TERNS PHARMACEUTICALS MELENGKAPKAN PEMBIAYAAN SIRI B $80 JUTA UNTUK MEMAJUKAN SALURAN BAGI UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT NASH DAN KANSER

Hasil kutipan untuk Menyokong Pembangunan bagi Calon-calon NASH Klinikal dan Praklinikal

Pembiayaan diketuai oleh Vivo Capital dan OrbiMed, dengan disertai oleh Decheng Capital

Lilly Asia Ventures, pelabur Siri A itu, juga melabur di dalam pusingan Siri B

SAN MATEO, Calif. & SHANGHAI, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Terns Pharmaceuticals Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang memberi tumpuan kepada penemuan dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat NASH dan kanser, hari ini mengumumkan penutupan bagi satu pembiayaan Siri B berjumlah $80 juta.

“Sejak kami melancarkan syarikat itu baru-baru ini, kami telah berusaha dengan gigih untuk memajukan program-program utama kami dan terus melaksanakan strategi kami untuk membawa terapeutik yang berinovatif kepada pesakit yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia, dan dengan pembiayaan ini kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus melaksanakan misi itu,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. “Kami sangat teruja berhubung kemajuan yang telah kami capai dalam program klinikal dan praklinikal kami. Program utama kami TERN-101 dan TERN-201 berada di landasan untuk memasuki klinik pada separuh pertama tahun 2019 dan program tambahan NASH sedang berkembang dengan pantas ke arah pembangunan praklinikal. Kemajuan itu setakat ini telah meletakkan kami satu langkah lebih dekat kepada matlamat kami untuk menemui terapi gabungan yang berkesan dan selamat bagi pesakit yang menghidapi NASH dan fibrosis hati. Kami berterima kasih di atas kepercayaan dan semangat yang datang daripada pelabur baharu dan sedia ada kami.”

“Terns memanfaatkan kombinasi kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan keupayaan pembangunan klinikal yang meluas untuk membina salurannya yang berkualiti tinggi dan pelbagai untuk rawatan NASH, dengan menawarkan satu peluang yang luar biasa untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit,” kata Encik Shan Fu, Rakan Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Vivo Capital. “Kami sangat teruja untuk menjadi peneraju bersama bagi satu kumpulan pelabur yang hebat dan yang mempercayai di dalam pendekatan baharu yang diambil oleh Terns. Vivo mempunyai pengalaman pelaburan yang besar di dalam pembangunan terapeutik untuk NASH. Kami percaya bahawa kami akan menambahkan nilai kepada syarikat itu dari segi pembangunan masa depannya.”

“Pendekatan mereka untuk mengguna pakai strategi pembangunan global atau khusus mengikut rantau bagi memajukan terapeutik baharu peringkat klinikal adalah unik, dan Terns telah membuat kemajuan besar sejak mereka dilancarkan baru-baru ini,” kata Carl Gordon, Ph.D., Rakan Pengurusan bagi OrbiMed. “Ini memberi kami keyakinan yang besar terhadap keupayaan mereka untuk mengekalkan dengan jayanya trajektori ke hadapan.”

Pembiayaan itu diterajui oleh pelabur baharu Vivo Capital dan OrbiMed, yang disertai oleh pelabur baharu Decheng Capital; pelabur sedia ada Lilly Asia Ventures turut mengambil bahagian untuk memberikan sokongan yang berterusan.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals

Berpangkalan di San Mateo, CA., dan Shanghai, China, Terns Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang komited kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat penyakit hati dan kanser. Syarikat itu menggabungkan kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan dan keupayaan pembangunan klinikal secara meluas di China untuk memajukan salurannya yang semakin berkembang bagi calon-calon ubat-ubatan yang dioptimumkan terhadap sasaran yang disahkan secara klinikal atau sasaran yang mempunyai pengesahan praklinikal yang signifikan. Dengan menggunakan sebuah model penemuan ubat yang cekap modal, misi syarikat itu adalah untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit di pasaran yang kurang mendapat perhatian melalui program pembangunan global dan yang dikhususkan mengikut rantau. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11568

SEEDLAND MENERAJUI KEHIDUPAN PINTAR – TRANSFORMASI BAGI INDUSTRI HARTANAH CHINA TELAH TIBA

BEIJING, China, 31 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/–

Pada sebelah tengah hari pada 25 Oktober, 2018, Waktu Beijing, Seedland Real Estate telah mengadakan pembukaan besar-besaran mereka bagi Persidangan Akhbar Media 2018 yang bertemakan “Seedland Menerajui Kehidupan Pintar” di Pusat Kesenian Jingyuan Beijing. Persidangan ini telah mengundang ratusan media terkenal dari dalam negeri dan antarabangsa, termasuk penulis China terkenal dalam bidang kewangan dan ekonomi, Wu Xiaobo, dan ahli sejarah termaju di peringkat global Yuval Harari. Sewajarnya, kedua-dua mereka telah memberikan ucapan dasar mereka dengan ikhlas.

Semasa persidangan itu, Seedland menunjukkan pembinaan mereka yang sedang dilaksanakan bagi SLS (Sistem Kehidupan Pintar), dan membentangkan analisis sistematik mengenai masa hadapan kehidupan kediaman rakyat China. Juga, beberapa rakan kerjasama Seedland telah berkongsikan amalan, pengalaman, penerokaan dan hasil mereka secara berperingkat di dalam bidang hartanah, keahlian, isi rumah, komuniti dan kesihatan, dan lain-lain. Seedland mengambil hartanah sebagai teras mereka, dan secara beransur-ansur membina penyelesaian pintar komuniti di samping itu, yang dapat dilihat di dalam setiap perincian bagi kehidupan penduduk, Tambahan pula, dengan pembentukan fail maklumat bagi setiap ahli kediaman, Seedland menyediakan kemudahan untuk peredaran data di antara hartanah, sokongan komersial, kesihatan, industri dan juga kepelbagaian pihak ketiga. Secara khusus, terdapat semua jenis produk isi rumah pintar teknologi yang direka oleh Seedland untuk projek domestik yang berbeza, seperti katil pintar, almari pakaian pintar, kabinet kasut pintar dan banyak lagi. Berdasarkan kepada akses mudah di antara data awan dan maklumat perkhidmatan, Seedland membina persekitaran perubatan komuniti “kesihatan pintar” yang sebenar dengan sistem pintar yang komprehensif, dan mengamalkan konsep perkhidmatan perubatan yang tepat pada masanya, kecekapan tinggi dan keperihatinan individu di dalam projek sebenar.

Ditubuhkan di Guangzhou sebagai sebuah perusahaan hartanah pada tahun 2006, Seedland, sekarang mensasarkan lebih tinggi dan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh hartanah. Tempoh 12 tahun dalam bergerak ke hadapan dan percubaan berani telah menjadikannya menjadi sebuah syarikat platform yang dibolehkan industri untuk menyediakan penyelesaian kehidupan pintar dan mengembalikan semula profesion rakan setara. Idea Seedland bukan sahaja telah menghasilkan suatu konsep baharu tentang kehidupan, ia akan juga menyediakan satu mod sampel baharu untuk hala tuju masa depan bagi industri hartanah China.

Sumber: Seedland

–BERNAMA

http://mrem.bernama.com/viewsm.php?idm=33114

Empat pakej untuk pelancong asing nikmati keindahan sepanjang Laluan Keretapi Odakyu Jepun

odakyu2

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Pelancong asing ke Jepun kini boleh menikmati keindahan tempat tarikan pelancongan di sepanjang Laluan Keretapi Odakyu, menerusi empat pakej menarik yang ditawarkan oleh Odakyu Group.

Odakyu Group yang terdiri daripada Odakyu Electric Railway Co Ltd, UDS Ltd dan ELLISTA Inc, menawarkan empat jenis pakej lawatan harian bermula Oktober 2018.

Pakej berkenaan membolehkan pelancong ke kawasan pelancongan di laluan keretapi itu, yang menghubungkan Shinjuku, Tokyo, dengan tempat pelancongan popular seperti kawasan Hakone dan Enoshima-Kamakura di wilayah Kanagawa.

Pelancong boleh menikmati pengalaman dua jam untuk merasai makanan tradisional dan meneroka tempat-tempat bersejarah di Yoyogi Uehara pada 4,000 yen (RM147.88) atau 5,000 yen (RM184.76) selama dua jam perjalanan ke kawasan kejiranan tempatan di Shimokitazawa yang terkenal dengan subbudaya anak muda, kata satu kenyataan.

Pakej lain ialah ‘Oyama Sacred Mountain Hike’ – mendaki sehari (kira-kira enam jam) dengan penduduk tempatan ke Gunung Oyama di Kanagawa pada 14,000 yen (RM517.16)

Pelancong juga boleh membayar 5,000 yen (RM184.76) untuk lawatan ke Istana Samurai Odawara.

Odawara adalah pintu masuk ke Hakone, yang mempunyai stesen bagi laluan keretapi laju Tokaido Shinkansen.

Bagi semua pakej ini, pelancong dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu. Maklumat terperinci dalam Bahasa Inggeris juga akan disediakan semasa lawatan.

Setiap pakej, sekurang-kurangnya dua peserta, akan dijual pada harga kempen (seperti di atas) untuk tempoh tertentu dan tarikh penamatan kempen belum diputuskan.

Maklumat dan tempahan boleh dibuat di https://ellista.jp/category/tour/ dan tiket boleh dibeli di Odakyu Sightseeing Service Center Shinjuku West dan ELLISTA di Inbound League.

— BERNAMA

OSAKA, BANDAR RAYA KEDUA TERBESAR DI JEPUN. SEBUAH TAPAK BAHARU BAGI SEKAI HOTEL TELAH DIBUKA, MERUBAH SEBUAH STESEN DEPAN JALAN MEMBELI-BELAH YANG NOSTALGIA KEPADA SEBUAH TEMPAT UNTUK MENGALAMI BUDAYA BIASA JEPUN YANG SEBENAR

Popular di kalangan orang Eropah dan Asia yang menghargai pengalaman kebudayaan, walaupun baharu sahaja dibuka. Ini adalah sebuah hotel yang berfungsi untuk melakukan kebaikan sosial, menghalang isu-isu sosial seperti pengurangan penduduk serantau dan meninggalkan kediaman, dan melindungi sifat sebenar Jepun ketika ia hilang di tengah-tengah pembangunan berskala besar.

OSAKA, Jepun, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — SEKAI HOTEL, Inc., yang beribu pejabat di Bandar raya Osaka, Wilayah Osaka, Koichi Yano, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, telah membuka SEKAI HOTEL FUSE, membangunkan semula keseluruhan kawasan jalan membeli-belah yang menghadap Stesen Fuse, dalam sebuah masyarakat setempat yang kira-kira sepuluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari pusat Osaka, bandar raya kedua terbesar di Jepun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Komuniti Tempatan yang Semakin Menghilang Meningkatkan suatu Rasa Cemas 
Jepun semakin menjadi sebuah destinasi pelancongan untuk pengunjung dari luar negara, sebahagiannya disebabkan oleh populariti program dan filem televisyen anime, dan buku-buku komik manga. Ketika lokasi-lokasi yang berbeza di seluruh Jepun berfungsi untuk mewujudkan kandungan yang akan menarik kepada pelancong, kita melihat pembangunan bandar menggantikan kedai-kedai kopi tempatan, di mana penduduk telah berkumpul selama beberapa dekad, dengan rantaian kedai kopi yang besar, dan kita melihat restoran-restoran kecil yang menawarkan citarasa masakan gaya rumah Jepun sejak sekian lama kini perlu ditutup kerana tidak ada sesiapa lagi yang tinggal untuk menjalankan perniagaan itu. Terdapat suatu kesedaran yang semakin meningkat tentang isu-isu sosial yang mengakibatkan di dalam kehilangan budaya Jepun yang sebenar.

KONSEP: Yang biasa adalah apa yang sepatutnya dialami, terutamanya ketika melancong ke luar negara.
SEKAI HOTEL percaya bahawa terdapat nilai di dalam mengalami budaya melalui pelancongan, terutamanya dari segi pengalaman budaya yang lebih mendalam yang dapat ditemui dalam kehidupan biasa orang Jepun. Terdapat suatu keseronokan di dalam pengalaman pelancong yang sebenar yang datang daripada percubaan untuk berkomunikasi dengan orang tempatan, sama ada dengan kemahiran bahasa yang tidak sempurna, atau bahkan dengan menggunakan gerak isyarat. Kita sedang berusaha untuk mewujudkan nilai-nilai pelancongan yang baharu yang boleh dipanggil sebagai biasa dan juga sedang mencuba untuk menarik nilai-nilai dari lokasi-lokasi yang sama ada jauh dari pusat-pusat bandar Jepun atau tidak diketahui oleh pelancong.

Kaedah kami sebelum ini adalah untuk menolak pengumpulan ciri-ciri biasa hotel, seperti sebuah meja depan, bilik tetamu, kedai cenderahati, dan aktiviti, ke dalam sebuah bangunan tunggal yang besar, dan sebaliknya untuk membangunkan semula keseluruhan komuniti sebagai sebuah hotel, menghidupkan semula rumah-rumah yang anda temui kini kosong,  di sana sini, dalam komuniti tersebut. Rumah-rumah tempatan yang kosong diubahsuai dan ditukar menjadi bilik-bilik tetamu. Ciri-ciri yang biasanya anda dapati di dalam bangunan sesebuah hotel, seperti spa, restoran dan aktiviti-aktiviti, disediakan dengan kerjasama perniagaan tempatan, membangunkan sebuah hotel yang berasaskan komuniti di mana tetamu boleh menikmati dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan komuniti.

Pengalaman Biasa di SEKAI HOTEL FUSE
Kami memilih untuk membuka tapak hotel baharu kami di sebuah daerah membeli-belah yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti ini selama lebih lima puluh tahun, dan yang merentangi stesen itu ke utara dan selatan. Daerah-daerah seperti itu terdiri daripada jalan-jalan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai. Mereka berkembang di seluruh Jepun pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, untuk menjadi wajah bagi setiap wilayah sebagai tempat terbaik untuk berbelanja. Mereka memainkan peranan penting di dalam memperkasakan komuniti mereka, menganjurkan perayaan dan menyumbang kepada komuniti sebagai pusat aktiviti. Bagi Fuse khususnya, terdapat berbaris-baris pekedai runcit, penjual buah-buahan, kedai-kedai Takoyaki (ladu sotong), gerai dengan kroket yang baru digoreng, dan penjual daging, sebahagian daripada mereka yang mempunyai sejarah yang menjangkau lebih dari satu abad. SEKAI HOTEL FUSE melihat bukan sahaja daerah membeli-belah ini, tetapi kehidupan biasa rakyat Jepun yang berpusat di sekitar daerah ini. Alami kehidupan rakyat biasa Jepun melalui komuniti ini dengan bukan hanya tinggal di sini, tetapi dengan melawat ke semua kedai yang berlainan yang mengelilingi anda.

Lokasi itu juga superlatif dari segi akses pengangkutan, dengan perkhidmatan bas terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, dan laluan kereta api terus ke destinasi-destinasi pelancongan yang terkenal termasuk Universal Studios Jepun, Dotonbori, dan Nara. Nikmati lawatan ke Jepun yang merangkumi bukan sekadar Fuse, tetapi semua tarikan serta destinasi di sekitarnya.

Satu Pelan Pelancongan yang Disyorkan

Hari 1:

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai sekitar tengah hari.
  • Mengikuti perjalanan bas selama 70 minit terus ke Stesen Fuse, yang merupakan yang paling hampir dengan SEKAI HOTEL FUSE.
  • Daftar masuk ke SEKAI HOTEL FUSE.
  • Meluangkan waktu petang dengan menerokai Nanba, pusat Osaka di bahagian selatan, hanya 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta api.
  • Makan sambil berjalan di sekeliling Dotonbori, dan menikmati pelayaran sungai.
  • Menjamu makan malam yang agak lewat di pub izakaya Jepun yang lama di Daerah Beli-belah Stesen Fuse.
Hari 2:
  • Bangun lebih awal, dan makan sarapan pagi di sebuah kedai kopi retro di Daerah Beli-Belah Stesen Fuse.
  • Menuju ke Universal Studios Jepun, tiga puluh minit dari Stesen Fuse dengan menaiki kereta api.
  • Selepas menghabiskan masa berseronok di sana, kembali ke Fuse untuk berehat di Ebisuyu, sebuah tempat mandi awam Jepun yang lama.
Hari 3:
  • Pada hari ketiga, berjalan ke Nara yang penuh bersejarah, tiga puluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari Stesen Fuse.
  • Melawat Todaiji, sebuah kuil Buddha yang mempunyai sejarah menjangkau lebih 1200 tahun, dan memberi makan kepada rusa liar di Taman Nara, di antara banyak pilihan yang tersedia untuk bersiar-siar, sebelum kembali ke Fuse.
  • Bersantai di kedai kopi di hadapan stesen itu, dan menunggu bas.
  • Mengambil bas itu terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.
Mengambil Teladan dari Jepun ke Destinasi di Luar Negara
Berkongsi konsep SEKAI HOTEL dalam mengalami perkara biasa kepada seluruh dunia telah menyerlahkan penglibatan kami di dalam isu-isu penting yang memberi kesan kepada komuniti bukan bandar di Jepun, termasuk sebuah populasi yang semakin tua, penghijrahan golongan muda ke pusat-pusat bandar, dan peningkatan bilangan rumah yang terbiar. Kami juga melihat isu-isu ini, yang tersebar luas di kawasan luar bandar Jepun, yang mula muncul di negara-negara lain di Asia Timur. Oleh itu SEKAI HOTEL sedang merancang untuk mengambil kejayaan pengalaman dalam penglibatan kami di sini di Jepun ke lokasi-lokasi yang sama di luar negara.

http://bizwire.pr/SOxJ8

Teks sumber bahasa asal bagi pengumuman ini adalah versi rasmi dan autoritatif. Terjemahan disediakan sebagai satu penyesuaian sahaja, dan harus dirujuk silang dengan teks bahasa sumber, yang merupakan satu-satunya versi teks yang dimaksudkan yang mempunyai kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Hubungi

SEKAI HOTEL Inc.
Koki Mitani, +81-6-6748-0750
Pengurus Perhubungan Awam
noborder@sekaihotel.com

Sumber : SEKAI HOTEL Inc.

Muhamad Shahril dilantik anggota lembaga pengarah Danajamin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) – Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) melantik Muhamad Shahril Othman sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif, berkuat kuasa 19 Okt, 2018.

“Kami yakin pengalaman luas Muhamad Shahril termasuk dalam pelaburan dan pembiayaan, akan melengkapkan anggota lembaga pengarah sedia ada kami.

“Ini akan membolehkan kami melangkah ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai penanggung insurans jaminan kewangan negara pertama,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin, Mohamed Nazri Omar, dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Shahril memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA, dan ijazah sarjana dalam Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa dari University of Queensland, Australia.

Beliau kini berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai setiausaha sulit kanan kepada ketua setiausaha perbendaharaan.

–BERNAMA

TOSHIBA MELANCARKAN IC BLUETOOTH® 5 UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Peranti yang sangat boleh kembang dan bersepadu akan sepenuhnya memenuhi syarat AEC-Q100

TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah menambahkan “TC35681IFTG”, sebuah IC baharu untuk aplikasi automotif, kepada barisan IC mereka yang bersesuaian dengan Bluetooth® tenaga rendah (LE)[1] spesifikasi teras v5.0. Peranti baharu itu sesuai untuk digunakan dalam persekitaran automotif yang mencabar, kerana ia menyampaikan julat suhu operasi yang luas, kuasa penghantaran RF yang tinggi dan sensitiviti penerimaan RF yang tinggi (satu anggaran pautan 113dB @ 125kbps pada penghantaran jarak jauh). Isyarat campuran TC35681IFTG itu mengandungi kedua-dua bahagian analog RF dan bahagian digital jalur dasar untuk menyediakan satu penyelesaian lengkap pada sebuah cip tunggal.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181029005846/en/

Di samping fungsi asas bagi profil Antara Muka Pengawal Hos (HCI) dan fungsi profil GATT, TC35681IFTG menambahkan fungsi baharu yang didefinisikan oleh spesifikasi teras Bluetooth® 5.0[2], termasuk fungsi daya pemprosesan 2Mbps, Jarak Jauh dan Sambungan Pengiklanan, yang disimpan di dalam pelitup dalaman ROM. Ia juga menggabungkan sebuah penguat kuasa gandaan tinggi dan merealisasikan +8dBm untuk komunikasi jarak jauh.

Apabila digunakan bersamaan dengan sebuah memori tak meruap luaran, IC baharu itu menjadi sebuah pemproses aplikasi sepenuhnya yang memuatkan buat sementara waktu aplikasi dan menyimpannya dalam RAM dalaman (76KB). Ia juga boleh digabungkan dengan sebuah pemproses hos luaran.

Penyepaduan bagi 18 talian IO Serbaguna (GPIO) dan pelbagai pilihan komunikasi termasuk SPI, I2C dan 921.6kbps, UART dua saluran, sekali gus memberikan TC35681IFTG keupayaan untuk menjadi sebahagian daripada sistem yang canggih. Talian GPIO itu menawarkan akses kepada pelbagai ciri-ciri atas cip termasuk sebuah antara muka bangkit, antara muka PWM empat saluran dan penukar AD 5 saluran. Sebuah penukar DC-DC atas cip atau litar LDO menyesuaikan bekalan voltan luaran kepada nilai atas cip yang diperlukan.

Oleh kerana ia direka untuk mematuhi dengan AEC-Q100[3], IC tenaga rendah itu sewajarnya terutama untuk digunakan di dalam aplikasi automotif. Pakej sisi boleh basah itu memudahkan pemeriksaan visual automatik yang diperlukan untuk menyampaikan tahap tinggi bagi pematerian yang diperlukan bagi menahan getaran yang dialami di dalam aplikasi automotif.

Aplikasi semasa termasuk Kemasukan Tanpa Kunci Jarak Jauh, Diagnostik Dalaman untuk mengumpul data sensor, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, dan penyumbang lain untuk mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan kenderaan.

Ciri-ciri Penting
– Penggunaan kuasa yang rendah:
6.0mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 0dBm, 1Mbps)
6.5mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 0dBm, 2Mbps)
11.0mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 8dbm, 1Mbps)
11.5mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 8dBm, 2Mbps)
5.1mA (operasi penerima @3.0V, mod 1Mbps)
5.5mA (operasi penerima @3.0V, mod 2Mbps)
50nA dalam keadaan tidur (@3.0V)
– Sensitiviti penerima tinggi:
-95.6dBm (mod 1Mbps)
-93.2dBm (mod 2Mbps)
-101.2dBm (mod 500kbps (S=2))
-105.2dBm (mod 125kbps (S=8))
– Menyokong peranti tengah dan periferal Bluetooth® LE v5.0
– GATT terbina dalam (Profil Atribut Generik)
– Menyokong fungsi server dan pelanggan yang didefinisikan oleh GATT
– Ciri-ciri tambahan sebagaimana yang didefinisikan oleh Bluetooth® LE v5.0[2]
2Mbps
Jarak Jauh (Dikod PHY)
Sambungan Pengiklanan
– Menyokong kebolehpercayaan automotif
Patuh dengan AEC-Q100[3]
Beroperasi dalam julat suhu yang luas
Pakej sisi boleh basah
Aplikasi
Peranti komunikasi tenaga rendah Bluetooth® untuk aplikasi automotif dan perindustrian.
Table
Nota:
[1] Teknologi komunikasi penggunaan kuasa yang rendah dijelaskan di dalam Bluetooth® v4.0.
[2] Merujuk kepada spesifikasi teras Bluetooth® v5.0 untuk butiran lengkap bagi ciri-ciri tambahan.
[3] Kelulusan dijangka menjelang musim bunga tahun 2019.

* Bluetooth® adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc.
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC35681IFTG-002®ion=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan IC komunikasi tanpa wayar Bluetooth®, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/wireless-communication/bluetooth.html

Pertanyaan Pelanggan:
System LSI Marketing Dept.II
Tel: +81-44-548-2188
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181029005846/en/
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

LEDDARTECH MENINGKATKAN KEPAKARAN AUTOMOTIF DALAM LEMBAGA PENGARAH

Peter Marks menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech, membawakan pengalaman seantero dunia daripada teknologi automotif dan industri pengilangan, selari dengan perkembangan LeddarTech.

BANDAR QUEBEC, 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech, pembangun platform pembangunan LiDAR bentuk pepejal yang berprestasi tinggi dan jimat kos untuk industri automotif mengumumkan bahawa Peter Marks telah dilantik untuk menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech.

En. Marks yang juga merupakan pengasas Executive Consulting Charleston bertapak di South Carolina, AS memiliki pengalaman meluas dan pernah berkhidmat di beberapa Lembaga Pengarah. Kini, beliau menjadi ahli lembaga di Broadcom Inc. dan Penasihat Eksekutif di Gryphon Investors. En. Marks membawakan pengalaman berdekad dalam industri automotif, terutamanya daripada jawatan sebelum ini sebagai Pengerusi, Presiden dan CEO Robert Bosch LLC dan memikul tanggungjawab mengendalikan pengilangan di Amerika dan global. Beliau memiliki ijazah sarjana kejuruteraan daripada Fachhochschule Konstanz of Applied Sciences, Jerman.

“LeddarTech telah menjadi terkenal dalam pasaran LiDAR dengan platform pembangunan LiDAR Automotifnya,” kata Michel Brûlé, Pengerusi Lembaga di LeddarTech. “Hal ini telah menarik golongan profesional terbaik untuk menyertai kami sebagai pekerja dan ahli lembaga. En. Marks ialah salah seorang daripada mereka. Kepakaran dan pengalaman beliau sangat bernilai, terutamanya pemahaman yang mendalam tentang pasaran automotif dan kejayaan sebagai pembekal untuk industri ini,” tambah Brûlé.

“Kami mengalu-alukan En. Marks ke Lembaga Pengarah LeddarTech,” kata Charles Boulanger, CEO, LeddarTech. Beliau menambah, “Pengalaman En. Marks sebagai ahli lembaga dan eksekutif automotif akan menyumbang kepada kejayaan LeddarTech dalam pasaran. Di samping perkembangan LeddarTech yang lain, penyertaan En. Mark menyumbang kepada matlamat strategik LeddarTech untuk menjadi platform LiDAR automotif yang paling meluas.”

Kata En. Marks, “LeddarTech berkembang di persada antarabangsa dengan pesat, dan saya menghargai peluang untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat ini sebagai ahli lembaga.” Beliau menambah, “LeddarTech telah mendekati beberapa syarikat Peringkat 1 dengan platform pembangunan LiDAR automotif. Saya bersedia untuk menyertai ahli lembaga untuk membantu pasukan eksekutif memastikan perancangan dan pelaksanaan projek teknologi yang sempurna ke arah pemanduan berautonomi.”

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan mudah digunakan. Platform tersebut adalah berdasarkan Enjin Leddar unik yang mengandungi suite SoC yang diluluskan keselamatan fungsian gred automotif yang digunakan bersama perisian Leddar SP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitter atau YouTube.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11560

EMQ MEMENANGI ANUGERAH RED HERRING GLOBAL 100 TERKEMUKA YANG BERPRESTIJ

SAN FRANCISCO & HONG KONG, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — EMQ, sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, telah diberi penghormatan sebagai sebuah pemenang bagi anugerah Red Herring Global 100 Terkemuka 2018 yang berprestij itu. Anugerah itu mengiktiraf inovasi dan teknologi bagi syarikat permulaan yang terkemuka dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Red Herring 100 Terkemuka, yang kini memasuki tahun ke-22, merupakan satu daripada penghargaan yang paling dihormati di dalam industri itu. Pemenang tahun ini bagi Global 100 Terkemuka telah dipilih oleh sebuah panel Hakim bebas yang pakar dan pasukan editorial Red Herring yang didasarkan kepada kriteria kuantitatif dan kualitatif, seperti prestasi kewangan, inovasi teknologi, kualiti pengurusan, strategi, dan penembusan pasaran. Penilaian terhadap potensi ini dilengkapkan oleh satu kajian semula terhadap rekod prestasi dan kedudukan bagi permulaan berbanding dengan  rakan sejawat mereka, yang membolehkan Red Herring untuk melihat melepasi “buzz” itu dan membuat senarai itu sebagai satu instrumen bernilai bagi penemuan dan advokasi untuk model perniagaan baharu yang paling mempunyai harapan dari seluruh dunia.

“Di EMQ, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang paling fleksibel dan komprehensif kepada pelanggan kami, yang memberi kuasa kepada mereka untuk berkembang ke pasaran-pasaran yang pesat berkembang menerusi rangkaian penyelesaian kewangan kami yang meluas merentasi Asia,” kata Max Liu, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, EMQ. “Kami berasa dihormati kerana diiktiraf oleh Red Herring, yang merupakan satu bukti kepada seluruh pasukan EMQ di atas komitmen kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan dan inovasi teknologi dalam mendefinisikan semula ekosistem pembayaran.”

“Memilih syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang paling mantap bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Alex Vieux, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Red Herring. “Selepas perbincangan rapi dan berfikir secara mendalam, kami telah mengecilkan senarai kami dari ratusan calon dari seluruh pelusuk dunia kepada 100 Pemenang Utama. Kami percaya EMQ merangkumi visi, dorongan dan inovasi yang mendefinisikan sebuah usaha niaga keusahawanan yang berjaya. EMQ harus berbangga dengan pencapaiannya.”

Senarai Global 100 Terkemuka Red Herring telah menjadi satu tanda kecemerlangan bagi mengenal pasti syarikat dan usahawan yang mempunyai masa depan yang cerah. Editor-editor Red Herring adalah di antara yang pertama untuk mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat seperti Facebook, Twitter, Google, Yahoo, Skype, Salesforce.com, YouTube, dan eBay akan mengubah cara kita hidup dan bekerja.

Maklumat mengenai EMQ

EMQ adalah sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, dengan menyediakan pilihan pemindahan wang yang selamat dan berpatutan bagi perniagaan dan orang perseorangan. Dengan aset kami dilaburkan di Asia, EMQ telah mewujudkan satu rangkaian kawal selia yang diluluskan dan meluas yang menyediakan akses segera kepada ribuan mata pengedaran merentasi Asia Utara dan Tenggara. Untuk maklumat lanjut, www.emq.com

Maklumat mengenai Red Herring

Red Herring adalah sebuah syarikat media global yang menyatukan inovator berteknologi tinggi yang terbaik di dunia, pelabur teroka dan pembuat keputusan perniagaan di dalam pelbagai forum: sebuah majalah inovasi terkemuka, sebuah perkhidmatan berita teknologi harian dalam talian, surat berita teknologi dan acara-acara  utama untuk pemimpin teknologi di seluruh dunia. Red Herring menyediakan satu akses orang dalam kepada ekonomi inovasi global, dengan memaparkan pandangan yang tidak ada tandingan mengenai teknologi baru muncul yang memacukan ekonomi.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Hubungi

Media:
EMQ
Genevieve Li, +852 9200 3892
Genevieve@emq.com

Sumber : EMQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

–BERNAMA

‘KUASA SOLEKAN’ — SHISEIDO MELANCARKAN GENRE BAHARU DI DALAM FILEM: HIBURAN SOLEKAN

TOKYO, 26 Okt., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/–

SHISEIDO mempersembahkan “The Party Bus”, sebuah filem dalam talian yang memperluaskan sempadan imaginasi untuk menarik minat penerokaan baharu ke dalam kecantikan dan ekspresi diri melalui ‘Kuasa Solekan’. Apabila teknologi bertemu dengan kreativiti di dalam medium filem, suatu pengalaman visual yang serba baharu dikonsepsikan, meningkatkan sesuatu yang biasa kepada suatu genre yang baharu: Hiburan Solekan.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201810249502?p=images)

Filem Itu
“The Party Bus” adalah filem kedua dan terkini daripada filem asal SHISEIDO yang berasaskan web – sebuah susulan kepada pemenang anugerah “High School Girl?” yang mana telah memperoleh lebih daripada 10 juta tontonan YouTube sejak ia dikeluarkan pada tahun 2015. Dengan menampilkan makhluk mitos di dalam sebuah kisah yang sangat bertenaga mengenai keberanian peribadi dan pendedahan, “The Party Bus” dicipta daripada imaginasi Pengarah Show Yanagisawa yang diiktiraf secara kritis untuk meraikan keindahan individu dan memperjuangkan ekspresi diri sebenar dalam bentuk yang paling tulen. Dengan mempamerkan teknologi animasi 3D ultra-tepat Jepun, filem itu merakamkan kesegaran sebuah dunia fantasi dalam satu cara yang sangat mendalam.

Jalan Cerita
“The Party Bus” berkisar kepada tiga protagonis, Puteri Kaguya, kekasihnya Dracula dan Samurai Zombie yang penuh misteri. Filem itu bermula dengan Puteri itu, air mukanya menggambarkan suatu pergelutan dalaman, dan mendedahkan perasaan beliau terhadap kedua-dua Dracula dan Samurai Zombie. Air mata konflik telah bergabung dengan warna-warna solekannya untuk memberikan kehidupan kepada animasi magik dengan kuasa transformatif. Ketika satu interaksi aktiviti yang mempesonakan berlaku terhadap ciri-ciri beliau, beliau sedar mengenai perasaannya yang sebenar dan berlari ke dalam pelukan Samurai Zombie.  Satu pandangan penghargaan. Sebuah ciuman.

Barisan Pelakon
“The Party Bus” menampilkan bakat baharu, termasuk Elena An yang beraksi sebagai Puteri Kaguya. Berasal daripada keturunan Rusia-Korea, Elena An sangat terkenal kerana bakatnya sebagai seorang model dan kemahiran berlakon yang sedang muncul. Rina Fukushi, bekas pemenang Wanita Terbaik untuk Tahun berkenaan Vogue Jepun, beraksi sebagai Samurai Zombie, manakala penari, model dan koreografer ENDo memainkan peranan sebagai Dracula.

Di tengah-tengah “The Party Bus” adalah satu rayuan untuk ‘Membuat Kisah Anda Sendiri’ dengan menonjolkan kecantikan individu. Dengan memanfaatkan ‘Kuasa Solekan,’ heroin menemui satu ekspresi peribadi yang unik yang memperkasakannya dengan keberanian untuk mencartakan laluannya sendiri dan mengikuti keinginannya yang sebenar.

“The Party Bus”
-YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=J3DDjKMWkTw
-Laman Web: https://www.shiseido.co.jp/gb/thepartybus/

Pembuatan “The Party Bus”
-YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=tLxEVVLcbAQ

Maklumat mengenai Jenama SHISEIDO
SHISEIDO telah ditubuhkan pada tahun 1872 sebagai sebuah inovator sejati — farmasi ala Barat yang pertama di Jepun. Hari ini, jenama itu masih begitu berinovatif seperti ia berada di peringkat awal, sentiasa berusaha memperluaskan sempadan kecantikan — sekarang di skala global. Dengan menggabungkan ilmu sains dan estetika Jepun, SHISEIDO telah menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai jenama kosmetik yang utama dengan berakar umbi di Jepun. Dijual di 88 buah negara dan wilayah, penawaran penjagaan kulit, solekan dan wangi-wangian global jenama itu termasuk penjagaan kulit berprestasi tinggi, satu barisan penjagaan dari sinar matahari, dan satu barisan produk untuk lelaki.

Sumber: SHISEIDO Co., Ltd.

–BERNAMA

Peluang buat persembahan pembukaan di konsert Richard Clayderman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Sempena konsert ulang tahun ke-40 Richard Clayderman, seorang pemuzik berbakat Malaysia kini dicari untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert pemain piano Perancis itu pada 16 Nov ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjur konsert, Starline Productions, dalam satu kenyataan berkata pemenang akan membuat persembahan di hadapan 2,000 penonton dan berpeluang bertemu secara eksklusif dengan Clayderman.

Peraduan yang ditaja Yamaha itu terbuka kepada rakyat Malaysia, berumur lima tahun ke atas dan boleh memainkan alat muzik.

Untuk mengambil bahagian, peserta perlu mengemukakan video mereka membuat persembahan, melalui YouTube, Facebook atau Instagram dan meletakkan hashtags # RCOpeningAct2018.

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka mulai sekarang sehingga 9 Nov, dan pemenang akan diumumkan pada 12 Nov.

Clayderman, yang mula terkenal dengan single pertamanya, Ballade pour Adeline, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain piano paling berjaya di dunia, telah menjual 150 juta rekod.

Beliau telah merakamkan lebih 1,200 melodi dan terkenal kerana mencipta gaya romantis baru yang menggabungkan muzik pop dengan muzik klasik.

Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-40 Richard Clayderman kini boleh didapati di www.MyTicket.asia pada harga RM538 (Platinum), RM388 (Kategori 1), RM288 (Kategori 2 & 3) dan RM208 (Kategori 4).

Pemegang kad kredit Hong Leong layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Untuk membuat tempahan tiket diskaun, pelanggan perlu menghubungi 013-344 9154 dari Isnin hingga Ahad antara pukul 10 pagi dan 6 petang.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.facebook.com/StarlineProductionAsia/.

— BERNAMA