ROI TERBAIK DALAM PERLOMBONGAN KRIPTOWANG RUMAH DENGAN BITHARP

WELLINGTON, New Zealand, 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — BitHarp Group Limited ( www.BitHarp.com ), pengeluar perkakasan perlombongan kripto yang berpengalaman, merupakan nama kegemaran dalam kalangan individu yang berminat dalam perlombongan kripto menguntungkan dari keselesaan rumah mereka.Produk Lyre Miner dan Harp Miner yang dilancarkan syarikat baru-baru ini telah memulakan zaman baharu dalam perlombongan kriptowang, menawarkan perkakasan perlombongan yang menjanakan haba dan hingar rendah yang boleh diletakkan dalam ruang rumah yang terhad.Pengguna boleh mula memperoleh keuntungan serta-merta kerana rig perlombongan prakonfigurasi ini hanya perlu dipasangkan palam, memilih syiling pilihan dan memasuki data himpunan.

Salah satu manfaat menarik Lyre Miner dan Harp Miner ialah keupayaan produk ini untuk menjana pulangan kadar faedah yang pantas untuk semua pengguna.Ini dimungkinkan dengan menyampaikan kuasa kadar hash tinggi yang tiada tandingan dalam pasaran.Kadar hash merupakan ukuran am bagi kuasa pemprosesan bagi rig perlombongan kripto.Untuk pelombong, kadar hash yang lebih tinggi bermakna peluang menjana keuntungan ditingkatkan dan menerima ganjaran blok.Tambahan pula, Lyre Miner dan Harp Miner menyokong kebolehuntungan dengan penggunaan tenaga rendahnya.

Kuasa kadar hash yang disampaikan oleh Lyre Miner dan Harp Miner dinyatakan di bawah.

Bitcoin:335 TH/s (Lyre Miner) & 2000 TH/s (Harp Miner)

Litecoin:55 GH/s (Lyre Miner) & 300 GH/s (Harp Miner)

Ethereum:14 GH/s (Lyre Miner) & 75 GH/s (Harp Miner)

Dash:9 TH/s (Lyre Miner) & 50 TH/s (Harp Miner)

“BitHarp merupakan syarikat terawal dalam pasaran ini untuk mencipta produk yang sesuai untuk peminat kripto biasa melombong dari rumah tanpa pengalaman atau pengetahuan yang banyak,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan dari BitHarp.“Lyre Miner dan Harp Miner direka bentuk untuk menjadikan perlombongan kripto mudah dan mampu milik untuk mereka.Kami berasa sukacita untuk melihat ramai pelombong baharu memperoleh manfaat menggunakan rig perlombongan BitHarp dari rumah.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp:BitHarp merupakan pengeluar kriptowang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.

Orang hubungan media
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 04 889 3268

SUMBER : Bitharp Group Limited

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO BEKERJASAMA DENGAN THE NATIONAL NOH THEATRE UNTUK MEMPERKENALKAN BUDAYA NOH JEPUN KEPADA DUNIA

Table

“Noh” Seni Pentas Tradisional Jepun, yang dipersembahkan oleh Yoshiyuki Kanze dari Kanze School of Noh. (Foto: Business Wire)

TOKYO, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara khas dan pameran bagi seni pentas tradisional Jepun yang diberi nama “Noh” dari 27 September hingga 27 November, 2019. Pameran ini diadakan dengan kerjasama The National Noh Theatre dan menandakan keempat kalinya acara ini akan diadakan. Pameran tahun ini adalah didasarkan pada puisi epik bersejarah “Tale of the Heike” yang menggambarkan pertempuran di antara puak Heike dan Minamoto untuk menguasai Jepun dan kebangkitan dan kejatuhan Keluarga Taira (Heike). Selain itu, pelbagai alatan berharga, karya seni dan kesusasteraan, termasuk topeng yang diukir dari kayu, kostum dan barangan lain, yang berkaitan dengan lakonan Noh dari Tale of the Heike akan dipamerkan. Persembahan bagi program-program Noh yang dipendekkan secara percuma akan diadakan di Lobi kami pada 15 dan 28 Oktober, 2019 oleh Tsunao Yamai dari Komparu School of Noh, yang akan juga memberikan satu syarahan mengenai seni Noh.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190927005110/en/

“Nohgaku” (Istilah yang digunakan untuk menggambarkan kedua-dua Noh dan Kyougen) adalah satu bentuk tradisional bagi teater dan tarian Jepun yang telah dilakukan selama lebih 600 tahun sejak Zaman Muromachi (1336 hingga 1573). Pada tahun 2008, “Nohgaku” telah didaftarkan sebagai sebuah Warisan Kebudayaan Tak Ketara bagi Kemanusiaan di Jepun oleh UNESCO kerana tahap keseniannya yang tinggi yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Keio Plaza Hotel Tokyo menganjurkan Acara dan Pameran “Noh” itu sebagai sebahagian daripada “Program Pengalaman Kebudayaan Jepun” kami, yang direka untuk menyebarkan pelbagai aspek budaya Jepun kepada tetamu kami dari Jepun dan dari luar negara.

Arkib bagi Siaran Media

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190927005110/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

EPIQ MELANCARKAN PERKHIDMATAN TADBIR URUS MAKLUMAT GLOBAL UNTUK MENGURUS DATA PERUNDANGAN DAN KORPORAT SENSITIF

NEW YORK, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan, hari ini mengumumkan perkhidmatan tadbir urus maklumat yang dipertingkat untuk membantu pelanggan mengurus maklumat yang disimpan secara elektronik dengan cekap dan dengan patuh dalam semua persekitaran termasuk pelayan premis, dalam awan atau dalam sistem hibrid.

Pemindahan kepada awan meningkatkan keupayaan kolaborasi dalaman dan boleh menjadi anjakan transformasi bagi perniagaan berprestasi tinggi.Epiq kini mempunyai keupayaan yang ditingkatkan untuk membantu syarikat di peringkat global memacu kecekapan perniagaan, mengawal pengurusan data dan kos eDiscovery dan juga mengurangkan risiko denda berkaitan kawal selia.

“Tadbir urus maklumat bukanlah aktiviti tunggal dan sekali; sebaliknya merupakan satu perjalanan,” kata Tommy Klotz, pengarah keselamatan maklumat di Versum Materials.“Tadbir urus maklumat melibatkan keseimbangan perlindungan dan produktiviti untuk dipadankan dengan kecenderungan risiko organisasi anda.Anda tidak mampu melakukannya sendirian.Kami telah beberapa kali tersilap langkah pada permulaan sehinggalah kami bekerjasama dengan Epiq dan Microsoft yang membuka laluan jelas.Epiq mendengar, mencabar dan akhirnya membantu kami memetakan dan melaksanakan penyelesaian.Epiq membantu kami meminimumkan tindakan salah dan mengelakkan kelewatan fasa pembangunan yang ketara.”

“Epiq telah menyediakan tawaran perkhidmatan tadbir urus maklumat yang menarik kepada pelanggan selama bertahun-tahun dan membantu pelanggan mengendali kerumitan mengurus data,” kata Roger Pilc, presiden penyelesaian perundangan Epiq.“Keupayaan kami telah dipertingkatkan dengan ketara sejak 2018 apabila kami mengambil alih Controle LLC, sebuah firma perisian SaaS berfokuskan tadbir urus maklumat inovatif dan perkhidmatan profesional.Dengan pengembangan tambahan bagi amalan tadbir urus maklumat global kami, Epiq dengan uniknya dapat menyediakan kepada pelanggan alat industri yang paling kukuh dan cekap untuk mengawal maklumat digital dan mengurangkan risiko kawal selia, pematuhan dan keselamatan.”

Epiq mempunyai penguasaan kukuh bagi amalan privasi data industri khususnya dalam bahagian pematuhan data, penghijrahan data dan keselamatan data.Perkhidmatan tadbir urus maklumat Epiq yang baharu ini meliputi:

·     Pematuhan data:Perkhidmatan pembolehan pematuhan data Microsoft Office 365 di Epiq membantu pelanggan mengkonfigurasi penyelesaian untuk memenuhi keperluan Peraturan Perlindungan Data Umum, Akta Privasi Pengguna California, dan undang-undang dan proses privasi data yang lain, termasuk permohonan akses subjek data.Selain itu, Epiq membantu perusahaan menghasilkan dasar dan strategi pengekalan sah yang boleh dipertahankan dari segi perundangan serta membantu pencarian dan klasifikasi data.

·       Penghijrahan data:Epiq menyokong penghijrahan beban kerja legasi dan membezakan data yang disimpan di awan, termasuk e-mel, fail SharePoint, fail pada premis dan data media sosial.Suit perkhidmatan yang disediakan oleh Epiq meliputi kaedah penghijrahan dan pemadaman yang boleh dipertahankan dari segi perundangan yang membantu mengurangkan keseluruhan kos sesebuah perusahaan.

·     Keselamatan data:Perkhidmatan keselamatan data Microsoft Office 365 di Epiq membantu pelanggan memasang suit perkhidmatan lengkap yang ditawarkan dalam Suit Office 365 Enterprise Mobility dan Security (EMS).Perkhidmatan ini mengurus pengenalpastian pelanggaran keselamatan, tindak balas insiden, peningkatan skor keselamatan dan pemberitahuan pelanggaran data.Sebagai sebahagian daripada proses ini, Epiq membantu pelanggan melaksanakan klasifikasi data sesuai yang diperlukan bagi penggunaan berkesan Suit EMS.

Dalam usaha mengukuhkan perkhidmatan ini, Epiq telah meningkatkan kepakaran pematuhan privasi global dengan mengambil ramai individu berbakat yang menyokong dan mengurus perkhidmatan keselamatan dan pematuhan data Microsoft Office 365 di Epiq.Pasukan pakar tadbir urus maklumat memiliki pengalaman telah terbukti dalam dasar privasi, pematuhan, pengurusan maklumat, keselamatan dan teknologi maklumat, di samping menawarkan perkhidmatan perundingan yang kukuh di rantau Amerika Utara, EMEA, dan APAC.

Epiq merupakan Microsoft Gold Certified Partner dan telah menyertai Majlis Penasihat Rakan Keselamatan dan Pematuhan Microsoft, yang merupakan majlis pakar jemputan sahan yang memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan produk Microsoft 365.

Tentang Epiq
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan melakukan tugasan berskala besar dan semakin rumit bagi peguam korporat, firma guaman dan profesional perniagaan dengan kecekapan, kejelasan dan keyakinan.Pelanggan mengharapkan Epiq untuk melancarkan pentadbiran operasi perniagaan, saman secara berkumpulan dan tort berkumpulan, laporan mahkamah, eDiscovery, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal-hal kebangkrapan.Pakar bidang dan teknologi Epiq menghasilkan kecekapan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada pelanggan berprestasi tinggi di seluruh dunia.Ketahui lebih lanjut di www.epiqglobal.com.

Maklumat Hubungan Akhbar
Jill Brown
Epiq
+1 713 933 2905
jbrown@epiqglobal.com

Sumber: Epiq Systems Inc

AKSES BAHARU SEPANTAS KILAT KE AUSTRALIA

Table

Peta kabel 

Queensland, 27 Sept., 2019 /Medianet International-AsiaNet/– 

Perniagaan antarabangsa sedang mempersiapkan diri untuk kelajuan penghantaran data terpantas ke pantai timur Australia pada tahun 2020, dengan pembukaan [AEST] semalam bagi stesen pendaratan kabel dasar laut antarabangsa di Sunshine Coast, Queensland, Australia.

Datuk Bandar Sunshine Coast Mark Jamieson telah disertai oleh Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk dan Menteri Queensland bagi Pembangunan, Pembuatan, Infrastruktur dan Perancangan Negeri Cameron Dick untuk menandakan penyiapan kemudahan berharga $7.2 juta ini.

Datuk Bandar Jamieson berkata kabel itu akan meningkatkan dengan signifikan reputasi Sunshine Coast sebagai sebuah lokasi pelaburan yang dicari bagi perniagaan global.

“Apabila siap, rangkaian ini akan menyediakan data dan telekomunikasi antarabangsa secara terus dari Sunshine Coast — satu-satunya lokasi di Australia yang berada di luar Sydney dan Perth yang menyediakan sambungan antarabangsa langsung ini. Ia akan membantu menempatkan rantau ini sebagai Hab Perdagangan Digital pertama Australia,” kata Datuk Bandar Jamieson.

Rangkaian jalur lebar antarabangsa itu akan menyokong era Internet Benda dan pembangunan bandar raya pintar, di mana sambungan yang boleh dipercayai akan menjadi perkara paling penting bagi semua aspek kehidupan seharian kita.

Rangkaian kabel antarabangsa itu merupakan satu daripada beberapa projek yang membentuk wilayah, termasuk lapangan terbang antarabangsa terbaharu Australia – dengan keupayaan untuk menampung penerbangan terus dari Asia – dan sebuah pusat bandar raya baharu yang sudah menarik minat daripada pelbagai syarikat komersial dan pengusaha hotel antarabangsa.

Kabel itu menyediakan satu lagi laluan data di dalam dan di luar Australia bagi industri dan akan mula berkhidmat menjelang pertengahan tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web projek itu (https://www.sunshinecoast.qld.gov.au/Council/Planning-and-Projects/Major-Regional-Projects/Undersea-Cable),
muat turun E-Buku (http://investcampaign.sunshinecoast.qld.gov.au/sunshine-coast-international-broadband-network-news-signup)
dan tonton video acara itu (https://www.youtube.com/watch?v=gH5V5Q2BiAs&feature=youtu.be) dan selang masa membina video ( https://youtu.be/3OSmqoHPugQ).

Sertai perbincangan itu: #healthysmartcreative #SCmeansBusiness #SunshineCoast

Sumber: MacNeil & Co

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=346359 

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO YANG DIPACU OLEH VOLTAN DALAM PAKEJ PALING KECIL DI DALAM INDUSTRI DENGAN PELEPASAN KUASA INPUT YANG BERKURANGAN

– Membantu untuk mengurangkan saiz peralatan dan penggunaan kuasa dalam penggunaan peralatan ujian

TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah mula menghantar “TLP3407SR,” sebuah geganti foto yang dipacu oleh voltan baharu yang menyampaikan pelepasan kuasa yang lebih rendah dan ruang pemasangan paling kecil[1] di dalam industri.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190925005297/en/

TLP3407SR mempunyai arus LED terhad maksimum sebanyak 1mA pada input voltan, satu pengurangan kepada kira-kira satu pertiga daripada “TLP3407SRH” sebelum ini. Dengan ini, geganti baharu itu mengurangkan pelepasan kuasa input maksimum kepada 3.3mW[2], dengan menyokong penggunaan kuasa yang lebih rendah oleh peralatan seperti kad prob, peralatan ujian semikonduktor automatik (ATE), alat penguji semikonduktor, dan papan bagi aplikasi yang berkaitan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12599

 

Pameran ‘Japan Media Arts Distributed Museum’ di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo berakhir hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Siri pameran seni baharu anjuran Agensi Bagi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun, ‘Japan Media Arts Distributed Museum’ yang diadakan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, berakhir hari ini.

Lapangan Terbang Haneda antara 10 lokasi terpilih bagi pameran menampilkan seni media atau budaya Jepun.

Pameran di Lapangan Terbang Haneda yang bermula pada 11 Sept diadakan bersama pameran lain, melibatkan Muzium Nasional Sejarah Jepun, menurut satu kenyataan Pejabat Japan Media Arts Distributed Museum.

Acara di Lapangan Terbang Haneda itu diadakan selepas pameran pertama di Lapangan Terbang Chitose Baharu dekat Sapporo di utara Jepun.

Pameran berkenaan menampilkan hasil karya yang dibangunkan AR3Bros., trio pencipta ‘augmented reality’ Jepun, dengan motif karya seni ‘Edo Scenes Folding Screens’ dan ‘Edobashi Hirokoji (Edo Bridge Grand Avenue) Diorama’.

Menurut kenyataan itu, hasil karya berkenaan menggambarkan zaman feudal Edo (Tokyo lama), milik Muzium Nasional Sejarah Jepun.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://jmadm.jp/en.

— BERNAMA

AMAZON PRIME VIDEO LANCAR CIRI-CIRI BAHARU UNTUK THURSDAY NIGHT FOOTBALL YANG MEMBOLEHKAN PEMINAT NFL DI SELURUH DUNIA UNTUK MENYESUAIKAN PENGALAMAN PENSTRIMAN MEREKA

X-Ray membolehkan penonton untuk mengawal cara bagaimana mereka menikmati permainan itu dan menyampaikan Next Gen Stats yang dikuasakan oleh AWS kepada peminat dalam satu cara yang baharu

Kay Adams dan Chris Long menjadi hos bagi NFL Next, satu persembahan langsung baharu yang diterbitkan oleh NFL Films dan memaparkan pandangan pakar secara eksklusif pada Prime Video

Twitch menggandakan penyiaran penstrim bersama pada perkhidmatan video sosial interaktif mereka

Hannah Storm dan Andrea Kremer kembali untuk menerajui ulasan selari dan analisis bagi TNF

SEATTLE, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — (NASDAQ: AMZN) — Untuk tahun ketiga berturut-turut, Amazon Prime Video membawa kepada peminat NFL di seluruh dunia dengan Thursday Night Football Disampaikan oleh Bud Light Platinum dan melancarkan inovasi baharu yang membolehkan ahli-ahli Prime untuk menikmati permainan yang mereka gemari seperti yang belum pernah diadakan sebelum ini, dengan satu barisan baharu bagi pandangan dan analisis pakar, akses kepada data langsung yang mantap dan suatu pengalaman yang dipermudahkan.

“Kami merevolusikan cara peminat bola sepak Amerika membuat penstriman Thursday Night Football dan membolehkan ahli-ahli Prime untuk mengkhususkan cara bagaimana mereka menonton dan mendengar permainan itu,” kata Marie Donoghue, Naib Presiden bagi Prime Video Sports. “Ada sesuatu bagi setiap peminat bola sepak Amerika — daripada analisis permainan yang lebih mendalam di hujung jari mereka, kepada ulasan yang berbeza, kepada keupayaan untuk dengan mudah menemui dan menonton pada mana-mana peranti, di mana sahaja di dunia. Kami berpendapat bahawa penggemar sukan lama dan mereka yang baharu kepada permainan itu akan suka menonton dan terlibat dengan TNF pada Prime Video dan Twitch.”

Jadual Thursday Night Football  di Amazon Prime Video dan Twitch bermula pada Khamis, 26 September pada 8:20 Malam Waktu Timur dengan Green Bay Packers menjadi tuan rumah kepada Philadelphia Eagles.

X-Ray Meletakkan Peminat dalam Kawalan

X-Ray untuk TNF mewujudkan peluang bagi peminat untuk menonton dan memahami permainan itu tanpa sekali pun mengalihkan pandangannya dari skrin itu atau terlepas pandang permainan itu. Musim ini, X-Ray membawa beberapa Next Gen Stats yang sama yang sebelum ini hanya diperolehi kepada jurulatih dan juruhebah kepada semua peminat TNF di atas permintaan, pada setiap perlawanan dan di hujung jari mereka, menyebabkan dalam satu penghargaan yang lebih mendalam untuk aksi di padang. Peminat dapat menyelami pandangan mendalam seperti masa purata seorang quarterback untuk membaling, purata jarak ela bagi seorang running back selepas bersentuhan dan purata jarak ela bagi pemisah bagi seorang wide receiver, yang dibolehkan melalui penjejakan pemain tepat masa Next Gen Stats.

X-Ray boleh didapati bagi peminat bola sepak Amerika yang membuat penstriman TNF pada Android, iOS, dan Fire TV. Prime Video juga membolehkan analisis di mana sahaja dengan satu pengalaman mudah alih yang mudah digunakan yang membolehkan pelanggan untuk melihat dan menutup statistik tepat masa dengan hanya membalikkan telefon mereka. Untuk mengakses X-Ray, peminat hanya perlu membalikkan telefon mereka, ketik butang “Stats by X-Ray” pada telefon atau tablet mereka atau klik ‘atas’ pada kawalan jauh Fire TV semasa permainan itu.

Satu Aksi NFL Yang Berbeza

NFL Next, satu persembahan langsung 30 minit yang baharu yang tersedia secara eksklusif pada Prime Video pada pukul 7 malam Waktu Timur pada setiap hari Khamis dan diterbitkan oleh NFL Films, akan menyediakan kepada penonton dengan pandangan baharu dan ulasan pintar daripada Juara Super Bowl sebanyak dua kali, Chris Long, Kay Adams dari NFL Network dan pakar Next Gen Stats James Koh. NFL Next akan menjadi hos kepada tetamu yang diketengahkan termasuk bekas pemain dan pemain sekarang, manakala wartawan sukan ikonik Hannah Storm dan Andrea Kremer akan kembali untuk memberi komen, di samping membuat ulasan selari dan analisis.

“Kami teruja untuk menjalin kerjasama sekali lagi dengan Amazon Prime Video bagi menerbitkan satu aksi NFL yang berbeza,” kata Ross Ketover, Ketua Eksekutif bagi NFL Films. “Untuk mempunyai bakat seperti Chris Long, satu daripada pemain yang paling bijak untuk beraksi dalam permainan ini, dan digandingkan dengan personaliti dinamik seperti Kay Adams menghasilkan dalam satu persembahan yang kami rasa peminat akan suka.”

“Saya amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada NFL Next dan keluarga Amazon,” kata Chris Long. “Adalah penting bagi saya bahawa usaha pertama saya ke dalam penyiaran bola sepak Amerika adalah di dalam sebuah forum yang saya rasa akan memberikan penonton dengan satu pandangan yang unik mengenai permainan itu.”

Pilih Audio anda

Prime Video sekali lagi telah menghasilkan pelbagai pilihan audio untuk membolehkan peminat bola sepak Amerika di seluruh dunia menyesuaikan pengalaman tontonan mereka. Selain siaran FOX lalai dengan Joe Buck dan Troy Aikman, ahli-ahli Prime boleh memilih daripada dua penambahan aliran audio eksklusif Prime Video: Hannah Storm dan Andrea Kremer dan penyiar bahasa Inggeris United Kingdom Derek Rae dan Tommy Smyth.

“Saya tidak sabar untuk satu lagi musim Thursday Night Football!” Kata Hannah Storm. “Ia adalah satu peluang yang mencabar dan menyeronokkan dan kami mempunyai satu kumpulan wanita yang hebat di hadapan mikrofon dan di belakang tabir untuk memberikan kepada ahli-ahli Prime dengan perspektif kami sendiri yang unik mengenai permainan itu.”

“Saya sangat teruja bahawa Hannah dan saya dapat membina di atas kejayaan  musim pertama kami bersama dengan peranan kami yang dikembangkan pada NFL Next serta menawarkan pengalaman tontonan yang paling unik dengan inovasi teknikal Amazon,” kata Andrea Kremer.

Penerbitan FOX Deportes Sepanyol

Di samping itu, ahli-ahli Prime di Amerika Syarikat dan Mexico mempunyai akses kepada FOX Deportes, penyiaran berbahasa Sepanyol yang eksklusif.

Sertai Twitch Party

Untuk tahun ketiga berturut-turut, TNF akan juga tersedia untuk penonton Twitch,  termasuk ulasan yang distrimkan bersama dari penstrim popular pada perkhidmatan video sosial interaktif Twitch, oleh itu bersiap-sedialah untuk mengisi ruang sembang dengan sorakan, meme dan emosi anda yang terbaik. Banyak daripada penstrim kegemaran anda akan mengadakan penstriman bersama bagi perlawanan dan menambahkan ulasan mereka yang unik mereka kepada siaran, termasuk tetamu yang tidak diduga yang akan muncul pada pertengahan musim ini. Peminat boleh memberikan sorakan terhadap pasukan kegemaran mereka dengan emosi yang bertemakan NFL dan menguji sama ada mereka adalah peminat tegar dengan trivia permainan tepat masa pada sepanjang musim. Semak hantaran blog Twitch untuk melihat satu senarai lengkap penstrim bagi setiap minggu. Layari Prime Video untuk melihat jadual lengkap TNF dan menonton siaran rasmi FOX yang tersedia di lebih 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Perlawanan TNF itu yang dijadual ke udara di FOX, NFL Network dan Amazon Prime Video akan bermula pada Khamis, 26 September pada 8:20 malam waktu Timur dengan Green Bay Packers menerima kunjungan Philadelphia Eagles. Perlawanan TNF itu akan tersedia untuk distrimkan di Amazon melalui Prime Video dan Twitch sebagai tambahan kepada NFL, FOX dan ciri-ciri digital FOX Deportes merentasi peranti. Ketersediaan NFL Network dan Amazon adalah tertakluk kepada perubahan.

Maklumat mengenai Prime Video

Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.

  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, The Boys, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, Carnival Row, Late Night oleh Mindy Kaling, Guava Island oleh Donald Glover, Manchester by the Sea  dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War  yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
  • Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
  • Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
  • Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
  • Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.
Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari:  amazon.com/prime.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190925005313/en/

Hubungi

Amazon.com, Inc.
Talian Penting Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

BRANDSTARS UMUMKAN JENAMA MEWAH KOREA 2019

SEOUL, Korea Selatan, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan pemilihan pemenang akhir untuk jenama mewah Korea 2019.

Jawatankuasa itu telah mengkategorikan jenama paling disukai di Korea, China, dan Asia Tenggara mengikut kategori dan mengumumkan satu penilaian keseluruhan bagi jenama-jenama di seluruh rantau Asia.

Jenama-jenama yang dipilih untuk dua tahun berturut-turut termasuk Amorepacific SulwhasooLG Household and Health Care’s The History of Whoo dan Nature Republic di dalam kategori kosmetik; Korea Ginseng Corporation CheongKwanJang di dalam kategori makanan kesihatan; LG Electronic PuriCare di dalam kategori pembersih udara, Huggies di dalam kategori lampin pakai buang; Buldak Ramen di dalam kategori Ramen; Gentle Monster di dalam kategori cermin mata hitam; MCM di dalam kategori beg; CUCKOO di dalam kategori periuk nasi; dan CGbio GISELLELIGNE di dalam kategori pengisi.

Jenama-jenama yang baharu dipilih pada tahun ini adalah LG Pra.L di dalam kategori peranti kecantikan di rumah; Charmzone dan MANYOFACTORY di dalam kategori kosmetik, dan MIDM Jen’y 3D Motion di dalam kategori peranti penjagaan kesihatan. Apharm telah mengeluarkan tiga jenama yang baharu dipilih termasuk PETIT[N] di dalam kategori penjagaan kesihatan dan Dr.NUELL dan RANGBLACK di dalam kategori kosmetik.

LG Pra.L telah dinamakan sebagai peranti kecantikan di rumah bagi tahun ini dengan keselamatan dan keberkesanannya yang terbukti berdasarkan kepada teknologi pembuatan perkakasan luar biasa oleh LG Electronics.

Dengan pelaburan mereka yang berterusan di dalam teknologi, Charmzone mempunyai beberapa teknologi paten yang berkaitan dengan kulit, memperluaskan jangkauan mereka ke lebih daripada 20 buah negara melalui mulut ke mulut.

Apharm telah menghasilkan satu keputusan yang hebat bahawa tiga jenama mereka telah dipilih. Dr.NUELL, yang terkenal kerana produk kosmetik yang menjadikan kulit lebih sihat apabila ia digunakan, dan RANGBLACK telah dipilih di dalam kategori kosmetik. Produk syarikat itu PETIT[N], sebuah jenama makanan fungsian kesihatan premium telah dipilih di dalam kategori kecantikan dan penjagaan kesihatan.

MIDM Jen’y 3D Motion telah dipilih untuk kategori peranti penjagaan kulit bagi teknologi mereka yang bertaraf dunia dan kemudahan pengguna. Ia adalah satu peranti yang diasaskan kepada teknologi Galvanic yang menawarkan fungsi urut pemanasan, penyejukan dan  getaran kesemuanya di dalam satu peranti.

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS adalah sebuah organisasi profesional yang terdiri daripada pakar-pakar dari media dan industri, yang pakar di dalam penilaian jenama, perundingan dan penyelidikan pasaran. Jawatankuasa itu didedikasikan untuk menggalakkan jenama-jenama Korea kepada pengguna yang suka produk Korea dan menunjukkan arah yang betul bagi pengurusan jenama kepada syarikat-syarikat dengan menyediakan maklumat mengenai jenama Korea secara konsisten ke negara-negara Asia dan Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, dan Malaysia.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52099079/en

Hubungi

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS (brandstars.co.kr)
Ki-joo Kim +82-2-544-0153

Sumber: Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU SOLENOID DWI SALURAN BERVOLTAN TINGGI

Table

Toshiba: sebuah IC pemacu solenoid dwi saluran “TB67S112PG” yang mencapai pemacu rintangan ON rendah dan bervoltan tinggi. (Foto: Business Wire)

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) — Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “TB67S112PG,” sebuah IC pemacu solenoid dwi saluran yang mencapai pemacu rintangan ON rendah dan bervoltan tinggi. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190926005310/en/

TB67S112PG menggabungkan dua saluran, setiap satu terdiri daripada sebuah MOSFET bahagian rendah dan sebuah diod biasa jana semula yang secara bebas boleh memacukan sebuah solenoid atau sebuah geganti, peranti yang digunakan secara meluas di dalam aplikasi seperti peralatan hiburan (mesin slot), peralatan rumah (penyaman udara dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang).

Toshiba sudah memasarkan “TB67S111PG,” sebuah IC pemacu solenoid empat saluran, dan lapan saluran “TB67S158NG/FTG.” Penambahan “TB67S112PG” itu menawarkan kepada pengguna dengan lebih banyak kemungkinan bagi sumber produk, berdasarkan kepada jumlah solenoid yang dikendalikan.

Ciri-ciri Penting

  • Dua saluran, setiap satu dengan sebuah MOSFET bahagian rendah dan sebuah diod biasa jana semula.
    Kawalan bebas bagi setiap output adalah sesuai untuk pemacu solenoid dan geganti
  • Voltan tinggi (50V) dan pemacu rintangan ON rendah (0.3Ω)
    MOSFET (50V) voltan tinggi di dalam unit output menyokong pemacu solenoid dan geganti.
    Rintangan ON rendah (0.3Ω) mengurangkan penjanaan haba semasa kendalian motor.
  • Pengesanan ralat terbina dalam dengan fungsi set semula automatik
    Pengesanan penutupan terma dan perlindungan lebihan arus. Apabila penutupan terma diaktifkan, isyarat pengesanan ralat (ERR) adalah output, yang memastikan keselamatan peralatan dan reka bentuk yang sangat dipercayai.
Penggunaan

Peralatan hiburan (mesin slot), peralatan rumah (penyaman udara dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang).

Spesifikasi Utama

Nombor bahagian TB67S112PG
Fungsi Pemacu solenoid dwi saluran
Pakej DIP16-P-300-2.54A
Input Kawalan I/F Input selari (Paras TTL)
Voltan bekalan kuasa VM 4.5V hingga 47V
Output Penarafan output (voltan) 50V (maksimum)
Pengkadaran output  (arus) 1.5A bagi setiap saluran (maksimum)
Rintangan ON output 0.3Ω (jenis)
Diod biasa Terbina dalam
Fungsi keselamatan Penutupan terma dan pengesanan lebihan arus dengan fungsi set semula automatik
Bawah voltan sekat
Isyarat penutupan terma output
Semakan Stok & Pembelian Beli Dalam Talian
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan yang lebih luas, sila layari:
TB67S112PG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S112PG&lang=en
TB67S111PG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S111PG&lang=en
TB67S158FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S158FTG&lang=en
TB67S158NG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S158NG&lang=en

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu dan barisan lebih luas di pengedar dalam talian, sila layari:
TB67S112PG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S112PG.html
TB67S111PG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S111PG.html
TB67S158FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S158FTG.html
TB67S158NG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TB67S158NG.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190926005310/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

HANGZHOU DI CHINA MENYAMPAIKAN PENCERITAAN KREATIF MENGENAI BUDAYA GLOBAL

HANGZHOU, China, 25 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/–
 
Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-13 (2019) telah diadakan di bandar raya China di timur itu dari 19 hingga 23 Sept. dalam usaha untuk menggalakkan industri kebudayaan bandar raya itu dan daya tarikan global, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Hangzhou.

“Budaya diperkayakan dalam bentuk pertukaran dan pembelajaran bersama,” kata Zhou Jiangyong, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou bagi Parti Komunis China (CPC) dan ahli bagi jawatankuasa tetap bagi jawatankuasa CPC wilayah Zhejiang. “Hangzhou mempunyai sejarah yang panjang dan mendalam dan sebuah tempat suci yang menunjukkan sejarah lebih 5,000 tahun peradaban China. Kami akan menggunakan kreativiti kebudayaan untuk menceritakan kisah-kisah mengenai Hangzhou, Zhejiang dan China, dan memperkuatkan pertukaran kebudayaan, pembelajaran bersama dan kerjasama dengan negara lain untuk terus meningkatkan daya saing dan pengaruh Hangzhou di peringkat antarabangsa.”

Diadakan selama 13 tahun sejak tahun 2007, ekspo itu bukan sahaja menyaksikan perubahan dan pembangunan bagi industri kebudayaan China, tetapi juga semakin menjadi satu pautan bagi pertukaran kebudayaan di antara Timur dan Barat.

Acara lima hari itu telah menarik lebih 400 pempamer asing dari 53 buah negara dan wilayah. Lebih 2000 perusahaan dan organisasi kebudayaan dari seluruh pelusuk dunia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di lapan kawasan pameran. Usaha kreativiti yang lazim bagi sebuah kehidupan yang lebih baik di dalam latar belakang kebudayaan yang berbeza di seluruh dunia telah ditunjukkan melalui platform antarabangsa ini.

Ekspo itu telah menarik lebih daripada 286,000 orang untuk mengambil bahagian di dalam pameran dan aktiviti lain, dan jumlah urus niaga di tapak dan projek yang ditandatangani telah mencapai 16.75 bilion yuan (di mana pembiayaan projek melebihi 15 bilion yuan), satu rekod tinggi dari segi prestasi.

Di kawasan pameran utama, hasil kebudayaan dari Itali, Britain, Switzerland dan negara-negara lain dipamerkan, dengan memaparkan fesyen, reka bentuk, pembuatan, budaya dan elemen makanan. Kawasan pameran bertema bagi Hangzhou adalah gaya zen ketimuran, dengan lebih daripada 30 pakar mahir seni dan kraf kebangsaan China dan artis-artis lama mempamerkan hasil seni mereka dari tahap perindustrian kontemporari yang paling tinggi. Tirai dan bayangan mewujudkan satu suasana seperti awan yang berarak dan air yang mengalir, membangkitkan suatu senario puitis. Setiap karya bagi hasil yang halus ini menunjukkan tahap puncak bagi estetika orang Cina.

Perlu dinyatakan bahawa ekspo itu telah mewujudkan kawasan pameran tema kebangsaan British buat kali pertama tahun lepas, dengan menarik lebih daripada 130 syarikat dan institusi kebudayaan Britian yang terkenal untuk mempamerkan hampir 1,000 keping produk kebudayaan dan kreatif tempatan. Ekspo itu meneruskan langkah mengadakan bahagian hari tema kebangsaan pada tahun ini, dengan menjemput Itali sebagai tetamu kehormat dan melancarkan satu siri pameran kebudayaan yang berkaitan dan aktiviti pertukaran.

Menara Condong Pisa, gondola Venice, dan juga balkoni Romeo dan Juliet telah dicipta semula dalam satu susunan blok yang mendalam. Ketukangan Tuscan, fesyen Milan, sejarah Rom, cerita Verona mengisi ruang pameran itu yang berkeluasan lebih 1,000 meter persegi, dengan produk kebudayaan segar dari lebih 60 jenama dari Semenanjung Apennines yang menyampaikan gaya romantik Mediterranean. Pengganti generasi ketiga CLAMORI, Lella Amato boleh memilih “beg opah” yang terbaik untuk anda.

Verona di Itali tidak asing kepada kebanyakan rakyat Hangzhou, seperti juga Verona, Tasik Barat, Grand Canal dan Runtuhan Arkeologi bagi Bandar raya Purba Liangzhu telah disenaraikan pada Senarai Warisan Kebudayaan Dunia secara berturut-turut. Kedua-dua bandar raya bersejarah itu terikat dengan warisan kebudayaan.

Pertukaran mesra di antara China dan Itali dalam komoditi, perdagangan, seni dan budaya dapat dikesan 2000 tahun yang lalu, Ludovica Murazzani, konsul komersial bagi Konsulat Jeneral Itali di Shanghai, berkata pada upacara pembukaan.

Sebagai tetamu kehormat, Itali akan memperlihatkan kepada rakan-rakan mereka di Hangzhou mengenai budaya dan gaya hidup Itali dalam pelbagai cara. Tahun 2020 akan menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik China-Itali dan tahun bagi budaya perubatan dan pelancongan tradisional China. Itali akan mengikuti dalam jejak langkah Marco Polo untuk memperdalamkan pertukaran kebudayaan dan kreatif dua hala dan kerjasama bagi memberi inspirasi kepada kemungkinan yang tak terhingga, kata beliau.

Perangkaan awal menunjukkan bahawa nilai ditambah bagi industri kebudayaan di  Hangzhou telah mencapai 180.9 bilion yuan pada tahun 2018, dan Hangzhou telah meningkat kepada kelab utama negara itu dari segi skala dan sumbangan bagi sektor itu. Hangzhou akan terus mengembangkan industri kebudayaan mereka, dan ekspo itu dijangka memberi sokongan yang penting bagi Hangzhou untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan kreatif antarabangsa untuk menyerlahkan daya tarikan segar bagi bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal ini.

Sebagai sebuah bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal di China dan digambarkan sebagai “bandar raya yang terbaik dan kota yang paling indah di dunia” oleh Marco Polo, Hangzhou telah menjadi sumber inspirasi bagi artis, penulis dan penyair China yang paling cemerlang selama lebih satu ribu tahun. Pada masa ini, industri kebudayaan yang berinovatif dan didorong oleh digital membolehkan Hangzhou untuk meneruskan  pertukaran kebudayaan mereka dengan dunia dan menceritakan kisah-kisah ketimuran yang indah dengan kebudayaan.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Hangzhou

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=345937

–BERNAMA