare memerlukan satu penyelesaian dan rakan kembar yang sejajar dengan budaya mereka,” kata Jason Frost, pengurus besar eksekutif, Atturra Data and Integration. “Dengan pengalaman yang membolehkan pelanggan FSI di seluruh Australia dan hubungan erat kami dengan Boomi, kami adalah amat sesuai, dengan menawarkan satu penyelesaian arkitek untuk bekerja secara dalaman yang ditempatkan dengan kemas ke dalam pasukan Peoplecare untuk pelancaran awal. Kami membantu Williams dan pasukan beliau dari peringkat awal lagi, dengan mencipta sebuah rangka kerja data terpusat, dan bukannya melayan penyepaduan titik ke titik.”

“Rakyat Australia semakin mengutamakan kesihatan mereka dan menuntut perkhidmatan yang menawarkan lebih daripada apa yang disediakan oleh Medicare kepada mereka,” kata Nathan Gower, ketua bagi pembangunan perniagaan, Australia dan New Zealand (A/NZ) di Boomi. “Dengan banyak pilihan kesihatan swasta di dalam pasaran, dana insurans kesihatan perlu mencari satu jalan untuk mengurangkan persaingan. Dengan mengetepikan kesesakan di seluruh operasi dana kesihatan syarikat itu yang bersama dan terurus yang kompleks, Peoplecare kini boleh menyediakan lebih banyak data ahli tersedia, menyediakan sebuah perkhidmatan yang lebih personal dan menjadikan detik-detik dalam perjalanan kesihatan seumur hidup ahli penting.”

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat global terkemuka kategori, perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dengan lebih daripada 20,000 pelanggan – Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan lebih 100,000 ahli, satu rangkaian di seluruh dunia yang mempunyai lebih daripada 800 rakan kongsi, dan satu daripada tatasusunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS. Syarikat itu baru-baru ini menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan kongsi yang paling ketara daripada vendor teknologi terkemuka industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan fleksibel melalui saluran IT. Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan

· Ketahui lebih lanjut mengenai Atturra
· Ketahui lebih lanjut mengenai Platform Boomi AtomSphere
· Terokai Komuniti Boomiverse
· Ikuti Boomi di TwitterLinkedInFacebook, dan YouTube

Penafian Gartner:

Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi serta-merta menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja dengan platform mereka yang natif awan, disatukan, terbuka dan pintar. Platform penyepaduan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) dipercayai oleh lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia untuk kelajuan, kemudahan penggunaan dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah. Sebagai perintis di dalam memacukan penggunaan data secara bijak, visi Boomi adalah untuk memudahkan pelanggan dan rakan untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang ramai untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005014/en/

Hubungi

Media:
Boomi Australia
boomi@watterson.com.au

Kristen Walker
Komunikasi Korporat Global
kristenwalker@boomi.com
+1-415-613-8320

Sumber : Boomi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA