INILAH SEBAB HUOBI IALAH PENERAJU PENYEDIA ASET BLOCKCHAIN GLOBAL

SINGAPURA, 31 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Tidak kira di mana anda berada, anda akan mendengar tentang kripto. Semua media telah menggunakan istilah baharu ini, dalam penerbitan dalam talian, iklan dan laman berita. Namun begitu, adakah pembeli kripto merupakan pengguna awal?

Mata wang kripto masih berada di tahap awal. Bagi yang mahu memasuki dunia mata wang kripto, soalan yang lazim ditanya adalah: platform manakah yang paling sesuai untuk mula berdagang? Tetapi secara objektif, membezakan platform-platform yang ada di web bukanlah perkara mudah.

Dalam artikel ini, kami mempersembahkan Huobi, platform yang menonjol kerana ketersambungan dan antara mukanya yang mendapat sambutan hangat. Dimulakan pada tahun 2013, Huobi merupakan antara alternatif terbaik dalam ruang siber untuk pertukaran kripto.

Program Rebat Super Huobi.

Manfaat baharu yang dilaksanakan oleh Huobi ialah sistem diskaunnya di mana setiap pengguna mata wang kripto boleh menerima komisen dengan menjana pautan jemputan dan menjemput pengguna baharu untuk mendaftar dalam mata wang.

Bagaimana untuk bermula dengan orang rujukan?

1- Pertama sekali, anda mesti masuk tab yang tertera jemputan, di penjuru kanan atas laman web. Cari “Kod jemputan saya” dan klik untuk masuk.

2- Untuk mendapatkan kod jemputan, anda boleh mendaftar dan menjemput pengguna baharu dengan dua cara: pertama, anda mesti menghantar kod anda kepada tetamu anda dan apabila tetamu mendaftar, lengkapkan pendaftaran untuk mendapatkan kod jemputan.

Atau, anda boleh hantar pautan jemputan menerusi rangkaian sosial, apabila kedua-dua sudah berdaftar melalui pautan tersebut, sistem akan melengkapkan pendaftaran berikutnya dengan memberikan kod jemputan kepada anda.

3- Dalam “Jemput”, klik pada “Pendaftaran jemputan” untuk melihat jika pendaftaran pengguna yang dijemput berjaya. Anda hanya boleh melihat hasil jika ia direkod dengan betul.

4- Selepas mengesahkan pendaftaran tetamu anda, platform akan mengira jumlah rebat transaksi dan pemindahan akaun pengguna pada hari berikutnya. Komisen akan diberikan dalam bentuk USDT dan pada kad mata.

Secara ringkas, apabila anda menjemput pengguna baharu untuk berdagang mata wang kripto di Huobi dan pengguna tersebut membuat transaksi dalam masa 90 hari, penjemput akan menerima 30% daripada komisen keseluruhan.

Mengapa Pilih Huobi? 

Platform seperti Huobi memudahkan anda berjinak dalam mata wang kripto dengan membimbing anda langkah demi langkah. Jika anda baru bermula dalam pertukaran mata wang digital, Huobi boleh memberikan anda kunci kejayaan yang anda ingini. Selain itu, Huobi mempunyai platform maklumat pintar baharu: EOS. Sistem Operasi Perusahaan adalah berdasarkan blockchain dan bertujuan untuk menggunakan seni bina blockchain yang serupa dengan sistem operasi dan menyokong aplikasi teragih. Seni bina ini boleh menyediakan akaun, pengesahan identiti, pangkalan data, komunikasi tak segerak dan pengaturcaraan program dan pengendalian selari dalam puluhan ribu kluster CPU / GPU.

Jika anda berminat untuk mengetahui butiran tentang program jemputan atau platform itu sendiri, klik di sini.

Hubungan media:
Lingtong Miao
lingtong.miao@kolads.com

SUMBER: Huobi
 
–BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11163

​SUPER B DAN LITHIUM WERKS MENANDATANGANI PERJANJIAN BEKALAN SEL BERBILANG TAHUN UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN BATERI LITIUM YANG SEMAKIN MENINGKAT

HENGELO, Netherlands, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Pakar bateri Litium Super B (www.super-b.com) dan pembekal sel Lithium Werks B.V.(www.lithiumwerks.com) telah menandatangani perjanjian berbilang tahun yang akan menjamin bekalan bateri ion litium kepada pelanggan di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11161

NEURALSTEM MENYERTAI KONVENSYEN ANTARABANGSA BIO 2018

GERMANTOWN, Md., 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Karl Johe, PhD, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan memberikan gambaran keseluruhan Syarikat pada Konvensyen Antarabangsa BIO 2018 di Boston, Massachusetts, pada hari Isnin, 4 Jun 2018, 3:30pm ET.

Siar web audio langsung serta rakaman video pembentangan ini akan tersedia dalam bahagian Pelabur tapak web Syarikat di investor.neuralstem.com. Siar web akan diarkibkan pada tapak web Syarikat untuk 90 hari selepas pembentangan.

Perihal Neuralstem
Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi “kenyataan masa hadapan” yang dibuat menurut peruntukan “selamat” peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com

Sumber : Neuralstem, Inc.

–BERNAMA

ARM® CORTEX®-M TERAS TOSHIBA BERASASKAN MIKROPENGAWAL MENYOKONG SISTEM PENGENDALIAN MBED™

TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) — Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”), sebagai sebuah Rakan Silikon bagi Mbed (sebuah penyelesaian pengurusan peranti untuk platform IoT yang dibangunkan oleh Arm Ltd), telah memperoleh pensijilan Sistem Pengendalian Mbed untuk mikropengawal mereka. Dua papan penilaian yang mengintegrasikan mikropengawal ini telah dikeluarkan di tapak Arm Mbed.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180528005041/en/

Mbed menyediakan kepada pemaju dengan suatu persekitaran pembangunan yang bebas dan mudah untuk digunakan. Pengumpul dalam talian yang disediakan oleh Arm boleh digunakan dengan papan penilaian yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed, dan pengaturcaraan peranti boleh dilakukan dengan kesederhanaan tarik dan lepas pada sebuah komputer peribadi hos yang disambungkan kepada papan melalui USB. Pemaju boleh juga mengakses perpustakaan komponen yang kaya yang disahkan oleh komuniti Mbed, sekali gus membolehkan pembangunan aplikasi yang pantas dan cekap bagi peranti terbenam.

Perkhidmatan Penyambung Peranti Arm Mbed menyediakan penyambungan dengan Mbed Awan, yang memudahkan konfigurasi mudah bagi perkhidmatan web.

Di antara syarikat-syarikat kumpulan Toshiba, Toshiba Digital Solutions Corporation sedang berusaha untuk mengukuhkan keselamatan peranti bagi peralatan IoT sebagai sebuah rakan utama Mbed Awan. Oleh kerana mikropengawal Toshiba kini menyokong Sistem Pengendalian Mbed, kumpulan Toshiba itu boleh mencadang dan menyampaikan penyelesaian menyeluruh bagi sistem IOT yang dijamin selamat yang meliputi awan hingga ke peranti.

Toshiba akan memperluaskan produk yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed dengan rakan  ekosistem Mbed.

Ciri-ciri utama bagi mikropengawal yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed

– Menyokong untuk pelbagai aplikasi dengan mikropengawal berasaskan Cortex-M0 dan Cortex-M4
Mikropengawal serbaguna TX00 dengan fungsi sokongan USB dan mikropengawal TX04 dengan pilihan produk fungsi keselamatan yang meluas.
– Menyokong bagi pelbagai aplikasi yang luas melalui penyambung Arduino yang serasi
Aplikasi boleh dibangunkan dengan cepat dengan menyambung kepada sebuah papan ArduinoShield yang tersedia secara komersil.
– Menyokong untuk aplikasi IoT melalui Mbed
Menggunakan Mbed Awan yang membolehkan penyambungan yang dijamin selamat dengan perkhidmatan web.

Sila klik di sini untuk Garis bentuk dan spesifikasi utama bagi mikropengawal yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed

* DMA: Capaian Ingatan Terus
* 1 Kbait dikira sebagai 1024 bait

Untuk butrian lanjut mengenai mikropengawal yang dibolehkan Mbed, sila layari laman web berikut.
TMPM066FWUG:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM066FWUG®ion=apc&lang=en
TMPM46BF10FG:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM46BF10FG®ion=apc&lang=en

Papan penilaian Mbed

Papan penilaian Mbed bagi setiap mikropengawal adalah disediakan oleh sensyst, sebagai produk siri AdBun, adalah seperti berikut:
Produk Mbed Papan penilaian Mbed (nama produk sensyst)
TMPM066FWUG AdBun-M066
TMPM46BF10FG AdBun-M46B
Setiap papan boleh didapati dari Chip 1 Stop. Untuk butiran mengenai spesifikasi papan, sila rujuk kepada laman web Chip 1 Stop berikut di:
http://www.chip1stop.com/web/JPN/en/selectCountry.do

Untuk butiran lanjut mengenai Arm Mbed, sila layari laman web Arm Mbed di:
https://www.mbed.com/

* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* Mbed adalah sebuah tanda perniagaan bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* Arduino adalah sebuah tanda perniagaan bagi Arduino AG.

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2241
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180528005041/en/

Hubungi

Pertanyaan Media
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

–BERNAMA

OSAKA GAS ENGINEERING AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN KE ATAS PEMBINAAN TERMINAL PENERIMAAN LNG DI TAIWAN

OSAKA, Jepun, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) — Osaka Gas Engineering Co., Ltd. (OGE), sebuah anak syarikat milik Osaka Gas Co., Ltd. (Osaka Gas) (TOKYO: 9532), telah mengadakan satu perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan perundingan ke atas pembinaan terminal penerimaan LNG masing-masing bagi CPC Corporation, Taiwan (CPC) dan Taiwan Power Co., Ltd. (TPC).

51808158_OSAKA_GAS_5th_LNG_tank

Dalam projek pembinaan terminal penerimaan LNG ketiga bagi CPC, OGE akan mengendalikan Reka Bentuk & Kejuruteraan Bahagian Hadapan (FEED) dan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal di kemudahan regasifikasi sebagai sebahagian daripada membina sebuah kapasiti penerimaan LNG seluas 3 juta tan setahun (mtpa) di dalam fasa pertama daripada sebuah projek terminal LNG 6 mtpa yang dirancang untuk memulakan operasi pada tahun 2023.

Dengan perjanjian ini berikutan satu perjanjian sebelum ini yang ditandatangani pada Mac ini untuk perkhidmatan perundingan mengenai kejuruteraan dan pembinaan empat tangki LNG konkrit prategasan (PC) pembendungan penuh, OGE akan menyediakan perkhidmatan perundingan bagi keseluruhan projek pembinaan fasa pertama.

Sementara itu, dengan TPC, OGE telah mencapai satu persetujuan untuk menjalankan FEED dan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal kepada TPC buat pertama kalinya bagi lima tangki LNG PC pembendungan penuh dan kemudahan regasifikasi untuk terminal penerimaan Taichung LNG TPC, yang telah dirancang untuk dibina dengan sebuah kapasiti 4.1 mtpa dan dijadualkan memulakan operasi komersilnya pada tahun 2023 bersama-sama dengan sebuah loji kuasa di kawasan Taichung.

Dengan kontrak-kontrak ini, OGE memainkan satu peranan penting di dalam reka bentuk asas bagi kesemua projek terminal LNG yang sedang berjalan di Taiwan, di mana import LNG telah berkembang untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan pada masa yang sama kerajaannya merancang untuk menghentikan secara berperingkat-peringkat penjanaan kuasa nuklear menjelang tahun 2025.

Di peringkat global, Osaka Gas telah menyediakan perkhidmatan perundingan mengenai pembinaan, operasi, dan penyelenggaraan terminal LNG yang selamat dan cekap di bawah 23 kontrak di 10 buah negara, termasuk terminal penerimaan LNG CPC di Yong’an dan Taichung, yang memanfaatkan pengetahuan mereka melalui lebih daripada 40 tahun pengalaman.

Di bawah visi perniagaan jangka panjang mereka “Melangkah ke Hadapan Menjangkau Sempadan 2030,” yang memberi tumpuan kepada pasaran tenaga luar negara sebagai satu daripada kawasan pertumbuhan, Kumpulan Daigas menghalakan usaha mereka untuk mengembangkan perniagaan tenaga mereka di seluruh dunia sepanjang rantaian nilai itu.

Hubungi
Osaka Gas Engineering Co., Ltd.
Shun Yamagami, +81-6-6220-2118
s-yamagami@oge.co.jp

Sumber : OSAKA GAS CO., LTD.

–BERNAMA 

PRA DINAMAKAN SEBAGAI SYARIKAT KAJIAN KLINIKAL ANTARABANGSA TAHUN INI

RALEIGH, N.C., 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ:PRAH) sukacita mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf oleh PharmaTimes sebagai Syarikat Kajian Klinikal Antarabangsa Tahun Ini. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut PRA menerima pengiktirafan tersebut.

“Anugerah ini meraikan kecemerlangan dalam industri kajian klinikal dan kami berbangga untuk diiktiraf sekali lagi oleh rakan sejawat kami,” kata Colin Shannon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Anugerah ini ialah hasil usaha ahli pasukan PRA berbakat yang bekerja di seluruh dunia dan sangat komited terhadap kerja dengan membawakan terapi baharu yang boleh menyelamatkan nyawa kepada pesakit yang memerlukannya.”

PRA juga menggondol kategori Sekutu Kajian Klinikal dan Pentadbir Ujian Klinikal dengan 11 anugerah keseluruhannya. Anugerah ini tersebut setelah PRA diiktiraf awal tahun ini dalam pertandingan PharmaTimes benua Amerika di mana syarikat tersebut juga telah menerima 11 anugerah, termasuk Syarikat Tahun Ini.

Pertandingan Pengkaji Klinikal Antarabangsa Tahun Ini PharmaTimes bertujuan untuk mencabar, mengiktiraf dan menghargai bakat dan semangat penyelidik industri dan akademik. Terdiri daripada tiga tahap, pertandingan tersebut menawarkan peluang kepada golongan profesional dalam kajian klinikal untuk meletakkan tanda aras kepakaran mereka berbanding rakan sejawat dalam persekitaran pembelajaran dan untuk dinilai oleh kumpulan tokoh industri eksekutif bebas.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA merupakan salah satu organisasi penyelidikan kontrak global terkemuka, yang secara pendapatannya, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal yang di sumber luar kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA termasuk lebih daripada 70 pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia, Timur Tengah dan lebih daripada 15,800 pekerja di seluruh dunia. Sejak 2000, PRA telah menyertai lebih kurang 3,700 ujian klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA telah menyertai ujian utama atau sokongan yang membawa kepada kelulusan kawal selia Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. atau antarabangsa untuk lebih daripada 75 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

Pertanyaan Media: Christine Rogers, Pengarah, Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat rogerschristine@prahs.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/075c9112-9b1d-4a83-a1f4-ae65e378cd9f

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.

–BERNAMA

PKNS agih RM70,000 zakat perniagaan kepada 10 NGO

SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM70,000 kepada 10 badan bukan kerajaan (NGO) sempena Majlis Iftar Ramadan perbadanan itu di sini hari ini.

Penerima zakat berkenaan ialah Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Malaysia, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Persatuan IMAM), Yayasan Al Ikhlas, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Yayasan Kanser Malaysia, Majlis Kanser Negara dan Maahad Tahfiz Pulau Meranti Puchong, masing-masing menerima RM7,000.

Selain itu, anak syarikat PKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd turut menyumbang RM7,000 kepada Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatu Quran, Tanjong Karang, Selangor, manakala Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) RM7,000 kepada Pusat Tahfiz Sofiuddin Kampung Delek.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim, berkata majlis iftar itu menjadi acara tahunan PKNS setiap Ramadan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik selain merapatkan ukhwah dalam kalangan anggota PKNS.

“Hari ini juga, kita raikan lima keluarga saudara baharu yang kurang berkemampuan. Kita ada beri duit raya kepada anak-anak mereka serta belanja dapur kepada setiap keluarga,” katanya pada majlis iftar itu yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Beliau berkata pada Rabu lepas, lima keluarga terbabit dibawa PKNS untuk membeli kelengkapan raya di Kompleks PKNS di mana setiap orang diberi peluang memilih baju raya masing-masing melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM5,302.

Sementara itu, seorang penerima, Putri Patrisia Abdullah, 32, yang memeluk agama Islam pada 2013 melahirkan penghargaan kepada PKNS di atas sumbangan baju raya.

— BERNAMA

PENCARIAN PENYEDIA KAJIAN TERATAS ASIA SEMAKIN SENGIT APABILA MORGAN STANLEY DAN CITI MERANGKUL TEMPAT TERATAS DALAM TINJAUAN PASUKAN KAJIAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR

NEW YORK, 24 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Pasaran penyedia yang bersaing sengit untuk meningkatkan keterlihatan antara hubungan sisi beli/jual yang sebahagiannya disebabkan oleh peraturan MiFID II serta keadaan Asia yang semakin menarik kepada pelabur menjurus kepada kenaikan penyertaan undi untuk Tinjauan Pasukan Kajian Seluruh Asia sebanyak 17% dan menghasilkan keputusan yang unik dan mendalam.

Morgan Stanley merangkul tempat pertama untuk tahun kedua berturut-turut dalam ranking tahunan penganalisis sisi jual berdasarkan pasukan eksklusif Institutional Investor dengan 34 undian, manakala Citi memperolehi tempat pertama dalam ranking awal individu berdasarkan penganalisis dengan 43 undian.

Selepas mendahului dengan tiga kedudukan jelas pada tahun 2017, keadaan tahun ini lebih sengit dengan UBS berada di tempat kedua, hanya satu kedudukan di belakang Morgan Stanley, serta Bank of America Merrill Lynch di tempat keempat dengan jarak hanya lima mata di belakang Morgan Stanley – hal ini menggambarkan persaingan yang meningkat dengan semangat untuk memperoleh hasil dalam persekitaran pasca MiFID II.

Untuk ranking individu berdasarkan penganalisis, Citi mendahului dengan 43 undian dan Morgan Stanley di belakangnya di tempat kedua dengan 35 undian. Bank of America Merrill Lynch dan UBS seri di tempat ketiga, masing-masing dengan 34 undian.  Credit Suisse mendapat tempat kelima dengan 25 undian dan menamatkan 5 pemenang teratas.

“Peranan Asia yang penting kepada pertumbuhan ekonomi global berterusan,” kata Cara Eio, Ketua Kajian, Asia. “Persaingan untuk memberikan produk kajian keseluruhan terbaik kepada pelabur demi menyokong keputusan pelaburan juga berterusan. Persaingan dan kepelbagaian tawaran dan penyedia kajian ini baik untuk pelabur, korporat dan pasaran.”

Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 mewakili pandangan lebih daripada 4,703 pengurus portfolio dan penganalisis di 1,381 institusi yang menguruskan ekuiti Asia berjumlah sekitar $1.9 trilion.

Hasil lengkap boleh didapati di www.institutionalinvestor.com/research

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cara Eio, Ketua Kajian Asia II di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.

Untuk berkongsi kedudukan pemenang anda pada ranking Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 dalam kandungan laman web, iklan, komunikasi, bahan iklan sampingan dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. di www.ii-licensing.com.

Perihal Institutional Investor

Selama 51 tahun, Institutional Investor telah menjadi syarikat media terutama secara konsisten dengan kewartawanan inovatif dan penulisan tajam yang memberikan maklumat penting kepada khalayak global. Di samping itu, Institutional Investor menawarkan kajian dan ranking tanda aras proprietari yang disegani untuk kajian sisi beli dan sisi jual, dana lindung nilai, korporat, pendapatan tetap dan pengurusan aset. Untuk maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.

SUMBER : Institutional Investor News

DANAJAMIN LANTIK CHOO YEE KWAN SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) – Syarikat penginsurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd melantik Choo Yee Kwan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah syarikat itu untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa Selasa lepas.

Choo, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Undang-undang (Kepujian) daripada University of London, mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri perbankan dan pengurusan risiko.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan antaranya 16 tahun sebagai ketua pegawai risiko dan ketua pegawai kredit dengan tiga bank yang berbeza.

Pengarah Urusan Danajamin, Mohamed Nazri Omar berkata: “Kami percaya dengan pengalamananya yang luas terutamanya dalam industri perbankan, akan terus meningkatkan kedudukan syarikat sebagai syarikat insurans jaminan kewangan pertama di negara ini.

“Kami yakin, Choo Yee Kwan akan memperi impak penting dan positif kepada Danajamin,” katanya.

— BERNAMA

CLINIGEN MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN NORDIC PHARMA UNTUK APROTININ

BURTON-ON-TRENT, England, 24 Mei — (Bernama-BUSINESS WIRE) — Clinigen Group plc (AIM: CLIN, ‘Clinigen’), syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global, telah menandatangani satu perjanjian dengan Nordic Pharma Ltd. (‘Nordic Pharma’) untuk mengendalikan pembekalan dan pengedaran aprotinin di pelbagai negara di Asia Pasifik dan Afrika Selatan.

Suntikan aprotinin tergolong ke dalam satu kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil anti-fibrinolitik (ubat-ubatan untuk mencegah kehilangan darah). Aprotinin dapat membantu untuk mengurangkan kehilangan darah dan keperluan bagi pemindahan darah semasa menjalani pembedahan graf pintasan kardiopulmonari terpencil.

Di bawah syarat-syarat perjanjian ini, Clinigen akan membuat aprotinin tersedia kepada doktor dan ahli farmasi pada satu dasar atas permintaan, tidak berlesen bagi pesakit yang kurang pilihan terapeutik yang sesuai di beberapa buah negara. Kontrak itu memberi hak eksklusif kepada Clinigen untuk membekalkan aprotinin di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Malaysia, Taiwan, Thailand, Hong Kong dan Afrika Selatan.

Julie Gosper, Ketua bagi Akses Global, Clinigen, berkata:

“Perjanjian ini menunjukkan komitmen berterusan Clinigen untuk menyediakan kepada doktor dan ahli farmasi dengan akses kepada ubat-ubatan yang mereka perlukan bagi menangani keperluan perubatan pesakit yang tidak dipenuhi. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Nordic Pharma untuk membolehkan akses yang lebih luas kepada produk yang penting ini.”

Hans Schram, Ketua Pegawai Eksekutif, Nordic Pharma, berkata:

“Nordic Pharma adalah komited untuk meningkatkan akses kepada aprotinin di seluruh dunia, yang merupakan satu produk penting yang dapat menyelamatkan nyawa di dalam pelbagai sumber yang ada bagi pengurusan darah pesakit. Kerjasama ini dengan Clinigen akan meningkatkan akses kepada ubat ini di beberapa wilayah di mana ia kini tidak disediakan secara komersial.”

Kalangan profesional penjagaan kesihatan boleh mendapatkan butiran mengenai aprotinin dengan menghantar e-mel kepada medicineaccess@clinigengroup.com

– Akhir –

Untuk siaran lengkap, sila layari https://www.clinigengroup.com/company/newsroom/press-releases/

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180524005061/en/

Hubungi
Clinigen Group plc
Shaun Chilton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Julie Gosper, Ketua bagi Akses Global
Tel: +44 (0) 1283 495010
atau
Instinctif Partners
Melanie Toyne-Sewell / Alex Shaw
Tel: +44 (0) 20 7457 2020
E-mel: clinigen@instinctif.com

Sumber : Clinigen Group plc