KIOXIA MENUNJUKKAN FAKTOR BENTUK SSD NVME™ GENERASI SETERUSNYA UNTUK PUSAT DATA AWAN DAN PERUSAHAAN


Table

Sampel penilaian SSD E3.S Kioxia dipasang pada prototaip pelayan yang dipasang di rak bersaiz 2U yang boleh memasang 48 unit SSD E3.S (Gambar imej) (Foto: Business Wire)

Faktor bentuk EDSFF[1] (Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data) E3.S membolehkan ketumpatan dan prestasi yang lebih tinggi memacukan skala data pusat

TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) — Kioxia Corporation telah membangun dan memulakan penghantaran bagi sampel kejuruteraan bagi Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF) E3.S generasi seterusnya yang diseragamkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal SNIA SFF TA.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/

E3.S adalah satu standard faktor bentuk baharu bagi SSD NVMe™ di pusat data Awam dan perusahaan, terutamanya yang menyasarkan PCIe® 5.0 dan seterusnya. E3.S itu akan menyumbang kepada reka bentuk dan pengembangan sistem generasi akan datang, seperti awan, pelayan hiper bertumpu dan serbaguna dan sistem All Flash Array (AFA) di dalam pusat data awan dan perusahaan.

Spesifikasi E3.S itu memungkinkan pilihan untuk saiz, kuasa dan kapasiti, kesemuanya dengan satu penyambung biasa. Direka untuk generasi PCIe masa depan yang menawarkan bajet kuasa yang lebih tinggi, EDSFF E3.S memberikan prestasi, penyejukan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding dengan faktor bentuk yang lain.

Sampel kejuruteraan E3.S Kioxia, yang didasarkan kepada CM6 Kioxia Siri PCIe 4.0 NVMe 1.4 SSD dalam faktor bentuk 2.5 inci, menunjukkan prestasi kira-kira 35% lebih tinggi dengan alat kawalan yang sama dan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D TLC di dalam faktor bentuk EDSFF E3.S dengan lorong x4 dan 28W (+ 40%) kuasa.

Faedah EDSFF E3.S termasuk:
– Ketumpatan storan kilat yang lebih tinggi untuk penggunaan kuasa, tapak storan dan penggunaan rak sistem yang lebih cekap
– Menyokong PCIe 5.0 dan seterusnya melalui peningkatan integriti isyarat
– Ciri-ciri penyejukan dan terma yang lebih baik
– Prestasi dan faedah melebihi versi faktor bentuk 2.5 inci
– Status pemanduan dapat ditunjukkan dengan petunjuk LED
– Menyokong konfigurasi lorong x8 PCIe

Nota
[1] Promoter Kumpulan Kerja EDSFF merangkumi sistem pelayan perusahaan dan penyedia perkhidmatan awan seperti Dell EMC, Facebook, HPE, Lenovo dan lain-lain. Kioxia mengambil bahagian sebagai sebuah penyumbang.

* NVMe adalah merupakan tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* PCIe adalah merupakan sebuah tanda perniagaan berdaftar milik PCI-SIG
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

Kerjasama Pulse Secure Dan Gigamon Mengukuhkan Akses Selamat Daripada Sebarang Peranti Sementara Permintaan Pasaran Untuk Akses Rangkaian Sifar Kepercayaan Meningkat

Penyepaduan disahkan yang baharu meningkatkan kebolehlihatan akses pada premis dan keupayaan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA)

SINGAPURA, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan kejayaan penyepaduan dan ujian keserasian bersama antara Gigamon dengan Pulse Secure untuk memberikan jaminan kepada pelanggan bahawa penyelesaian Kawalan Akses Rangkaian (NAC) Pulse Secure, Pulse Policy Secure, boleh memanfaatkan sepenuhnya maklumat kontekstual titik akhir yang diterima daripada Gigamon apabila pekerja jarak jauh kembali ke pejabat untuk bekerja. Gabungan Gigamon dan Pulse memberikan organisasi kebolehlihatan peranti disambungkan rangkaian masa nyata dan kawalan Sifar Kepercayaan yang memanfaatkan pengesahan boleh suai dan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA) untuk mengesan anomali dan menangani akses tanpa kebenaran dan hasad kepada aplikasi dan sumber rangkaian.

Pulse Policy Secure ialah penyelesaian Kawalan Akses Rangkaian paling laris dan berciri penuh yang mudah untuk dikerahkan, diuruskan, disepadukan dan diskalakan. Gigamon, menghantar maklumat trafik disatukan dengan penapisan dinamik terhadap Pulse Policy Secure untuk meningkatkan kebolehlihatan titik akhir merentasi rangkaian dan pematuhan keselamatan titik akhir automatik yang lebih banyak. Memanfaatkan ciri UEBA Pulse Secure, Pulse Policy Secure boleh mengenal pasti dan memberikan respons kepada aktiviti beranomali seperti aktiviti IoT yang mencurigakan, serangan DGA dan penspulan MAC sebagai sebahagian daripada keupayaan pengesahan boleh suai penyelesaian ini yang sejajar dengan kawalan Sifar Kepercayaan.

“Penggunaan Sifar Kepercayaan yang semakin berkembang bermakna penting untuk komuniti vendor keselamatan bekerja secara seragam untuk memastikan bahawa data analitis keselamatan penting mengalir secara lancar merentasi penyelesaian untuk memberikan kebolehlihatan dan kawalan yang diperlukan perusahaan untuk membuat keputusan akses selamat termaklum yang lebih baik dalam masa nyata,” kata Alex Thurber, Ketua Pegawai Hasil untuk Pulse Secure. “Kami telah bekerja secara rapat dengan Gigamon pada tahap teknikal untuk mewujudkan proses integrasi yang lancar dengan keupayaan yang akan memastikan pelanggan bersama kami mendapat manfaat yang boleh dilihat dalam mengerahkan teknologi bersama kami untuk membantu kedua-dua pengurusan dan akses selamat rangkaian dengan sokongan Sifar Kepercayaan.”

Manfaat Penyelesaian bersama termasuk:

• Menyokong strategi Sifar Kepercayaan. Mengenal pasti, memprofil dan mengesahkan pengguna dan peranti sebelum memberikan akses menurut postur keselamatan mereka.
• Menentukan dasar postur keselamatan untuk peranan pengguna dan titik akhir. Kemudian menguatkuasakan peraturan akses secara automatik pada semua titik akhir (berdasarkan identiti, peranan, kelas peranti dan postur keselamatan) sebelum dibenarkan pada rangkaian.
• Meningkatkan keselamatan keseluruhan . Menguatkuasakan pembahagian rangkaian dinamik peranti pada pinggir rangkaian untuk mengelakkan ancaman daripada tersebar secara lateral dan membolehkan penyepaduan dwiarah dengan infrastruktur keselamatan (SIEM dan NFW, contohnya) untuk respons ancaman dipercepat.
• Wawasan titik akhir 360 darjah. Pulse Policy Secure menangkap kecerdasan titik akhir secara mendalam dan memantau keadaan yang mencurigakan secara berterusan untuk menyediakan laporan tentang isu dan arah aliran capaian.
• Analitis Tingkah Laku. Korelasi akses pengguna, maklumat kontekstual peranti dan log sistem dalam enjin analisis baharu untuk mencari anomali dan mengurangkan risiko ancaman.

Pulse Policy Secure bersepadu dengan Gigamon Visibility and Analytics Fabric, yang digunakan untuk memantau semua trafik rangkaian — termasuk trafik pusat data timur-barat dan beban kerja awan awam dan peribadi — jadi semua trafik boleh dianalisis bersama untuk mengurangkan titik buta dan meningkatkan kemungkinan mengesan tingkah laku mencurigakan.

“Perkongsian ekosistem adalah penting untuk penggunaan inisiatif Sifar Kepercayaan dan bekerjasama secara rapat dengan vendor Secure Access, seperti Pulse Secure, untuk membantu dalam memastikan penyepaduan lancar adalah penting bagi pelanggan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka,” kata Gigamon dan Ketua Pegawai Presiden Operasi Shane Buckley.  “Sambil organisasi berusaha untuk melakukan lebih banyak dengan sumber yang kurang sedikit, mereka kerap melihat ke arah automasi untuk merealisasikan manfaat yang lebih besar daripada jumlah bahagian yang mereka sumbangkan.”

Manfaat tambahan daripada menggunakan Gigamon berserta Pulse Secure merangkumi pengagregatan trafik untuk mengurangkan penggunaan port. Dalam keadaan apabila pautan rangkaian mempunyai jumlah trafik rendah, Gigamon Visibility and Analytics Fabric boleh mengagregrat ini bersama-sama sebelum menghantarnya kepada penyelesaian NAC Pulse Policy Secure untuk meminimumkan bilangan port yang perlu digunakan. Dengan mengetag trafik, Fabric memastikan sumber trafik boleh dikenal pasti dengan mudah.

Selain itu, Gigamon Visibility and Analytics Fabric menawarkan kawalan penghalaan asimetrik untuk memastikan maklumat sesi disimpan bersama-sama. Pulse Policy Secure memperoleh konteks lengkap sambungan titik akhir dan analisis keselamatan yang dikukuhkan.

“Berdasarkan prinsip ‘jangan percaya, sentiasa sahkan,’ Perangkaian Sifar Kepercayaan (ZTN) memerlukan penyelarasan pelbagai teknologi keselamatan untuk membolehkan penguatkuasaan perimeter, pembahagian rangkaian dan kawalan akses mudah suai,” kata Tony Massimini, penganalisis industri kanan di Frost & Sullivan. “Kerjasama vendor, seperti antara Gigamon dan Pulse Secure, mempamerkan nilai saling kendali yang menyokong kepercayaan yang memajukan inisiatif Sifar Kepercayaan.”

Keupayaan penyepaduan yang dipertingkat tersedia secara bebas sebagai sebahagian daripada model pelesenan standard bagi kedua-dua platform tersebut, sebagai sebahagian daripada Pulse Policy Secure dan Gigamon Visibility and Analytics Fabric. Pulse Secure Partners juga menawarkan penyelesaian Gigamon kepada pangkalan klien, menjadikan perkongsian yang berkaitan khusus kepada komuniti saluran keselamatan.

Pelanggan dan rakan kongsi bersama boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyepaduan Gigamon, Pulse Secure dengan melawati 
https://www.pulsesecure.net/gigamon/.

CIAPKAN INI: Pulse Secure dan Gigamon mengesahkan penyepaduan untuk mengesahkan keupayaan kebolehlihatan titik akhir pada premis, akses selamat dan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti sementara pekerja mula kembali bekerja di pejabat #PulseSecure #Gigamon #NetworkAccessControl #SecureAccess #ZeroTrust

Perihal Pulse Secure Pulse
Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 24,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk mengakses aplikasi dan maklumat dengan selamat dalam pusat data dan awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net

Ikut @PulseSecure di Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.

Orang Hubungan Media:

Tony Tan
Autonomy untuk Pulse Secure
tony@autonomy.marketing
+65 6570 9139

SUMBER: Pulse Secure, LLC

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13539

Aero-Engines Europe Maya, 16-17 September Akan Menggantikan Acara Langsung

NEW YORK, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —Aviation Week Network akan mengadakan Aero-Engines Europe Maya, sebuah acara digital dengan peluang penghubungan yang ditingkatkan dan kandungan pendidikan berkualiti tinggi pada 16-17 September.  Keputusan proaktif untuk mentransformasikan persidangan tahunan ini kepada acara maya selepas menilai sekatan kerajaan dan perniagaan terhadap perjalanan dan dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan hadirin.  Aero-Engines Europe akan kembali sebagai acara langsung di Stavanger, Norway pada 15-16 September, 2021.  

Aero-Engines Europe ialah acara ulung yang didedikasikan secara eksklusif kepada aliran dan isu berkaitan komuniti MRO enjin Eropah, mengumpulkan pemegang berkepentingan merentasi rantaian nilai termasuklah OEM, MRO, syarikat penerbangan, pemberi pajak dan pembekal.  Acara maya akan menyediakan kandungan dan perangkaian digital dan forum tempat syarikat penerbangan, pemberi pajak enjin, OEM, dan komuniti pembekal MRO boleh berhubung dan mencari rakan kongsi perniagaan baharu dan sedia ada serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

“Kami sedar akan kepentingan Aero-Engines Europe dan keseluruhan siri Aero-Engines terhadap industri dan usaha yang digunakan untuk menyediakannya,” kata Lydia Janow, Pengarah Urusan Acara Aviation Week Network.  “Menggantikan acara langsung dengan acara mudah bukanlah suatu keputusan yang mudah, dan oleh yang demikian, dalam waktu yang sukar ini, kami ingin berterima kasih kepada komuniti kami atas pemahaman dan sokongan mereka. Kami menanti-nantikan untuk meneruskan peranan kami dalam memacu industri kita ke hadapan, menghubungkan komuniti kita dan menyokong perniagaan, kita akan menghadapinya secara bersama-sama.”

Pasukan acara Aviation Week sedang memperhalus butiran yang akan menyokong peralihan ini dan akan berkongsi kemas kini melalui laman web dan platform media sosial dalam minggu-minggu yang akan datang.

Syarikat induk Aviation Week Network, Informa, telah membangunkan AllSecure, sebuah set standard dan garis panduan ditingkatkan yang menyediakan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi di semua acara Informa. Semua acara Aero-Engines dan MRO akan datang akan dianjurkan menurut standard AllSecure, yang menyediakan pelanggan dengan jaminan bahawa penyertaan mereka adalah dalam persekitaran yang sihat dan terkawal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13540

ADX LABS MENDERMAKAN $100,000 UNTUK MEMAJUKAN PENYELIDIKAN VAKSIN COVID-19

Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) mempercepat pembangunan calon vaksin untuk menentang COVID-19 dengan sokongan kewangan daripada syarikat berasaskan teknologi Minneapolis, ADX Labs, Inc.

MINNEAPOLIS, 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — ADX Labs, Inc. telah menderma $100,000 kepada Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) untuk mempercepat pembangunan vaksin COVID-19. Derma ini dibuat oleh cabang amal ADX Labs iaitu ADX Foundation.

CEPI, yang dinyatakan dalam jurnal Nature sebagai “inisiatif pembangunan vaksin terbesar setakat ini menentang virus berkemungkinan merupakan ancaman epidemik,” telah segera bertindak balas terhadap pandemik COVID-19. Sehingga hari ini, CEPI telah membiayai portfolio yang pelbagai bagi sembilan calon vaksin menentang COVID-19, dengan matlamat untuk membangunkan vaksin yang selamat, berkesan dan boleh dicapai secara global dalam jangka masa 12-18 bulan. Untuk meningkatkan peluang kejayaan mereka, baru-baru ini CEPI juga telah membuka peluang pembiayaan baharu yang memfokus kepada calon vaksin tambahan yang berpotensi untuk dibangunkan secara pantas dan dikeluarkan secara global mengikut skala.

Steven M. Renner, pengasas dan CEO ADX Labs serta pengerusi ADX Foundation berkata, “ADX komited untuk membuat perubahan di seluruh dunia melalui kuasa teknologi. Di CEPI, kami telah menemukan organisasi yang berkongsi matlamat sama yang dibina pada inovasi dan berdedikasi terhadap kesiapsiagaan. Panggilan Cadangan baharu CEPI untuk mempercepat calon vaksin menentang COVID-19 ialah inisiatif yang sangat berpotensi dan ADX Labs amat berbangga untuk membantu rakan kongsi pembangunan vaksin CEPI meningkatkan peluang kejayaan mereka.”

Dr. Richard Hatchett, CEO CEPI, berkata, “Kami amat berterima kasih di atas sumbangan ADX Labs untuk mempercepat kerja kami untuk membangunkan vaksin yang berkesan menentang COVID-19. Pandemik global ini menyebabkan banyak kehilangan nyawa, di samping mengganggu masyarakat dan menutup ekonomi. Pelaburan dalam vaksin dan inovasi saintifik yang lain kini adalah penting untuk memberi kita peluang terbaik untuk menamatkan pandemik ini. Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan ADX dalam gabungan ini.”

En. Renner menyimpulkan, “ADX Labs memiliki rekod prestasi terbukti bagi teknologi penyandaran yang meningkatkan kehidupan manusia di seluruh dunia. Sejak tahun 2013, ADX Foundation kami telah melabur untuk kanak-kanak dan komuniti serta keadilan sosial. Hari ini, menyokong CEPI dalam pencarian vaksin COVID-19 dan pengeluaran vaksin berkesan menurut skala ialah cara terbaik boleh kami bantu.”

Pertanyaan media: Simon Cousins, scousins@adxnet.com

Perihal ADX Labs, Inc.

ADX Labs, Inc. (ADX) ialah syarikat teknologi yang memfokuskan untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif untuk individu, perniagaan yang berpangkalan di rumah dan pasaran perusahaan kecil hingga sederhana. ADX membiayai ADX Foundation secara bebas, sebuah organisasi kedermawanan bukan untung berdaftar yang telah melabur untuk kanak-kanak, komuniti dan keadilan sosial sejak 2013. Ketahui lebih lanjut di http://adxlabs.com

Perihal Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI)

CEPI ialah perkongsian inovatif antara organisasi umum, persendirian, kedermawanan dengan awam untuk membangunkan vaksin bagi menghentikan epidemik pada masa hadapan. Sebelum COVID-19, penyakit keutamaan CEPI termasuk Ebola, Lassa, Sindrom Pernafasan Timur Tengah, Nipah, Demam Rift Valley, Chikungunya dan patogen yang tidak diketahui (Penyakit X). Ketahui lebih lanjut di http://cepi.net

Dua foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/dcf82aac-fa4a-442e-92ff-e146db9c720f/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/caa9fa59-9c9e-4688-96d8-80fbab5cbc95/ms

SUMBER : ADX Labs, Inc.

EXPEREO MEMPEROLEH COMSAVE, PLATFORM KECERDASAN KESAMBUNGAN RANGKAIAN DAN PENYUMBERAN

AMSTERDAM, 24 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Expereo, pembekal global bagi Internet terurus, akses Awan dan penyelesaian SD-WAN, mengumumkan pemerolehan platform kecerdasan kesambungan Comsave, mempercepat automasi penyumberan dan peruntukan suit perkhidmatan akses Internet globalnya.

Comsave ialah perintis platform e-dagang yang mengganggu industri, mengautomasikan penyumberan dan peruntukan Internet dan perkhidmatan akses batu terakhir merentasi berbilang pembekal perkhidmatan.

Pemerolehan ini mencerminkan komitmen Expereo untuk meringkaskan perangkaian global untuk perusahaan multinasional dan pembekal perkhidmatan. Pemerolehan itu juga mempercepatkan penubuhan platform digital Expereo iaitu expereo.one sebagai platform pilihan untuk penyumberan dan pengurusan Internet global, akses awan dan penyelesaian SD-WAN, meletakkan kawalan ke dalam tangan pelanggan dan rakan kongsi dengan pandangan penuh terhadap prestasi kesambungan dan aplikasi.

“Comsave merintis automasi dalam penyumberan dan peruntukan perkhidmatan akses Internet, setelah membina platform dan ekosistem API peneraju dalam industri merentasi berbilang pembekal perkhidmatan,” kata Matthijs van Seventer, CEO Comsave. “Untuk menskalakan ini secara global dengan Expereo, mengembangkan pada sinergi platform teknologi kita dan visi bersama ialah langkah seterusnya yang menakjubkan bagi Comsave dan rakan kongsinya,” tambah beliau.

Pelaburan Expereo dipacu oleh visi bersama antara kedua-dua syarikat ke arah mengubah landskap pembekal “batu terakhir” yang berpecah secara digital, memberi pelanggan dan rakan kongsi kawalan ke atas bahagian terakhir ini dalam teka-teki kesambungan global.

“Keupayaan gabungan kami sedang meringkaskan komponen akses yang kompleks dan mahal dalam reka bentuk dan mencari sumber penyelesaian kesambungan global untuk rakan kongsi dan pelanggan kami. Dengan warga, teknologi dan pengetahuan Comsave, kita boleh meringkaskan dan mengurangkan kos pengurusan berbilang pembekal akses secara radikal, lalu mempercepat transformasi digital rakan kongsi dan pelanggan kita”, terang CEO Expereo, Irwin Fouwels.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Matthijs dan pasukan beliau menyertai kami dalam perjalanan ini. Kami amat berbangga untuk melengkapkan pemerolehan ini pada masa yang mencabar bagi kebanyakan orang, yang membuktikan keteguhan kedua-dua perniagaan kami dan komitmen dan keupayaan Apax Partners untuk melaksanakan strategi pertumbuhan kita,” kata Fouwels.

Perihal Comsave

Comsave ialah platform kecerdasan dan kesambungan rangkaian bebas Eropah yang paling pesat berkembang, dipercayai sebagai rakan kongsi penyelesaian bersepadu bagi pembawa, pemborong dan pembekal perkhidmatan bagi membantu untuk mencari sumber dan berhubung secara cekap.

Twitter  | LinkedIn

Perihal Expereo

Expereo merupakan pembekal utama bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk kesambungan Internet global, SD-WAN dan perkhidmatan pecutan awan. Expereo merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 500 dan menguasakan syarikat perusahaan dan laman kerajaan di seluruh dunia, membantu untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum.

Twitter | LinkedIn

Perihal Apax Partners

Expereo diperoleh oleh Apax Partners pada tahun 2018.

Apax Partners ialah firma ekuiti persendirian utama Eropah. Dengan pengalaman lebih daripada 45 tahun, Apax Partners menyediakan dana ekuiti jangka panjang untuk membina dan mengukuhkan syarikat bertaraf dunia. Dana yang diuruskan dan dinasihati oleh Apax Partners melebihi €4 bilion. Dana ini dilaburkan dalam syarikat pasaran pertengahan yang berkembang pesat merentasi empat sektor pengkhususan: Teknologi & Telekom, Pengguna, Penjagaan Kesihatan, dan Perkhidmatan.

@ApaxPartners_Fr

www.apax.fr

© Expereo 2020

Conor McGee
contact@grammatikagency.com

SUMBER : Expereo

Program PdP PICOMS beralih ke platform dalam talian

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Program pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS yang sebelum ini dilaksanakan secara bersemuka telah beralih ke platform dalam talian hampir sepenuhnya berikutan penularan wabak COVID-19.

Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata di bawah fasa normal baharu PdP, pelajar PICOMS didedahkan kepada pelbagai sistem dan aplikasi dalam talian yang mudah diperoleh seperti Google Classroom dan Google Meet.

“Sebagai institusi pengajian tinggi swasta di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), inisiatif ini adalah selari dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) waktu itu. Walaupun pelajar kami berada di rumah, program pembelajaran tetap diteruskan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Wan Mohd Azizi berkata daripada sejumlah 3,000 permohonan yang diterima bagi pengambilan April-Mei lepas, 400 telah mendaftar dalam talian dan baki selebihnya yang masih berminat telah memohon bagi pengambilan pelajar bagi Julai dan September.

Katanya 3,000 pelajar dan 200 pensyarah PICOMS telah menjalani program PdP dalam talian sejak penularan pandemik COVID-19.

Selain itu, beliau berkata inisiatif ‘Musaadah COVID-19’ dilaksanakan PICOMS bagi membantu pelajar dan kakitangannya yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.

Wan Mohd Azizi berkata di bawah program itu, pelajar menerima elaun sara diri bulanan, bantuan komputer riba, bantuan pengecualian bayaran asrama, perkhidmatan tele-kaunseling, makanan percuma (Food bank) dan perkhidmatan bas, manakala kakitangan diberi pinjaman komputer, pinjaman peribadi dan elaun khas PKP.

Timbalan Naib Canselor (Akademik) PICOMS Profesor Dr Mohd Nazil Salleh pula berkata sebelum pandemik COVID-19, hanya 20 peratus pengajian dilaksanakan secara dalam talian.

“Bila tercetusnya wabak COVID-19, PICOMS yang berada di pertengahan semester sedang menghadapi peperiksaan akhir. Setiap program diubah hampir 100 peratus dalam talian,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata PICOMS telah menyediakan garis panduan untuk kemasukan pelajar ke kampus tidak lama lagi.

BERNAMA

CROWN BIOSCIENCE MENGADAKAN PERSIDANGAN DAN PAMERAN DAGANGAN AACR 2020 MAYA YANG BERINOVATIF

Penyelidikan Onkologi dan Imuno-onkologi Praklinikal Baharu akan Dibentangkan pada Acara AACR Maya

SAN DIEGO, 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Crown Bioscience hari ini mengumumkan persidangan dan pameran dagangan AACR 2020 maya mereka yang berinovatif. Acara maya ini, yang akan berlangsung dari 22-25 Jun, akan menggabungkan semua ciri persidangan saintifik utama, dengan penceramah utama, akses kepada poster AACR 2020 CrownBio, serta reruai pameran dagangan.

Untuk seiringan dengan Mesyuarat Tahunan Maya AACR II, forum unik ini akan menampilkan penerbitan 13 poster AACR 2020 dalaman dan secara kerjasama CrownBio, meliputi pelbagai topik onkologi dan imuno-onkologi praklinikal termasuklah organoid tumor dan kejuruteraan organoid, sinergi pengimejan dan homograf tumor, serta model sasaran ubat pemanusiaan baharu, dengan pengarang poster bersedia menjawab semua soalan perwakilan.

Acara ini boleh disertai secara percuma, pendaftaran diperlukan di CrownBio.com/AACR20.

Sorotan daripada Keynote Theater terdiri daripada pembentangan tentang mempercepat penemuan ubat dengan organoid diterbitkan daripada pesakit (PDO) daripada Dr. Henry Li, ketua pegawai saintifik CrownBio, di samping pembentangan lanjut tentang penemuan biopenanda, penggunaan in silico untuk penemuan ubat in vitro dan platform penilaian toksikologi imunoterapi.

“Kami komited untuk memajukan perbincangan saintifik dan penemuan ubat di sebalik cabaran yang kami hadapi secara global”, kata Gavin Cooper, pengarah eksekutif pemasaran di CrownBio. “Pengalaman acara inovatif kami direka bentuk untuk menyerupai pengalaman persidangan fizikal sedekat yang mungkin, dengan akses langsung kepada semua sumber, poster dan pasukan saintifik kami”.

Acara ini juga menampilkan Ruang Istirahat Saintifik untuk pertanyaan dan perbincangan masa nyata dengan kakitangan saintifik. Reruai Pameran Dagangan menyediakan akses kepada pelbagai sumber CrownBio, mempamerkan produk dan perkhidmatan yang merangkumi organoid, penemuan biopenanda, bioinformatik dan model xenograf diterbitkan daripada pesakit (PDX). Pendaftaran untuk acara percuma dibuka sekarang CrownBio.com/AACR20.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

Pertanyaan Media:

Crown Bioscience

Jody Barbeau

pr@crownbio.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2e34cb8b-be2b-4be4-b596-1e33d74cd138

SUMBER : Crown Bioscience

PRA Health Sciences Sedia Meneroka Keperluan Akta RACE Untuk Onkologi Pediatrik

RALEIGH, N.C., 19 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Antara tahun 2007-2017, 78 agen kanser dewasa yang baharu telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S.,¹tetapi tiada satu pun ubat tersebut telah diselidik untuk menentukan keberkesanannya bagi kanser pediatrik.

Perkara itu bakal berubah pada 18 Ogos apabila Akta RACE – Akta Penyelidikan untuk Mempercepat Penawar dan Ekuiti untuk Kanak-kanak – dikuatkuasakan. Diluluskan pada tahun 2017, Akta RACE meminda PREA sedia ada– Akta Ekuiti Penyelidikan Pediatrik – dan menyingkirkan pengecualian daripada kewajipan PREA untuk ubat-ubatan kanser yang berstatus yatim. Undang-undang baharu itu mewajibkan penilaian pediatrik bagi ubat-ubatan dan bahan biologi yang disasarkan untuk rawatan kanser dewasa dan ditujukan pada sasaran molekul yang sebahagian besarnya relevan kepada tumbesaran atau perkembangan kanser pediatrik.

Syarikat penyelidikan klinikal dan pakar penyelidikan pediatrik mereka termasuk PRA Health Sciences akan diminta untuk menyokong syarikat farmaseutikal dan bioteknologi apabila mereka menaja penyelidikan yang diwajibkan untuk indikasi onkologi pediatrik.

“Kini kita ada 60 hari lagi sebelum Akta RACE dikuatkuasakan, yang telah menimbulkan perlumbaan untuk membangunkan pelan kajian pediatrik bagi kajian onkologi,” kata Dr. Mark Sorrentino, Naib Presiden, The Center for Pediatric Clinical Development di PRA Health Sciences. “Di PRA, kami telah mempersiapkan diri untuk Akta RACE sejak akta itu diluluskan pada tahun 2017, jadi kami dapat menyokong klien dan penaja kami yang ingin melaksanakan penyelidikan ini secara pantas dan berkesan. Kami telah mengumpulkan satu pasukan dalaman yang amat bertauliah untuk berkhidmat sebagai perunding amali dalam pembangunan dan pelaksanaan pelan penyelidikan pediatrik.”

Center for Pediatric Clinical Development dan pasukan PRA yang terlibat dalam pelaksanaan Akta RACE termasuk Dr. Sorrentino serta Dr. Martine Dehlinger-Kremer, Naib Presiden, Hal Ehwal Saintifik, Pakar Bidang Pediatrik; Dr. Jacqui Whiteway, Pegawai Perhubungan Strategi Pediatrik Kanan; Jo Dewhurst, LLB Dip; dan Missy Hansen, MSN, APRN, CNP-Pediatrics, Pegawai Perhubungan Strategi Pediatrik. Bersama-sama, di samping pelbagai penyelidik PRA dan pakar pediatrik lain, pasukan khas yang terdiri daripada pakar ini bersedia untuk menggunakan pengalaman kolektif mereka dalam pembangunan klinikal pediatrik untuk menyokong inisiatif berdasarkan Akta RACE.  

“Ibu bapa dan pakar onkologi pediatrik perlu yakin bahawa terapi dan rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah selamat dan berkesan untuk melawan kanser dalam kalangan pesakit pediatrik,” kata Dr. Dehlinger-Kremer. “Akta RACE mendorong kita semua – pembangun ubat-ubatan, penyelidik, dan pasukan penjagaan perubatan – untuk mencari rawatan terbaik untuk kanak-kanak dan keluarga mereka dan untuk membangunkan rawatan yang disesuaikan secara khusus untuk kanak-kanak.”

• Kertas Putih: Parents as Gatekeepers for Children with Cancer
• Pandangan Jelas: The RACE Act is coming this August. Here’s what you need to know.
• Video: Ketahui lebih lanjut tentang Akta RACE daripada pakar PRA. 

Dengan penguatkuasaan Akta RACE, undang-undang tersebut akan memenuhi keperluan kritikal bagi pembangun ubat-ubatan untuk menumpukan perhatian kepada onkologi pediatrik.

• Sejak tahun 1980, hanya empat ubat-ubatan onkologi diluluskan pada mulanya untuk kegunaan kanak-kanak²
• Hanya 4 peratus daripada pembiayaan untuk penyelidikan kanser disalurkan untuk kanser kanak-kanak³
• Ubat kanser yang diluluskan oleh FDA mengambil masa median sebanyak 6.5 tahun untuk melalui percubaan klinikal pertama dalam kalangan orang dewasa hingga percubaan pertama dalam kalangan kanak-kanak⁴
• Walaupun dianggap sebagai keadaan yang jarang berlaku, 46 kanak-kanak telah didiagnosis dengan kanser setiap hari⁵dan pesakit tersebut, keluarga dan pasukan perubatan mereka memerlukan lebih banyak rawatan yang sesuai untuk indikasi pediatrik

“Daripada perspektif penyelidikan, banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak,” kata Dr. Sorrentino. “PRA telah melaksanakan lebih daripada 130 kajian pediatrik dalam lima tahun kebelakangan ini, dan janji kami kepada kanak-kanak dan keluarga mereka, adalah untuk bekerja secara pantas dan selamat, demi mereka, untuk membangunkan pilihan rawatan yang berkesan untuk pesakit kanak-kanak. Hal ini memerlukan usaha pasukan secara kolektif antara pembangun ubat-ubatan dengan penyelidik – kami bersedia untuk cabaran itu.”

Untuk maklumat lanjut tentang Akta RACE, lawati https://prahs.com/centers/
the-center-for-pediatric-clinical-development/race-act
. Jika anda mahu bercakap dengan salah seorang pakar onkologi pediatrik PRA, sila hubungi kami di https://prahs.com/contact/capabilities.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13515

KIOXIA LANCAR SSD SAS 24G YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI UNTUK PELAYAN DAN STORAN

Siri PM6 Kioxia: SSD SAS 24G yang Pertama di dalam Industri untuk Pelayan dan Storan (Foto: Business Wire)

Siri PM6 yang Baharu Menyampaikan Prestasi SSD SAS Tersedia yang Paling Pantas untuk Aplikasi Kritikal Perniagaan

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE)– Generasi SAS yang seterusnya telah tiba, dengan membawa peningkatan prestasi, kebolehpercayaan dan perlindungan data bersama-samanya. Hari ini, Kioxia Corporation menjadi syarikat pertama[1] untuk membawa SAS 24G kepada aplikasi pelayan dan storan dengan memperkenalkan keluarga SSD SAS perusahaan generasi ke-6 mereka. Pertama kali ditunjukkan di Sidang Kemuncak Flash Memory 2019, siri PM6 yang baharu oleh Kioxia untuk SSD SAS perusahaan dibina berdasarkan kepada teknologi SAS 24G, yang dibolehkan oleh ekosistem PCIe® 4.0. Pemacu siri PM6 itu kini tersedia untuk penilaian dan kelayakan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200615005809/en/

Direka untuk infrastruktur IT moden, SAS 24G menggandakan daya pemprosesan data berbanding produk yang sebelumnya, sambil menerapkan ciri-ciri dan peningkatan baharu untuk mencapai tahap prestasi aplikasi yang baharu. Sebuah pemimpin yang mantap di dalam membangunkan SSD SAS, Kioxia menyampaikan tahap baharu bagi prestasi membaca berurutan SSD SAS dan merupakan satu-satunya pembekal SSD yang menawarkan pemulihan kegagalan sekiranya 2 acuan gagal pada masa yang sama. Siri PM6 itu dibina berdasarkan sejarah ini bagi prestasi dan kebolehpercayaan yang terbaik di dalam kelasnya sepanjang enam generasi bagi pemacu SAS.

Menampilkan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D TCL 96-lapisan Kioxia, siri PM6 itu menyampaikan prestasi membaca berurutan SSD SAS yang terkemuka di dalam industri[2] sehingga 4,300MB/s (4,101MiB/s), yang lebih daripada peningkatan 2x berbanding dengan generasi sebelumnya. Pemacu baharu Kioxia tersedia di dalam kapasiti sehingga 30.72TB[3], menjadikannya kapasiti[4] 2.5-inci[5] SAS SSD[6] paling tinggi di dalam industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13502

NEURAL POCKET LANCAR CAWANGAN LUAR NEGARANYA YANG PERTAMA DI SINGAPURA

Neural Pocket Inc., sebuah pembekal penyelesaian edge-AI terkemuka di Jepun, telah melancarkan cawangan luar negaranya yang pertama di Singapura untuk mempercepatkan usaha merentasi Asia Tenggara. Syarikat itu menyediakan penyelesaian di dalam bidang seperti bandar raya pintar, mobiliti, papan tanda digital, dan fesyen dan pada masa ini memberi perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan, syarikat infrastruktur hartanah, peruncit, pengeluar, dan syarikat logistik di seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Global, Roi Shigematsu (tengah); Presiden Singapura dan Ketua Pegawai Strategi Global, Ryosuke Tane (kanan ke tengah); Ketua Pegawai Operasi Global, Han Zhou (kiri ke tengah) (Foto: Business Wire) 

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) — Neural Pocket Inc., yang menggunakan teknologi proprietari “Edge AI” untuk menganalisis imej dan video bagi bandar raya pintar, telah membuka pejabat luar negara mereka yang pertama di Singapura.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200615005834/en/

Berhubung peralatan “Edge AI”, syarikat itu sedang bekerjasama dengan Huawei dan NVIDIA dan bersama-sama melakukan pengembangan perniagaan. Syarikat itu juga bekerjasama dengan Macnica Corporation, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti mantap. Syarikat itu juga mendapat sokongan penuh daripada institusi dan pelabur kewangan Jepun yang terkemuka, termasuk Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Mizuho Bank, SPARX Asset Management, University of Tokyo Edge Capital, Mizuho Capital, dan SMBC Venture Capital. Syarikat itu akan memanfaatkan rangkaian kolektif mereka di luar negara untuk mempercepatkan perluasan geografi.

Dari sudut akademik, Neural Pocket mendapat sokongan dari Profesor Yutaka Matsuo dari University of Tokyo, yang juga merupakan bekas profesor madya pelawat di Universiti Nasional Singapura.

Gambaran keseluruhan Neural Pocket Inc. Cawangan Singapura
Lokasi: 9 Straits View, Marina One West Tower, # 06-07, Singapura 018937
Wakil: Encik Ryosuke Tane, Presiden Cawangan Singapura, Pegawai Eksekutif Neural Pocket Inc. dan CSO Global (Ketua Pegawai Strategi)
Profil Wakil: Beliau mempunyai pengalaman sebagai seorang perunding pengurusan di McKinsey & Company (Tokyo dan New York) dan sebagai seorang profesional pelaburan ekuiti persendirian di Bain Capital. Baru-baru ini beliau telah mengetuai pengembangan sebagai Tokyo GM untuk usaha teknologi OYO LIFE. Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Stanford University di mana beliau adalah seorang sarjana Arjay Miller.

Mesej daripada Encik Shigematsu, Ketua Pegawai Eksekutif Global, Neural Pocket Inc.
Negara-negara baru muncul, terutamanya di Asia Tenggara, sedang berkembang pesat dari segi pembandaran disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang meledak, dan permintaan untuk infrastruktur berkualiti tinggi semakin meningkat. Negara-negara Asia Tenggara sedang membangunkan bandar raya pintar dengan menggunakan teknologi canggih seperti AI dan data besar dan membina infrastruktur generasi akan datang. Dengan pembukaan cawangan luar negara kami yang pertama di Singapura, kami akan mengembangkan lagi perniagaan kami merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Australia dan wilayah lain yang berkembang merentasi Asia Tenggara dan Pasifik.

Maklumat mengenai Neural Pocket Inc.
Neural Pocket sedang mengembangkan teknologi proprietari AI untuk menganalisis imej dan video, dan berhasrat untuk merealisasikan masyarakat pada hari esok melalui penggunaan AI di kawasan seperti bandar raya pintar, mobiliti, papan tanda digital, dan fesyen. Kami menyediakan penyelesaian kepada agensi-agensi kerajaan, perbandaran, syarikat infrastruktur, peruncit, dan pengeluar melalui pengembangan teknologi canggih.
Wakil: Ketua Pegawai Eksekutif, Roi Shigematsu
Ibu pejabat: Tokyo Midtown Hibiya, Hibiya Mitsui Tower Tingkat 32, 1-1-2, Yurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun
URL: https://www.neuralpocket.com/en/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200615005834/en/

Hubungi

Neural Pocket Inc.
Ryosuke Tane (Presiden Cawangan Singapura)
+81-3-5157-2345
contact@neuralpocket.com

Sumber : Neural Pocket Inc.