THE MARY KAY FOUNDATION(SM) DAN UT SOUTHWESTERN BERGABUNG UNTUK MENAMATKAN KANSER YANG MEMPUNYAI KESAN YANG HEBAT TERHADAP WANITA DI SELURUH DUNIA

mary kay

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. (Foto: Mary Kay Inc.)

Perkongsian jangka panjang itu akan memperkenalkan satu program fellowship antarabangsa yang baharu yang menawarkan kepada saintis di seluruh dunia dengan peluang untuk menjalankan penyelidikan kanser yang berinovatif
 
DALLAS, 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — The Mary Kay FoundationSM, sebuah peneraju sejak beberapa dekad yang lalu yang bertanggungjawab untuk menghapuskan kanser yang memberi kesan kepada wanita, baru-baru ini mengumumkan sebuah geran bernilai $500,000 untuk membiayai sebuah program fellowship global yang berinovatif dengan rakan mereka sejak sekian lama UT Southwestern Medical Centre. Fellowship baharu selama satu tahun itu akan menawarkan sehingga lima penyelidik pasca kedoktoran antarabangsa dengan peluang untuk melakukan penyelidikan kanser yang canggih di kemudahan UT Southwestern yang terkenal di dunia di Dallas, dan membolehkan mereka untuk meneruskan aktiviti penyelidikan di negara asal mereka. Program geran baharu ini menyokong komitmen The Mary Kay Foundation yang berterusan untuk menamatkan kanser yang berkaitan dengan wanita di seluruh dunia dan menandakan buat kali pertama bahawa program geran penyelidikan kanser Yayasan itu telah berkembang ke peringkat global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

“Mary Kay Ash, pengasas kami, melihat secara langsung kesan yang dibawa oleh kanser terhadap perunding kecantikan bebas kami, keluarga mereka, dan wanita di seluruh dunia,” kata Ryan Rogers, ahli lembaga The Mary Kay FoundationSM dan cucu lelaki kepada Mary Kay Ash. “Ia menjadi satu misi bagi Mary Kay Ash untuk menghapuskan kanser yang menjejaskan kaum wanita. Perkongsian kami yang diperluaskan dengan UT Southwestern akan membolehkan kami untuk meneruskan usaha menyelamatkan nyawa pada skala global.”

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. Dr Shay telah berkhidmat sebagai pengerusi bagi jawatankuasa kajian semula saintifik bagi Program Geran Penyelidikan Kanser Inovatif/Translasi The Mary Kay Foundation di Amerika Syarikat selama 22 tahun yang lalu dan kini akan berkhidmat sebagai penyiasat utama ke atas program fellowship antarabangsa yang baharu itu.

“Memperluaskan program itu di peringkat antarabangsa akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada kanser yang paling banyak menjejaskan wanita,” kata Dr. Shay. “Kami merancang untuk mengenal pasti satu kumpulan calon pasca kedoktoran yang berdedikasi dari seluruh dunia, menjemput mereka ke Dallas, dan melengkapkan mereka dengan semua alat dan sumber yang mereka perlukan untuk meneruskan penyelidikan berinovatif mereka di makmal kanser kami yang serba canggih. Kerja mereka boleh memberikan impak besar kepada bagaimana kita memahami dan merawat kanser di seluruh dunia.”

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyokong usaha dedikasi Mary Kay Ash untuk memperjuangkan bagi pihak wanita dan visi beliau dalam mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kanser. Sehingga kini, The Mary Kay FoundationSM  telah menganugerahkan hampir $23 juta untuk menyokong usaha oleh 225 penyelidik kanser utama yang berkaitan dengan wanita di seluruh Amerika Syarikat, dengan membiayai usaha untuk mencari penyembuh bagi kanser payudara, uterus, kanser serviks dan ovari.

“Memerangi kanser adalah bersifat peribadi buat Mary Kay Ash,” kata Dr. Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Dan ia juga bersifat peribadi untuk kami. Beliau sudah pasti akan merasa bangga bahawa kami meneruskan legasi beliau dalam membantu kaum wanita pada skala yang lebih besar.”

Maklumat mengenai The Mary Kay Foundation℠

Dibimbing oleh impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di serata dunia, The Mary Kay FoundationSM  mengumpul dan mengedarkan dana untuk melabur di dalam penyelidikan kanser bagi mencari satu penawar untuk kanser yang berkaitan dengan wanita, dan menamatkan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyumbang lebih daripada $78 juta kepada organisasi yang sejajar dengan dua misi mereka. Di samping itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan masyarakat, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita boleh menjadikan dunia ini lebih baik buat kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bagaimana mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menderma, dan menyertai kerja menyelamat nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, cari kami di Facebook dan Instagram atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

Hubungi

The Mary Kay Foundation
marykay.com/ bilik berita
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : The Mary Kay Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2021.

Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada 1 November 2011 dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah IKIM kelima pada 1 September 2015.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam Biologi daripada University of Tasmania dan PhD daripada University Lancaster, UK dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Agama). Beliau berpengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta etika alam sekitar.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya pada 1979 dan menjadi Pengarah di Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya pada 2000 sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah IKIM.

IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan semula ini dan berharap dengan pengalaman yang luas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, akan berusaha untuk mencapai visinya iaitu untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12494

SIDANG KEMUNCAK KUANTITATIF ANTARA BINTANG 1000 ORANG S BLOCK DIADAKAN DI BANGKOK

BERN, Switzerland, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pada 21 Ogos, “Sidang Kemuncak Kuantitatif Antara Bintang S BLOCK” secara rasminya diadakan di Bangkok, Thailand!

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190825005035/en/

Pengkuantitan Antara Bintang Membantu S BLOCK untuk Memperkenalkan Teknologi Moden yang Selanjutnya

S BLOCK adalah sebuah dompet teknologi rantaian silang, pelbagai mata wang yang baharu dari Switzerland, yang diterbitkan secara bersama oleh S BLOCK foundation, Cloud Capital, Top Line, DAF, pusat Penyelidikan Stanford Blockchain, MIT Media Lab dan Pusat Alternatif Kewangan Cambridge. Sejak dilancarkan pada 15 Jun, ia telah menghasilkan pendapatan yang memberangsangkan sebanyak 6-15% sebulan untuk jutaan pengguna mereka.

Pengkuantitan Antara Bintang adalah sumber pendapatan yang terbesar untuk S BLOCK. Pengkuantitan Antara Bintang adalah untuk merealisasikan pertukaran modal yang tepat pada masanya dengan pasukan pengkuantitan di bawah perjanjian kontrak pinjaman Antara Bintang, agar dapat memperbesarkan skala modal pada kelajuan paling pantas dan mengunci penambahan peluang-peluang perdagangan, S BLOCK juga memperuntukkan dana mereka kepada 30 syarikat pengkuantitan yang utama di dunia, agar dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko.

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12475

SAVAGE X FENTY SHOW OLEH RIHANNA DISAMPAIKAN OLEH AMAZON PRIME VIDEO UNTUK DISTRIMKAN SECARA EKSKLUSIF DI WORLDWIDE SERVICE PADA JUMAAT, 20 SEPTEMBER

CULVER CITY, Calif. & NEW YORK, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Amazon Prime Video menyampaikan acara tahunan kedua yang sangat dinanti-nantikan Savage X Fenty Show, sebuah pertunjukan yang meraikan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 yang baharu dari ikon muzik dan fesyen Rihanna. Pengalaman fesyen yang luar biasa itu akan berlangsung semasa Minggu Fesyen New York yang diadakan bersempena dengan NYFW: The Shows dan akan menampilkan satu gabungan model, pelakon dan penari yang memakai gaya hebat yang terkini, dengan menawarkan satu jenis seksi yang baharu, di mana sikap bertemu dengan identiti tersendiri. Savage X Fenty Show akan disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia bermula pada Jumaat, 20 September.

Sebagai satu tindakan susulan kepada acara sulung pada tahun lepas, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan meningkatkan tahapnya. Malam itu yang akan dihadiri oleh bintang-bintang terkenal akan bakal menjadi satu penyimpangan radikal daripada tradisi, sebuah acara yang lain daripada yang lain yang menggabungkan muzik, fesyen dan budaya. Dengan pelbagai kejutan yang menarik di setiap sudut, termasuk persembahan daripada beberapa aksi yang paling hangat di dalam muzik, pertunjukan itu memperkenalkan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 Savage X Fenty yang berani dan bersemangat waja.

“Saya sangat teruja kerana semua orang akan mempunyai akses penuh kepada The Savage X Fenty Show pada tahun ini! Kami sedang berusaha untuk mewujudkan suatu pengalaman yang berani, seksi dan sungguh hebat untuk penonton kami,“ kata Rihanna.

“Rihanna telah menakluki dunia muzik, filem, kecantikan dan fesyen. Beliau telah mencipta semula idea mengenai pakaian dalam bergaya jenis apa yang sesuai untuk seorang pelanggan global. Jenama itu secara autentik menggambarkan penyataan keterangkuman, positiviti badan dan keseronokan! The Savage X Fenty Showmenjanjikan pengalaman yang berinovatif dan benar-benar unik dan kami sangat teruja untuk memberikan kepada pelanggan global kami dengan kerusi barisan hadapan yang eksklusif,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.

Berikutan dengan pertunjukan secara langsung itu, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan tersedia untuk disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di seluruh dunia yang memberikan penonton sama ada hadir secara sendiri dan di rumah dengan pintu masuk ke dunia Savage X Fenty, serta peluang untuk menghidupkan semula pengalaman itu berulang kali. Rancangan khas Amazon Prime Video itu juga akan menampilkan segmen eksklusif di belakang tabir dalam pembuatan pertunjukan itu.

The Savage X Fenty Show dicipta di bawah arahan artistik Rihanna dan Savage X Fenty, dan Rihanna merupakan penerbit eksekutif dan ia dihasilkan oleh PRODJECT dan kumpulan tidak formal Endeavour Content’s.

MAKLUMAT MENGENAI SAVAGE X FENTY

Ikon muzik dan fesyen Rihanna memulakan usaha terbaharu beliau: pereka pakaian dalam. Mendapat ilham untuk mewujudkan satu barisan pakaian dalam yang intim yang melengkapkan pelbagai warna dan bentuk, Savage X Fenty meraikan perasaan tidak gentar, rasa yakin, dan keterangkuman. Dengan kerjasama bersama TechStyle Fashion Group, label itu telah menggerak dan mendefinisikan semula tempat pasaran dengan titik harga yang boleh diakses dan kepelbagaian jenisnya. “Kami mahu menjadikan orang kelihatan lebih anggun dan berasa seronok,” jelas Rihanna, yang mendekati Savage X dengan mentaliti yang sama yang dilakukan beliau bagi semua projeknya — untuk melakukan sesuatu yang baharu dan segar yang semua orang boleh kaitkan dan merasa yakin. “Kami mahu anda merasa seksi dan bergembira ketika melakukannya.” Dengan saiz dari 32A — 46DDD untuk coli, dan XS – 3X untuk pakaian dalam wanita dan pakaian tidur Savage X Fenty boleh dibeli di www.SavageX.com.

MAKLUMAT MENGENAI AMAZON PRIME VIDEO

Amazon Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.

  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, The Boys,  Guava Islandoleh Donald Glover, Manchester by the Sea  dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War  yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan Beautiful Boy yang disanjung umum, eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
  • Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
  • Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
  • Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
  • Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.
Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari:  amazon.com/prime.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12482

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA CHINA DAN THAILAND BERMULA TIGA TITIK PERTUMBUHAN BARU SELEPAS PELANCONGAN

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Selepas memperluaskan dasar visa pendaratan percuma, Thailand merancang untuk menawarkan “visa percuma setahun” kepada pelancong China.

Menurut laporan media di Thailand, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand baru-baru ini mengemukakan rang undang-undang kepada Perdana Menteri Thai Prayuth untuk memperkenalkan dasar visa percuma selama setahun untuk pelancong China dan India. Langkah itu bertujuan merangsang pembangunan sektor pelancongan di Thailand secara keseluruhan dan bertujuan perolehan pelancongan sebanyak 3.4 trilion baht.

Terdahulu, Piphat berkata impak yang berkekalan terhadap pembangunan pelancongan Thailand, termasuk masalah ekonomi, keyakinan pelancong asing, penghargaan baht Thailand, penggantungan perjalanan pelancong China ke Thailand. Itulah sebabnya jabatan itu bertujuan memperkenalkan dasar visa percuma selama satu tahun dan menggantikan visa percuma semasa ketibaan, yang tamat pada 31 Oktober 2019.

Thailand bukan sahaja mahu merangsang pertukaran pelancongan dengan China, hubungan antara China dan Thailand kekal stabil. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan hubungan China-Thailand yang mendalam, kerjasama antara kedua-dua pihak jauh melampaui pelancongan dan perdagangan produk pertanian. China bukan sahaja berharap Thailand akan menjadi lebih makmur, tetapi juga Thailand akan menjadi lebih selamat dan lebih inovatif. Kerjasama antara China dan Thailand berkembang menjadi tiga kawasan yang lebih strategik.

Yang pertama adalah kerjasama keselamatan tentera. Kestabilan jangka panjang hubungan antara China dan Thailand telah membolehkan kedua-dua negara membentuk kepercayaan bersama yang kukuh. China dan Thailand dijangka akan mengadakan lebih banyak kerjasama dalam bidang peralatan ketenteraan pada masa akan datang, termasuk menyokong Thailand dalam membangun rantaian industri tentera sendiri dan bersama-sama membangunkan senjata dan peralatan.

Yang kedua adalah kerjasama perubatan. Pada bulan Ogos 2019, Institut Penyelidikan Semulajadi Bersama China-Thailand mengadakan upacara pembukaan di Bangkok, yang akan membantu menggalakkan kerjasama kesihatan antara kedua-dua negara dan industrialisasi ubat-ubatan semulajadi.

Akhirnya, kerjasama dalam inovasi sains dan teknologi. Pelaksanaan proteksionisme sains dan teknologi oleh Amerika Syarikat telah membawa kepada perubahan baru dalam kerjasama sains dan teknologi global, sementara Thailand akan memainkan peranan yang lebih penting di masa depan berikutan pengetatan politiknya. China dan Thailand dijangka akan meliputi kerjasama sains dan teknologi untuk perang dingin China dalam bidang sains dan teknologi, dan juga menyediakan titik permulaan bagi integrasi dalam industri kedua-dua negara.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
http://www.queqicn.com
17740545989

Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12478

GOLONGAN MISKIN DISANTUNI MENERUSI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM

KELANTAN, 26 Ogos (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial anjuran Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan (PPNTK) dan Cawangan Kota Bharu (CKB). LHDNM menunjukkan rasa keprihatinannya terhadap keluarga Puan Siti Hamidah Abdul Aziz yang kisahnya pernah di siarkan dalam media massa beberapa hari yang lepas.

Program yang dihadiri oleh Encik Kamaruddin Hashim, Pengarah Negeri PPNTK ini diadakan bagi membantu insan-insan yang memerlukan dan bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dalam kalangan warga kerja LHDNM terhadap masyarakat setempat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12479

CHINA DAN LAOS MEMBINA KORIDOR EKONOMI CHINA-LAOS DAN MEMBINA KOMUNITI NASIB YANG SAMA

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Beberapa hari yang lalu, kerajaan Laos mengeluarkan laporan yang meramalkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK akan menjadi 6.7% pada 2019, dengan industri menjadi pemacu utama. Dianggarkan pertumbuhan industri akan berjumlah 8.3%. Khanpei, anggota parlimen Lao, memberitahu pemberita bahawa banyak pengeluar pakaian dan syarikat peralatan elektronik secara beransur-ansur mengalihkan pangkalan pengeluaran mereka ke Laos. Selepas pembukaan laluan kereta api China-Laos, kos pengangkutan dikurangkan. Pemodenan industri Laos akan mendapat manfaat dari keretapi.

Interkoneksi antara Laos dan negara-negara ASEAN juga akan dipercayai

Projek rel China-Laos melabur dan dibina terutamanya melalui China dan terus bersambung dengan rangkaian rel China. Laluan kereta api sepanjang 414 km menggunakan piawaian teknikal dan peralatan China dan dijangka siap pada Disember 2021.

Projek Keretapi China-Laos adalah projek dok strategik antara Inisiatif Belt dan Jalan Cina dan strategi Laos untuk “mengubah tanah tanpa tanah menjadi negara terikat”. Kerajaan Laos sangat mengutamakan perkara ini dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu di bawah kepimpinan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan untuk menyelaras dan mempromosikan pembinaan kereta api China-Laos.

Khansu Benyaoun, timbalan setiausaha Suruhanjaya Pusat Lao untuk Pemeriksaan Tatatertib, pernah berkata dalam temu bual: Barisan keretapi China-Laos akan mempercepat proses integrasi dan saling hubungan antara negara-negara Laos dan ASEAN, menjadi arus pengangkutan penting yang berjalan melalui utara dan selatan Laos, dan menjadi enjin baru untuk pemodenan Laos.
 
Pelan tindakan untuk China dan Laos untuk membina komuniti yang sama

Pada April 2019, kedua-dua negara menandatangani pelan tindakan untuk China dan Laos untuk membina Komuniti Kepentingan Bersama, yang akan membawa hubungan dengan tahap yang baru.

Hari ini, kedua-dua negara sedang berusaha meningkatkan jarak dekat dengan bantuan bersama strategik, bantuan bersama politik dan bantuan bersama ekonomi. Sejak memasuki hubungan diplomatik di antara mereka, China telah menyediakan sejumlah besar bantuan percuma dan pinjaman tanpa faedah untuk membantu Laos menyingkirkan kemunduran.

Kini, bergantung kepada rel kereta api dan kereta api trans-Asia ini, Laos akan menjadi “stesen permulaan” bagi China untuk memajukan pelan “Belt dan Jalan” dan dijangka menjadi pusat kapasiti pengeluaran paling berpotensi di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
http://www.queqicn.com
17740545989

Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

EKONOMI DIGITAL MENJADI PENGHUBUNG ANTARA NASIB CHINA DAN ASIA TENGGARA

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE)– Menurut laporan Maybank, pelaburan China di Asia Tenggara telah bermula dengan baik. Pada separuh pertama 2019, pelaburan China di Asia Tenggara mencapai USD 11 bilion, hampir dua kali ganda angka tahun lepas. Terhadap angin perlindungan perdagangan AS, hubungan ekonomi antara China dan Asia Tenggara masih unik, membuktikan sepenuhnya kelayakan Belt dan Inisiatif Jalan.

Pusingan baru revolusi saintifik dan teknologi merupakan latar belakang penting bagi pelaburan pesat China di Asia Tenggara. Menurut statistik, pelaburan China dalam sektor sains dan teknologi Asia Tenggara mencapai USD 2.5 bilion pada separuh pertama tahun ini, lebih daripada jumlah pada tahun 2017. Pengkomersialan komunikasi 5G di seluruh dunia adalah faktor penting dalam melancarkan pelaburan teknologi di rantau ini. Dengan bantuan aktif China, negara-negara Asia Tenggara bergerak pantas komunikasi 5G dan telah membina dan mengubah sejumlah besar infrastruktur komunikasi, dengan itu meletakkan asas kukuh bagi revolusi perindustrian yang dibawa oleh 5G.

Untuk menjadi kaya, anda mesti terlebih dahulu menyediakan jalan. Pengalaman ini dengan pembangunan ekonomi China telah mengalami beberapa perubahan. Dalam era ekonomi digital, rangkaian komunikasi telah menjadi jalan dan jambatan baru yang menggalakkan pembangunan syarikat dan industri di negara-negara yang berbeza, dan merupakan sokongan yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan pemodenan. China dan negara-negara Asia Tenggara secara giat mengalu-alukan arus ekonomi digital dan berharap dapat mencapai negara-negara yang menjejaskan dan menawan dan maju untuk menjadi revolusi sains dan teknologi baru. Tujuan Belt dan Inisiatif Jalan juga untuk membina jalan dan hubungan baru ini, yang akan menghubungkan China dan Asia Tenggara dengan lebih dekat dan menjadi kutub baru pertumbuhan ekonomi global.

Perubahan baru ini berlaku di semua bidang ekonomi digital di Asia Tenggara. Menurut statistik, pengeluar telefon bimbit China menguasai pasaran Asia Tenggara dan bahagian pasaran terkini telah meningkat kepada 62%, jauh lebih besar daripada negara-negara Barat yang lain. Telefon bimbit dari pengeluar Cina adalah kos efektif dan telah disesuaikan dan dioptimumkan mengikut tabiat pengguna di Asia Tenggara. Telefon mudah alih ini akan menjadi kaunter dan kedai-kedai ekonomi digital di Asia Tenggara pada masa akan datang, membolehkan wilayah ini menyegerakkan dengan negara-negara maju untuk merealisasikan bentuk ekonomi Internet yang baru.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
www.queqicn.com
17740545989

Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

–BERNAMA

MATTEL® LANCARKAN PERMAINAN PERLUMBAAN DIGITAL HOT WHEELS™ INFINITE LOOP, PERMAINAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA YANG DIMAINKAN SECARA PERCUMA UNTUK JENAMA HOT WHEELS®

• Membawa Francais Ikonik ke Platform Mudah Alih bagi Peminat Berumur 13 Tahun ke atas

EL SEGUNDO, Calif., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Mattel, Inc. (NASDAQ: MAT) hari ini mengumumkan pelancaran Hot Wheels™ Infinite Loop, sebuah permainan perlumbaan digital baharu yang membawa katalog legenda Hot Wheels® ke peranti mudah alih untuk persaingan kelajuan langgar dan rempuh yang utama. Dengan pengenalan yang tepat dan bersesuaian dengan Gamescom, pameran perdagangan utama Eropah bagi budaya permainan digital yang diadakan di Cologne, Jerman, Hot Wheels Infinite Loop boleh didapati di App Store bagi iPhone dan iPad dan membolehkan peminat untuk terlibat dengan jenama itu dengan satu cara baharu yang menarik.

Permainan Mattel yang pertama seumpamanya diterbitkan, permainan yang dimainkan secara percuma untuk francais Hot Wheels, Hot Wheels Infinite Loop membayangkan semula kenderaan Hot Wheels yang paling terkenal di mana peminat-peminat telah membesar dengannya dalam satu permainan perlumbaan dan pengumpulan kereta bagi pemain yang berusia 13 tahun dan ke atas.

Sebahagian daripada keseronokan Hot Wheels adalah dalam mengumpul kereta-kereta yang menjadi rebutan itu, dan Hot Wheels Infinite Loop membawa konsep itu kembali ke asal. Pemain-pemain akan bersaing dalam tepat masa dengan pelumba lain dari seluruh dunia untuk mendapatkan peningkatan dan mengumpulkan kereta-kereta Hot Wheels yang paling legenda, termasuk Bone Shaker™, Twin Mill™, Rodger Dodger™ dan banyak lagi.

“Hot Wheels adalah alat mainan #1 paling laris di dunia* dan kami kini memberikan kepada peminat dengan suatu pengalaman permainan digital yang dimainkan secara percuma yang baharu secara keseluruhannya,” kata Janet Hsu, Ketua Pegawai Francais di Mattel. “Hot Wheels Infinite Loop merupakan satu lagi contoh mengenai komitmen Mattel untuk menghidupkan francais kami yang diiktiraf secara global dalam cara baharu sebagai sebahagian daripada transformasi kami menjadi sebuah syarikat alat mainan yang dipacu oleh IP, berprestasi tinggi.”

Untuk meraikan pelancaran Hot Wheels Infinite Loop, Mattel menayangkan sebuah treler yang mempamerkan perlumbaan cas turbo di sini.

Hot Wheels Infinite Loop boleh didapati sebagai sebuah muat turun percuma di App Store bagi peranti iOS dan akan datang ke Google Play Store tidak lama lagi. Pengguna Android boleh pra-daftar untuk permainan itu sekarang bagi menerima ganjaran istimewa termasuk kereta ultra bergaya Tur-Bone Charged™ dengan kulit eksklusif pada pelancaran. Hot Wheels Infinite Loop telah dibangunkan dengan kerjasama Creative Mobile, pembuat bagi Drag Racing dan Nitro Nation.

Imejan yang mempamerkan Hot Wheels Infinite Loop boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Hot Wheels Infinite Loop dan bagi mendapatkan kemas kini dengan semua berita dan peristiwa terkini, sila ikuti Facebook atau layari di laman web rasmi.

*Sumber: Kumpulan NPD/ Perkhidmatan Pengesan Runcit/ G12/ Jan-Dis 2018/ Jumlah Alat Mainan/ Unit

Maklumat mengenai Mattel

Mattel adalah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mengkhusus di dalam reka bentuk dan pengeluaran alat mainan dan produk pengguna yang berkualiti. Kami mencipta produk-produk dan pengalaman yang berinovatif yang memberi inspirasi, menghibur dan membangunkan kanak-kanak melalui permainan. Kami melibatkan pengguna melalui portfolio kami bagi francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® and MEGA®, serta jenama-jenama popular yang lain yang kami miliki atau mempunyai lesen dengan kerjasama bersama syarikat-syarikat hiburan global. Penawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan acara-acara secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat-syarikat peruncitan dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel amat berbangga untuk menjadi sebuah rakan yang dipercayai di dalam menerokai keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Layari kami di dalam talian di http://www.mattel.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12472

BLUEJEANS NETWORK MENGUMUMKAN KEPIMPINAN RANTAU UNTUK ASIA PASIFIK

Veteran Industri Membina Ekosistem bagi Pekerja, Rakan Kongsi dan Pelanggan

SYDNEY, Australia, 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Blue Jeans Network, Inc. hari ini mengumumkan bahawa Luke Richardson telah dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, yang akan berpangkalan Sydney. Pengumuman ini mengukuhkan lagi pasukan kepimpinan APAC BlueJeans dan menguatkan lagi fokusnya untuk menghubungkan perniagaan-perniagaan rantau kepada rangkaian rakan kongsi dan kepimpinan eksekutif yang semakin berkembang. Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, Jepun dan India merupakan pasaran yang semakin berkembang dengan penggunaan pantas bagi teknologi kerjasama untuk berhubung dengan pekerja dan membina persekitaran kerja yang produktif.

BlueJeans telah melihat peningkatan ketara dalam bilangan mesyuarat keseluruhan dan jumlah minit mesyuarat dalam rantau dengan 50% pertumbuhan (tahun demi tahun) dalam tempoh 12 bulan lepas, yang berjumlah lebih daripada 1.4 juta mesyuarat. Richardson dan pasukan beliau akan bekerja dengan rakan kongsi rantau termasuklah Arkadin dan Princeton untuk memenuhi permintaan bagi persidangan video dan penyelesaian kerjasama.

Pelanggan secara khususnya berminat untuk menggunakan BlueJeans Gateway untuk Microsoft Teams. Untuk memanfaatkan pengalaman Microsoft Teams sepenuhnya, syarikat perlu menghubungkan bilik persidangan legasi sedia ada mereka kepada Teams. BlueJeans Gateway dikerahkan dalam masa beberapa minit jadi setiap pekerja boleh menyertai mesyuarat, sama ada melalui desktop, bilik persidangan atau ruang borak. BlueJeans Gateway memastikan pengerahan bilik adalah mudah dan cepat dipasang, dengan keselamatan lanjutan dan pengurusan masa nyata serta keupayaan analitik.

Komitmen BlueJeans terhadap rantau ini merangkumi pusat data baharu di Mumbai untuk memenuhi pertumbuhan dan permintaan bagi platform mesyuaratnya. Mesyuarat pelanggan India akan dihoskan dalam POP Mumbai secara lalai dan mereka boleh memilih AWS Mumbai sebagai lokasi storan lalai untuk data rakaman. Pelanggan seperti Khan Academy, Air Asia dan Cotton:On merupakan antara syarikat yang telah memilih BlueJeans sebagai sebahagian daripada platform kerjasama yang dipercayai.

Khan Academy menyediakan latihan guru besar-besaran India untuk ujian PISA. Dikenali sebagai “Olimpik” sistem pendidikan awam, ujian diberikan kepada remaja berumur 15 tahun di seluruh dunia untuk menilai sistem pendidikan sesebuah negara. Setakat hujung tahun lepas, bermula dari asas yang hampir tidak wujud, lebih daripada 10,000 pelajar setiap bulan yang mendaftarkan diri dalam sekolah perintis mendaftarkan diri dan menggunakan Khan Academy dalam kelas mereka, sesuatu yang Vipul Redey, Head, School Enablement di Khan Academy anggap disebabkan latihan guru berkesan yang dijalankan melalui BlueJeans.

“Kami merancang untuk menggandakan, atau jika boleh menggandakan tiga kali, bilangan pelajar yang menggunakan Khan Academy tahun akademik ini, rancangan ini hanya boleh terlaksana jika kami terus meningkatkan skala usaha latihan guru yang sewajarnya untuk meliputi sekolah negeri yang bertaburan secara geografi melalui latihan webinar menggunakan BlueJeans,” kata Redey. “Sepanjang tahun lepas, BlueJeans Events telah terbukti sebagai platform yang ideal untuk menawarkan pendidikan jarak jauh di negara membangun dengan lebar jalur rendah, kerana sesi webinar ini telah mengurangkan kos perjalanan dan sewaan kemudahan latihan secara ketara, tetapi masih membenarkan titik hubungan kerap dengan guru untuk memastikan mereka kekal termaklum terhadap kemajuan—suatu rahmat untuk organisasi bukan keuntungan seperti kami yang mengharapkan ihsan penderma. Dengan membolehkan peningkatan kemahiran guru di seluruh India dalam cara yang berkesan dan berpatutan secara kewangan, BlueJeans membantu kami meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan awam kami secara keseluruhan.”

“Suatu penghargaan untuk memimpin pasukan kami yang semakin berkembang merentasi APAC. Minat terhadap platform mesyuarat kami adalah hebat dan kami akan menskalakan di samping rangkaian rakan kongsi berbakat untuk menyampaikan penyelesaian yang memberikan manfaat kepada pelanggan kami semasa mereka tumbuh dan berkembang,” kata Luke Richardson, naib presiden dan pengarah urusan Asia Pacific, BlueJeans. “Teknologi kerjasama telah menjadi aset perniagaan penting, dan atas sebab yang baik. Pekerja perlukan alat untuk berhubung, bekerjasama dan menyumbang kepada pasukan dan perniagaan mereka, dan BlueJeans berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.

Tentang BlueJeans Network
BlueJeans ialah platform mesyuarat untuk tempat kerja moden dan perkhidmatan awan pertama untuk menghubungkan desktop, peranti mudah alih dan sistem bilik dalam satu mesyuarat video. Ribuan syarikat daripada perniagaan yang berkembang sehinggalah peneraju Fortune 500 menggunakan BlueJeans setiap hari untuk mesyuarat persidangan video, audio dan web dan acara interaktif besar, agar orang boleh bekerja dengan lebih produktif di tempat dan menggunakan cara yang mereka inginkan. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.bluejeans.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:
Erin Cheever, BlueJeans
echeever@bluejeans.com

Sumber: BlueJeans Network

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12471